Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

December 17, 2012

Bila Gambar Berbicara

Anak bujang Ummi yang soleh, Uwais al-Qarni
Anak dara solehah yang kecil molek.  Berat di usia 5 bulan baru 4.5kg, tapi memang sangat aktif, sangat kuat menyusu.

Ya Allah, berkatilah keluarga kami, satukan hati-hati kami keranaMu ya Allah. Jadikanlah anak-anak kami, anak-anak yang sentiasa ingin meraih cintaMu dan redha dariMu.  Moga kami semua bermanfaat untuk Ummah.


Mesin Jahit NV50 Idaman Kalbu

Alhamdulillah, Ummi bersyukur sangat, dengan izin Allah, Ummi dapat memiliki mesin jahit idaman Ummi.  Sudah lama punya keinginan ini tapi sering kali Ummi mengutamakan keperluan anak-anak dahulu.  Ya, Ummi suka menjahit, suka kraftangan, suka fabrik cotton.  Mungkin ini diwarisi dari Opah yang pandai jahit (Ummi tak pandai).  Waktu kecil-kecil dulu, bila Aki balik je selalu tengok kami berbaju baru.  Memori yang paling Ummi tak lupa bila Opah jahitkan gown princess yang kembang tu dengan ribbon besar yang diikat di belakang.  Itu kan baju idaman semua budak perempuan. hehe. Tambahan pula bila Haniyya lahir, terasa keperluan nak ada mesin jahit ni sebab banyak nak buat projek menjahit untuk dia.

Berkat titik peluh bekerja, Ummi dapat juga mesin jahit NV50.  Semoga Ummi dapat share dengan semua projek-projek yang Ummi bakal buat nanti. Moga bermanfaat.
Uwais nak juga bergambar dengan mesin jahit Ummi.

BBW - 2nd & 3rd Trip

14 December 2012
Plan untuk pergi Big Bad Wolf (BBW) hari itu menjadi tetapi strategi bertukar di saat akhir.  Ummi Ayah dapat shopping buku-buku dengan aman lagi tenang sebab Opah Aki suruh tinggalkan Uwais yang sudah tidur.  Mulanya opah aki ingin turut serta, tapi dah pukul 1 pagi baru Ayah sampai rumah.  Jadi, hanya Ummi, Ayah dan Haniyya.  Sampai di MIECC lebih kurang 1.15pagi.  Alhamdulillah, memang amat tenang sebab hari jumaat, orang tak larat nak pergi midnight sale.  Ummi dan Ayah siap boleh duduk di antara tables lagi nak pilih-pilih buku.  Haniyya, nyenyak tidur dalam stroller.  Pukul 4 pagi, baru siap bayar semua. Total damage for 2nd trip is RM331 but we managed to buy more books compared to the 1st trip.
Buku anak-anak yang paling banyak.  Kedua Ummi dan yang sponsor paling sikit bukunya. hehe.

15 December 2012
Trip kali ke-3 memang tak dirancang sebab Opah Aki ajak pergi lepas kami makan malam di Bangi Kopitiam.  Kesian pula kalau nak hantar kami balik rumah dulu sebab pergi satu kereta je.  Dengan rela terpaksa (padahal suka sebab boleh tambah buku lagi), kami pun ikut walhal anak-anak dah tido.  Pak long dan Maklong turut serta.  Waktu ni memang ramai, maklumlah orang bercuti hari Sabtu.  Puas Ummi menahan nafsu, tapi kat BBW dah tak banyak choices.  Buku-buku yang best dah habis.  Total damage is cheaper, RM44 only.  Last minute, we decided to buy Nigella Lawson Books since we already have Jamie Oliver Collection.  
2 buku Ummi dan 2 buku Haniyya
Ummi akan sambung lagi untuk final entry BBW, insyaAllah.

December 13, 2012

Big Bad Wolf Books Sale 2012 (BBW)- Plan for 2nd Visit


Ummi blogwalking hari ini dan terjumpa banner di atas.  Apalagi, terus capai handphone sms ayah,"Abang, please call me during lunch hour ya.  Do you think that we should go to BIG BAD WOLF for the 2nd time? They will open straight 60 hours, starting from friday to sunday".  Alhamdulillh, setelah berbincang, Ayah SETUJU  dengan cadangan Ummi untuk pergi kali kedua, tapi waktu anak-anak dah tidur.  Hari tu, Ayah pun tak dapat "me time" sebab nak kawal Uwais.  Ummi pula tak selesa sebab bawa Haniyya dalam ring sling.  Bila dah berjam-jam, Haniyya pun mula rimas.  Ummi ayah pun exhausted.  Kali ini Ummi pasang strategi awal-awal:

1) Plan pergi waktu anak-anak dah tidur atau awal pagi.
2) Ummi Ayah akan bergilir-gilir masuk.  Sorang tunggu anak-anak dalam kereta dan sorang masuk pilih buku.
3) Blogwalking dan survey buku yang blogger lain beli dan yang ummi hajati, masukkan dalam list.
4) Untuk `homeschooling Uwais" kena buat survey dulu untuk activity books.
5) Bawa luggage sebab kalau terbeli banyak, Ummi kena heret sorang ke tempat parking sebab ayah dalam kereta dengan anak-anak.
6) Bawa duit secukupnya sebab Ummi jenis kalut.  Jadi beli ikut budget yang ada je ye.  Hari tu dah RM300++, kali ini kecil lagi la budget nye. hehe.

Thank you abang sebab memahami.  Semoga dapat manfaatkan  semua ilmu yang kita dapat.



Big Bad Wolf Books Sale 2012 (BBW)

Alhamdulillah, Allah izin ummi berpeluang pergi ke Big Bad Wolf bersama ayah, Uwais dan Haniyya. Walaupun sangat penat sebab anak-anak bahagi dua dan orang agak ramai. Sememangnya ummi dan ayah sangat suka membaca.  Hampir setiap bulan ummi ayah akan beli buku.  Selalunya kalau RM100 tu, dapat 3-4 buku je termasuk buku Uwais. Tapi, di Big Bad Wolf dan banyakkkkkkk sangat buku.  Rasa macam nak pergi lagi.  Tak puas hari tu.

Bersempena cuti di negeri Selangor, Ummi tetiba teringat nak ajak Ayah pergi sebab terbaca dekat blog blogger lain.  Ayah pun memang suka sangat.  Bertolak selepas solat Zuhur.  Ummi pun dah siap bawa luggage dan bag ikea.  Ini memang nak borong sungguh ni.

Hasilnya, dapatlah lebih kurang 32+++ buah buku.  Total damage, RM301. hehe.  Saat-saat akhir, lagi banyak menambah.  Tapi puas hati sebab kebanyakan buku harganya, RM3, RM5. RM6, RM8. Untuk buku hardcover murah sangat, RM10, 20 dan 30 je.  Ummi cakap dengan Ayah, lepas ni setahun tak beli buku dah, tunggu bila ada Big Bad Wolf, baru borong buku.  hehe.

Total damage RM301.

Large books and encyclopedia for my darling Uwais because he really loves large  books.  The 'Number' books picked by Uwais and it cost me only RM5..Cheap right? Should i make a second visit? haha.

Activity books for Uwais al-Qarni.  

These books for my little Haniyya. 

Special for Ummi, Cupcakes & Cookies, Jamie Oliver at Home chosen by Ayah, Sewing  book and  One-Dish Meals.  I love them all. 

Ummi`s passion is parenting books about food, how to raise a  happy toddler, natural care and etc

For darling Ayah.






November 22, 2012

Detik Cemas Ketiadaan Elektrik

Assalamualaikum anak-anak yang Ummi Ayah kasihi,

Bagaimana bangun pagi ini? Alhamdulillah, Allah masih beri nikmat kita untuk hidup di bumi Allah ini.  Malam tadi, anak-anak agak luar biasa dan tidur agak lewat.  Haniyya selalu ikut along, kalau along tidur, dia tidur.  Kalau along berjaga, dia pun sama nak main.  Malam tadi pun Ummi tidur lewat, dekat pukul 3 pagi baru selesai semua kerja rumah, sterilize pam dan botol-botol dan pam susu sebelum tidur.  Pagi ini bangun Subuh dengan harapan anak-anak tidur lama sedikit sebab biasanya memang anak-anak bangun awal.  Ummi perlukan rehat juga untuk gain energy bila diorang bangun.

Tup tup, blackout.  Mula la anak-anak resah.  waktu tu kul 7 pagi.  Punah harapan nak rehat.  hehe.  Clip fan plak habis bateri.  Ummi pun kipas diorang dengan fail kertas.  Paling merisaukan adalah EBM dalam freezer.  Kalau cair, menangis Ummi.  Ummi pun dok turun bawah sebab nak tengok keadaan frozen EBM. Chill EBM Ummi tak risau sangat.  Frozen EBM, kalau dah cair, alamatnya Ummi dan anak-anak mandi susu jelah.hehe. Ummi pun dah keluarkan tong merah.  Andaikata lebih sejam dua tiada lagi elektrik, Ummi akan punggah semua EBM masuk dalam tong ni dan cover dengan ais batu. alhamdulillah, ada plak air batu dalam fridge.  Sebelum air batu masih ok, lebih baik transfer dulu kan.  Tapi hati berbelah-bahagi, tunggu jap lagi, kalau2 ada.  Bila naik atas balik, tengok anak-anak masih tidur.  Hati dok risau lagi dan kipas lampu terpasang.  Terus ucap ALHAMDULILLAH.

Bayangkan, kalau dah punggah EBM tu, nak susun balik kemain payah.  Itupun, berterabur dalam freezer.
Alhamdulillah, Allah bantu Ummi dalam segala urusan dan anak-anak pun tidur sampai kul 9.30pg.  Rekod tu. Selalunya, pagi-pagi buta dah celik mata.

 Ni gambar lama ni, tapi sebab tulis pasal EBM, letak juga la kan. hihi..

Waktu ni tersusun lagi, sekarang dah bertimbun tak bersusun.  Bila la nak ada masa susun EBM ni.

November 21, 2012

'Ulya Haniyya @ 4 bulan

Alhamdulillah anak Ummi sudah 4 bulan pada 15hb yang lalu. Perkembangan emosi anak perempuan lebih advance berbanding anak lelaki. Anak lelaki pula lebih advance dari segi fizikal dan kekuatan tubuh badan.

1) Haniyya sangat murah dengan senyuman. Memang Ummi geram sangat bila nampak dia tersenyum terutamanya waktu bangun tidur.

2) Haniyya sudah pandai mula aktif untuk bersosial dengan along, ummi dan ayah. Jika kami lalu sebelah dia, mulalah lentikkan badan minta didukung dan tersenyum, membuatkan ummi ayah cair. Hehe. Kalau along ada dekat sebelah, bukan main mengekak dan hulur tangan dekat along. Kadang- kadang along layan, kadang- kadang along buat dek je.

3) Haniyya suka mandi. Setiap hari akan mandi pagi dan petang. Sekarang dah tak mandi air panas, ummi dah ajar mandi air biasa.

4). Haniyya kuat BO (bowel open) dan PU ( pass urine).

5) Masih feed EBM dengan botle dan direct feed dengan Ummi untuk 3-4 sessions. Masih dalam proses transition from bottle to B.. Perkembangan terbaru, dia sangat bekerjasama dan mula ingat cik B kesayangan dia. Takpe Haniyya, ummi beri Haniyya ample time to adapt k.

6) Haniyya dah meniarap. Jika dia tak meniarap pun, ummi akan pastikan dia ada tummy time sebab nak strengthen kan muscle dia.

7) Kepala dah tegap. Kalau dukung pun perlu minimal support. Sekarang suka posisi duduk.

Itu sahaja kot yang ummi ingat buat masa ini. Semoga sayang solehah membesar dengan sihat. Jadi daie ilallah, insyaAllah.




- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

November 19, 2012

Setelah Sekian Lama Ayah tak On-call Malam

Anak-anak yang Ummi kasihi, Uwais dan Haniyya,
Terima kasih sebab hari ini anak-anak behave sangat dengan Ummi.  Setelah sekian lama Ayah tak on-call waktu malam, hari ini tak boleh nak elak sebab kawan Ayah yang suka gantikan Ayah dah pindah tempat kerja.  Semalam bila ayah khabarkan yang Ayah kena on-call malam ni, terus nak pitam rasanya sebab sebelum ni kalau Ayah on-call, Opah Aki ada tolong Ummi jaga anak-anak.  Yelah, dari kul 7 pagi sampai 11 malam Ummi jaga Uwais dan Haniyya, pastilah agak keletihan kan.  Tambahan pula dengan jadual memerah susu yang ketat ini, tak boleh Ummi nak bayangkan camne.

Moga Allah berikan kekuatan buat Ummi.  

Ni gambar anak-anak sebelum mandi pagi..Ummi sayang Uwais dan Ulya..

November 17, 2012

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan ke-5 Abu 'Ukasyah (Bahagian 1)

Abang, alhamdulillah, 17 November 2007 adalah tarikh kita walimah. Genap sudah 5 tahun usia perkahwinan kita. Syukur alhamdulillah, dikurniakan 2 mujahid dan seorang mujahidah, 'Ukasyah, Uwais al- Qarni dan 'Ulya Haniyya. Dikurniakan juga seorang anak ahli syurga. Walaupun ramai yang meragui keputusan kita untuk walimah di usia muda, alhamdulillah kita masih mampu membahagiakan antara satu sama lain dalam rangka mencari redha Allah.

Ummi tidak berkesempatan membeli hadiah sebab geng yang selalu tolong Ummi belikan hadiah untuk abang tiada kat Malaysia. Ummi Abah di Makkah dan Adik di Jordan. Along pula sibuk, tak sampai hati Ummi. Nanti Ummi Abah balik Malaysia, Ummi belikan hadiah untuk abang ye. Pending dulu ye abang.

Terima kasih di atas segalanya. Ummi mohon maaf dia atas segala kelemahan dan kekhilafan sepanjang menjadi zaujah abang. Moga Allah redha dan berkati baitul muslim dan baitul dakwah ini hingga ke syurga.




- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

November 13, 2012

BF: Transition from Bottle to B****t (Part1)

Assalamualaikum anakanda Haniyya, semoga sentiasa baik dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Catatan ini Ummi nukilkan buatmu supaya kamu dapat membacanya di kelak. Haniyya, bukan mudah untuk berjaya BF setiap anak walaupun Ummi dah berjaya fully BF abang dan along. Semua perjalanan penyusuan anak-anak Ummi berbeza.

Bagi Ummi, perjalanan BF Haniyya paling mencabar. Mungkin ini tarbiyyah untuk Ummi, ujian untuk Ummi. Allah nak lihat sejauh mana Ummi kuat nak melakukan salah satu sunnah ini. Ya, BF is one of the sunnah and BF is fitrah. Oleh sebab itu juga, Ummi mendapat tentangan meneruskan BF ketika Haniyya sangat memerlukan susu Ummi. Dulu , Ummi juga breastfed baby,begitu jua adik beradik Ummi yang lain. Opah adalah motivator, supporter, advocator and etc untuk Ummi. Jika ditanya siapa pendorong Ummi, mestilah Opah kan. Opah adalah contoh terdekat dan terbaik buat Ummi. Ummi pun mahu begitu, mahu jadi contoh terbaik buat Haniyya.

Haniyya dah 3 minggu minum EBM via bottle. Makin lama, Ummi perasan Haniyya dah ada preference dan mula reject direct feeding. Allah saja yang tahu perasaan Ummi. Ummi sedih, kecewa dan tertekan kerana Haniyya tak mahu langsung dah direct feed. Sampai mood dan emosi Ummi jadi tunggang langgang. Puas sudah Ummi cuba buat segala interventions, tapi tak menjadi. Ummi sampai rasa tak mahu jumpa orang lain, rasa rendah diri.

Sehinggalah semalam bila Ayah tanya Ummi, " Haniyya dah tak nak direct feeding ye?". Yup, Ayah sangat pro-BF walaupun waktu kecil dulu ayah tiada rezeki nak BF. tak semena- mena Ummi sensitif dan terasa dengan pertanyaan Ayah. Ummi merajuk. Ada hikmahnya merajuk dengan Ayah, Ummi sungguh-sungguh doa, fikir dengan tenang apa yang patut Ummi buat. Ayah kata Ummi tak tenang, sebab itu tak jadi. Memang betul kerana Ummi harapkan perubahan yang drastik, hakikatnya perlu sikit demi sedikit, tapi istiqamah.

Hari ini, petang tadi Ayah balik awal dari kerja. Ummi pun terkejut melihat Ayah balik. Waktu tu Ummi sedang cuba untuk direct feed Haniyya dan sangat terkejut bila Haniyya langsung tak protes dan BF sampai kenyang dan tidur. Mengalir air mata sebab setelah sekian lama Ummi tunggu saat ini. Ummi nak rapat dengan Haniyya balik. Ayah suruh Ummi masuk bilik susukan Haniyya, dan dia pun sambung menyusu lagi. Kelihatan seperti Haniyya rindu dengan botol susu 'natural' dia. Waktu maghrib pun susu lagi dengan Ummi. Ayah juga gembira sampai bawa Ummi dinner dekat luar. Dan Haniyya menyusu lagi dalam kereta dengan Ummi.

Ya Allah, gembiranya hati ini, ayah juga sangat gembira. Ummi faham, Ayah kasihan melihat Ummi yang berusung ke hulu ke hilir dengan EBM, cooler bag, warmer, breastpump. Sekejap- kejap basuh botol dan uruskan EBM dan terikat dengan jadual pam 2-3 jam sekali.

Alhamdulillah, sudah mula kurangkan sesi pam kerana Haniyya sudah mula direct feed . Ummi cuma pam selepas dia menyusu sahaja. Untuk memenuhi kelerluan yang Dr mahu dia consume, Ummi feed EBM pada Haniyya guna sudu. Mula- mula guna syringe, tapi macam susah nak control. Lagipun Haniyya macam kekok. Biarpun lama nak suap guna sudu, Ummi tetatp sabar. Ummi tak mahu Haniyya confuse lagi.

Terima kasih Allah atas nikmat yang tidak terhingga. BF punya banyak kelebihan dari segi emosi ibu dan anak dan banyak sangat manfaat. Allah bagi Ummi rasa jadi EP mom. Ummi kagum dengan EP mom kerana Ummi sendiri tak sanggup nak jadi EP mom sampai Haniyya 2 tahun. Ummi rasa banyak kelapangan masa direct BF Haniyya.

P/s: Semalam Ummi ada cakap dengan Haniyya, " kalau adik nak direct BF dengan Ummi, Ummi belanja adik baju Mothercare". Nampaknya, janji harus dikotakan. Hehe. Koyak poket Ummi. Ummi tak kisah la adik, janji kita berdua bahagia. Hihi. Love you adik syomel, puteri Ummi yang solehah ni.




- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

November 9, 2012

Tarbiyyah Anak-anak

Assalamualaikum Uwais sayang, dah besar nanti Uwais baca tau apa yang Ummi tulis ni.

Akhir- akhir ini, Ummi risau sangat dengan Uwais tau. Ummi Ayah perasan sangat, bila lepas Uwais pada suasana yang tak tarbawi, mula lah ada perangai pelik yang sungguh la Ummi Ayah tak berkenan. Bukan lah Ummi Ayah nak Uwais punya akhlaq yang perfect 100% ( kalau boleh, alhamdulillah ^__^).

Paling Ummi Ayah perasan, bila bab makan tak jaga, mulalah kurang mendengar kata. Kecewa Ummi Ayah tau sebab tak boleh nak larang asbab menjaga hati orang tua. Terutamanya bila suasana yang Ummi Ayah tak dapat kawal, macam balik kampung ke. Macam- macam masuk dalam perut kamu tu. Kalau rendang, lemang, ketupat, daging semua tu Ummi Ayah tak kisah, ni semua jenis junk foods yang diragui tu Uwais makan. Sampai ada adegan Ayah gi sorok perlahan- lahan waktu semua orang tak nampak, tapi ummi nampak.

Uwais, uwais, kita kena jaga setiap apa yang masuk ke dalam mulut dan menjadi darah daging kita. Nanti, kalau makan tak jaga, hati pun akan affect nak terima ilmu dan sebagainya. Tambahan pula makanan yang syubhah. Ummi nak Uwais jadi huffaz, jadi dari kecil harus dijaga k. Ummi waktu mengandung Uwais sangat menjaga pemakanan dan Ayah la yang lebih tegas dalam bab ni. Ummi tak makan fast food, McD lagilah, dari 2008 Ummi tak pernah makan dah. Ummi banyak makan makanan sunnah je.

InsyaAllah, anak Ummi Ayah anak yang soleh. Mohon Allah bantu Ummi Ayah pelihara anak- anak Ummi dan teliti dalam setiap apa yang masuk ke dalam perut anak- anak. Ameen.




- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

Tahniah 'Ulya Haniyya!!!

Tahniah! Tahniah! Tahniah! Khusus buat puteri Ummi di atas peningkatan berat badannya. Alhamdulillah, lebih kurang 3 minggu lagi appointment Haniyya dgn Dr Pakar Kanak2, tapi Haniyya dah capai target berat yang Dr. mahu waktu appointment nanti. Anak dara Ummi ini framework kecil je, jadi memang nampak bambam sangat. Siap ada double chin gitu. Haniyya dah dapat catch up balik. Kiranya agak banyak juga pertambahan berat badan Haniyya. Berat naik 1.5kg dari 1st appointment dan dalam masa 3 minggu je. Baju pun ada yang dah ketat. Lepas ni, proses asingkan baju yang tak boleh dipakai pula.

Haniyya pun dah meniarap dan kepala pun dah tegap. Ini progress terbaru dia. Waktu 3 bulan memang dah boleh meniarap, tapi kepala tak boleh tegak. Hari ni baru kepalanya tegak. Memang seronok sangat dia melihat dunia sekelilingnya, kalau tak nampak ceiling dan kipas jelah ye. Paling dia gelak dan senyum bila tengok gelagat along Uwais dia. Along rajin layan adik, tu yang lagi Haniyya suka meniarap tu. Haniyya ni jenis yang banyak mulut juga. Kalau tak tidur, berbunyi je. Pandai ajak ummi, ayah dan along borak. Uwais waktu umur Haniyya, diam je. Bunyi pun sikit-sikit, tapi sekarang, pening kepala ummi bila dia tak berhenti cakap.hehe.

Alhamdulillah, Ummi Ayah syukur sangat di ats perkembangan yang sangat memberangsangkan. Jazakallah Ayah sebab banyak bantu Ummi. Tolong jagakan anak- anak bila Ummi perah susu, basuh pam, tolong simpankan EBM dalam fridge sebab Ummi takut turun bawah malam- malam, tolong jaga emosi ummi supaya ummi dapat pantau dan jaga Haniyya, tolong layan kerenah Ummi yang kadang2 tu sengal, tolong kemas rumah, mandikan anak- anak, basuh baju, lipat baju dan banyak lagi kalau Ummi nak senaraikan di sini. Afwan kerana banyak kekurangan dalam menjalankan kerja- kerja rumah akhir-akhir ini kerana Haniyya perlukan pemantauan Ummi 24jam dan kerana Ummi adalah EP mom sekarang.

Tengah risau ni, macam mana la nak jaga anak- anak waktu ayah on- call dengan rutin pam susu setiap 2-3 jam ni? Pening jap fikir sebab dari kul 7 pg-11 malam tu. moga Allah permudahkan Ummi.










- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

October 31, 2012

Status Kesihatan Haniyya

Assalamualaikum,

Ummi ayah ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang prihatin dan ambil berat dengan Haniyya. Ramai yang komen, sms dan email menanyakan khabar anak kecil ini. Masih ada yang belum Ummi dapat jawab lagi. Ummi mohon maaf, jadual Ummi sangat padat kini. Terpanggil untuk menulis status perkembangan terkini Haniyya.

Tiada nikmat Allah yang dapat Ummi Ayah dustakan. Setelah diuji, satu demi satu berita gembira yang kami perolehi. Appointment dengan Dr. Lai (Pakar Kanak- kanak) berjalan lancar. Sungguhpun, sehari sebelum Raya Haji dan kami adalah orang terakhir yang dapat berjumpa Dr. pada hari tersebut kerana Dr. Lai request nak follow up kes ni. Ummi hampir juga hilang sabar kerana bukan mudah menghadiri appointment dengan membawa kedua- dua anak. Kalut juga Ummi Ayah, tapi tiada siapa dapat tolong jagakan dia, jadi kami angkut semua.hehe.

Alhamdulillah, dalam masa seminggu Haniyya dah naik 1kg. Dr. Lai sangat terkejut dan panjang telah naik 2.5 cm. Agak cepat juga Haniyya catch-up. Dan target Dr. Lai, next appointment Haniyya naik lagi 1 kg. Ummi pun present dekat Dr. input output chart yang Ummi buat. Ini pemudahcara untuk Dr. Appointement yang pertama ada ambil darah untuk FBC, RBS, Liver profile, TSH dan banyak lagi. Ada juga ambil sampel Urine untuk UFEME. Alhamdulillah, semua normal.

Plan sekarang, Dr. masih request Ummi untuk perah susu dan bagi melalui botol untuk sebulan lagi je. Kiranya jadi EP (exclusive pumping) mom. Tapi Ummi ingkar. Hehe. I still follow the plan to feed her 4oz EBM 3 hourly, but between feeding, on demand and at night I still 'direct feeding' Haniyya. Ummi sedih rasanya bila kena jadi EP mom. Walaupun Dr. janji akan bantu Ummi balik nanti selepas sebulan, tapi Ummi rasa Ummi tak boleh tunggu dah. Haniyya dah mula ada nipple preference. Benda ni affect emosi Ummi walaupun Ummi. Juga beri kesan kepada kehidupan seharian. Itu yang Ummi perlahan- lahan train Haniyya untuk transition from bottle to breast. Her sucking strength is getting stronger, alhamdulillah.

Mohon doakan Haniyya dapat menyusu dengan Ummi seperti biasa, diberi kesihatan yang baik. Ummi lega, Haniyya tiada masalah kesihatan dan lain- lain. Haniyya cuma ada feeding problem je. InsyaAllah, bila berat semakin bertambah, semua muscle dia kuat dah untuk direct feed dengan Ummi.

Developement Haniyya sangat baik. Haniyya bukan sahaja dah meniarap,tapi dah boleh menyusur ( maybe asbab badan ringan sangat), suka bersembang, sangat suka senyum dan dah pandai main dengan Uwais sampai dah nak terpejam mata pun masih nak main lagi tu.

Terima kasih Allah, terima kasih atas ujian tanda kasih sayang Allah terhadapku. Supaya aku terus dekat dengan Allah. Asbab untuk dapat pahala jika bersabar. Ada hikmahnya Allah uji kita dengan perasaan resah, sesak dan sedih, supaya kita berharap hanya pada pertolongan Allah. Supaya kita ingat Allah, setiap detik, setiap saat dan setiap ketika. Bila kita ingat Allah, kita awasi setiap perbuatan dan tuturkata kita. Kita berhati- hati , dan inilah taqwa. Alhamdulillah, ini tarbiyyah dari Allah. Ibrah dari sebuah ujian.

Jazakumullah kepada semua yang mendoakan. Sesungguhnya doa seorang muslim kepada sahabatnya, tiada hijab.




Tembam tak saya? Sampai juling mata sebab camera dekat sangat.




Tertidur selepas kepenatan main dengan along uwais dia.

- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

October 26, 2012

Cinta Tanpa Syarat...




Begitulah diriku, bilamana ada kegusaran, pasti punya kekuatan untuk menulis. Ya Allah, sungguh aku rindu pada Ummi dan Abah di Mekah, Balqis Ali dan anak-anak susuanku di Yemen, Baihaqi di Jordan serta Along di Sertik. Aidiladha kali ini pastinya berbeza. Sayu, hiba dan rindu silih berganti.

Kalian semua sungguh dekat dihatiku. Allah Maha Besar, kita bukan sahaja punya pertalian darah, tapi kita sefikrah, ukhuwwah fillah. Tiada apa yang bisa memisahkan kita. Kita berukhuwwah kerana Allah. Inilah cinta tanpa syarat. Sungguh, aku rindu dan sayang kalian kerana Allah.

Hebatnya rasa hati seorang ibu yang Allah kurniakan, sebentar tadi baru sahaja menerima panggilan Ummi dari Mekah. Seperti ketahuan aku sedang lemah, perlukan peringatan, nasihat dan kasih sayangnya. Di hujung talian, aku menitiskan air mata, membayangkan Ummi memelukku.

Walaupun kalian jauh dari pandangan mataku, aku masih ada along di Malaysia. Tadi, dapat melepaskan keluh kesah pada abang sulungku yang amat aku kasihi. Bukan aku sahaja, rupanya dia juga punya ujian yang sama. Kami saling ingat memperingati, kuat menguatkan. Along beri suntikan kesabaran buat diriku. Hebatnya, tatkala kegusaran, dia mampu meredakan keresahanku. Itu lah along yang ku kasihi.

Ya Allah, tautkanlah hati- hati kami keranaMu ya Allah. Hidupkan dan matikan kami dalam iman dan islam. Kurniakan kami zuriat- zuriat yang soleh, solehah, musleh, muslehah. Generasi pewaris penyambung kerja- kerja da'wah. Ameen.




- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

October 17, 2012

Ummi Susah Hati

Abang, Uwais dan Haniyya, Ummi sangat susah hati sekarang ni. Ummi susah hati tentang Haniyya yang 'underweight'. Setiap masa Ummi asyik fikir tentang Haniyya. Bermula dari dirujuk ke HUKM hari ini, bertemu pakar dan kaunselor laktasi dan untuk temujanji minggu hadapan. Dr pakar suruh Ummi bagi susu ibu melalui botol 100%. Ummi rasa kurang puas hati sebab menyusukan anak lebih dari itu. 'bonding' sangat penting dan Ummi tahu sangat anak Ummi nak EBM bila dengan Ayah je. Ummi rasa down. Selepas dirujuk kepada kaunselor laktasi, dia sependapat dengan Ummi, direct feeding is the best. So, i opt for direct feeding and alternate witm EBM. Another finding from the physical examination, might be Haniyya is a premature baby. That's why her weight gain is poor.

Ummi sedih, rasa gagal sebagai seorang ibu. Rasa nak menangis sejak semalam lagi, tapi Ummi dok tahan air mata. Sampai lah malam tadi Ummi dok ngadu dengan Ayah tentang perasaan Ummi. Akhirnya, Ummi cakap dengan Ayah , Ummi nak nangis supaya Ummi rasa lebih tenang. Belum sempat Ayah cakap apa-apa , hujan turun dengan lebatnya, membawa pergi segala perasaan yang negatif dalam diri ini. Moga ada pelangi selepas hujan. Sahabat-sahabatku, mohon doakan untuk haniyya ya dan untuk diriku jua...terima kasih..




- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

October 13, 2012

Tumpang Iklan www.ukidsmart.com

Assalamualaikum,

Kini ukidsmart.com telah menambah pelbagai produk baru termasuk keperluan untuk ibu-ibu yang menyusukan anak-anak.  InsyaAllah, sedang gigih update sikit demi sedikit. Menjadi ibu yang bekerja dari rumah ini bukan mudah sebab bekerja sekali dengan anak-anak. ^__^ 


Produk terkini adalah Mimijumi Baby Bottles yang sangat comel.  Ini gara-gara Haniyya `nipple confusion` setelah memberikan EBM dengan bottle Avent (Haniyya underweight, Ummi top up dengan EBM).



Mimijumi Baby Bottle  

Mimijumi Baby Bottles sangat mirip 'breast' ibu dari segi warna dan teksturnya dan sangat mudah untuk dibasuh, tidak seperti botol susu Breastflow-The First Years. Sesuai dengan motonya, "Simple but extraordinary".

Apakah Kelebihan Mimijumi?

1. Material botol ialah Grilamid TR. Iaitu lebih baik dari plastik PP, PES, PC
2. Desingn menyerupai mothers breast untuk elak nipple confusion 
3. Botol boleh tahan 3 tahun.  
4. Boleh sterelize 10,000 kali tanpa masalah. Cuma skid bottom(yg warna merah di bawah botol) perlu ditanggalkan jika mahu sterelize botol. 
5. Nipple tahan 6- 8 bulan(hanya untuk yg guna 100% breast milk sahaja). Nipple mempunyai 2 size iaitu flow 1(0-6 month) & flow 2 (6 month above). Replacement nipple hanya ada untuk flow 2. Puting flow 1 datang dengan botol sahaja. 



Packaging Bottle ini sangat menarik dan cantik, mmg sayang sangat nak buang.




Produk-produk Mimijumi

1) Mimijumi NOT SO HUNGRY BOTTLE 120ml/4fl oz (RM68)
2) Mimijumi VERY HUNGRY BOTTLE 240ml/8fl oz (RM87)
3) MIMIJUMI Replacement Nipple Flow 2 (Double Pack) (RM43)
4) Pembelian 2 produk ke atas akan mendapat Poslaju Percuma.

#Khusus untuk blog reader & follower "Buatmu Anakku", jika inginkan harga istimewa, mohon email admin ukidsmart@gmail.com .



Anbebe Baby Seat with Free Play Tray (RM180 & FREE DELIVERY for Peninsular Malaysia)

Anbebe Baby Seat ini besar sedikit dari Bumbo Seat dan ada 3 holes dekat base tempat duduk (boleh lihat gambar di atas). 'Play Tray' diberikan secara percuma.  FREE DELIVERY untuk Semenanjung Malaysia.  Harganya RM180.  Harga biasa RM199.90 . Sangat berbaloi untuk memilikinya.Terdapat 3 warna seperti gambar di atas ye.

# Jika ingin buat reservation atau pembelian boleh email admin ukidsmart@gmail.com . Jika ada pertanyaan pun boleh email juga.

Sekian terima kasih,
-Admin www.ukidsmart.com-



October 11, 2012

Ujian, Nikmat & Tarbiyyah...

Assalamualaikum,

Tatkala kita telah berlapang dada dengan segala ketentuan Allah, Allah makbulkan keinginan kita. Inilah nikmat sebenarnya. Tarbiyyah dari Allah supaya kita menghargai sesuatu yang kita perolehi. Nikmatnya kerana perlu bersusah payah dahulu. Ya, kesusahan itu pahala. Kesabaran itu pahala.

Adikku Baihaqi telah mendapat tawaran KPT ke Jordan dan kini telah selamat sampai di sana. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Allah beri lebih dari apa yang kamu inginkan. Allah makbulkan doa ummi abah. Persinggahan kamu di UPSI tidak sia-sia. Kamu peroleh sahabat baru. Pasti kami rindu kamu. Jaga diri, jaga iman, jaga hati. Moga terus tsabat dalam DnT. We love Adik.

P/s: Adik-adik angah semua di luar negara, Yaman dan Jordan. Tinggal along angah je di Malaysia. ^__^


- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

September 16, 2012

Sanah Helwah ya Uwais al-Qarni




Assalamualaikum sayang,
Selamat hari jadi yang ke-2 buat kesayangan Ummi dan Ayah. Uwais ni lahir pada Hari Malaysia, 16 September 2010. Jika ingin diimbas kembali, kehadiran Uwais memang sangat dinantikan Ummi dan Ayah. Alhamdulillah, ini hadiah Allah yang paling berharga buat kami setelah abang 'Ukasyah kembali pada Allah. Lahirnya, setahun 2 minggu dari abangnya.

Membesarkan Uwais, boleh dikatakan sangat mudah. Tidur Ummi tidak lena pada minggu pertama kelahirannya sahaja. Selepas itu, memang Ummi agak santai membesarkan kamu. Menyusukanmu selama 2 tahun adalah pencapaian terbaik yang Ummi dapat buat untuk Uwais walaupun setahun terakhir ini, Ummi mengandungkan Haniyya.

Sepanjang membesarkan Uwais, Ummi mungkin over-protective. Seharusnya begitu kerana kamu 'precious baby' Ummi Ayah kan. Tapi bila Uwais dah besar ni, Ummi tawakal je. Ummi biarkan Uwais explore dunia ni dengan sendiri.

Uwais al-Qarni,
2 tahun sudah usiamu. Ummi Ayah harap Uwais makin matang. Taat perintah Allah. Jadi da'ie kecil tau. Alhamdulillah, Uwais dah pandai ambil wudhu' . Sudah mahu solat, suka baca doa. Terkadang, Ummi yang malu dengan kamu tau. Ummi sendiri lupa baca doa makan, tapi bila tengok Uwais tadah tangan , Ummi terus berhenti baca sama2 doa dengan Uwais. Allah hantar Uwais untuk mengingatkan Ummi. Hehe.

Ok kesayangan Ummi Ayah, Ummi doakan yang terbaik untuk kamu, mujahid kecil kami. Moga jadi mukmin yang kamil. I love you with all my heart and soul...


- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

August 28, 2012

Sempurna Tempoh Penyusuan selama 2 Tahun buat Uwais




Uwais yang Ummi kasihi,
alhamdulillah, hari Sabtu yang lalu bersamaan dengan 7 Syawal, sempurna sudah tempoh penyusuan Uwais dengan Ummi selama 2 tahun. Ummi telah tunaikan hak Uwais dan Ummi minta maaf jika ada yang terkurang dalam memenuhi hak Uwais.

Proses 'wean off' BF
Sepanjang Ummi mengandung Haniyya, Ummi masih menyusui kamu dalam penat, lelah dan payah. Ummi tak sampai hati dan Ayah juga memberi semangat pada Ummi agar terus menyusukan kamu sehingga umurmu genap 2 tahun pada 7 Syawal nanti.

Di samping itu, Ummi sering berdoa agar proses menceraikan susu ini tidak memberikan tekanan pada jiwa dan perasaan kamu mahupun Ummi. Ummi ingin kita berdua berasa senang dan tenang sekali untuk proses ini. Manakan tidak, 2 tahun kita sentiasa berdamping, pasti Ummi akan merindui saat-saat indah itu.

Alhamdulillah, Allah makbulkan doa Ummi. Mudah sungguh proses ini dan ianya berlaku secara automatik. Ummi sangat berterima kasih pada mujahid Ummi yang sorang ini kerana sangat memahami. Sewaktu Ummi discharge dari hospital, kamu masih minta susu dari Ummi, tapi Aki mencadangkan agar proses ini sudah boleh dimulakan. Pada mulanya, Ummi hampir tewas dengan pujuk rayu kamu, tapi dengan semangat dari Opah, Aki dan Ayah ummi bersetuju, proses menceraikan susu ini harus dimulakan sebulan sebelum usiamu genap 2 tahun pada 7 syawal.

Bila kamu minta susu je, semua orang bantu Ummi alihkan perhatian kamu sehinggalah sampai satu masa kamu telah akur bahwa susu hanya untuk adik. Alhamdulillah,dengan izin Allah semua ini berlaku.

Perasaan Ummi
Ummi sedih tapi Ummi juga gembira melihat kematangan dan perkembangan yang positif bilamana kamu tidak lagi menyusu dengan Ummi. Perasaan kamu? Ummi masih nampak kamu rindu Ummi. Kamu masih datang mencium rakan baik kamu bila adikmu tidur. Hehe.

Terima kasih Uwais sebab jadi best friend Ummi selama 2 tahun tempoh penyusuan ini. Isk isk, sedihnye. Sekarang ini pun Uwais masih best friend Ummi kan? Best friend yang sangat matang , insyaAllah.

Semoga Uwais jadi mukmin yang kuat serta hamba Allah yang bertaqwa. Ameen.

Ummi saaaaaaayang Uwais al-Qarni.




- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

Pengalaman Bersalin 'Ulya Haniyya ( Bhgn 2)

...sambung kembali kronologi kelahiran puteri yang dinanti..

14 Julai 2012

10 pm
Ummi tiba di hospital dan terus masuk ke labour room untuk VE ( vaginal examination). Staff nurse dah prepare semua sebab Opah dah call dulu sebelum Ummi sampai. Waktu ni, sakit dah 3 in 10 min, tapi masih ok lagi bagi Ummi, tapi bukaan baru 1 cm. Lepas buat CTG semua, staff nursebcall Dr Khairiah dan Dr. suruh Ummi admit ward sebab contraction dah kuat walaupun baru 1 cm.

11 pm
Ummi admit open ward dulu sebab Bilik Khadijah ( bilik untuk seorang) dah occupied. Ummi pun terus cakap dengan nurse, esok bila patient tu discharge, Ummi nak masuk. Tukar baju semua dan diminta berehat. Ayah temankan Ummi. Ummi suruh Ayah tidur dulu sebab takut bila Ummi sakit nanti, Ayah dah tak boleh tidur. Lepas 4 jam nanti, nurse akan review balik progress Ummi.

Ummi pun sempat update blog dulu dan dapat sms dari akak supaya Ummi tidak risau sebab Uwais ok je, tak nangis dan dah tidur. Menangis Ummi baca sms aki . Ummi tak pernah berpisah dengan Uwais, tak pernah tinggalkan Uwais apatah lagi tak tidur dengan Uwais waktu malam. Ummi risau sebab Uwais masih BF lagi. Ummi risau Uwais meragam kalau tak dapat candunya. Alhamdulillah Allah bantu Ummi, Uwais baik sangat, tak nangis langsung. Hatta Opah kata, mudah sangat nak jaga dia.

12 am-3am
Ummi dapat lelapkan mata dan terbangun kul 3 pagi sebab nurse datang check. Sakit sekejap datang dan pergi. Ummi pun was-was juga. Betul ke nak bersalin, kalau tak bersalin, segan je. Hehe. Nurse buat VE lagi dan bukaan sudah 3 cm. Alhamdulillah, lega hati Ummi. Ummi khabarkan pada Opah perihal perkembangan ini. Nurse tanya pada Ummi, nak Pethidine ( pain killer) atau tidak supaya Ummi dapat berehat dan tidur. Tanpa berfikir panjang, Ummi terus cakap nak sebab serik dah nak lalui natural birth macam waktu Uwais dulu. Lepas 4 cm dah tak boleh ambil nanti.

3 am- 7am
Ummi tidur dengan lena sekali dek kerana penangan Pethidine. Terjaga waktu Subuh, kejut Ayah suruh solat, sebab Ummi nak mandi dan Dr nak rebiew balik pukul 7 am nanti. Pukul 7 , Dr datang buat VE, masih 3 cm. Nurse bagi enema dan Dr suruh masuk labour room untuk induced Pitocin. Fuh, berdebar hati Ummi. Sms opah dan opah kata nak bawa Uwais datang pagi ni. Opah bagi kata semangat pada Ummi.

7 am-11 am
Ummi ditemani Ayah sepanjang di dalam labour room. Dr insert branula dan start infused Pitocin. CTG dipasang setiap masa. Ummi cakap dengan Ayah, rasa macam tak berapa sakit. Dos Pitocin ditingkatkan dari masa ke semasa dan sakit contraction semakin menyakitkan. Ummi tak bagi langsung Ayah tinggalkan Ummi. Ummi semakin takut. Ayah tanya Ummi nak makan apa sebab Ummi hanya makan sekeping roti pada waktu sarapan. Tapi Ummi sudah hilang selera makan. Ayah suapkan Ummi kurma dan Ummi minum air milo.

12 pm
Contraction semakin kuat. Ummi request cik timah untuk buat VE, tapi kecewa bila cik timah kata masih 3 cm sedangkan sakitnya hanya Allah saja yang tahu. Ummi minta tingkatkan dos Pitocin and both of us discussed for ARM ( artificial rupture of membrane). Lepas buat ARM, makin sakit dan bila buat VE dah 5 cm. Cik timah sembang dengan Ummi, mungkin Ummi bersalin dalam waktu zuhur nanti. Tapi Ummi rasa macam lambat lagi.

Opah dan Aki sampai, bawa Uwais sekali. Waktu ni, Ummi macam mamai je sebab ambil Pethidine. Waktu Ayah dukung Uwais masuk labour room untuk jumpa Ummi, sayu hatimdan rindu sangat kat dia. Uwais pelik tengok Ummi berselirat dengan drip dan CTG. Tapi sempat lagi dia minta nak BF dengan Ummi. Hehe. Mestilah Ummi tak bagi sebab tengah sakit. Sian kat dia, tapi Opah aki kata senang jaga dia.

1 pm-5pm
Jangkamasa waktu ni, macam- macam berlaku, jadi payah Ummi nak ingat kesemuanya. Dengan berguling atas katil sebab sakit. Bila sakit je, Ayah kusut kepala Ummi. Bila tak tahan sangat, Ummi suruh Ayah tarik rambut Ummi dengan kuat. Opah dok baca ayat-ayat kat air bagi mudah Ummi bersalin. Kejap- kejap Ayah masuk bawa air bagi Ummi minum.

6pm
Dah 8 cm bila Cik Timah buat VE. Dr Khairiah kat rumah waktu ni. Ummi dah tak tahan sangat dah. Rasa nak push je, tapi semua orang suruh Ummi tahan tunggu Dr sampai. Ummi sampai rasa nak marah asbab memang tak boleh tahan sangat gesaan nak push tu. Bila buat deep breathing, bila exhale, automatik nak push. Ayah pun sama, suruh Ummi tahan. Waktu tu Ummi asyik dok tanya, Dr dah kat mana? Dok merayu juga dekat Cik Timah suruh sambut je Ummi bersalin sebab dia memang sangat berpengalaman berpuluh tahun. Tapi tak tau kenapa semua nak suruh juga Ummi tinggu Dr.

Bila Ayah inform Ummi yang Dr Khairiah dah sampai, Ummi terus menangis sebab rasa sebak, sayu, terharu dan gementar nak jumpa Haniyya. Sementara Dr Khairiah bersiap apa yang patut, Ummi pejam mata, berdoa moga Allah permudahkan dan dalam hati berkata, " memandangkan dah sakit lama, Ummi tak nak push banyak kali, ummi kena push sekuat hati sekali je kali ni".

Ayah dah standby angkat kepala Ummi dan Dr Khairiah dah ready. Ummi tunggu contraction datang, tarik nafas dan push tanpa henti dan Haniyya keluar dengan mudahnya. Alhamdulillah, keluar je terus menangis. Hilang terus kesakitan. Waktu Dr Khairiah letak atas perut Ummi, kecil je tubuh dia.

Tepat 6.38 petang, lahir sudah puteri yang Ummi Ayah nantikan. Proses mengandungkannya amat mudah. Menyedari kehadirannya tatkala kandungan telah hampir masuk 4 bulan. Sepanjang mengandungkannya, pelbagai ujian menimpa, rumah dipecah masuk pencuri sebanyak 3 kali. Lap top hilang menyukarkan kerja Ummi. Sepanjang mengandungkannya 2 kali juga fly atas urusan bisnes, terpaksa tanpa pilihan. Kasihan Haniyya, Ummi susah hati dalam diam sampai kecil je anak Ummi waktu lahir. Tapi sungguh, Haniyya anak yang sangat tabah dan sabar. Alhamdulillah atas kurniaan ini.




- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

August 10, 2012

Hari ke-25

Assalamualaikum,
Hari ini genap 25 hari usia 'Ulya Haniyya. Anak yang kurang ragamnya, alhamdulillah. 'Ulya Haniyya suka mandi, suka bila ditukar baju baru. Bila along Uwais agah dia, kemain nganga mulut. Waktu Ummi makan, dia solehah sangat. 'Ulya Haniyya suka juga bila dapat menyusu sambil berehat dan bergolek di atas katil bersama Ummi. Ini saat-saat yang paling digemarinya. Ummi akui, lebih banyak menyusu sambil duduk asbab menjaga along Uwais. Sian 'Ulya Haniyya ye. Ummi doakan 'Ulya Haniyya jadi anak yang solehah. Anak yang sabar, tabah dan kuat jiwanya, insyaAllah.

- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

Pengalaman Bersalin 'Ulya Haniyya ( Bhgn 1)

Assalamulaikum,

Salam sayang buat anakanda-anakanda Ummi yang sedang lena. Moga kalian sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah ya. Tidak dilupakan juga, Mujahid sulung Ummi dan Ayah yang sedang berbahagia di sana. Kali ini, Ummi ingin kongsikan pengalaman Ummi melahirkan 'Ulya Haniyya. InsyaAllah, bila 'Ulya Haniyya besar nanti, bolah baca kisah ini.

12 Julai 2012 ( Khamis)

5 petang @ rumah
Mucus plug dislodged' dan Ummi sempat ambil gambar untuk kepastian. Hasratnya ingin tunjukkan pada Ayah bila Ayah pulang dari kerja nanti.

6 petang
Opah Aki call ajak dinner di luar dan Ayah pun sudah pulang dari kerja. dalam perjalanan ke kedai makan, Ummi khabarkan pada Ayah, Ummi dah turun tanda, tapi bukan 'bloody show'. Jadi Ummi pesan pada Ayah, tak perlu risau dan tak perlu lagi rasanya pergi hospital. Contraction still irregular.

 6.15 petang @ Jingga Corner
Ummi tak beritahu Opah dan Aki, rasa macam nak rahsiakan lagi. Tapi tiba-tiba Ayah kantoikan. Ayah tanya Ummi, Opah Aki dah tahu ke. Terus la Ummi cerita. Opah risau, tapi Ummi tenang je. Maklumlah, anak yang ke-3 pasti cepat prosesnya. Dinner malam tu, Ummi kemain lagi makan macam nak berpantang sampai setahun. Siap bungkus kerang bakar bawa balik rumah. Waktu ni, Opah dah suruh balik rumah kemas barang semua. Haha. Kelam kabut sampai rumah kemas barang. Beg hospital pun tak siap lagi, sedangkan waktu ni dah 37 minggu.

Bila dah siap kemas barang, Ummi cakap dengan Ayah, tunggu la dulu, Ummi tau bila masanya perlu ke hospital. Bila mucus plug dislodged, boleh jadi 3 hari baru true labor. Jadi, malam tu tak pergi hospital lagi. Ummi hanya pantau fetal movement dan timing contraction.

13 Julai 2012 ( Jumaat)

Masih tiada apa perkembangan. Contractions was irregular, no bloody show, no leaking and etc. Masih di rumah. Ummi berdoa supaya boleh bertahan sampai program pada esok hari habis. Ya, keesokannya, Opah dan Aki ada Program penting yang memerlukan bantuan Ummi dan Ayah. Opah pun dok usap perut Ummi, dok pujuk 'Ulya Haniyya keluar hari Ahad, selepas habis program dan sebelum Ramadhan.

14 Julai 2012 ( Sabtu)

10 pagi @ Twins Baby Balakong
Selepas mengemas rumah, Ummi Ayah bersarapan di luar bersama Uwais. Ummi ingin membeli beberapa keperluan pada saat-saat akhir. Waktu ini rasa kelam kabut sangat sebab Ummi sudah mula sakit yang kuat. Menyesal dok tangguh dulu. Berjalan pun mengah. Keluar dari kereta pun rasa macam susah je.
Hasilnya dapatlah beli set pillow dan bolster, Medela Purelan, dimple pillow, kelambu. Kelambu sebenarnya dah ada 2, tapi waktu pindah hari tu, lupa letak mana. Bila cari balik, dah tak jumpa. Ayah kata beli je baru, siap pilih warna pink lagi.

12 tengah hari @ rumah
Ummi kemas barang- barang dan siapkan baby cot. Final touch, Ummi check semua beg supaya lengkap sebelum pergi program. Beg Ummi, beg Ayah, beg 'Ulya Haniyya dan beg Uwais. Beg- beg ini Ummi susun supaya mudah dilihat, tapi Ummi tak bawa pun waktu pergi program sebab apa-apa nanti, hasratnya nak balik rumah dulu sebelum ke hospital. Sakit semakin kerap, 2 in 10 minutes for 30 seconds. Tertunduk- tunduk Ummi berjaan sambil pegang perut.

Sambungan dari kisah ini boleh baca di entri Admitted to Ward ....

Bahagian 2 Ummi akan post sekali dengan gambar ye.

1 petang @ program
Sakit bertambah kuat, tapi Ummi gagahkan juga nak tunggu program habis selepas Asar. Ummi mula rasa tak sedap hati. Lepas solat Asar, Ummi timing lagi contraction. 3 in 10 minutes for 50 seconds. Terkejut Ummi, patutlah sakit sangat. Pak Long ( abang Ummi) risau suruh Ummi gi hospital cepat. Ummi masih tak yakin lagi, padahal dah 3 in 10 mins dah tu. Inginkan kepastian, Ummi call Mak Long ( kakak ipar Ummi, seorang Dr. ) dan dia pun nasihatkan Ummi pergi cepat, kuat dah contraction tu.
6 petang
- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

August 9, 2012

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan ke-5 Abu 'Ukasyah (Bahagian 2)

Alhamdulillah, wedding anniversary baru-baru ini sangat biasa sambutannya, tapi sungguh bermakna. Bila fikirkan rakyat palestin, rasa tak sanggup nak makan sedap. Hilang selera rasanya. Sedih mengenangkan isu ini.

Allah beri rezeki, Ayah bawa Ummi makan di Grills dekat Bangi. Waktu tu keluar rumah pun dah pukul 10 malam sebab ada hal yang tak dapat dielakkan. Ummi makan sirloin steak , ayah pula, rib eye steak dan uwais pula junior set. Waktu nak makan, Haniyya tidur, jadi Ayah tolong potongkan daging dan Ummi dapat makan dengan gembira. Selalunya susah nak dapat makan dengan tenang asbab melayan kerenah anakanda Uwais dan Haniyya.

Lepas makan, kami ronda- ronda KL. Anak- anak tidur dan dapatlah Ummi Ayah dating sambil sembang- sembang. Hehe. Siap berhenti beli makanan makan lagi dalam kereta.




Bukan senang nak dapat tangkap gambar berempat.hihi. Ini pun Uwais tak pandang kamera.

August 5, 2012

Blog Berwajah Baru

Assalamualaikum anak-anak yang Ummi kasihi selalu.  Semoga kalian sentiasa dalam rahmat Allah.  Entah mengapa, sukar sungguh malam ini untuk melelapkan mata.  Mungkin ini sahaja 'me time' yang Ummi ada, walaupun Ummi sedar, esok Ummi akan uruskan anak-anak seorang diri sebab Ayah on-call hari ahad. huhu. Minggu depan pun Ayah ada on-call lagi waktu weekend.  .

Di kesempatan ini, Ummi telah tukar template blog yang baru.  Ini hijrah, bersempena kelahiran `Ulya Haniyya.  Walaupun Ummi masih belum susun kemas lagi, tapi kira selesai sudah niat untuk bertukar wajah selepas kelahiran anak dara Ummi Ayah ini.  Semoga, banyak lagi perkara yang bermanfaat untuk Ummi kongsikan di platform ini.

Assalamualaikum, saya 'Ulya Haniyya.

July 28, 2012

Bilangan Anak Ummi & Ayah




Assalamualaikum,
Ummi ingin menjawab pertanyaan seorang 'ummu ahlul jannah' iaitu sis nurul aznil kepada Ummi tentang jawapan Ummi tatkala orang bertanya jumlah anak Ummi dan Ayah.

Selalunya, orang akan tanya Ummi, anak ke berapa ni? Ummi pasti tanpa berselindung memberitahu bahwa ini yang ke-3. Biasanya orang terkejut juga sebab diorang kata muka macam baru kawin, muda sangat. Yelah, Ummi dan Ayah tak cukup ketinggian.hehe. Bila Uwais datang, Ummi perkenalkan, " Inilah anak ke-2 saya". Pasti ramai orang yang bertanya lagi, " Mana yang sulung? Tak ikut ke?". Bila Ummi ceritakan hal sebenar tentang 'Ukasyah, mereka serba salah pula. Ada yang marah dan sebagainya. Ada yang trauma sebab mereka bekerja dan pelbagai macam perasaan.

Itulah, Ummi cakap dengan Ayah. Ummi tidak mahu lagi terfikir atau teringat tentang tragedi tu. Ummi yakin dengan segala aturan dan takdir yang telah Allah tetapkan buat anakanda sulung, 'Ukasyah. Ummi hanya ingin berasa gembira bila memikirkan bahwa Ummi pernah melahirkan seorang ahli syurga, menyusukan dia dengan susu ibu dan menjaga serta mentarbiyyah dia sebaik mungkin. Pokoknya, melaksanakan segala amanah yang telah Allah berikan pada Ummi dan menunaikan hak- hak 'Ukasyah.

Adakalanya, hati Ummi terguris sekali dengan respon orang bila mengetahui tentang 'Ukasyah. Persoalan mereka pada Ummi sangat mengguris hati. Bilamana Ummi sendiri redha dengan pemergiannya, orang lain pula mempersoalkannya. Redha, itulah yang terbaik. Redha itu membuahkan ketenangan. 'Ukasyah adalah hadiah dari Allah buat Ummi dan Ayah, alhamdulillah. Ummi yakin, pastinya akan bertemu dengannya di syurga nanti, insyaAllah.

p/s: 'Ulya Haniyya sangat mirip raiut wajah 'Ukasyah.
- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

July 25, 2012

Along & Adik

Assalamualaikum,
Sementara menanti tukang urut sampai, Ummi coretkan sedikit tentang Uwais al- Qarni. Sekarang ini suka betul dia buat mimik muka begitu. Setiap hari, sama- sama dia tolong Ummi mandikan adik. Akalnya dia yang nak main air. Hehe. Kegemarannya, bagi pipi dan telinga suruh adik cium. Kadang- kadang tu, adik siap jilat lagi sampai dia geli dan gelak terkekek- kekek.
Bila adik nangis waktu ummi masuk bilik air, dia akan masukkan tangan celah baby cot dan tepuk- tepuk adik. Tapi bila dia geram tengok socks adik yang warna comel, dia tanggalkan. Alhamdulillah, adik jenis cool dan tenang je. Nama pun ' Ulya Haniyya ( ketinggian ketenangan).
' Ulya Haniyya pun semakin besar je Ummi rasa. Lebih cepat dewasa rasanya. Mungkin asbab ini anak yang ke-3, jadi Ummi sudah banyak pengalaman. Tidur dengan Ummi pun gaya baby dah berumur 2 bulan.
' Ulya Haniyya anak yang kurang ragamnya. Ummi dapat tidur yang cukup pada malam hari. Dapat berurut dan bertungku dengan tenang. Dapat makan dengan kenyang. Dapat layan Along. Dapat buat kerja rumah. Pokoknya mudah sangat menjaga ' Ulya Haniyya. Memang sepadan dengan nama Haniyya. Alhamdulillah Allah bantu Ummi.
Ayah pula bakal masuk kerja kembali pada hari Isnin depan setelah 2 minggu bercuti untuk menjaga Ummi, Uwais dan ' Ulya. Sedih juga nanti, terutamanya buat Uwais yang mendapat layanan kelas pertama dari ayahnya. Semoga Allah beri kemudahan pada Ummi nanti, insyaAllah. Lepas ini, Ummi kena handle anak- anak dan bisnes sorang- sorang.

Ok, sampai di sini sahaja dulu, tukang urut dah sampai.

Ummi sayang 'Ukasyah, Uwais al- Qarni dan 'Ulya Haniyya kerana Allah. Oh, tak lupa juga buat Ayah, cinta hati Ummi. Moga kita semua sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Ameen.

Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

July 22, 2012

`Ulya Haniyya


Assalamualaikum,

Alhamdulillah, Little Mujahidah telah dicukurkan dan diberikan nama di hari ke-7 kelahirannya, bersamaan 1 Ramadhan.  Aki kepada Little Mujahidah dan ayahnya yang sama-sama mencukurkan rambutnya.  InsyaAllah, nama juga telah dipilih.  Kali ini pilihan si Ayah buat puteri sulung kami.  Nama yang dipersetujui bersama bersempena dengan Presiden Hamas merangkap PM Palestin, Ismail Haniyya.  Nama yang ayah ummi impikan untuk mujahid kami, tapi Allah izin dapat mujahidah, maka kita ambil nama yang akhirnya ya.



*********************************************************************************
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Maka dengan ini kami amat berbesar hati mengumumkan dan menghebahkan secara rasmi nama Little Mujahidah kami, iaitu puteri sulung kami di hari ketujuh kelahirannya (draft semalam, publish hari ini) . Ummi dan ayah sentiasa mendoakan agar kamu menjadi sepertinya wahai

`Ulya Haniyya binti Mohd Hafiz

Tertangguh

Assalamualaikum,

Salam ramadhan semua. Semalam hari ke-7 little mujahidah, Ummi Ayah masih belum umumkan namanya ye. InsyaAllah, malam ini jika ada kelapangan untuk buka lap top, Ummi Ayah akan update beserta dengan gambarnya ya.

Ramadhan kali ini Ummi langsung tidak berpeluang untuk berpuasa kerana melahirkan si adik di penghujung Syaaban, namun Ummi yakin Allah menjanjikan yang terbaik buat ibu- ibu seperti Ummi. Jadi, jangan sedih ya Ummi. Inilah masanya merancang untuk berpuasa selepas Ramadhan nanti. Hehe. 'Ukasyah juga lahir dalam bulan Ramadhan.

Banyak yang Ummi ingin ceritakan sebenarnya, tentang kronologi Ummi bersalin, pengalaman berpantang kali ini, self- weaning si Along Uwais, rutin memerah dan rupa-rupanya menjaga dua orang anak jauh lebih mudah dari menjaga seorang. Yakin dan berdoa agar Allah permudahkan segalanya. Ameen.




- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

July 15, 2012

Ahlan Wasahlan Little Mujahidah

Alhamdulillah, Ummi telah selamat melahirkan seorang little mujahidah pada pukul 6.38 petang tadi. Prosesnya sangat panjang, tapi Ummi push sekali je. Pertama kali rasa melahirkan anak yang bertubuh kecil. Berat lahirnya, 2.54kg sahaja. Jauh dari abang-abangnya, 3.1-3.2kg. Kekok ummi pegang anak kecil. Hehe.

Officially, i' m a moher of 2 sons and a daughter. Alhamdulillah. Jazakallah ayah kerana sentiasa di samping ummi. ^____^




- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

Admitted to ward

Assalamualaikum,

Mohon kalian doakan Ummi bersalin ye. Sekarang dah admit ward. Turun tanda hari khamis , tapi ummi lengah-lengah lagi mahu ke hospital sebab contraction still irregular. Lagipun tiada bloody show. Tapi semalam kemuncak, waktu siang 3 contractions setiap 10 minit, dan setiap contraction selama lebih kurang 40-50 saat. Waktu tu, call Mak Long Ijah ( kakak ipar Ummi) dan dia nasihatkan pergi je hospital.

Bila sampai rumah, contraction tak kerap pula. Terus ummi cakap dengan ayah, esok pagi jelah pergi hospital sebab pagi ini memang ada check-up pun. Ummi pun yakin je boleh tahan lagi. Lepas isya' , Opah aki bawa Uwais keluar makan. Dapatlah ummi berehat sikit. Tiba-tiba rasa contraction sangat kuat sampai gigil badan. Dalam hati, tak boleh jadi ni. Waktu tu ayah pula tidur sebab seharian duk sibuk. Balik opah aki bawa makanan, Ummi dah tak keruan, muka pun dah pucat. Ummi tak jamah pun meehon tomyam yang dibelikan. Ummi kejut ayah, capai semua barang. Sedihnya, tak sempat cium Uwais sebab takut dia nangis nak ikut ummi ayah. Lebih kurang kul 10 malam rasanya, ummi dan ayah menuju tempat yang Ummi bakal bersalin nanti.

Jarak dari rumah, hampir dekat sejam juga dan kereta pula banyak malam tadi. Ummi dah rasa panik sebab takut terberanak dalam kereta. Sampai je, nurses dah prepare sebab opah dah call bagitau ummi dah sakit. Buat VE pukul 11 malam tadi, baru buka 1 cm. Tadi check lagi bukaan pukul 3.30 pagi, dah 3 cm. Serius, ummi tak perasan sangat kesakitan yang makin kerap ni. Pengalaman dulu, kalau 3 cm, ummi dah berguling atas katil. Tapi kali ini lain rasanya. Masih boleh taip entri lagi.

Sahabat- sahabat, rakan- rakan serta kenalan Ummi, mohon doakan Ummi dipermudahkan proses kelahiran ini ye. Ummi mohon maaf andai terguris hati kalian secara sedar atau tidak.



Cinta hati ummi, Uwais al-Qarni. Sayu rasa hati Ummi tinggalkan dia malam tadi. Uwais soleh ye duduk dengan opah aki. Ummi ayah sayang Uwais kerana Allah. Uwais dah nak jadi abang ni. Agak-agaknya apalah reaksi Uwais nanti ye terhadap adik.

-Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)