Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.
Showing posts with label Uwais al-Qarni. Show all posts
Showing posts with label Uwais al-Qarni. Show all posts

February 1, 2012

Ragam

Assalamualaikum,

Semenjak Along Uwais nak dapat adik ni, Along Uwais selalu meragam.  Menguji sungguh kesabaran Ummi dan Ayah, sedangkan Along Uwais ini jenis yang mudah dijaga.  Biasanya, kalau nak meragam, mesti waktu ada Ayah.  Waktu siang, bila dengan Ummi, pandai Along Uwais berdikari.  Senang je Ummi jaga dia.  Kemuncaknya, malam semalam waktu nak tidur puas Ayah dukung, pujuk macam-macam.  Ummi minta izin Ayah tidur dulu sebab Ummi pun dah tak larat dan kurang sihat.  Bila Along Uwais tak makan dek pujukan Ayah, Ummi pun bangun susukan dia dan dalam tangis sendu dia tu, Along Uwais pun tertidur.  Ummi pun bersyukur berjaya tidurkan Along Uwais.

Pukul 2 pagi, Along Uwais bangun sekali lagi.  Mungkin sebab nangis dan tertidur, jadi mood kurang baik.  Along Uwais siap nangis sambil bergolek-golek.  Ayah dukung dia tak mahu.  Ayah letak dia nangis.  Ummi dukung, habis perut Ummi kena tendangan dia, perut Ummi dah besar.  Bila Ummi tak tahan, Ummi serah balik pada Ayah.  Bagi air, tak mahu.  Bagi biskut ikan kegemaran dia pun tak mahu.  Akhirnya, Ummi buka seluar dia, buka Cloth Diaper (CD) dia sekali.  Ummi pun kononya garu lah peha dia, kaki dia semua dan letak lotion.  Terus Along Uwais SENYAP dan TERMENUNG.  CD dia kering lagi, tapi Ayah tukar juga sebab nak pujuk Along Uwais.  Bila tengok mood dia dah baik, Ummi susukan dan teruslah Along Uwais lena hingga ke pagi.

Sepanjang hari ini, Ummi jaga mood dia.  Petang tadi, Ayah balik dari kerja, terus bawa Ummi dan Along Uwais pergi playground.  Along Uwais bukan nak main pun mainan kat situ, dia nak berjalan sambil Ummi Ayah pimpin tangan dia.  Jauh juga kami bertiga berjalan, sampai penat Ummi.  Along Uwais pun berpeluh-peluh.

Sampai kat rumah, Ayah rai Along Uwais dengar IKIM dekat Ipad.  Selepas itu, Ayah mandikan dia.  Gembira sangat Along.  Selepas Ummi Ayah solat Maghrib, Along pun tertidur.  Alhamdulillah,nampaknya dia lena.

Kesimpulannya, Along Uwais inginkan lebih perhatian dari Ummi Ayah.  Memandangkan Ummi berbadan dua, mungkin Along Uwais rasa Ayah yang dapat beri perhatian lebih pada dia sebab itu semua nak Ayah yang buatkan untuk dia.  Ini juga training untuk Ummi Ayah tingkatkan kesabaran.  Along Uwais bukan jenis yang meragam malam, sejak lahir lagi.  Kiranya semalam tu memang paling dahsyat pernah terjadi selama ini.  Alhamdulillah, semalam Ummi langsung tak marah dia.  Mungkin kerana kasihan melihat Along Uwais.

Along kan anak Ummi Ayah yang soleh.  Ummi dan Ayah sayang sangat dekat Along.  Ummi Ayah tahu Along tak sengaja malam semalam.  Tidak mengapa, Ummi Ayah faham.  Lain kali Along jangan buat lagi ye.

January 12, 2012

Along Uwais


Assalamualaikum Ummi ucapkan buat anakanda kedua Ummi, Along Uwais.   Sekarang, Ummi dan Ayah dah tak kekok lagi nak panggil Along.  Along pun kalau Ummi panggil Uwais, jarang nak toleh muka ke arah Ummi.  Bila panggil Along, baru Along sahut panggilan Ummi ye.  Kenapa panggil Along? Sebab Along dah ada Abang `Ukasyah. ^__^

Alhamdulillah, semenjak dah nak dapat adik ni, Along sudah pandai berdikari.  Tidur pun lebih awal dari kebiasaannya.   Hampir setiap hari, Along tidur lepas Maghrib dan bangun pagi seawal 5 pagi atau 6 pagi.  Cuma 2-3 kali bangun tengah malam untuk menyusu dengan Ummi.

Along pantang nampak Ayah bangun, dia pun bangun sama.  Ayah kan bangun awal.  Bila bangun awal, Along pun ambil tupperware makanan dia dan botol air masak dia serta terus bersarapan.  Jadi sebelum Ummi tidur, Ummi kena siapkan masukkan biskut atau cereal dalam tupperware Along.  Along breakfast ringan je dulu, bila pukul 8.45 pagi, Along breakfast roti pula.

Rasanya sampai di sini dahulu coretan Ummi kali ini.  Semenjak mengandung adik ni, Ummi malas sangat menghadap laptop.

Semoga Along membesar menjadi anak yang soleh lagi musleh ye.  Ummi dan Ayah sayang Along.

p/s:  Pejam celik, pejam celik, adik dalam kandungan Ummi dah nak 3 bulan usianya.  Alhamdulillah.

November 3, 2011

Uwais kesayangan Ayah

Assalamualaikum ya Uwais al-Qarni,

Sejak akhir-akhir ini, Uwais asyik menangis dan merengek nak Ayie (panggilan manja Uwais untuk Ayah).  Walaupun Ayie ada depan mata, Uwais langsung tak layan Ummi. Bila menyusu dengan Ummi pun Uwais nak panggil Ayie duk sebelah kita.  Sampai Ayie  tersengguk-sengguk layan Uwais tau. Waktu Uwais dah tidur, Ayie pun terpaksa tidur sekali sebab kalau Ayie bangun, Uwais pun bangun juga sampai Uwais terjatuh katil suatu hari tu.. 

Alhamdulillah Ayie rajin melayan Uwais, tapi Ummi kesian dekat Ayie tau.  Ayie penat kerja mencari rezeki untuk Uwais dan Ummi.  Dalam seminggu, 3 malam Ayie tiada di rumah, sama ada oncall atau ada program.  Kadangkala kerna kerja di hujung minggu, Sabtu dan Ahad sebab patient IVDU nak Methadone. Ummi pun kesian juga kalau Uwais merengek nak Ayie sebab Ummi pun kerja di rumah untuk U Kids (nak juga tu...hehe). Bila Uwais merengek, lambat Ummi masuk office, lambat habis kerja, sian customer Ummi.  Ummi kan sekejap je masuk office, siap kerja Ummi shut down laptop.

Anak Ummi anak yang soleh kan.  Anak soleh kalau bangun tidur baca doa dulu dan senyum.   InsyaAllah, waktu cuti Ummi janji Ummi Ayie akan main dengan Uwais puas-puas ye.  Ummi sayang Uwais al-Qarni yang soleh ni kerana Allah..mmuaaah...^__^

Waktu sambut 1st Birthday..Sekarang muka toddler dah...

October 24, 2011

Uwais @ 12 & 13 Bulan

Alhamdulillah, mujahid kedua ummi dan ayah membesar dengan sihat.

1) Uwais sudah pandai berjalan genap umurnya 13 bulan.  Walaupun pada perkiraan ummi agak lambat jika dibandingkan dengan ummi dahulu yang berjalan sewaktu umur 9 bulan.  Mungkin Uwais seperti ayah (mode:jeles)...^__^....Namun, ummi faham, perkembangan dan  tumbesaran anak-anak tidak seharusnya dibandingkan dengan orang lain kerana setiap daripada mereka sangatlah unik  Berilah mereka rangsangan, peluang dan galakan yang tidak berbelah bahagi Pernah ummi terbaca di laman web Saiful Islam tentang sakitnya bila dibandingkan dengan orang lain, jadi ummi harus ambil pengajaran ye.  Jangan sesekali cakap dengan Uwais, "Uwais tengok  tu, si dia dah pandai jalan walaupun dia kecil dari Uwais".

Bila sudah pandai berjalan, ummi ayah pula kena kejar dia.  Kadang-kadang tu tak mahu dipimpin tangan.  Ummi cerita dengan ayah perihal beriadhah bersama Uwais di Taman Tasik Permaisuri.

"Abang, Uwais tak nak Ummi pimpin tangan dia, tapi bila nak mendaki bukit dia tak bagi ummi lepas tangan dia.  Agaknya bila Uwais dah besar, begitulah dia kan abang.  Bila dia tak mahu dipimpin, Ummi kena sentiasa mendampingi dia, membimbing dia dan memerhatikan dia.  Bila dia hadapi kesukaran, pasti dia sentiasa ingin ummi bersama dengan dia dan tak biarkan dia keseorangan."

Panjang betul celoteh Ummi pada Ayah.

2) Uwais sudah mula berminat ikut Ummi Ayah solat berjemaah.  Siap buat gaya nak azan lagi.  Rukuk pun dah pandai walaupun sujud kurang sempurna.  Ummi Ayah pun suka bila Uwais sama-sama nak solat sekali.  Elok beri pendedahan awal padanya.  Kalau dengar azan, tangan letak kat telinga, kalau ayah berdoa, dia pun khusyuk sambil duduk atas riba ayh..

3) Suaranya boleh tahan kuatnya dan mulutnya celoteh berbicara.  Kalau bercerita dengan ummi, sampai muncung-muncung mulut dia. Uwais sudah pandai sebut:

`Ayah` - ayah
`Ayie' - ayah (panggilan manja Uwais untuk ayah)
`Ummme' - ummi
`Nak nak' - hendak sesuatu
'ta nyak' - tak banyak (bila ummi bagi makanan sikit)
`mamam' - nak makan
`meeen` - amin
`Awwah` - Allah
`kiiiii` - Aki (manja dengan aki, merajuk kalau Aki tak dukung dia)
`Pahhh- Opah

4) Kesukaan Uwais sekarang suka hisap ibu jari kaki.  Siap offer ummi lagi. hehe.  Ummi cakap dengan Uwais, " Uwais, fitnah besar ni (sebab nanti orang cakap Uwais nak dapat adik..hehe..) ^__^

5) Bila nak tidur mesti cari ayah.  Kalau ayah dah tidur dulu, mesti nak kacau dan kejut ayah sambil mulut tak berhenti panggil ayah.  Alkisahnya semalam, kul berapa pagi entah, ummi pun tak perasan.  Sekali tengok ayah tengah dukung Uwais, ummi pun tanya kenapa.  Ayah kata Uwais jatuh katil.  Uwais terbangun sebab ayah bangun, agaknya dok golek-golek cari ayah sambil mamai, terus jatuh.  Uwais nangis dan ayah pujuk serta tukar CD, menyusu dan tidur balik. Uwais, uwais...

Semoga anak ummi membesar menjadi anak yang soleh lagi musleh.  Ummi ayah sayang Uwais...^__^

October 14, 2011

Ayah Rindu Uwais...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semoga kalian semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Sudah sekian lama ummi tidak menulis, jadi terasa agak kekok untuk memulakan kembali. ^_^

Sejak akhir-akhir ini, ayah agak sibuk.  Setiap minggu on-call.  Macam minggu ini, ayah oncall malam tadi dan hari sabtu ni.  Lepas itu, hari isnin on-call lagi.  Ayah mengadu kat ummi tadi yang ayah rindu kat Uwais sebab ayah balik oncall je Uwais dah tidur.  Waktu ayah pergi kerja pun, Uwais belum bangun tidur lagi.  Kalau Uwais bangun pun, dapat main sekejap je dengan ayah.  Jadi tadi lepas dinner dengan ummi, ayah dok merancang nak kejutkan Uwais.  Nak main dengan Uwais lah kononnya, sekali ummi tengok ayah dah tertido. hehe.  Akhirnya, lentok sekali dengan Uwais.Ayah, ayah.

Ummi ada merancang nak bawa Uwais jalan-jalan hari ahad ini.  Kesian anak ummi asyik duduk kat rumah je.  Uwais doakan ummi dapat kereta baru ye, boleh ummi bawa Uwais jalan-jalan selalu. hehe. ameen.


September 20, 2011

Sanah Helwah ya Uwais al-Qarni


(entri yang lambat diterbitkan atas faktor kekangan masa)

Sanah Helwa ya Uwais al-Qarni…

Ummi ayah sentiasa dan tak akan pernah jemu mendoakan agar  Uwais al-Qarni menjadi anak ummi ayah yang soleh lagi musleh.  Punya akhlak dan budi pekerti yang baik. Hatta, ummi ayah telah menjadikannya sebahagian dari percakapan seharian.  Setiap hari, setiap kali bercakap dengan Uwais al-Qarni, pasti saja perkataan ‘soleh’ meniti dibibir ini, biar ia menjadi do`a buat anakanda kedua ini.

Setiap kali memanggil, “Uwais al-Qarni anak yang soleh”.

Bila memujuk, “Uwais al-Qarni kan anak ummi ayah yang soleh”

Bila geram manja pun, ““Uwais al-Qarni ni solehhhh sangat”

Bila mainan bersepah, “Anak yang soleh, mari sama-sama tolong ummi kemaskan ye”.

Apa lagi harta yang paling berharga untuk dimiliki,  melainkan memiliki anak yang soleh.

Alhamdulillah, syukur atas rahmat dan nikmat Allah yang infiniti.  Dikurniakan Uwais al-Qarni sebagai pengubat hati. hadirnya mengubat duka, tawanya penghilang lara Hadirnya selepas 8 bulan 28 hari pemergian `Ukasyah.  Jarak kelahirannya, setahun 2 minggu dari mujahid sulung. Kehadirannya suatu keajaiban , tanpa ummi ayah sedari.  Kewujudannya membuatkan ummi ayah melihat dengan mata hati betapa besarnya keagungan dan kekuasaan Allah.  Sungguhpun perit melalui hari-hari tanpa `Ukasyah, namun tak sampai sebulan pemergiannya, Allah hadirkan Uwais al-Qarni dalam rahim ummi. Saat ketahuan, ummi menggigil dan menangis kegembiraan.  Ummi ayah bersyukur, Allah beri nikmat yang tidak terhingga.  Beri peluang untuk ummi ayah menjadi ibu bapa sekali lagi.  Alhamdulillah.

Anak-anak ummi ayah harus punya jiwa yang kuat, sekuat yang mungkin supaya dapat berjihad di jalan Allah. Supaya betah untuk hidup susah.  

Selamat Hari Lahir yang pertama anakanda Uwais al-Qarni.  Semoga membesar menjadi seorang dai`e ilallah. Tak lupa juga, semoga Uwais al-Qarni thabat dan qawi di atas jalan ini...


Ummi ayah sayang Uwais al-Qarni kerana Allah…^__^

Love you…

p/s: ada banyak gambar waktu sambutan hari kelahirannya.insyaAllah, nnti ummi upload ye...

September 9, 2011

Uwais`s 1st Haircut

Model: Uwais al-Qarni
Tukang gunting rambut: Aki
Cameraman: Pak cu
Tukang pegang: Ummi
Tukang sorak: Opah dan Ayah

Pertama kali uwais menggunting rambut dan tukang guntingnya adalah aki. Waktu Uwais baru lahir, aki juga yang cukur rambut uwais. ummi ayah ingat, uwais akan meronta-ronta, tapi rupanya, uwais sgt baik dan memberikan kerjasama...Bila aki berhenti, dia nangis dan merengek minta aki sambung balik operasi menerangkan kepalanya...hehe.. Terpaksalah aki sambung balik...Ummi rasa kan, Uwais suka kerana getaran mesin pemotong rambut itu membuatkan uwais ngantuk.  Sampai kuyu dan layu je mata dia. Uwais syokkkkk  dan termenung je dia..hehe..
.






September 6, 2011

Hippopotamus vs Teeth

Ummi sekadar mencatatkan perkembangan Uwais, agar Uwais dapat membacanya pabila Uwais besar nanti.  Sekarang ni, ummi banyak download application dalam Ipad untuk education Uwais. Salah satunya, flashcard tentang binatang.  

Ummi suka anak ummi kenal banyak jenis haiwan, macam ummi waktu kecil dulu.  Sebab aki kerja PERHILITAN, jadi dari kecil lagi ummi dah baca magazine National Geography. Bila aki bawa ummi pergi pejabat aki, ummi dan pak long akan duduk di library sampai aki habis waktu kerja. Di library pejabat aki banyak sangat buku-buku tentang hidupan liar. Gambar-gambarnya juga sangat menarik tau. 

Aki pun tak pernah jemu bercerita dengan ummi dan adik-beradik yang lain tentang alam ini.  Dek kerana banyak membaca tentang haiwan-haiwan, ummi selalu berfikir.  Dan dari didikan itu, terbit satu kecintaan dengan haiwan-haiwan dan alam semulajadi ni.  Mengambil contoh dari cara didikan aki dan opah kepada ummi, pak long, khaulah dan pak cu, ummi aplikasikan pula pada Uwais. 

Semalam, ummi ayah mulakan sesi pembelajaran Uwais secara informal dan sangat santai.  Bila tunjuk gambar `cat` akan keluar bunyi meowww.  Ummi pun beritahu Uwais, "Meoww macam fifi kan Uwais". Fifi ni kucing peliharaan kami.hehe.  Bila tunjuk gambar `dog`, keluar bunyi `wok wok`. Uwais buat muka terkejut pula sambil cakap, `haaaa`.  Sebab Uwais memang sangat kenal dengan anjing yang banyak di kawasan rumah kami. Bila tunjuk gambar `hippopotamus`, rasa-rasanya Uwais cakap apa?

Uwais cakap, "TEETH"

Aduh anak ummi ayah ni, geli hati ummi ayah tau dibuatnya.  Inginkan kepastian, ummi ayah tunjuk lagi pada Uwais gambar binatang-binatang lain dan akhir sekali bagi Uwais tengok `hippopotamus`.

Dan lagi sekali Uwais sebut, "TEETH".

Jadi memang SAH, Uwais bukan tengok badak air, tapi gigi si badak air.  hehe.  Memang berbakat sungguh nak jadi doktor gigi ni.

Alhamdulillah, sampai juga maksudnya pada anak kecil ini.  Dapat melihat yang tersirat dari yang tersurat.  Hasanta ya Uwais...Ummi ayah sayang Uwais...

August 21, 2011

Uwais al-Qarni - Let`s Learn My Body

Assalamualaikum anakku yang soleh,

Tengah hari tadi berkesempatan membeli sedikit keperluan di Jusco.  Kalau ikutkan hati ummi, memang sangat malas rasanya.  Setelah mendapatkan keperluan, seperti biasa, wajib singgah di ruangan menjual buku.  Sekali Uwais dapat capai buku tajuk `Let`s Learn My Body`.  Terus tak nak lepas. Nak tak nak, ummi kena la beli sebab Uwais dah selak-selak semua.  Ummi ayah nak ambil pun tak boleh.  Serius je dia baca buku sambil tunjuk-tunjuk. hehe.


Opah pun excited nak ajar Uwais sebut "teeth" sambil tunjuk gigi dia.  Bakal doktor gigi la katakan..hehe...Sekali Uwais sebut dengan jelas, tanpa pelat, "TEETH".  Hasanta Uwais al-Qarni...  Bertambah satu vocab Uwais.  Betul-betul berbakat ni nak jadi doktor gigi. hehe.  Moga Allah redha. Sayang anak ummi.

August 18, 2011

Uwais & Cita-cita...


Assalamualaikum,

Semoga kalian semua dalam rahmat dan kasih sayang Allah.  

Ummi dan ayah selalu berbicara tentang masa depan Uwais al-Qarni dan salah satu topik yang tidak lari adalah tentang cita-cita Uwais al-Qarni.  Futuristik sungguh ummi ayah.  Sudah tentu ummi ayah tidak ada paksaan untuk Uwais al-Qarni berada dalam sesuatu bidang yang akan diminatinya nanti, cuma mungkin ummi ayah dapat beri satu dorongan yang baik buat dirinya.  

Ummi dan ayah suka kalau Uwais al-Qarni jadi seorang yang hafal dan mendalami al-Quran.  Teringinnya ummi tengok anak ummi jadi Ulama` ...hehe..Namun, nanti ummi ayah tak boleh nafikan jika Uwais al-Qarni ingin berada dalam `medical field` macam ummi dan ayah.  Tidak banyak sedikit, pasti mempengaruhi cita-citanya di masa hadapan kan.  Kalau dapat jadi kedua-duanya sekali, lebih baik.

Ummi selalu pesan dengan Uwais al-Qarni, "Uwais jadi ustaz ye.  Tak pun, jadi pharmacist macam ayah".  Tapi ayah pula suka influence Uwais al-Qarni supaya jadi Dr. Gigi.  Pelik juga ummi, mana entah datangnya idea ayah ini.  Malam tadi ayah tengah baring, pastu ayah buka mulut dan minta Uwais al-Qarni check gigi ayah.  Sekali Uwais al-Qarni layan pula permintaan ayah tu.  Lepas dah check gigi, Uwais al-Qarni tepuk manja pipi ayah sambil mulut bebel "tah tah tah", agaknya nak cakap yang pandai ayah jaga gigi. hehe.  Dah habis tu, tiba-tiba nak buat CPR plak kat ayah, terus menjerit ummi. hehe..Terhibur sungguh dengan keletahnya sekarang.

Uwais al-Qarni gembira hari ini sebab ayah cuti bersempena dengan Nuzul Quran.  Berkepit je dengan ayah.  Sempatlah kami anak-beranak jalan di IKEA, ukur kabinet dapur  untuk rumah mini kami di awan biru..^__^  Mula-mula Uwais al-Qarni meragam, sekerat jalan lepas BF, terus tidur sampai masuk kereta balik.

August 11, 2011

Uwais al-Qarni @ 10 bulan

Assalamulaikum Mujahid kedua yang Ummi Ayah sayangi,


Semoga Uwais sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah ya.  Ummi minta maaf, beberapa hari lagi Uwais akan genap 11 bulan, tapi baru hari ini ummi berkelapangan untuk menulis tentang perkembangan Uwais al-Qarni di usia 10 bulan.  Sungguh, anak ummi ayah ini adalah pengubat & penghibur hati ummi dan ayah.

Uwais telah makin dewasa.  Sekejap sungguh rasanya Uwais jadi baby. Eh, sekarang masih baby kan?  Tak lama lagi dah jadi `toddler` plak.hehe.  Pelbagai ragam dan perangai baru yang Uwais dapat.
  • Uwais masih maintain `bam bam` walaupun dah aktif.  Selera makan macam biasa.  Makan apa yang ummi ayah makan, Cuma elakkan yang bergaram dan bergula je.  Uwais sangat sukakan sayur.  Kalau dah bagi sayur, alamatnya memang tak mau makan benda lain.  Perangai baru Uwais, bila ummi suap Uwais luah balik.  Lepas itu, Uwais kutip dan suap kembali ke mulutnya dengan tangan sendiri.  Waduh, anak ummi nak makan sendiri rupanya.  Ummi bagi Uwais makan sendiri, Cuma bila nak cepat, ummi kena suap juga.  Faham jelah, bila makan memang comot anak ummi ni, jadi ummi ayah akan tanggal dulu baju Uwais dan tinggalkan CD je.
  • Uwais sudah boleh berdiri dan jalan-jalan jatuh, namun merangkak paling laju.  Sudah laju naik tangga sendiri, Cuma turun masih perlahan.  Ummi ada belikan `push walker` untuk Uwais praktis berjalan, tapi Uwais tetap suka tolak bakul dan kerusi plastik.  Hehe.  Sekarang ini ayah tengah train Uwais turun katil pula, Alhamdulillah ada peningkatan.
  • Sekarang ini Uwais paling teruja untuk bercakap dan membebel.  Ummi pun tak faham apa yang dibebelkannya, tapi ummi layan kan je supaya Uwais tak kecewa.  Yelah, hati anak yang kecil jangan sesekali dihampakan.  ^__^
  • Uwais dah boleh buka seluar sendiri.  Bila dia `poo poo`, dia akan buka seluar dia.  Waktu ni ummi fahamlah, maksudnya Uwais nak ummi bersihkan. Hehe.  Tapi bila di tandas memang bahaya.  Uwais tak mau duduk diam bila ummi bersihkan dia.  Risau yang amat dibuatnya.  Ada je benda yang Uwais nak capai.  Sebab itu bila ada ayah, memang ummi serah pada ayah. Tak larat ummi sebab Uwais makin berat.
  • Uwais suka Al-Quran.  Bila ummi ayah baca Al-Quran, Uwais akan duduk diriba ummi ayah dan pegang Quran yang tengah kami baca tu sambil mulutnya terkumat-kamit meniru bacaan ummi ayah.  Kalau tengah menangis, Uwais akan berhenti bila dengar azan atau bacaan Quran.  Ummi ada ajarkan Uwais `iqra`.  A Ba Ta, Uwais akan sebut `Ta`.  Mungkin itu yang paling mudah untuk anak kecil seusianya.
  •  Uwais sayangkan haiwan, persis ummi dan ayah juga.  Bila Nampak kucing, Uwais akan kejar sampai dapat dan kusut badan kucing (kadang-kadang diramasnya sampai kucing cakar dia..tapi dia tak nangis kena cakar.).  Bila bangun pagi setelah baca doa bangun tidur sama-sama Uwais akan berdiri di jendela untuk melihat burung-burung berkicauan dan berterbangan.  Bila ummi tanya, “ Uwais tengok nughair (burung) ye.  Ada ke nughair pagi ni?” dan Uwais akan balas dengan senyuman, tandanya adalah tu.  Waktu ummi pregnant Uwais, ummi pun begitu, suka melihat burung-burung dan  pemandangan.
  •  Uwais anak ummi sudah mula membentuk peribadi dan identitinya sendiri.  Dari pengamatan ummi, Uwais ini sensitive orangnya, tapi mudah mengalah.  Bila abang Mus`ab ambil mainannya, dia tidak marah dan jauh sekali menangis.  Tapi bila Aki balik kerja tak dukung dia, dia akan menagis hiba.  Atau pun bila kita bercakap dengan nada yang kuat, Uwais akan menangis.  Anak ummi, anak ummi. Bab mengalah itu persis ayah dan yang super duper sensitif itu macam ummi...hehe.
  •  Alhamdulillah, Uwais masih fully BF.  Allah murahkan rezekinya sampai ummi masih perlu pump lagi. Mungkin kerana Ummi masih menyusukan Mus`ab dan Tholhah.  Bila ada hari yang Mus`ab dan Tholhah tak menyusu dengan ummi, maka akan `engorge`.  Jadi, Uwais memang ada stok dalam peti.. kalau ada `emergency case` ,ummi tak risau.hehe.  Uwais fully cloth diapering, Alhamdulillah.  Jadi expenses untuk Uwais setiap bulan ummi ayah salurkan kepada pendidikan Uwais je.^__^

Setakat di sini dahulu coretan ummi hari ini.  Moga membesar menjadi anak yang soleh lagi musleh, murabbi dan daie ilallah.  Doa ummi agar kita semua graduasi dari Madrasah Ramadhan dengan jayanya.

Our `future pharmacist`.  Suka sangat baca `drug dictionary` ayah.  Sanggup panjat katil sebab nak buku ni.hehe.

Anak ummi yang selalu orang tanya, `boy ke girl`? Uwais tak cukup macho ke? hehe.  Ummi cakap dengan ayah, Uwais  `awww (lelaki lembut)` macam ayah. hehe.  Marah ayah.^__^

Bila dapat hand set ummi, Uwais sangat gembira sambil goyang-goyangkan dan tunjuk pada ummi.  Sebab Uwais nak minta ummi pasang lagu `Palestin` iaitu `Lanna`tarifa bi israel` (kami tidak mengiktiraf Israel).  semangat jihad anak ummi ni.  Alhamdulillah.  Inilah hiburan Uwais.

July 27, 2011

Gambar Passport Uwais

Gambar passport Uwais yang telah ummi edit di rumah.

Gambar passport Uwais yang ditangkap di kedai gambar malam tadi.  Mula-mula ummi ayah risau sangat kalau Uwais tak beri kerjasama.  Jadi dari petang tadi ummi ayah memang jaga mood Uwais. Asyik pesan je suruh soleh waktu tangkap gambar nanti..hehe..Masuk dalam kereta je, Uwais minum susu plak.  Mata pun dah kuyu je.  Alhamdulillah mood ok  dan bei kerjasma bila nak tangkap gambar.  Sekali snap, terus cantik.  Ummi dua kali snap baru jadi sebab ummi tak cantik..hehe...  

Gambar passport ni macam gambar Uwais nak masuk tadika kan.  Tapi yang ini bukan untuk masuk tadika, tapi untuk passport Uwais...Baju yang Uwais pakai tu plak adalah baju baru yang Opah belikan.  Terima kasih ye Opah.  Kiranya baru hari ni merasmikannya.

July 20, 2011

Allahuakbar...

Tahniah anakku,

Gembira ummi ayah mendengar perkataan yang keluar dari mulut Uwais, usai kami solat berjemaah....`Allahuakbar`...Sebutan yang jelas kedengaran....Tahniah sayang..Ye, Allah Maha Besar....

July 14, 2011

Menyepi..^__^

Anak ayah...Kena paksa dengan ayah bangun pagi, pergi jogging...Dua hari berturut-turut , Sabtu dan Ahad, Uwais pergi jogging pakai baju kuning.  Semua orang dok pandang dia sebab BERSIH..hehe...
Mujahid kedua ummi ayah yang suka senyum (jika perut kenyang..hehe)...Pengubat  hati ummi ayah ni...


Menyepi? hehe..Sebenarnya ummi tak tahu nak tulis apa kat blog anak-anak ummi ini.  Ummi sudah hilang rentak semenjak cinta beralih arah ni.  Maksudnya, ummi ayah dah ada tempat yang lebih privacy untuk mencoretkan perjalanan hidup ummi ayah bersama anak-anak.  Di sana ummi ayah lebih selesa rasanya.  Dapat berkongsi rasa dan perasaan bersama ayah dan Uwais.  Ummi dapat update perkembangan Uwais selalu, supaya bila ayah balik kerja, ayah boleh baca.  Bila rindu `Ukasyah,  ummi dapat tulis apa-apa yang tersimpan dalam hati ini.  Selain dari itu, segala catatan perjalanan ummi sebagai work-at-home-mom juga dicatat dengan rapi, termasuk `our next project` agar suatu hari nanti, mungkin ummi dapat berkongsi dengan semua.  Ataupun, dikumpulkan menjadi satu buku yang bermanfaat.  

Ummi memandang semua ini dari sudut positif.  Dan ayah juga berpesan agar ummi terus menulis di sini.  InsyaAllah, moga Allah beri kekuatan.  Kadang-kadang, rasa takut untuk menulis.  Takut mengundang perasaan yang tidak baik.  Banyak perkara yang kena tapis dulu.  Ada benda  yang perlu `reserve`.  Opah (ummi Mawaddah) ada menulis di blog nya tentang perkara ini.  Kalau rajin, bolehlah jenguk di sini ye ...

Sampai di sini sahaja dulu ye. Moga Allah redha dalam setiap usaha dan perkara yang kita lakukan.  

Baby ummi yang ummi rindu selalu...Walaupun muka abang sama dengan adik, ummi tetap rasa kalian berbeza...Kedua-duanya no 1 di hati ummi.  Punya tempat yang istimewa...^__^

July 6, 2011

Uwais al-Qarni @ 9 bulan

Anak ummi ayah yang soleh...Tembam...Geram tengok...hehe..^__^



Assalamualaikum Uwais al-Qarni yang soleh,
Semoga anak ummi sentiasa dalam rahmat Allah.  Anak ummi dah besar sekarang, tapi belum cukup dewasa lagi. Hihi.  Itu sudah tentu.  Namun, ummi Nampak Uwais makin matang.  bila pandang raut wajah Uwais, terdetik dalam hati ummi, “Sekejap je Uwais dah besar.  Seperti baru semalam Uwais lahir”.  Kesibukan ummi melayan Uwais yang pantas membesar dan aktif ini, membuatkan ummi terlupa nak update tentang perkembangan terkini Uwais.  Maafkan ummi ye sayang.  Ummi tahu Uwais tak marah kan?

Tengah khusyuk main sampai terjelir lidah Ustaz Uwais al-Qarni.  Dah bujang anak ummi...

Uwais sudah mula bertatih/berjalan lepas tangan (2-3 langkah).  Ayah dah janji dengan uwais, kalau pandai bertatih je, ayah nak belikan hadiah.  Ayah jangan lupa ye. Merangkak pula sangat laju.  Suka duduk macam katak, comel tau.

Gigi ada 4 batang.  2 batang di atas, dan 2 lagi di bawah. 

Selera makan persis orang dewasa.  Pantang Nampak makanan, mesti tak boleh sabar.  Uwais suka makan nasi.  Bagilah roti atau makanan lain, nasi tetap menjadi pilihan hati.  Buah yang Uwais suka, pisang.  Makanan lain yang menjadi kegemarannya adalah kismis, badam dan madu.  Ini memang istiqamah makan.  Sebab encik pharmacist memang buat inspection punye.  Hehe.  Balik kerja mesti Tanya, “Uwais dah makan madu?”.  Kecut perut staff nurse kalau terlupa tau…^__^

Alhamdulillah, Allah masih murahkan rezeki Uwais.  Masih BF sehingga kini.  Makin kuat BF walaupun dah makan.  Mungkin sedap sangat susu ummi pada Uwais.  Bila nak BF je mesti buat muka comel.  Suara macam nak start enjin kereta.  Posisi BF macam-macam, semua Uwais reka sendiri.

Sudah pandai angkat tangan untuk berdoa.  Melambai dan sebut  `bye-bye` juga dah pandai.  Bila dukung je, tangan mesti melambai. Kalau dengar lagu Palestina Tercinta, tangan mesti duk lonjak-lonjak sambil tunjuk no 1.  Semangat sungguh dia buat gaya.

Ayah masih lagi jadi `sahabat akrab` Uwais.  Bila hari isnin, Uwais `Monday blues`.  Sibuk keliling ruang tamu cari ayah.  Tunggu depan bilik sambil sebut `ayie`.  Oh lupa nak cerita, panggilan manja ayah adalah `ayie` ye.  Bila ummi buka pintu bilik tidur, melilau cari ayah.  Ummi pun cakap, “kan betul ayie tak de.  Ayie pergi kerja, petang nanti ayie balik ye.”.  Lepas itu, baru puas hati, tersenyum dan tak panggil ayie dah.  Hehe.

Bila ayie ada kat rumah, ummi dah tak laku dah.  Manja benar dengan ayie.  Walaupun ayie ada kat sebelah Uwais, tetap jerit, `ayahhhhhh`.  Padahal ayie kat sebelah je.  Manja sungguh.  Bila ayie ada, Uwais akan mandi dengan ayie.  Basuh poo poo pun dengan ayie.  Ayie pun sanggup bangun tidur untuk basuh poo poo Uwais.  Bila ayie dan Uwais bersembang, memang galak sungguh.  Ayie layan Uwais persis orang dewasa.  Suka tengok `man to man talk`.

Ayah ada ajar Uwais buat bunyi macam berdecit, jadi dia duk tiru kalau kita yang buat.

Ummi ayah suka gelikan Uwais dekat perut dan leher dia.  Bila ummi atau ayah baring, Uwais pula buat pada kami.  Umur ini, anakanda Uwais gemar mengikut.  Alhamdulillah, ummi ayah bukan jenis yang menonton TV, jadi tidak terkesan pada Uwais al-Qarni.

Dekat rumah opah ada adik-beradik susuan Uwais, Mus`ab dan Tholhah.  Bila Mus`ab dan Tholhah nangis, Uwais ajuk.  Bila Uwais nangis, Mus`ab pula ajuk.  Geli hati sungguh kami semua.  Mula-mula ummi tak perasan pun, tapi nada yang diajuk itu, sama je bunyinya. Ummi dah nasihatkan Uwais, Nampak dah kurang dah dia ajuk. 

Uwais gemar sungguh menghabiskan masa di rak buku ummi ayah.  Lepas itu, pasti Uwais memilih buku medical satu dan buku computer dan memasukkannya ke dalam diaper bag kura-kura nya (di panggil kura-kura kerana hard shell..hihi). Ayah kata, Uwais macam ayah.  Minat computer tapi jadi pharmacist. 
Ummi, dah besar nanti Uwais nak jadi apa ye?

Uwais masih fully cloth diapering, Alhamdulillah.  Disebabkan anak ummi yang kedua ini kerap poo poo (semestinya la kan sebab dah banyak makan) maka ummi akan letak `GROVIA: flushable and biodegradable liner` atas CD Uwais.  Jadi mudah untuk ummi cuci CD.  Hanya perlu sental-sental manja je. Hehe.  Ayah pun banyak tolong ummi dalam pengurusan CD. 

Setakat ini sahaja dulu update tentang Uwais.  Uwais al-Qarni, ummi ayah doakan agar Uwais mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.  Tetap tegar atas jalan yang telah kita pilih.  Ummi ayah sayang Uwais kerana Allah. Mmuuuuaaah.

p/s:  Tempahan untuk Cloth Diaper Babyland masih dibuka.  Boleh email: ukidsmart@gmail.com atau SMS: 013-6329304 untuk pertanyaan ye...Untuk tempahan, boleh buat terus di U Kids ...Bagi yang nak beli inserts pun boleh juga.  3 layers microfibre inserts, RM7/each dan 5 layers bamboo inserts, RM9/each....


June 13, 2011

Memori Indah bersama Baju Hijau

Assalamualaikum,

Mawaddah terpanggil untuk menceritakan kisah baju hijau kerana mendapat perhatian ana liyana...Terima kasih ana liyana kerana selama ini Mawaddah dan Hafiz sendiri tidak perasan tentang perkara ini.  Kebetulan yang tidak dirancang.  


Baju ini sebenarnya Mawaddah beli di Kuantan Parade, sewaktu baru walimah dengan Hafiz.  Tak tahu la kenapa beli baju hijau ini, tapi yang pastinya sebab waktu itu kami sekeluarga merancang untuk `familymoon` di Cameron Highlands selepas Majlis Walimah kami nanti. Buktinya, gambar di bawah ini.  Bila Uwais dah besar nanti, mesti gelak kalau tengok gambar ni kan.  Malunya.. Macam budak-budak sekolah je rasanya.
Sewaktu `familymoon`, tahun 2007, tahun ke-2 di UIA, umur 21 tahun..Patut nampak muda remaja..hehe...

Sebenarnya, untuk setiap kelahiran anak-anak, Mawaddah dan Hafiz memang merancang secara teliti untuk banyak perkara.  Boleh kata, kami siapkan checklist untuk keperluan.  Siap sekali bila nak aqiqah, tahnik, menamakan anak-anak, tentang BF, room in dan sebagainya.  Termasuklah nak pakai baju apa nanti waktu discharge.  Mawaddah memang akan siapkan khas baju untuk Mawaddah dan Hafiz pakai di hospital termasuklah baju untuk discharge.  Dan kami memang tak perasan langsung bahwa baju ini menjadi pilihan untuk kedua-kedua kelahiran mujahid sulung dan mujahid kedua kami, sehinggalah ana liyana beritahu.

Ayah dan `Ukasyah...Miss you my lil baby...

Saat-saat bahagia menerima kehadiran mujahid sulung, `Ukasyah...Ayah pakai baju hijau, Ummi bertudung hitam...

Ayah dan Uwais al-Qarni...Pengubat rindu...

Sekali lagi, Ayah pakai baju hijau, Ummi bertudung hitam...
Saat-saat yang membuatkan hati ini sebab tatkala mengigatkan bahwa Allah masih beri peluang buat Mawaddah dan Hafiz untuk menjadi ibu dan bapa buat kali kedua..Kehadirannya setahun 2 minggu selepas kelahiran `Ukasyah...Kelahiran yang dinantikan...


Itulah kebetulan yang tidak dirancang.  Cantiknya susunan Allah.  Seringkali Mawaddah cakap dengan Hafiz bahwa Mawaddah menginginkan setiap kelahiran anak-anak kami disambut secara istimewa, terancang.  Baik yang sulung, kedua dan seterusnya.  Semuanya Mawaddah inginkan yang terbaik.  Ingin mereka merasakan bahwa mereka semua no 1 di hati ummi ayah dalam segala aspek. hehe..  Yang ketiga nanti, nampaknya kenalah pakai uniform macam ni jugak ye...

Acute Knee Injury

Assalamualaikum Uwais sayang,

Jazakallah anakku, kerana memahami keadaan ummi sekarang.  Allah izin ummi cedera di lutut sewaktu beriadah.  Ummi rasa ummi kena  `grade-two sprains` (partially tear the fibers, but the ligament remains intact).  Atau `grade-one sprains` je. hehe. Dulu ummi pernah alami dah sewaktu aktif bersukan di zaman sekolah.  Kaki yang sama, iaitu sebelah kiri.  Sakitnya hanya Allah yang tahu. Walaupun begitu, ummi masih boleh berjalan.  Cume tak boleh bengkokkan kaki, `localized pain to both sides of knee` dan kesakitan yang bertambah bila mendukungmu.  Ummi berdoa agar Allah beri kesembuhan pada ummi.  Kekuatan juga untuk menjagamu yang kurang sihat.  Hari ini Uwais banyak habiskan masa dengan ayah.  Ayah uruskan dia A to Z. Esok, ayah kerja, ummi pula kenalah bandage kaki atau pakai knee guard untuk beri sokongan pada kaki yang cedera.

Uwais mujahid kedua ummi dan ayah, Allah uji ummi untuk hapuskan dosa-dosa ummi dan beri pahala untuk ummi jika ummi bersabar..  Uwais pun sama juga.  Allah beri demam, selsema dan batuk pada Uwais, tetapi selepas itu muncul nikmat yang lain.  Alhamdulillah, tumbuh lagi dua batang gigi atas.  Jadi sekarang ini, Uwais sudah ada 4 batang gigi.  Uwais, itulah rahmat di sebalik ujian.  Yang penting, sabar, sabar dan sabar. Dan jangan lupa mensyukuri bila kita ditimpa ujian kerna pasti ada rahmat dan hikmah disebaliknya.

June 6, 2011

Uwais Demam & Ayah On-call


Ummi pun rasa nak menangis sekali dengan Uwais....Balik bercuti, Allah izin, mujahid kecil ini demam...Bila demam, manja sangat dengan ayahnya...Tapi hari ini ayah on-call...Lepas Maghrib tadi Uwais sudah mula merengek sebut dan panggil ayah...Ummi pesan kat Uwais, `Sekejap lagi ayah balik ye..11.30 ayah sampailah rumah ye...Ni Allah beri ujian sikit pada Uwais...Kalau Uwais sabar, besar pahala tau`...Dalam dok cakap tu, mata duk jeling jam....Waaaa, 3 jam lagi baru ayah balik...Kena lah ummi pujuk Uwais...

Mohon kalian semua doakan Uwais diberikan kesihatan yang baik...Walaupun demam, Uwais masih aktif, masih kuat BF, masih selera makan dan masih nyenyak tidur...Cumanya, ana kecil ini tiada mood dan merengek sedikit mahukan ayah...

May 12, 2011

Uwais al-Qarni @ 7 Bulan

Anak ummi yang soleh...

Assalamualaikum mujahid kedua ummi,

Ummi minta maaf ye sayang..Uwais dah nak masuk 8 bulan dah, baru ummi nak coretkan perkembangan Uwais di Buatmu Anakku ni ye…Alhamdulillah, anak ummi dah pandai banyak benda.

1)      Uwais sudah tumbuh 2 batang gigi di bahagian bawah
Semenjak ada gigi ni Uwais tak suka makanan yang dikisar.  Uwais nak makan makanan macam yang ummi ayah makan.  Jadi bila waktu makan bersama keluarga, Uwais akan duduk di high chair dan ummi akan beri pinggannya sendiri sambil ummi suap dia makan.  Kena bagi Uwais pinggan sendiri sebab Uwais suka nak makan sendiri..Syabas, anak ummi sungguh berdikari.

Gembiranya anak ummi tu..Rambut tegak sebab baru lepas mandi.

2)      Uwais sudah pandai DUDUK, MERANGKAK
Alhamdulillah inilah perkembangan Uwais yang membuatkan ummi ayah sangat teruja di usia Uwais 7 bulan ni. Sebenarnya Uwais pandai duduk dulu baru pandai merangkak.  Sekarang, memang Uwais suka panjat badan ummi ayah tau.  Kalau menyusu dengan ummi pun sambil merangkak. Comel dan geram ummi dengan Uwais…Bila ummi letak Uwais dalam bakul kain (sambil ummi pegang dan awasi) , Uwais akan cangkung dan bangun.  Suka betul dia.  Bila letak tepi katil, dia cuba nak panjat.

3)      Uwais sudah banyak cakap
Uwais banyak cakap macam ummi. Kan ayah? Macam-macam keluar dari mulut dia. Setiap pagi ummi ajar Uwais kenal alif, ba dan ta.  Uwais dah boleh sebut `ba` dan `ta` je.  Kalau ada Mus`ab, dia sambung `jim`.  Bila ummi tinggalkan Uwais main sorang-sorang, mulalah mulut Uwais keluar, `dadadidi`…Kalau nak ummi, `mmmii`….Kalau nak ayah, `yahhhh`…

4)      Uwais pandai mengemas
Ummi memang tetapkan masa untuk Uwais main.  Bila dah habis main mainan , ummi ayah akan ajar Uwais ambil mainan dan simpan balik pada tempatnya.  Lepas itu, Ummi kena sorok.  Kalau Uwais jumpa kena punggah balik.  Sama la kalau ummi lpat baju, Uwais tolong buka balik.  Bila ummi lipat CD dia, lagi dia excited tengok warna warni. Kadang-kadang tu sampai ummi merayu suruh ayah pegang kejap sebab ummi tak larat melipat-uwais buka-melipat balik.hehe.

Ring Sling vs Carrier... Bila Uwais tidur, pastilah ring sling menjadi pilihan... Lena sampai boleh  lebih sejam...Bila dah bangun, Uwais suka carrier sebab boleh pandang depan dan bebas lah dia..hehe..

5)      Breastfeeding, Cloth diapering & Babywearing
Bersyukur teramat sangat, Allah permudahkan segalanya.  Uwais masih menyusu dengan ummi tanpa setitis pun susu formula.  Allah makbulkan doa ummi ayah.  Alhamdulillah juga, Uwais dah guna CD sepenuhnya.  Total CD yang Uwais ada sekarang dalam 20++…Cukuplah bekalan untuk 3 hari kalau ummi tak berapa rajin.hehe. Sekarang ummi masih dukung Uwais dengan ring sling.  Ummi memang tak reti guna carrier sebab dari `Ukasyah sampai Uwais memang ummi guna baby sling je. Ayah je yang guna carrier. Uwais dah semangat badannya, memang tak larat mendukung tanpa bantuan.

Setakat ini sahaja dulu ye sayang.  Cepatnya ummi rasa Uwais membesar.  Mudah sangat ummi jaga Uwais sekarang tau.  Bila Uwais dah besar, pasti ummi ayah akan merindui saat-saat ini nanti. Uwais anak yang soleh, pasanglah cita-cita untuk jadi dai`e dan murabbi ye sayang.  InsyaAllah, ummi ayah akan laksanakn amanah yang Allah beri ini sebaik mungkin.  Makin Uwais besar semakin banyak yang perlu ummi ayah tarbiyyah Uwais..

Sayang Uwais, sayang abang `Ukasyah…Tak sangka ummi ada 2 orang mujahid..Mujahidah bila lagi? InsyaAllah, berdoalah wahai ummi ,Allah kurniakan bila Allah tahu ummi ayah mampu, yang terbaik buat semua (gara-gara ramai yang bertanya dek kerana kononya muka berseri dan sedikit tembam, kalau tembam sah bukan pregnant sebab ummi pregnant mesti cengkung).hehe.

p/s: Ummi ada hutang entri untuk review CD pada kak syikin..Maaf kak, balik Cameron ari tu sibuk dengan kenduri abang sulung..insyaAllah Mawaddah cuba buat minggu ni ye kak..