Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.
Showing posts with label U-Kids Online Mart. Show all posts
Showing posts with label U-Kids Online Mart. Show all posts

March 23, 2012

Kerjaya, Ummi dan Ayah

Assalamualaikum,

Uwais dan adik, ini kisah Ummi dan Ayah tau.  Ummi catatkan untuk kenangan kita anak-beranak.

Seperti yang Uwais maklum, Ummi seorang ibu yang bekerja dari rumah.  Ya, bukan mudah untuk Ummi, tapi sangat menggembirakan hati Ayah.  Dalam bisnes, Ayah la `big bos` Ummi sebab Ayah CEO. hehe.  Ummi manager.  Setiap hari, CEO mesti tanya, "Sayang, banyak tak sales ari ni" ataupun Ayah terus je check database.   Kadang-kadang, pening juga Manager bila kena soal dengan CEO pasal akaun.  Jadi manager pun bukan senang, nak cuti kena minta dengan CEO. hehe.

Al-kisahnya, kata-kata Ayah baru-baru ini membuatkan Ummi geli hati dan gelak besar.  Kelakar la Ayah.  Sekali tu Ayah kata nak tidur, Ummi pun keluar bilik sebab nak melayan Uwais.  Sekali bila Ummi masuk balik, rupanya Ayah tak tidur lagi, termenung je persisnya.  Ummi pun tanya, "Aik, abang kata nak tidur".  Ayah pun jawab, "Kaya ye sayang sekarang, gaji sama dengan abang yang Pharmacist ni".  Ummi speechless, terus tergelak besar.  Boleh pula fikir gitu. "Yelah, kalau sayang pergi kerja, lagi banyak kos yang keluar.  Sayang kan suka shopping. hehe.  Anak-anak lagi kena fikir siapa nak jaga. Abang kan suka sayang duduk rumah".  Ayah pun jawab, "aah, kalau macam ni, lagi elok sayang duduk rumah, tarbiyyah anak-anak sendiri, dapat gaji juga".

Semoga Allah redha dengan pengorbanan Ummi untuk bekerja dari rumah.  Ya, bukan mudah.  Ramai yang berkata-kata, rugi belajar tinggi tapi tak kerja.  Tapi Ummi tak mahu fikirkan kata-kata orang, sebab ini permintaan Ayah walaupun tanpa paksaan.  Opah dan Aki pun tak bagi Ummi kerja dan Opah juga yang suka anak-anak perempuannya mentarbiyyah sendiri cucu-cucu dia.  Sebab satu masa dahulu, Opah juga alami apa yang Ummi alami sekarang.  Yang paling utama, redha Allah.

Tapi tak salah pun kalau ingin bekerja, opah juga keluar bekerja bila ada tuntutan dan keperluan setelah anak-anak dah bersekolah.  Ummi pun mungkin begitu, setelah anak-anak besar nanti.   Bak kata Ayah, "Tak kisahlah kerja atau tidak, pokoknya wanita harus sedar tanggungjawab utama mereka sebagai Isteri dan Ibu."

October 4, 2011

Visa

Rentetan dari entri semalam, ramai yang bertanyakan ummi sebabnya.  Ummi segan nak cerita sebenarnya, tapi eloklah bercerita dari terus menimbulkan teka-teki.

Sepatutnya kami sekeluarga (ummi, ayah, uwais, opah, aki dan pak cu) akan berangkat ke China untuk urusan bisnes U Kids Mart dan Kedai Ummi Dot Com pada 6 Oktober ini.  Allah izin ada masalah kelulusan visa sebab Kedutaan China cuti seminggu tanpa notis.  Memang tak boleh nak ikhtiar cara lain dah.  Solusinya, kami terpaksa tangguhkan flight malam esok ke 10 November dan dikenakan RM1000 untuk caj pengurusan.  Sabar jelah kan.  

Tapi tak mengapa,Allah nak bagi rasa pengalaman autumn nak ke winter.  Agak sejuk cuaca waktu tu.   InsyaAllah, perancangan Allah yang terbaik.  Lagipun, keluarga ummi masih dalam kesedihan kerana Pak Cik kesayangan kami baru kembali bertemu Allah. Al-fatihah untuk Pak Cik yang telah kuanggap sebagai bapa keduaku..

September 14, 2011

FB U Kids Mart: CLOTH DIAPERS GIVEAWAY (14-15th Sep 2011)




Assalamualaikum,
Kepada semua pembaca blog `Buatmu Anakku’, sekarang ini sedang berlangsung `CLOTH DIAPERS GIVEAWAY `  di FB U Kids Mart…Abu `Ukasyah, Ummu `Ukasyah dan Uwais sangat berbesar hati menjemput anda semua utk join…

Giveaway ini akan berlangsung selama 2 hari...

Dua pakej hadiah berupa dua keping CD Coolababy Printed Snap+Velcro akan diberikan kepada 2 orang pemenang ye..Kalau ramai peserta, hadiah akan ditambah... Pemenang akan dipilih oleh Uwais al-Qarni...Macam cabutan bertuah..

Syarat-syarat penyertaan:
2) Komen di bawah banner giveaway di FB U Kids Mart (klik disini), "SAYA NAK CLOTH DIAPERS COOLABABY…..".. Sila sambung ayat itu ye..

Slogan yang paling kreatif juga akan mendapat hadiah dari U Kids Mart..

Senang kan..^__^

Pemenang akan diumumkan pada malam ini / esok hari..

Jom join our 1st Giveaway..

HAPPY CLOTH DIAPERING.. ^__^

Anda nak sertai? Jom lawati FB U Kids Mart....

July 28, 2011

Manfaatkan 5 Perkara Sebelum 5 Perkara

“Manfaatkan 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara : Hidupmu sebelum datang kematianmu, kesehatanmu sebelum datang sakitmu, waktu luangmu sebelum menyibukkanmu, masa mudamu sebelum masa tuamu, kekayaanmu sebelum datang miskinmu.” (HR. Al Hakim & Al Baihaqi)

Assalamualaikum Uwais al-Qarni,

Sedang ummi menikmati bubur sambil menghadap laptop membuat kerja, ummi teringat tentang tazkirah minggu lepas yang sahabat ummi, Ummu Tasneem berikan tentang hikmah 5 perkara sebelum 5 perkara.  Sungguh terkesan di hati ummi walaupun tazkirah ini tampak ringkas, namun punya maksud yang mendalam.  Maksudnya, kerjakan 5 perkara sebelum munculnya 5 perkara, 5 perkara ini tidak ada yang tahu kadar mahalnya tersebut kecuali setelah hilangnya 5 perkara tersebut.

Benar anakku Uwais, ambillah pengajaran dari hadis ini, fahamilah dan  renungkan dalam-dalam maksudnya dan cubalah amalkan dalam segenap kehidupanmu. 

"waktu luangmu sebelum menyibukkanmu".  

Hari ini seharian ummi ayah sibuk dengan U Kids sampai ummi ayah tak dapat nak menjamah nasi.  Urusan passport di Pejabat Imigresen benar-benar amat rumit.  Dari Cheras-Kajang-Cheras-Shah Alam- Gombak-Cheras.  Memang ummi penat sangat.  Ummi dah siapkan semua dokumen awal-awal, tapi tertinggal juga gambar passport ummi dan uwais.  Kelam kabut ummi dan uwais tangkap gambar sekali lagi, dan hasilnya tentulah muka ummi yang tak berapa nak gembira dan gambar uwais yang ada air liur di dagu yang tak sempat dikesat...hehe... berdebar dan kecewa dengan diri sendiri tau. 

Bila sampai rumah, baru tersedar, ummi lapar, ummi penat dan rasa macam nak pengsan.  Buka laptop tengok inbox penuh (berpinar terus mata ummi), inquiry banyak. Alhamdulillah, hari ini big bos ummi turun padang.  Ayah yang tolong ummi jawabkan dan check payment.  Ayah juga tolong mandikan dan layan Uwais.  Ummi flat...hehe...^__^

Waktu ini ummi terfikir, bila punya masa yang lapang, adakalanya ummi tak manfaatkan sebaik mungkin.  Bila dalam kesibukan, baru ummi sedar bahwa masa itu sangat berharga.  Rasa tak cukup masa nak buat segala urusan dalam sehari.  Menyesal pun ada.  Ummi belajar sesuatu dari peristiwa ini, janganlah bertangguh kan..hihi....Kalutnya ummi...

July 27, 2011

U Kids Mart dalam Sinar Harian, 26 July 2011

Alhamdulillah, akhirnya tersiar juga hasil temubual ummi bersama wartawan Salwani Md Zain .  Pagi tadi ayah yang call ummi beritahu tentang temubual itu, katanya sudah tersiar.  Ayah yang excited sebab gambar Uwais keluar sekali.hehe.  Ayah cakap gambar ummi dan Uwais dekat buai.  Ummi pun tak ingat sangat, tapi sempat cakap dengan ayah, "oh, nasib baik gambar tu  abang, tak nampak gemuk kan...hehe".  Waktu hantar opah pergi kerja, baru ummi singgah petronas, beli satu akhbar Sinar Harian. 

Ummi bersyukur sangat kerana diberi peluang pada U Kids untuk dapat free advertisement sebegini. Moga Allah redha. Terima kasih juga buat Madam Hayati, Bekas Pensyarah ummi sewaktu di Matrikulasi UIA...


July 26, 2011

Cloth Diaper Coolababy, Babyland & Happy Flute XXL: Open for 3rd Batch Order (21st - 31st July)

CD Babyland Plain/Printed
RM22/pc
Buy 12 pcs or more & get special price..

CD Coola Baby Printed
Buy 1 @ RM28/pc 
Buy 3 @ RM27/pc (click here)
Buy 6 @ RM26/pc (click here)
Open order: 21st-31st July 2011
Finalize order: 1st -2nd August 2011
Shipped out parcel: 3rd-5th August 2011


Untuk tempahan, boleh buat di U Kids

July 17, 2011

Berjaga Malam

Sebahagian daripada barang-barang yang akan Mawaddah courier esok...Sebahagian lagi,  customer nak COD ...


Assalamualaikum,

Ummi nak ucapkan terima kasih yang tidak terhingga untuk ayah kerana turun padang membantu ummi packing CD Babyland yang customer order ni.  Kalau ummi buat sorang, memang tak terlarat sebab ada seratus lebih ni..Ummi siapkan je order yang telah dibayar penuh dulu.  Mana yang mampu ummi buat. Ini pun kepala ummi berpusing je rasa, dengan rasa macam loya dan nak muntah.  Mungkin penangan tidak cukup rehat dan tidur untuk `big project` ummi, ayah dan Uwais nanti.  Semalam meeting saja sampai pukul 3 pagi.  Patutlah pun ummi macam nak pengsan je. 

Uwais pun tak ketinggalan menceriakan suasana.  Panjat masuk dalam kotak.  Kutip semua CD dan susun. Apa yang ummi ayah pegang, mesti Uwais minta.  Marker pen, kertas dan sebagainya.  hehe. 

p/s: Kawan-kawan, sahabat-sahabat, doakan agar Allah permudahkan urusan kami sekeluarga ye...^__^

July 6, 2011

Uwais al-Qarni @ 9 bulan

Anak ummi ayah yang soleh...Tembam...Geram tengok...hehe..^__^



Assalamualaikum Uwais al-Qarni yang soleh,
Semoga anak ummi sentiasa dalam rahmat Allah.  Anak ummi dah besar sekarang, tapi belum cukup dewasa lagi. Hihi.  Itu sudah tentu.  Namun, ummi Nampak Uwais makin matang.  bila pandang raut wajah Uwais, terdetik dalam hati ummi, “Sekejap je Uwais dah besar.  Seperti baru semalam Uwais lahir”.  Kesibukan ummi melayan Uwais yang pantas membesar dan aktif ini, membuatkan ummi terlupa nak update tentang perkembangan terkini Uwais.  Maafkan ummi ye sayang.  Ummi tahu Uwais tak marah kan?

Tengah khusyuk main sampai terjelir lidah Ustaz Uwais al-Qarni.  Dah bujang anak ummi...

Uwais sudah mula bertatih/berjalan lepas tangan (2-3 langkah).  Ayah dah janji dengan uwais, kalau pandai bertatih je, ayah nak belikan hadiah.  Ayah jangan lupa ye. Merangkak pula sangat laju.  Suka duduk macam katak, comel tau.

Gigi ada 4 batang.  2 batang di atas, dan 2 lagi di bawah. 

Selera makan persis orang dewasa.  Pantang Nampak makanan, mesti tak boleh sabar.  Uwais suka makan nasi.  Bagilah roti atau makanan lain, nasi tetap menjadi pilihan hati.  Buah yang Uwais suka, pisang.  Makanan lain yang menjadi kegemarannya adalah kismis, badam dan madu.  Ini memang istiqamah makan.  Sebab encik pharmacist memang buat inspection punye.  Hehe.  Balik kerja mesti Tanya, “Uwais dah makan madu?”.  Kecut perut staff nurse kalau terlupa tau…^__^

Alhamdulillah, Allah masih murahkan rezeki Uwais.  Masih BF sehingga kini.  Makin kuat BF walaupun dah makan.  Mungkin sedap sangat susu ummi pada Uwais.  Bila nak BF je mesti buat muka comel.  Suara macam nak start enjin kereta.  Posisi BF macam-macam, semua Uwais reka sendiri.

Sudah pandai angkat tangan untuk berdoa.  Melambai dan sebut  `bye-bye` juga dah pandai.  Bila dukung je, tangan mesti melambai. Kalau dengar lagu Palestina Tercinta, tangan mesti duk lonjak-lonjak sambil tunjuk no 1.  Semangat sungguh dia buat gaya.

Ayah masih lagi jadi `sahabat akrab` Uwais.  Bila hari isnin, Uwais `Monday blues`.  Sibuk keliling ruang tamu cari ayah.  Tunggu depan bilik sambil sebut `ayie`.  Oh lupa nak cerita, panggilan manja ayah adalah `ayie` ye.  Bila ummi buka pintu bilik tidur, melilau cari ayah.  Ummi pun cakap, “kan betul ayie tak de.  Ayie pergi kerja, petang nanti ayie balik ye.”.  Lepas itu, baru puas hati, tersenyum dan tak panggil ayie dah.  Hehe.

Bila ayie ada kat rumah, ummi dah tak laku dah.  Manja benar dengan ayie.  Walaupun ayie ada kat sebelah Uwais, tetap jerit, `ayahhhhhh`.  Padahal ayie kat sebelah je.  Manja sungguh.  Bila ayie ada, Uwais akan mandi dengan ayie.  Basuh poo poo pun dengan ayie.  Ayie pun sanggup bangun tidur untuk basuh poo poo Uwais.  Bila ayie dan Uwais bersembang, memang galak sungguh.  Ayie layan Uwais persis orang dewasa.  Suka tengok `man to man talk`.

Ayah ada ajar Uwais buat bunyi macam berdecit, jadi dia duk tiru kalau kita yang buat.

Ummi ayah suka gelikan Uwais dekat perut dan leher dia.  Bila ummi atau ayah baring, Uwais pula buat pada kami.  Umur ini, anakanda Uwais gemar mengikut.  Alhamdulillah, ummi ayah bukan jenis yang menonton TV, jadi tidak terkesan pada Uwais al-Qarni.

Dekat rumah opah ada adik-beradik susuan Uwais, Mus`ab dan Tholhah.  Bila Mus`ab dan Tholhah nangis, Uwais ajuk.  Bila Uwais nangis, Mus`ab pula ajuk.  Geli hati sungguh kami semua.  Mula-mula ummi tak perasan pun, tapi nada yang diajuk itu, sama je bunyinya. Ummi dah nasihatkan Uwais, Nampak dah kurang dah dia ajuk. 

Uwais gemar sungguh menghabiskan masa di rak buku ummi ayah.  Lepas itu, pasti Uwais memilih buku medical satu dan buku computer dan memasukkannya ke dalam diaper bag kura-kura nya (di panggil kura-kura kerana hard shell..hihi). Ayah kata, Uwais macam ayah.  Minat computer tapi jadi pharmacist. 
Ummi, dah besar nanti Uwais nak jadi apa ye?

Uwais masih fully cloth diapering, Alhamdulillah.  Disebabkan anak ummi yang kedua ini kerap poo poo (semestinya la kan sebab dah banyak makan) maka ummi akan letak `GROVIA: flushable and biodegradable liner` atas CD Uwais.  Jadi mudah untuk ummi cuci CD.  Hanya perlu sental-sental manja je. Hehe.  Ayah pun banyak tolong ummi dalam pengurusan CD. 

Setakat ini sahaja dulu update tentang Uwais.  Uwais al-Qarni, ummi ayah doakan agar Uwais mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.  Tetap tegar atas jalan yang telah kita pilih.  Ummi ayah sayang Uwais kerana Allah. Mmuuuuaaah.

p/s:  Tempahan untuk Cloth Diaper Babyland masih dibuka.  Boleh email: ukidsmart@gmail.com atau SMS: 013-6329304 untuk pertanyaan ye...Untuk tempahan, boleh buat terus di U Kids ...Bagi yang nak beli inserts pun boleh juga.  3 layers microfibre inserts, RM7/each dan 5 layers bamboo inserts, RM9/each....


July 4, 2011

BABYLAND Cloth Diaper: Tempahan dibuka untuk 2nd Batch Order (29 Jun - 8 Julai)


Assalamualaikum,

U Kids mendapat banyak permintaan untuk buka kembali tempahan cloth diaper babyland.  Oleh kerana itu, kami ingin buka sekali lagi tempahan kepada semua ahli keluarga, rakan taulan, ibu bapa serta para pelanggan sekalian.  Bagi sesiapa yang tak sempat nak order waktu 1st batch dulu, boleh order sekarang ye.  

Alhamdulillah, Allah izin kami jumpa juga dengan CD yang menggabungkan ciri-ciri yang kami inginkan.  Harga yang mampu milik dengan kualiti yang baik.  Mawaddah dan Hafiz benar-benar jatuh hati dengan CD Babyland ni.  Asalnya, kami guna jenama X & Y, tapi tak berapa puas hati walaupun masing-masing ada kelebihan tersendiri.  Akhirnya, ketemu jua CD yang menggabungkan kelebihan CD jenama X & Y...

Order ini dibuka selama seminggu, bermula dari 29 Jun sehingga 8 Julai.  Mawaddah harap kawan-kawan semua dapat buat tempahan awal ye (supaya Mawaddah tak kelam kabut macam 1st batch order dulu..hehe..salah sendiri..).  Harga masih seperti dahulu, boleh lihat di U Kids.  Tentang bayaran, boleh runding.  Boleh buat `full payment` atau deposit 60% dari jumlah keseluruhan untuk `secure booking`.  Selebihnya boleh dijelaskan bila barang dah sampai.  Kalau nak tunggu gaji bulan julai pun boleh juga.  Cuma bagitahu Mawaddah je ye.  InsyaAllah, Mawaddah faham.

Jika berminat, boleh buat order di U Kids.  Mawaddah dah upload dalam database, jadi kawan-kawan boleh add item ke shopping bag untuk permudahkan urusan..

Untuk tempahan kat link ni ye (klik di sini)

Sebarang pertanyaan boleh SMS 013-6329304 atau email ukidsmart@gmail.com....

July 1, 2011

Gunung Tahan & 2nd Batch Order (Babyland CD)



Assalamualaikum Uwais al-Qarni,

Esok ayah akan mendaki Gunung Tahan bersama aki, abah dan pak cik syahrul.  Ayah pergi lima hari tau sayang. Ummi harap, Uwais jangan meragam ye.  Jangan merengek nak ayah. Nanti ummi risau (ke ummi yang rindu terlebih nanti..hehe).  Anak ummi kan anak yang soleh dan sabar, hari selasa atau rabu depan, ayah baliklah sayang.  Jadi, sepanjang ketiadaan ayah ni, ummi akan uruskan segalanya untuk Uwais tau.  InsyaAllah, ummi tak lupa mandikan Uwais waktu petang walaupun ini telah menjadi rutin ayah.  Kontrak bersihkan CD, sidai CD dan lipat CD serta basuh poo poo Uwais pun akan ummi ambil alih sementara.  Hehe.  Kantoi ummi selalu dimanjakan ayah kan.  Bukan manja, ayah yang yang suka melayan Uwais.

p/s:  Tempahan utk CD bulan Julai ini telah dibuka bermula 29 Jun-8 Julai.  InsyaAllah akan sampai dalam 1-2 weeks time. Full payment or 60% deposit required upon booking.  Boleh runding, kalau nak tunggu gaji bulan julai pun.  Cuma perlu inform mawaddah je ye.  

Untuk maklumat lanjut boleh lihat di U Kids
Untuk tempahan, klik di sini.



June 23, 2011

CD Babyland: Tempahan ditutup

Assalamualaikum,

Secara rasminya, tempahan CD Babyland telah ditutup.  Mawaddah minta maaf sangat pada ibu-ibu yang tidak berkesempatan kali ini (Julai nanti boleh beli lagi ye).  Tak menang tangan Mawaddah dibuatnya. hehe.  Serius, rasa sangat tak bersedia, sekali bila kena serbu kelam kabut Mawaddah.  Dulu ummi dah cakap, `angah tak nak jual CD ke?`....Mawaddah kata dengan ummi, `Tak sampai hati lah ummi.  Kalau jual murah bolehlah`.  Bila sudah macam ni, ummi cakap balik, `Tu lah, dari dulu ummi dah suruh jual CD.` .hihi...Mawaddah mampu tersengih je....Alhamdulillah, anakanda Uwais sangat memahami umminya yang workaholic ni.

Mawaddah sungguh gembira, ramai ibu-ibu muda yang berazam serta berhasrat memakaikan CD untuk anak-anak.  Bukan kerana mengikut trend, tapi atas kesederan memelihara bumi yang semakin tua ini selain dari penjimatan yang berganda.  Jika dahulu, ibu-ibu kita memakaikan kita lampin biasa.  Mereka bisa aja memberus lampin anak-anak.  Masakan kita tidak dapat melakukan sebegitu dengan kemudahan yang ada.  Mesin basuh automatik dan kain lampin yang moden.

Alhamdulillah, banyak misi yang tercapai kali ini.  Mawaddah tak kisah andai ada yang bertanya, tapi tidak membeli. Itulah misi Mawaddah, mendekati para ibu-ibu di luar sana terutamanya rakan-rakan yang hampir sebaya.  Ya, bukan mudah untuk mengambil keputusan tentang CD ni.  Satu masa dulu, mawaddah juga ragu-ragu dengan diri sendiri.  Rasa tak yakin dengan diri sendiri.  Duit yang hendak dilabur bukan sedikit, jadi perlukan keazaman yang tinggi.  Rasanya, tidak semudah membuat keputusan untuk BF baby.

InsyaAllah, julai nanti U KIDS MART akan sediakan ready stock yang secukupnya untuk para ibu di luar sana.  Doakan agar segalanya dipermudahkan.  InsyaAllah, bagi yang dah tahu harga, mawaddah akan kekalkan harga itu.  Bagi yang tidak tahu, mawaddah tak boleh reveal di sini atau secara terbuka (maaf ye).  Mawaddah sekadar ingin membantu, terutamanya ibu-ibu yang baru hendak mula.  Itu niat asal mawaddah dan hafiz.

Ok, ibu-ibu semua.  Mawaddah perlukan rehat sekarang.  Penat sungguh rasanya 2-3 hari ini.  Macam mana awal tahun depan bila dah mula bekerja nanti. huhu.

Erm sebelum terlupa, ada iklan sedikit ni...Jemputlah ziarah blog shop ummi mawaddah U Moms` Mart (klik di sini).  Ada banyak Patchwork and Quilted Bedspreads (Abstract & Floral Designs) dan Bedskirts Set (belum upload lagi rasanya).  Comforter Set pun ada. Semua 100% cotton dan 200++ threadcounts ye.  Apa yang menariknya, FREE Poslaju.  Jika berminat, SMS/call Ummi Mawaddah 019-6436106 atau email asi862@yahoo.co.uk / umomsmart@gmail.com.

U Moms` Mart (Klik di sini)

June 21, 2011

CD Babyland: Order Masih dibuka..Final call !!!

Assalamualaikum,

Di saat-saat akhir ini, Mawaddah masih buka lagi order kepada ibu-ibu yang nak order CD Babyland (klik sini) sebelum pihak supplier courier pada Mawaddah.  Tak sampai hati pula bila ibu-ibu kata mereka sudah terlewat atau tertinggal keretapi...huhu...Mawaddah faham perasaan kalian semua.  Ramai juga yang nak tunggu gaji hari khamis ni kan, 23 Jun..

Jadi, sesiapa yang masih nak order, boleh order dulu sekarang.  Email sesegera yang mungkin corak yang anda inginkan dan untuk pertanyaan harga ke ukidsmart@gmail.com atau SMS 013-6329304 .  Harga untuk plain dan printed, sama.  Bila dapat gaji hari khamis ini, baru bayar pada Mawaddah tau.  Mohon kerjasama ye submit order dulu supaya CD ni sampai pada kita semua minggu ni juga...

~Order akan ditutup hari ini, 22 Jun, pukul 6 petang ye~

Senarai Tempahan
  1. Balqis - 10
  2. M -12
  3. Waniey - 5
  4. Asma` - 5
  5. IkeIke - 2
  6. Ain - 5
  7. Ukhti Aqeelah - 10
  8. Siti Hajar -1
  9. Fatimah Az-zahrah - 12
  10. Tina - 5
  11. Khadeejah - 5

June 18, 2011

Tempahan di buka untuk Cloth Diaper Babyland

Assalamualaikum,
Mawaddah nak buka tawaran ni pada sesiapa yang berminat nak beli cloth diaper jenama Babyland.   Mawaddah nak beli untuk beberapa orang (termasuk untuk kegunaan sendiri & anak-anak susuanku, Mus`ab & Tholhah).  Kalau ramai yang nak beli, lagi mudah, lagi murah.  Mawaddah nak jual pada harga yang mampu milik je ni.  Alang-alang nak tempah banyak, Mawaddah buka tempahan untuk sesiapa yang berminat ye…

Jika berminat, boleh email Mawaddah untuk tahu harga , ukidsmart@gmail.com...

Tempahan terakhir yang akan diterima adalah pada hari Isnin, 20 Jun.  

April 20, 2011

Online Shop Sahabat-sahabat Ummi

Mawaddah nak kongsi link online shop khaulah dan sahabat-sahabat ummi...

Menjual madu asli dari yaman.  Adik Mawaddah ni memang duduk di Yaman.  Jadi jangan khuatir ye sebab memang confirm madu yang asli punye.  Tiada campuran gula.  Madu yaman ni pekat dan likat. Alhamdulillah, kalau sakit, batuk semua, Mawaddah dan Hafiz memang makan madu je. Encik pharmacist pun tak makan ubat.hehe.  Sebotol madu yaman ni, 500gm, harganya RM119 dan yang paling best, POSLAJU PERCUMA...Jangan lupa ziarah Yemeni Shoppe (klik sini) tau.

Dekat Happy Shop ni macam-macam ada. Dari keperluan ibu hingga ke anak.  Mawaddah suka sebab ada baju nursing. Mawaddah pun tengah bercadang-cadang nak beli satu T-shirt Pregnant & Nursing dari Happy Shop...Yang warna pink..hihi..Cadar Akemi pun ada tau. Kawan-kawan, jomlah cuci mata dan poket ye. Kalau nak tengok klik di sini ye Happy Shop

http://al-laylshoppe.blogspot.com/
Terdapat pelbagai baju muslimah dan dress yang menutup aurat untuk anak-anak perempuan yang kecil.  Cantik-cantik semuanya.  Tudung untuk anak-anak pun ada. Nasib tak de baby girl. kalau tak harus rembat semua.Untuk ibu-ibu pula, bukan saja t-shirt muslimah, jubah, blouse cantik semuanya.  Jomlah ziarah al-layl juga ye, klik je sini.

Mawaddah sudah dua kali menempah cheesetart di sini...Masuk kali ketiga untuk tempahan 600 biji... Service sangat baik..Respon cepat dan cheesetart yang sangat sedap.  Bak kata ummi Mawaddah, kemas dan gebu.  

Akhir kalam, Mawaddah nak jemput juga anda semua ke U KIDS. hehe.(sempat lagi tu nak iklankan sendiri punye).  Kalau nak tengok barang-barang yang dipilih sendiri dan dijual oleh ummi ayah yang cerewet, macam Mawaddah dan Hafiz boleh juga. Kebanyakan  items yang dijual di U KIDS juga dimiliki oleh Uwais al-Qarni.  
http://ukidsmart.blogspot.com/

Ok, sekian saja dari Mawaddah.  Mawaddah bukan duta mana-mana kedai online tau.. Sekadar berkongsi dengan kalian semua apa yang mawaddah tahu dan bantu rakan-rakan mempromosikan kedai mereka....terima kasih..^__^


April 6, 2011

Uwais Kurang Sihat

Assalamualaikum Uwais,
Malam ni Uwais rasa macam mana? Rasa dah sihat sikit ke?  Alhamdulillah, ummi ayah tengok, Uwais sudah semakin sihat.  Sudah bergelak ketawa, senyum-senyum, semakin aktif, kurang sensitif, muka excited dan dah ada mood.  Panas badan pun dah kurang.  Ummi bersyukur sangat tau Uwais dah nak sihat sebab ummi ayah sentiasa tak keruan bila Uwais merengek.  Kiranya ini pertama kali tau Uwais demam sepanjang umur Uwais 6 bulan setengah ni..  Ayah pun dah cuti 2 hari sebab nak bersama-sama ummi untuk jaga Uwais.  

Jazakalllah ayah. Ummi ayah doakan agar Allah berikan kesihatan yang baik untuk mujahid kedua ummi ayah ni tau.  Uwais kan baby yang ceria.  Sedih ummi ayah bila tengok Uwais nangis dan moyok je.  InsyaAllah, esok Uwais akan bangun dengan muka yang ceria ye sayang.  

Semalam, walaupun Uwais demam, sempat lagi Uwais jadi model U KIDS sekejap sebab ummi tiada patung untuk dijadikan model MOTHERCARE 4 Position Carrier yang baru saja dijual di U KIDS.  Model ummi siap pakai cool fever lagi. hihi.  Jazakumullah kepada Uwais dan Ayah sebab jadi model tak berbayar U KIDS.  Eh ummi lupa, pastilah kena rembat satu MOTHERCARE 4 Position Carrier sebagai saguhati untuk Uwais dan ayah (CEO Buatmu Anakku Enterprise).  Lagipun, ayah sudah jatuh cinta dengan keselesaannya yang maksimum.  Yelah, ayah orang yang pertama yang cuba dulu sebab ayah yang nak pakai nanti.  Walaubagaimanapun, Ummi tetap setiap dengan ring sling ummi.hehe.  

Model U KIDS, Uwais al-Qarni dan CEO Buatmu Anakku Enterprise, Ayah. Ummi ni, kerani U KIDS je.hehe.  
Pesan Ummi: Ummi rindu abang `Ukasyah. Ayah pun rindu. Rindu sangat.  Uwais rindu abang tak?

February 11, 2011

January 25, 2011

Hujung Minggu yang Sibuk

Salam sayang buatmu Uwais....juga buat `Ukasyah yang ummi ingati selalu..Catatan ini, khusus buat tatapan anak-anak ummi ayah pabila kalian telah dewasa nanti...Khususnya buat Uwais yang bakal menggalas tanggungjawab yang besar memimpin dan membantu ummi ayah mendidik adik-adik nanti...

Hujung minggu lepas merupakan hari yang sangat sibuk buat ummi dan ayah...Sampai ummi dapat rasakan yang Uwais agak terabai sedikit..Kesian sangat kat Uwais...Alhamdulillah ada Aki, Pak Long dan Opah melayan Uwais yang sangat suka bersembang ni...

Ayah kerja sepanjang minggu lepas...Sabtu dan Ahad pula oncall...Lepas tu tak cuti plak minggu ni...Minggu ini, ayah posting di Wad Paeds Oncology (haematology)...Kiranya, wad kanser darah untuk kanak-kanak...Malam, balik kerja, ayah kena study plak..Lepas subuh, gi kerja balik...Kesian kat ayah kan Uwais...Sebab tu, ummi selalu pesan kat Uwais supaya behave waktu ayah ada...Supaya ayah dapat berehat dan study...Uwais memang anak yang soleh pun...Sayang sangat kat anak ummi ini...

Hari Jumaat pula, stok Chicco Go Baby Carrier baru sampai..Kelam kabut juga...Lagi sekali, ayah yang tolong ummi uruskan semuanya..Sudah lah sampai rumah pun dah malam...Ummi dengan ayah makan malam pukul 12...hehe..Workaholic betul...Lepas Uwais tidur, ummi pun proses order customer yang berpuluh-puluh tu...Sampai ummi tak tidur sepanjang malam menyiapkan semua order..Pening juga kepala ummi..Rasa nak muntah pun ada...Semuanya kena buat dengan hati-hati...Buatnya silap. habislah ummi kan...

Kul 5 pagi siap, ummi lelap kejap, bangun subuh, solat dan lepas itu pergi Putrajaya dengan Opah aki...Ayah plak pergi kerja..Lepas balik dari Putrajaya, Ummi uruskan courier barang-barang customer bertemankan Aki yang tolong jagakan Uwais...Alih-alih, dah tengah hari..Ummi pun belanja Aki makan nasi ayam special je sebab dah tak larat nak masak..

Sampai rumah, ingat nak rehat..Tidurkan Uwais dan ummi kemas rumah dan kemaskini akaun U KIDS MART...SMS semua customer...Kul 4 petang baru dapat tidur sebelah Uwais...Tak sedar, bila ayah sampai rumah...Bangun kul 5 petang, solat dan bersiap untuk ke Wetland, Putrajaya...fuhhh..memang penat betul..Panjang lagi sebenarnya cerita ini, tapi cukuplah setakat ini kan Uwais...

Alangkah baiknya, jika kita sibukkan diri dengan kerja D&T juga...Soleh sahaja tidak cukup jika tidak berdaya guna...Sesungguhnya, setiap muslim itu seharusnya bernilai sosial juga...InsyaAllah, bab ini ummi ayah tak kan lupa...Moga Allah rahmati dan berkati dalam setiap apa yang kita lakukan...

p/s: Ummi ayah sebenarnye dalam proses nak menaiktaraf website U KIDS MART...kami perlukan sistem yang tersusun untuk U KIDS MART supaya ummi ayah tak kelam kabut menguruskan order, stok dan akaun syarikat...Sistem yang teratur memungkinkan ummi meluangkan lebih masa untuk kelurga dan D&T...dan memudahkan ayah yang sentiasa sibuk untuk uruskan akaun dan admin...InsyaAllah , dalam masa terdekat ini, ummi ayah akan usahakan untuk menyiapkannya...Uwais beri kerjasama ye...hihi...

Gambar ni waktu hari raya tahun 2009, ummi baru 2 minggu melahirkan `ukasyah...bila tengok gambar ni, Ummi rindu pada zaman ummi ayah masih study di UIA dulu sebab banyak masa bersama...Jom abang, kita sambung study lagi..hihi..

January 11, 2011

Stok Baru di U KIDS MART...

Assalamualaikum,
Setelah sekian lamanya Mawaddah tak update, tiba-tiba tumpang iklan kat sini kan..hehe..Tak patut betul...Banyak baju-baju yang baru update kat U KIDS MART..Kalau berminat, boleh lawati online store kami di http://ukidsmart.blogspot.com/

GAP Pyjamas- Ladybird $25

GAP Pyjamas- Mommy`s Little Man $25

CARTER`s Romper 5-in-1 $35

Mothercare 2-piece set $39
Overall+Romper
CIRCO Romper $8
Disney 3-piece Skirt Set $39
Skirt+Sweater+L/S Romper

December 25, 2010

Ujian, Rahmat dan Nikmat

Salam sayang buat kalian semua,
Bila menjenguk blog Buatmu Anakku ini, terasa sunyi sungguh tanpa update dari ummi, mahupun ayah tentang Uwais...Sungguh, ummi terlalu sibuk kebelakangan ini dengan beberapa ujian yang menimpa...Internet di rumah yang masalah dan laptop yang rosak skrinnya...Menitis air mata ummi..hehe..Cengeng sungguh kan..Mana ummi tak nangis, bila laptop rosak dan internet bermasalah, customer pula ramai...Sudahnya, ummi reply semua guna handphone je...Kredit pun sampai RM70...

Dalam masa yang sama, Uwais juga dah pandai banyak benda... 3-in-1 lagi...Bukan je pandai meniarap, terlentang balik dan maju ke hadapan plak tu (sambil angkat bontot macam nak merangkak)...Alhamdulillah, cepat sungguh developement Uwais ye...Bila Uwais dah pandai meniarap-terlentang-meniarap-terlentang-gerak ke depan, ummi pun kena banyak pantau safety Uwais..Bukannya apa, kalau ummi letak hujung sini, sekejap lagi dah di hujung sana plak...Bila ummi letak kat tengah, lagi sikit kepala dah sentuh dinding..Risau ummi tau Uwais..Sudahnya, ummi bentangkan comforter, ummi bagi Uwais tempat lapang untuk bergolek dan ummi lagi senang nak uruskan order customer...Kalau tak, asyik dok risau Uwais yang kat atas katil ni.



Sekarang ni, mencabar sungguh tau dengan Uwais ni...Waktu nak mandi, Uwais meniarap, waktu salin pampers, Uwais meniarap, waktu menyusu, Uwais meniarap..Sampai ummi cakap padanya, "Uwais sayang, ummi tahu Uwais dah pandai meniarap, tahniah tau...tapi kita pakai baju dulu ye"...Uwais pun terkebil-kebil je mata bila ummi cakap dan terus behave...bila Uwais nak tido pun, dia meniarap..Bila ummi larang, Uwais terus uuwwwwwaaaaaaaaaaaaa...Terus ummi pujuk, "Uwais kan abdominal breather, mana boleh sleep on your stomach"...Baru Uwais ok...Ummi risau tau, baby less than 6 months tak boleh tidur meniarap untuk reduce risk of SIDS...Ini yang ummi belajar dulu...Tapi, kadang-kadang tu ummi mengalah juga pada Uwais...Beri juga peluang andai Uwais sendiri selesa dengan syarat, ummi ayah mesti supervise Uwais...

Sampai di sini saja entri ummi kali ini tau...Ummi kena tidur awal sebab esok nak pergi ziarah bakal kakak ipar..hehe..


p/s:Ummi minta maaf pada aniem yang tag ummi untuk contest..Ummi tak sempat nak buat..Minta maaf ye aniem..akak doakan agar hadeef menang, insyaAllah..Uwais boleh tumpang gembira nanti...

December 4, 2010

Kesibukan & Kebahagiaan

Photo shoot session during our Convocation Day with our close friend, Muttaqee Misran...Nanti ummi upload yang lain ye...


Salam sayang ummi ucapkan buat buah hati kesayangan ummi, ayah dan Uwais…Tidak lupa jua pada buah hati yang sentiasa ummi ingati selalu, `Ukasyah…Ummi rindu sangat…Alhamdulillah, Allah masih beri nikmat iman dan islam pada kita…Juga nikmat kesihatan yang baik untuk terus berubudillah..

Emergency Leave (EL)
Hari ini ummi dan Uwais sangat gembira kerana ayah EL…Ummi yang minta ayah EL sebab rasa rindu kat ayah…Yelah, Sabtu lepas ayah on-call…Weekend minggu ini pun ayah on-call, Sabtu dan Ahad…Ayah macam tak ada cuti pula…Ummi ini bukan apa, kesian sangat kat Uwais…Selalu je tenung muka ayah…Pandang pun tak kelip mata tau…Uwais nampak rindu sangat kat ayah…Ye ke Uwais??? Ummi tak ke??? Hehe…Ummi pun rindu juga…

Alhamdulillah, hari ini banyak masa yang ummi ayah luangkan bersama Uwais.  Pagi tadi breakfast bersama…Ziarah pusara `Ukasyah…Ummi memang sudah merancang untuk fokus pada ayah dan Uwais je hari ini, alih-alih, bertalu-talu SMS dari customer waktu tengah makan…Check inbox pun banyak email dari customer…Ini semua gara-gara PRE-ORDER: CHICCO Go Baby Carrier…Bila update benda baru, memang akan sibuk sikit…Silap ummi betul kali ini…


Namun, ummi bersyukur juga sebab dengan adanya ayah di rumah, Uwais dapat banyak perhatian dari ayah…Bukan main bergelak tawa, bersembang dan golek-golek dengan ayah lagi…Uwais nampak gembira bukan main…Maka, ummi pun dapatlah tumpukan perhatian pada kerja…hehe…

Cloth Diapering
Ini ummi alih topic lain pula tau…Dulu ummi pernah cerita dekat blog ini tentang hasrat hati ummi untuk pakaikan Uwais Cloth Diapers (CD)…Hasrat yang  terpaksa ditangguhkan dulu sebab ayah takut jika ayah tak dapat bantu ummi nanti..Tapi sekarang ayah sudah bagi lampu hijau pada ummi…Bukannya apa, banyak betul sampah pampers Uwais…Sehari je sudah penuh sebakul sebab Uwais ini memang kerap tukar…Sekejap je pamper sudah full…Duit pun mengalir macam air…Sebungkus pampers tahan sekejap je…Ummi ayah nampak ada pembaziran di situ…Lagipun sekarang Uwais dah pakai saiz L…Lagi mahal harganya…

Hendak dijadikan cerita, senior ummi kat Sains Tuanku Jaafar dulu ajak ummi jadi business partner dia untuk jual CD…Jadi, ummi pun apalagi, mestilah cuba pada Uwais dulu, baru senang hendak kongsi pengalaman pada orang lain nanti…Belum sempat ummi beli, Kak Ain dah hadiahkan pada Uwais 3 set QQ Baby Snazzy Minky  Snap Pockets CD…Ummi gembira bukan kepalang…Nanti ummi kongsi ye dengan lebih lanjut lagi tentang pengalaman ini…Hilang idea pula…hihi…

U KIDS ONLINE MART
Ummi macam tidak percaya ummi business online sekarang…Sebab benda yang satu inilah ummi paling tak pandai…Ummi jenis malu nak promote, sebab itu boleh business di alam maya je…hihi…Tapi ayah kata, ayah yakin dan percaya je dengan ummi…Ye ke Uwais? Uwais yakin dengan ummi  tak? Ayah kata ummi ini kalau buat sesuatu memang bersungguh…Ameen, moga makbul doa ayah kan..

Ayah juga bersungguh orangnya…Banyak bantu ummi sebab ayah memang banyak baca buku pasal business ni…Bagi pandangan, pendapat dan tunjuk ajar pada ummi…Kalau ada SMS masuk, siap berebut handphone dengan ummi..Rasa kelakar plak…


Buat pengetahuan Uwais, ummi memang suka apa yang ummi buat sekarang ini sebab ummi ayah kan memang suka shopping barang anak-anak…Pengalaman ummi shopping secara online memang banyak…Boleh kata beribu juga sudah ummi ayah belanjakan…Breastpump, medela citystyle bag, nursing cover, storage bottle, nursing sleep b--, ring sling, storage bag, combi stroller, Graco swing dan banyak lagi…Alhamdulillah, setakat ini semuanya memuaskan hati…

Kalau bab baju anak, ummi ayah pun sangat particular…Materialnya mesti 100% cotton…Brand ummi ayah tidak kisah, tapi kualiti diutamakan…Sebab itu bukan mudah untuk ummi ayah decide untuk jual sesuatu itu kerana jika ummi ayah sendiri tak suka, bagaimana ummi ayah nak jual kan..hehe…

Panjang pula entri malam ini…

Doakan yang terbaik buat ummi, ayah dan Uwais ye…