Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

December 30, 2010

SIDS & Stomach Sleeping - Part 2

Assalamualaikum,
Semoga kalian semua berada dalam rahmat Allah..Mawaddah ingin minta maaf pada ibu-ibu di luar sana yang ternanti-nanti akan entri ini..Semalam, memang tak larat sangat nak menulis..Minta maaf ye..Mawaddah akan sedaya upaya menulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami..

Apa itu SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)?
SIDS adalah kematian secara tiba-tiba, untuk bayi yang berumur kurang dari setahun, yang tak dapat dijelaskan selain dari siasatan secara mendalam...Maksudnya, baby memang nampak sihat je sebelum ni dan tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit.

Apa pula `Stomach Sleeping`?
`Stomach Sleeping` ni bahasa inggeris..Bahasa mudahnya, bayi yang tidur dalam keadaan MENIARAP.. 

Apa kaitan SIDS dan `Stomach Sleeping`?
Membiarkan baby tidur meniarap akan meningkatkan risiko SIDS..Memang ada pelbagai lagi faktor yang menyebabkan SIDS seperti bayi pra-matang, bayi yang lahir tak cukup berat, bayi yang terdedah kepada asap rokok, tetapi `TIDUR MENIARAP` adalah faktor utama penyebab SIDS...Melalui penyelidikan yang telah dilakukan oleh ramai penyeledik, bayi yang tidur meniarap, lebih ramai yang kena SIDS berbanding bayi yang tidur terlentang atau mengiring...Ibu-ibu boleh baca research yang dilakukan mengenainya disini. (klik disini)

Kenapa tak boleh beri baby kita tidur meniarap? 
  1. Baby adalah `abdominal breather`, iaitu bernafas dengan bantuan otot abdomen...Bayangkan bila kita beri baby tidur meniarap, maka, ia akan menyukarkannya untuk bernafas...
  2. Bila baby tidur meniarap, udara yang dihembuskannya (karbon dioksida) akan berkumpul..Membentuk seperti poket udara di keliling mulut baby...Terutamanya bila baby tidur di atas tilam yang lembut, selimut dan dikelilingi oleh `soft toys`... Jadi karbon dioksida yang berkumpul itu akan disedut kembali oleh baby...Menyebabkan, kadar oksigen dalam darah menurun...Untuk pengetahuan semua, ketidakmatangan sistem pernafasan baby menyukarkannya untuk adapt dengan jayanya terhadap poket karbon dioksida yang membentuk itu...atau apa-apa saja yang halang baby dari bernafas..Macam orang dewasa, bila terjadi situasi begitu, automatik kita akan ada coping mechanism..Terlentang ke...Ubah posisi ke...Walaupun dalam keadaan tidur..TETAPI BABY TIDAK BEGITU...
  3. Tidur meniarap memberi tekanan pada rahang baby menyempitkan salur pernafasan, lalu menyukarkan baby bernafas..
Mitos dan Fakta tentang tidur meniarap...
  1. Mitos: Bayi akan tersedak susu kalau muntah...Fakta: Mengikut AAP (American Academic of Pediatrics)..Bayi yang lahir cukup bulan dan sihat tidak akan tersedak susu mahupun dengan air liur yang berkumpul jika tidur terlentang...Boleh rujuk di sini ye..(klik disini) 
  2. Mitos: Bayi tidur lena...Memang tak dinafikan tentang ini...Fakta: Banyak lagi cara yang boleh dilakukan supaya bayi tidur lena..Contohnya, iringkan bayi, malapkan lampu...Alihkan segala gangguan yang ada seperti perlahankan TV, radio dan etc..
  3. Mitos: Elak perut kembung..Fakta: InsyaAllah, kalau breastfeed baby, kemungkinan untuk kembung itu amatlah tipis..Untuk yang masih belum berpeluang Bf baby, anda boleh pastikan baby tak kembung dengan burp baby..atau beri susu yang sesuai dengannya...
Jadi, macam mana ye kalau baby saya nak tidur meniarap juga?
Boleh, bukan tak boleh langsung tau..Bila baby dah boleh meniarap dan terlentang semula, biasanya dalam umur 4-7 bulan ,mereka tidak akan stay tidur terlentang sepanjang malam...Waktu ini, tidak mengapa jika membiarkan mereka memilih posisi yang mereka inginkan..Bukan yang kita inginkan tau..Maksudnya, bukan dengan sengaja, kita yang letak baby kita tidur meniarap...

Seperti Uwais sekarang...Mawaddah memang tak galakkan Uwais tidur meniarap walaupun Uwais memang dah boleh meniarap, terlentang balik dan golek-golek di usia 3 bulan ni...Bila malam memang Uwais nak meniarap, tapi tak boleh sebab Mawaddah tidur mengiring menghadap Uwais...hihi..Nakal umminye ye..Bukan apa, senang nak breastfeed Uwais kan...Tapi, ada masa, waktu siang, Uwais nak juga tidur meniarap..Bila macam ni, ummi pun beralah...Terpaksalah supervise dia..Tak tinggalkan dia sorang-sorang..Kalau ada Hafiz, kami akan bergilir tengok dia..Sebab Uwais kan kira kecil lagi..Yelah, umur baru 3 bulan, tapi advance sangat dah..

Pengalaman Mawaddah dengan pengasuh..
Lepas `Ukasyah meninggal, pengasuhnya ada call Mawaddah..Waktu tu, Mawaddah minta penjelasan darinya tentang `Ukasyah..Mawaddah pun tengah sedih dan kecewa sangat waktu tu, jadi bila cakap memang nada sangat tegas rasanya...Waktu kejadian kat nursery tu, diorang bedung dan tiarapkan `Ukasyah...Bila Mawaddah tanya, kenapa buat macam tu, pengasuh tu jawab..Sebab orang tua-tua kata elok..dan waktu kursus asuhan ni, diorang ajar macam tu...MasyaAllah, macam mana ni...Mawaddah memang marah sangat rasanya..Tapi sempat lagi tu pesan, "Puan, buat pengetahuan puan, bayi yang berumur 6 bulan kebawah terutamanya,tak boleh tidur meniarap..Itu yang saya belajar dan tahu..Saya tak mahu bayi lain jadi macam baby saya"...

Memang susah nak cakap pada diorang ni sebab bila jaga ramai baby, diorang memang tak boleh pantau setiap baby..Yelah, mana sama bila ibu sendiri yang jaga...Tapi kalau ibu-ibu diluar sana boleh berpesan kepada pengasuh tentang perkara ini, alangkah baiknya..Bagi Mawaddah, biarlah kepahitan itu dirasai oleh Mawaddah seorang....

Serius, ini sekadar perkongsian untuk anda semua sebagai seorang ibu, ibu yang pernah melalui pengalaman pahit dalam hidupnya dan registered nurse (walaupun tak practice buat masa ini)...Ini yang Mawaddah ingin kongsikan...Harapnya, dapat memberi manfaat pada kalian semua...

Yakin pada Allah..Tawakkal pada Allah...Itulah yang sebaiknya..Tak mampu kita hendak mengawal segalanya...Betul tak???Namun, kita sebagai ibu bapa, boleh berusaha yang terbaik..

Sekian sahaja dari Staff Nurse Mawaddah (hehe..berangan la tu,,insyaAllah, doakan ye)...
Happy Parenting ^__^

December 28, 2010

SIDS & Stomach Sleeping

Assalamualaikum..
Quick update from me...Ramai yang bertanya pada ummi tentang SIDS and `stomach sleeping` setelah membaca entri Nikmat, Rahmat dan Ujian...InsyaAllah, Mawaddah akan tulis entri khas untuk tajuk ini ye..Jika tiada apa-apa,malam ini...Untuk menjawab persoalan dan menjelaskannya dengan lebih lanjut lagi...Isu ini bukan mudah untuk dikupas tau sebab ianya bertentangan dengan pendapat ramai orang...Terutamanya orang-orang yang lebih berpengalaman seperti ibu bapa kita...Bila Hafiz cakap,"Sayang, memang ramai lah yang tak tahu pasal `stomach sleeping`..Abang pun tak tahu kalau tak kawin dengan sayang"...
Mawaddah tahu ramai yang risau bila baca entri Mawaddah semalam..Mawaddah ingat sekadar perkongsian ilmu yang Mawaddah belajar di UIA dulu...Tapi tak sangka pula ramai ibu-ibu yang prihatin tentang isu ini...Sampai ada ibu yang sms Mawaddah pukul 3pagi semalam..Namun, mawaddah tidah kisah kerana Mawaddah tahu setiap ibu pasti inginkan yang terbaik buat anak-anaknya...Mawaddah harap,ibu-ibu semua jangan panik ye...Yang penting, jangan tinggalkan anak tidur sendirian tanpa pemantauan, terutamanya untuk bayi yang kurang dari 6 bulan...Yang paling penting, TAWAKAL pada Allah kerana Allah adalah sebaik-baik pemelihara...

December 25, 2010

Ujian, Rahmat dan Nikmat

Salam sayang buat kalian semua,
Bila menjenguk blog Buatmu Anakku ini, terasa sunyi sungguh tanpa update dari ummi, mahupun ayah tentang Uwais...Sungguh, ummi terlalu sibuk kebelakangan ini dengan beberapa ujian yang menimpa...Internet di rumah yang masalah dan laptop yang rosak skrinnya...Menitis air mata ummi..hehe..Cengeng sungguh kan..Mana ummi tak nangis, bila laptop rosak dan internet bermasalah, customer pula ramai...Sudahnya, ummi reply semua guna handphone je...Kredit pun sampai RM70...

Dalam masa yang sama, Uwais juga dah pandai banyak benda... 3-in-1 lagi...Bukan je pandai meniarap, terlentang balik dan maju ke hadapan plak tu (sambil angkat bontot macam nak merangkak)...Alhamdulillah, cepat sungguh developement Uwais ye...Bila Uwais dah pandai meniarap-terlentang-meniarap-terlentang-gerak ke depan, ummi pun kena banyak pantau safety Uwais..Bukannya apa, kalau ummi letak hujung sini, sekejap lagi dah di hujung sana plak...Bila ummi letak kat tengah, lagi sikit kepala dah sentuh dinding..Risau ummi tau Uwais..Sudahnya, ummi bentangkan comforter, ummi bagi Uwais tempat lapang untuk bergolek dan ummi lagi senang nak uruskan order customer...Kalau tak, asyik dok risau Uwais yang kat atas katil ni.



Sekarang ni, mencabar sungguh tau dengan Uwais ni...Waktu nak mandi, Uwais meniarap, waktu salin pampers, Uwais meniarap, waktu menyusu, Uwais meniarap..Sampai ummi cakap padanya, "Uwais sayang, ummi tahu Uwais dah pandai meniarap, tahniah tau...tapi kita pakai baju dulu ye"...Uwais pun terkebil-kebil je mata bila ummi cakap dan terus behave...bila Uwais nak tido pun, dia meniarap..Bila ummi larang, Uwais terus uuwwwwwaaaaaaaaaaaaa...Terus ummi pujuk, "Uwais kan abdominal breather, mana boleh sleep on your stomach"...Baru Uwais ok...Ummi risau tau, baby less than 6 months tak boleh tidur meniarap untuk reduce risk of SIDS...Ini yang ummi belajar dulu...Tapi, kadang-kadang tu ummi mengalah juga pada Uwais...Beri juga peluang andai Uwais sendiri selesa dengan syarat, ummi ayah mesti supervise Uwais...

Sampai di sini saja entri ummi kali ini tau...Ummi kena tidur awal sebab esok nak pergi ziarah bakal kakak ipar..hehe..


p/s:Ummi minta maaf pada aniem yang tag ummi untuk contest..Ummi tak sempat nak buat..Minta maaf ye aniem..akak doakan agar hadeef menang, insyaAllah..Uwais boleh tumpang gembira nanti...

December 17, 2010

Uwais al-Qarni: Check-up @ 3 bulan



Alhamdulillah, anak ummi baru menginjak ke umur 3 bulan semalam…Cepat sungguh Uwais membesar kan…Kelmarin ayah cuti setelah sibuk memanjang…Kebetulan pula check-up Uwais dan ummi ayah nak pergi SSM untuk daftar syarikat di Shah Alam…Ummi bersyukur sangat akhirnya U Kids Online Mart telah beroperasi di bawah syarikat___..teka,teka apa nama syarikat yang ummi ayah pilih…hihi…

Ok, berbalik kepada perkembangan Uwais, sekarang ni berat Uwais 6.05kg…Anak ummi makin kurus ye..Ummi rasa sebab Uwais asyik dok berlatih meniarap, tu yang naik 0.9 kg je..Ke Uwais naik banyak, tapi ummi rasa macam sikit je…Semalam Uwais kena Injection untuk diphtheria,pertusis and tetanus…Macam biasa, anak ummi nangis sikit je…Lepas ummi pujuk, Uwais senyum balik…hihi..Comel je anak ummi ni ye..

Perkembangan Uwais:

1)Meniarap
Hari ini, banyak kali Uwais cuba meniarap, tapi bila ummi tegur, terus terlentang balik.  Tapi bila ummi nyorok di sebalik pintu, terus je Uwais meniarap… Uwais tak berapa suka berlatih, kalau Ummi ada ye?  Sekarang, bukan main susah ummi nak pakaikan baju atau CD atau pampers sebab waktu nak pakai tu lah Uwais sibuk nak pusing kiri dan kanan..Alahai anak ummi, bersungguh betul nak meniarap ni.

2)Baju,booties, mitten
Sekarang ni, baju Uwais semua dah senteng sebab Uwais  panjang walaupun badan slim sikit…Yelah tu..hihi..Baju 6-12 bulan tu, muat-muat je kat Uwais…Kalau baju newborn, lagilah tak muat kan…Tak lama lagi, kenalah ummi beli baju baru untuk dia…Bolehlah kita shopping lagi kan Uwais..Tapi mesti ayah cakap kat ummi, kita shopping kat U Kids jelah…Erm, itu memang selalu….Semua baju yang ummi jual adalah baju yang ummi pakaikan untuk Uwais….Sampai pernah customer request minta ummi tambah collection untuk baby girl plak…

Anak ummi yang soleh ni dah pandai nak explore macam-macam, maka, sudah 2 minggu ummi tak pakaikan booties dan mitten pada Uwais…Lagipun, memang dah tak muat Uwais nak pakai sebab jari-jemarinya runcing dan panjang seperti ayahnya…Bila tak pakai booties dan mitten, ayah kena selalu potong kuku Uwais…Kenapa ayah???sebab ayah yang pandai buat manicure dan pedicure..hihi…Cara ummi potong kuku pun kena komen dengan ayah tau sebab ayah ni memang detail betul bila buat kerja …Ops, sori ayah..

Sekarang, Uwais dah besar..Ummi pakaikan Uwais socks je… macam socks ayah pergi kerja tu tapi versi comel sikit…Socks yang ummi beli sebanyak 6 pasang juga semakin ketat walaupun tertera pada bungkusannya umur 12-18 bulan…Berpandangan ummi ayah…Umur berapa nak beli untuk Uwais ni…Maka,buat masa ini  Uwais pakai legging je dulu dari U Kids Mart bila sejuk, sebelum ummi ayah gi shopping socks Uwais ye…

3)Cloth Diapering
Setakat ini, Uwais pakai CD pada waktu siang je..Ini semua kerana kemalasan umminya…Uwais tunggu lepas ummi dah tak busy dengan U Kids ye…Lepas tu, ummi boleh la pakaikan Uwais CD sepenuhnya, siang dan malam..Senang rupanya pakai CD ni…Jimat walaupun masih belum fully pakai CD..Kalau tak, hampir setiap minggu kena beli disposable diapers tau…Uwais plak cepat membesar, sekarang pun dah pakai saiz L…Makin besar saiz, makin mahal kan..Kalau ummi tahu dari awal, dah lama ummi beli CD je untuk Uwais…Nanti kita tambah koleksi CD Uwais lagi ye…

4)Komunikasi
Aduh, sekarang ni Uwais memang sangat kuat bersembang…Atau membebel bila ummi tak layan dia…Peramah betul anak ummi ni…Macam-macam bunyi keluar.mmmmmii dan agheeee, itu bunyi paling selalu dibuatnya..Ada satu pagi, waktu sembang dengan opah aki, keluar bunyi `gegurl`..Opah aki gelak dah..Ummi geleng kepala..Waduh Uwais, nanti dulu..Dua tahun berturut-turut tau ummi bersalin..Sampai dah lupa macam mana sakit bila mense sebab mense terakhir bulan 11 2008…Gegurl nanti ye sayang…With hold dulu…Syaratnya, cukup EBM untuk bekalan Uwais sampai umur 2 tahun tau..

Uwais, kalau ummi sembang dengan ayah, dia pun nak cakap sama…Kalau ummi ayah tak layan, uwaaaaaaa, terus nangis mencebik..Uwais ni sensitive orangnya, persis umminya juga…Kadang-kadang tu, waktu menyusu, ummi betulkan posisi badan Uwais, tapi mungkin Uwais rasa macam ummi tolak dia, terus anak ummi mencebik kesedihan..Uwais, mujahid kena kuat tau…

5)Sleep Cycle
Alhamdulillah, Uwais ok…Siang nap 2-3 kali…Kebanyakan masa nak main dengan opah, aki, ummi, ayah dan pak long..Tapi malam, tidur awal…Dalam pukul 9 lebih dah tido…Teruslah sampai pagi…Setiap 2-3 jam ummi kejut tukar pampers dan menyusu, tapi Uwais tutup mulut rapat-rapat..Tapi bila bangun subuh, memang lapar sangat..Boleh bergayut sampai berjam-jam lamanya..Ummi terpaksa tinggal jelah dia sebab nak solat subuh..Alhamdulillah Uwais sambung tidur…

6)Adaptasi
Buat masa ini, ummi memang tak mahu bawa Uwais berjalan jauh-jauh sangat sebab anak ummi ini masih tak boleh nak menyesuaikan diri lagi..InsyaAllah, dah 4 bulan ke atas, Uwais ok lah tu  ye..Mungkin sebab Uwais duk rumah je dengan ummi, jadi Uwais ada `separation anxiety`..Kalau orang yang dia tak kenal ambil dukung, memang menangis…Biasalah tu bila ummi jadi suri rumah…

Panjangnya entri ummi kali ini..Mungkin kerana banyak sudah perkembangan terbaru Uwais kan..Semoga Uwais membesar menjadi anak yang soleh ye…Ummi ayah sayangkan Uwais dan abang `Ukasyah…

December 14, 2010

14 December...`Ukasyah...

Ummi, ayah dan Uwais sayangkan `Ukasyah...InsyaAllah, ummi doakan agar kita semua bertemu semula  di jannah nanti ye sayang...Ummi tak mampu nak tulis panjang kali ini...Air mata mengalir tanpa dipinta...Hanya Allah saja yang tahu perasaan ummi dan ayah...`Ukasyah sentiasa hidup di hati ummi dan ayah...Tak pernah sekali pun ummi ayah melupakanmu..Renungan Uwais pada ummi membuatkan ummi menangis, sampai ummi cakap kat Uwais, `Uwais janganlah pandang ummi macam tu ye`...Sebab, renungan adikmu itu, sama macam renungan terakhir `Ukasyah pada ummi....Ummi sayang `Ukasyah...Ayah sayang `Ukasyah...Tapi Allah lagiiii sayang `Ukasyah...Semoga kita sama-sama peroleh keberuntungan di akhirat sana...I really miss you my little mujahid..

`Ukasyah, rindu pada `Ukasyah tidak berpenghujung...

Saat-saat bahagia bersama ketika bercuti di Tiara Beach Resort...

Kali terakhir `Ukasyah di rumah opah aki sebelum berangkat pulang ke kuantan...Selepas itu, hanya jasadnya sahaja yang ummi ayah bawa pulang ke rumah aki..

Opah aki yang sering merinduimu, menziarahi pusaramu tanpa jemu...


InsyaAllah, we will meet in Jannah...Once again, I love you with all my heart, `Ukasyah...

Al-Fatihah...

December 9, 2010

Uwais Sayang Ummi (Part 1)

Hari ni, Uwais teringin nak buat entri…hehe..Selalunya, asyik ummi je kan tulis kat blog Uwais dan abang `ukasyah ni..Sekali sekala, tukarlah selera sikit, betul tak?  Ummi Uwais kadang-kadang busy, ayah plak selalu oncall..isk isk…Uwais sunyi tau…Alhamdulillah ada opah, aki dan pak long yang tak jemu melayan Uwais…Tapi, kalau uwais boring, uwais ada ummi…Ummi suka menyakat Uwais …Tapi Uwais tetap suka dengan ummi…Saaaayang sangat dengan ummi…Sebab makanan Uwais ada dekat ummi…hihi…

Uwais pun suka berkepit dengan ummi…Ummi kata, Uwais ni best friend ummi sebab Uwais selalu temankan ummi…Hiburkan hati ummi…hehe…Tapi, pernah juga Uwais nangis disakat ummi…Bukannya Uwais tak suka tau, tapi Uwais tak boleh tunggu lama-lama kalau nak mandi…Uwais rasa tak selesa…Uwais nak bagitau ummi, tapi Uwais tak pandai cakap lagi…

Mula-mula ummi sakat uwais, uwais rasa pelik...Kenapa ummi tak buka baju uwais ni? Takpelah, uwais redha je...

Eh, ummi tak bawa uwais gi mandi lagi ni...Takpelah, uwais isap jari dulu...Nape ummi tangkap gambar uwais banyak-banyak ni?  Uwais rasa pelik plak...

Ish, rasa lain macam la...Nape ye? Uwais nak  hadiahkan senyuman kat ummi lah..

Aduh, Uwais tak boleh tahan dah ni ummi...uwaaaaaaaaaaaaaa....

MEMANG SAH, UMMI SUKA MENYAKAT UWAIS..HIHI...


December 4, 2010

Kesibukan & Kebahagiaan

Photo shoot session during our Convocation Day with our close friend, Muttaqee Misran...Nanti ummi upload yang lain ye...


Salam sayang ummi ucapkan buat buah hati kesayangan ummi, ayah dan Uwais…Tidak lupa jua pada buah hati yang sentiasa ummi ingati selalu, `Ukasyah…Ummi rindu sangat…Alhamdulillah, Allah masih beri nikmat iman dan islam pada kita…Juga nikmat kesihatan yang baik untuk terus berubudillah..

Emergency Leave (EL)
Hari ini ummi dan Uwais sangat gembira kerana ayah EL…Ummi yang minta ayah EL sebab rasa rindu kat ayah…Yelah, Sabtu lepas ayah on-call…Weekend minggu ini pun ayah on-call, Sabtu dan Ahad…Ayah macam tak ada cuti pula…Ummi ini bukan apa, kesian sangat kat Uwais…Selalu je tenung muka ayah…Pandang pun tak kelip mata tau…Uwais nampak rindu sangat kat ayah…Ye ke Uwais??? Ummi tak ke??? Hehe…Ummi pun rindu juga…

Alhamdulillah, hari ini banyak masa yang ummi ayah luangkan bersama Uwais.  Pagi tadi breakfast bersama…Ziarah pusara `Ukasyah…Ummi memang sudah merancang untuk fokus pada ayah dan Uwais je hari ini, alih-alih, bertalu-talu SMS dari customer waktu tengah makan…Check inbox pun banyak email dari customer…Ini semua gara-gara PRE-ORDER: CHICCO Go Baby Carrier…Bila update benda baru, memang akan sibuk sikit…Silap ummi betul kali ini…


Namun, ummi bersyukur juga sebab dengan adanya ayah di rumah, Uwais dapat banyak perhatian dari ayah…Bukan main bergelak tawa, bersembang dan golek-golek dengan ayah lagi…Uwais nampak gembira bukan main…Maka, ummi pun dapatlah tumpukan perhatian pada kerja…hehe…

Cloth Diapering
Ini ummi alih topic lain pula tau…Dulu ummi pernah cerita dekat blog ini tentang hasrat hati ummi untuk pakaikan Uwais Cloth Diapers (CD)…Hasrat yang  terpaksa ditangguhkan dulu sebab ayah takut jika ayah tak dapat bantu ummi nanti..Tapi sekarang ayah sudah bagi lampu hijau pada ummi…Bukannya apa, banyak betul sampah pampers Uwais…Sehari je sudah penuh sebakul sebab Uwais ini memang kerap tukar…Sekejap je pamper sudah full…Duit pun mengalir macam air…Sebungkus pampers tahan sekejap je…Ummi ayah nampak ada pembaziran di situ…Lagipun sekarang Uwais dah pakai saiz L…Lagi mahal harganya…

Hendak dijadikan cerita, senior ummi kat Sains Tuanku Jaafar dulu ajak ummi jadi business partner dia untuk jual CD…Jadi, ummi pun apalagi, mestilah cuba pada Uwais dulu, baru senang hendak kongsi pengalaman pada orang lain nanti…Belum sempat ummi beli, Kak Ain dah hadiahkan pada Uwais 3 set QQ Baby Snazzy Minky  Snap Pockets CD…Ummi gembira bukan kepalang…Nanti ummi kongsi ye dengan lebih lanjut lagi tentang pengalaman ini…Hilang idea pula…hihi…

U KIDS ONLINE MART
Ummi macam tidak percaya ummi business online sekarang…Sebab benda yang satu inilah ummi paling tak pandai…Ummi jenis malu nak promote, sebab itu boleh business di alam maya je…hihi…Tapi ayah kata, ayah yakin dan percaya je dengan ummi…Ye ke Uwais? Uwais yakin dengan ummi  tak? Ayah kata ummi ini kalau buat sesuatu memang bersungguh…Ameen, moga makbul doa ayah kan..

Ayah juga bersungguh orangnya…Banyak bantu ummi sebab ayah memang banyak baca buku pasal business ni…Bagi pandangan, pendapat dan tunjuk ajar pada ummi…Kalau ada SMS masuk, siap berebut handphone dengan ummi..Rasa kelakar plak…


Buat pengetahuan Uwais, ummi memang suka apa yang ummi buat sekarang ini sebab ummi ayah kan memang suka shopping barang anak-anak…Pengalaman ummi shopping secara online memang banyak…Boleh kata beribu juga sudah ummi ayah belanjakan…Breastpump, medela citystyle bag, nursing cover, storage bottle, nursing sleep b--, ring sling, storage bag, combi stroller, Graco swing dan banyak lagi…Alhamdulillah, setakat ini semuanya memuaskan hati…

Kalau bab baju anak, ummi ayah pun sangat particular…Materialnya mesti 100% cotton…Brand ummi ayah tidak kisah, tapi kualiti diutamakan…Sebab itu bukan mudah untuk ummi ayah decide untuk jual sesuatu itu kerana jika ummi ayah sendiri tak suka, bagaimana ummi ayah nak jual kan..hehe…

Panjang pula entri malam ini…

Doakan yang terbaik buat ummi, ayah dan Uwais ye…