Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

March 30, 2010

Pindah – Fasa Pertama


Assalamulaikum,

Hujung minggu yang lepas, ummi telah menjadi rajin yang luar biasa…Tiba-tiba mengajak ayah untuk mengemas dan menyimpan barang-barang dalam kotak…Ayah malas pada mulanya, tapi terpaksa akur jua akhirnya dengan kehendak ummi selepas ummi kerap kali memohon pertolongan ayah mengangkat kotak-kotak yang berat belaka itu…

Untuk fasa pertama ini, ummi menyimpan buku-buku sahaja dulu di dalam kotak… Tidak termasuk lagi`drugs dictionary` ayah yang bertimbun-timbun itu kerana ayah masih tidak habis final exam lagi… Buku-buku itu ummi simpan di dalam kotak mengikut kategori, tutup dengan pelekat serta meletakkan label di atas kotak…Ummi lakukan secara sistematik supaya mudah untuk mencarinya di kemudian hari nanti…Kesemua kotak yang mengandungi buku-buku berjumlah 6 kotak (kotak mineral botol besar)…hehe…Itu baru pack buku-buku sahaja…Belum lagi termasuk nota-nota ummi dan ayah yang mungkin memerlukan kotak yang lebih banyak…Sewaktu sedang menyusun kotak-kotak itu,ummi berkata pada ayah,

“Abang, kalau orang rompak kotak ni (ada buku rujukan ummi), menangis ummi tau…Yelah, jumlah harga buku-buku ni bukannya murah…Beribu-ribu harganya”

Ayah membalas jawapan ummi dengan muka yang menahan gelak…

“Masalahnya sayang, ada ke orang nak rompak buku-buku syang ni????”

Eh betul juga kan…hehe…Macam tidak logik saja kenyataan ummi tu…Kami berdua ini memang sangat cintakan buku…Walaupun bukan ulat buku…Semalam, sewaktu mengunjungi kedai buku Popular, kami merembat 3 buah buku lagi…1 buku rujukan ummi dan 2 lagi buku berkaitan pengurusan kewangan…Terbang lagi duit ummi ayah hampir seratus…Tidak mengapalah kan, demi ilmu yang berharga, apa salahnya…

Setakat itu sahaja perkembangan terkini tentang proses perpindahan ke KL…Moga Allah permudahkan segala urusan…

p/s: Secara rasminya, kami akan keluar dari rumah ini pada 30 April 2010…Lori juga telah kami tempah…



March 29, 2010

Ayah, Selamat Hari Lahir yang ke-24....


Ummi, `Ukasyah dan `Little Mujahid Junior` ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-24 kepada ayah....

Ummi doakan agar Allah tetapkan hati kita semua untuk terus berada dalam jalan DnT…Seiring dengan peningkatan usia ini ye…Moga Allah tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita padaNya…

24 tahun telah berlalu…Sekejap sungguh rasanya kan ayah…Kita juga telah melalui pelbagai ranjau dan duri, dari bertunang, kahwin, mengandung, `Ukasyah dijemput Allah dan mengandung kembali serta menamatkan pengajian di universiti…Dugaan dan ujian ini jua lah yang telah menganjakkan ummi dan ayah ke satu tahap yang lain…Bersyukur juga kita dikurniakan Allah dengan anak-anak yang seramai dua orang ini…Mujahid-mujahid kecil ini adalah pemberian yang terlalu berharga buat kita berdua….Sangat membahagiakan ummi ayah…

Harapan ummi agar Allah permudahkan segala urusan ayah…Murahkan rezeki ayah…

Ummi dan anak-anak sentiasa mendoakan yang terbaik buat ayah…Menyokong ayah dari belakang…Ayah, jangan lupa berbakti kepada kedua orang tua ayah tau….

Kami semua sayangggggg ayah…



March 22, 2010

Kerjaya atau Keluarga….



Assalamualaikum buat permata-permata hati tercinta, suami juga buat ahli keluarga tercinta serta pembaca setia blog buatmu anakku….

Kerjaya

Pada semester terakhir belajar di UIA, topik yang paling hangat adalah tentang kerjaya dan perancangan masa hadapan…Jodoh juga menjadi topik hangat juga, tapi ummi kira sudah selesai bab ini…Anak pun sudah hendak masuk dua orang….Masing-masing bertanya tentang perancangan apabila sudah tamat pengajian nanti…

Perancangan Jangka Masa Panjang

Ummi memang ada cita-cita untuk mencari pengalaman dan menyambung pengajian ke peringkat Master of Midwifery…Selepas itu menjadi pensyarah…Minat juga mengajar…Ummi ingin kongsi cara belajar yang mudah…hehe…Sebab ummi bukan jenis pelajar yang struggle sangat…Yang penting bagi ummi ayah ialah `study smart`…Seronok juga kalau pelajar-pelajar ummi nanti, dapat belajar secara bijak…Jadi masa-masa yang lain dapat dimanfaatkan untuk agama dan keluarga….

Perancangan Jangka Masa Sederhana

Perancangan jangka masa sederhana pula (adakah wujud perancangan jangka masa sederhana???) ummi ingin jadi certified lactation counsellor…Boleh juga mengaplikasikan segala ilmu yang telah ummi pelajari sewaktu belajar di universiti…Rasa rugi pula belajar tentang breastfeeding, tetapi tidak dapat berkongsi dengan orang lain…Pengalaman juga sudah ada, cuma perlu menghadiri kursus untuk memntapkan lagi ilmu, kemahiran dan mendapatkan sijil… Kerjaya ini membolehkan ummi membawa baby ke mana sahaja ummi pergi…Sewaktu kursus, sewaktu memberi ceramah dan menghadiri aktiviti-aktiviti keibubapaan…Ummi memang sangat minat tentang `breastfeeding` sebab ayah juga sangat menyokong minat ummi…Hatta, ayah lagi fanatic dari ummi…hehe…

Ada perancangan juga untuk buka showroom dan activity centre bila ayah sudah mula hendak memulakan perniagaan farmasinya nanti…Jadi kami berdua boleh sentiasa bersama anak-anak yang sedang membesar…Perancangannya, mengumpul duit dahulu untuk membeli aset perniagaan…Sebuah rumah kedai mungkin…Bab merancang kewangan boleh runding kepada ummi kesayangan saya yang sangat berpengalaman dalam bidang kewangan dan bisnes walaupun bisnesnya tidaklah sebesar mana…Tetapi bolehlah membesarkan anak-anak dan menantu-menantu serta cucu-cucunya….hehe…

Nampaknya, ummi lebih berminat dengan perancangan jangka masa sederhana….Sebab ummi ayah lebih banyak masa untuk tarbiyyah anak-anak sendiri…Masa bersama juga lebih fleksibel…Ummi ayah juga boleh berganding bahu dalam perniagaan ayah nanti…Yang ummi punya itu, hanyalah minat semata-mata..hehe…Ummi sukakan kerjaya yang dapat bertemu dengan ramai orang….Menolong ibu-ibu untuk menyempurnakan hasrat murni mereka, menyusukan anak sepenuhnya…

Perancanga Jangka Masa Pendek

Perancangan jangka masa pendek adalah stay-at-home (surirumah tangga)….Membesarkan `little mujahid junior` yang dijangka lahir pertengahan bulan ogos atau awal September ini….Mudah untuk meneruskan penyusuan susu ibu…Tidak perlu terkejar-kejar membuat stok susu…Ayah, opah, aki dan adik-beradik ummi juga tidak membenarkan ummi bekerja buat sementara waktu…Ummi juga begitu, masih tiada minat untuk meneruskan kerjaya ini …Rasa fobia dan trauma…Pokoknya, ayah sendiri yang memberikan keizinan buat ummi untuk menjadi housewife dan katanya jauh di sudut hati ayah, ayah memang inginkan ummi menjadi suri rumahtangganya….Kalau ayah sudah mampu, apa salahnya…hihi…

Menjadi housewife adalah cita-cita ummi yang hakiki…Dulu, opah (my mother) juga seorang housewife, walaupun beliau seorang graduan dari Uitm…opah bekerja kembali setelah adik bongsu ummi berumur setahun…Opah berjaya menyusukan ummi serta adik-beradik lain secara sepenuhnya dengan susu ibu…Ummi suka sangat waktu opah jadi housewife dulu…Kek birthday pun opah buat sendiri…Aki juga akan balik makan lunch di rumah…Bila pulang dari kerja, teh dan kuih-muih sudah terhidang….Anak-anak pula menyambut aki pulang dengan gembira…Berebut-rebut untuk menangggalkan sarung kaki aki tau…Manis sungguh untuk dikenang…Baju ummi waktu kecil-kecik dulu, alah yang ala-ala cindarella itu pun opah juga yang jahit…Seronok kan bila dapat jadi housewife yang punya banyak kemahiran dan seharusnya produktif…

Ummi juga ada merancang untuk membeli mesin jahit automatik kerana senarai projek menjahit ummi banyak sangat tau…Terutamanya untuk menjahit sendiri kelengkapan `little mujahid junior`…

Jadi itu sahaja perancangan masa depan yang dapat ummi kongsikan bersama…

Jika diberi pilihan untuk memilih antara keluarga dan kerjaya,maka, ummi akan pilih KELUARGA…kerana kebahagiaan mempunyai suami dan anak-anak tidak dapat dibeli dengan wang ringgit…Menyempurnakan cita-cita sendiri juga tidak sebahagia melahirkan anak-anak yang soleh dan memiliki seorang suami yang memahami…

p/s: InsyaAllah, penaja ummi iaitu Yayasan Pahang membesar hati untuk menghalalkan scholarship yang diberikan…Ummi telah berusaha keras untuk maintain tau….Kiranya, Ummi telah menunaikan janji dan syarat yang telah para panel tetapkan sewaktu interview dulu…Nanti saya mohon lagi tau bila hendak sambung master…YP hendak bagi lagi ker???

March 17, 2010

Perkembangan Little Mujahid Junior – 4 bulan


Salam sayang buat anak-anak ummi serta ayah yang sentiasa dekat di hati ini…

Penyusunan Terancang

Genap sudah usia kandungan ummi 4 bulan pada hari ini…Mesti ramai yang pelik sebab `Ukasyah kembali kepada Allah kurang dari 4 bulan…Tetapi, hebat sungguh perancangan Allah…Tidak dapat difikirkan dek akal….Apatahlagi, untuk dihujahkan dengan ilmu yang sedia ada…Ummi ayah juga seperti tidak percaya pada mulanya…Masakan tidak, ummi tidak pernah datang period selepas melahirkan `Ukasyah…Tambahan pula ummi memang menyusukan `Ukasyah sepenuhnya...Kiranya, Allah telah hadirkan `little mujahid junior` sebelum Allah menjemput `Ukasyah…Hebat kuasa Allah…Perancangan yang tersusun…

`Quickening`

Buat pengetahuan semua, ummi sudah merasai `quickening` (quickening adalah pergerakan pertama baby yang ibu rasa)…Seronok sangat…Mula-mula ummi ingat macam khayalan je….Tapi bila ummi amati balik, memang ummi sudah merasai pergerakan `little mujahid junior` ….Tidaklah sekuat bila baby sudah besar…Waktu itu, ummi sedang makan tengah hari dengan ayah…Ayah juga bersorak kegembiraan…Setahun yang lepas, ummi merasai pengalaman yang sama juga….Fluttering sensation….Sama macam abang `Ukasyah, `little mujahid junior` juga quickening bila ummi menghampiri final exam…Mungkin sebab banyak stimulation dari ummi ayah…hehe….Gembiranya… Tiap-tiap hari, setiap masa ummi sentiasa menantikan gerakannya yang sangat comel…

Perut Buncit

Sewaktu menghadiri exam pagi tadi, ramai yang menegur perut buncit ummi…Besar sangat kot sampai nampak…Kawan rapat ummi cakap, memang nampak bezanya dari minggu lepas…Kak lin pula kata yang perut ummi sebesar perutnya juga…Memang ummi akui pun…Tapi kak lin 6 bulan, ummi baru 4 bulan…hehe..Itu tandanya, `little mujahid junior` ummi ayah membesar dengan sihat walaupun berat ummi makin turun…Kiranya ummi makin kurus, `little mujahid junior` makin tembam…Ayah selalu jeles dengan kenyataan ini, tapi itulah hakikatnya ayah…hehe…

Pengorbanan Ayah

Ayah, terima kasih kerana sangat memahami perangai pelik ummi ye…Ummi macam alien bila mengandung…Melayan kerenah ummi yang tidak mahu makan…Suatu pagi itu, ayah seperti hilang sabar sebab ummi tidak mahu makan nasi lemak kerang yang sedap itu…Ummi terus takut dengan ayah tau…Tidak kecil hati langsung…Ummi tahu ayah risaukan kesihatan ummi dan `little mujahid junior`…Selalunya bila ummi order makanan, ummi tidak mahu makan…Ayah terpaksa habiskan makanan ummi…Bila ayah tanya hendak makan apa…Ummi geleng kepala…Merajuk konon…Padahal tiada langsung salah ayah pada ummi….Bila ayah order makanan kegemaran ayah, tiba-tiba berselera ummi melihat makanan ayah…Ayah bagi makanan ayah pada ummi…Alah siannya…Ummi minta maaf tau…

Alahan Mengandung

Sekarang ini, alahan mengandung semakin teruk…Rumah memang harapkan ayah hendak mengemasnya…Barang-barang tidak dikemaskan lagi sedangkan kami hendak pindah rumah hujung bulan april ini…Ummi tidak menjejakkan kaki di dapur…Basuh pinggan juga ayah yang lakukan…Terus hendak muntah dibuatnya…Bukan sahaja itu, janganlah berangan hendak masak dalam rumah ummi….Boleh angin satu badan…Mengamuk hendak marah…Sudahlah, sendiri tidak boleh memasak, orang lain juga dilarang sama sekali…Buruknya perangai ummi…Dulu ummi cakap Opah pelik bila opah cerita perihal alahan opah sewaktu mengandung…Sekarang rasakan wahai ummi…Sudah pelik seperti tidak menjadi diri yang sebenar lagi…

Sekian saja khabar ummi dan `little mujahid junior`…Doakan kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga ye…

March 9, 2010

14 minggu 5 hari


Assalamualaikum buat anak-anak dan suami yang sentiasa bertakhta di hati ini…

Rasanya sudah lama ummi tidak meninggalkan jejak di blog anak-anak ummi ayah…Mungkin kerana alahan mengandungkan adik `Ukasyah…Ummi tidak selera makan…Hatta, makanan yang menjadi kegemaran dan diidamkan tidak mampu menaikkan selera makan…Dalam usaha untuk menaikkan berat badan, ummi kecundang lagi…Waktu timbang di klinik, berat menurun sebanyak 2 kilogram…Tapi, berat terkini yang ditimbang, telah menurun lagi sebanyak 1 kilogram…Oh ummi buntu bagaimana hendak menaikkan selera makan…Opah, ummi mengidam masakan opah…hehe..Dasar anak yang suka memanjakan diri sendiri…

Masalah sekarang adalah gastrik yang menyebabkan rasa `heart burn`…Tetapi alhamdulillah,masalah ini dapat ditangani kerana ummi amalkan makan madu setiap pagi sewaktu perut masih kosong…Jadi tiadalah rasa pedih perut lagi…Madu, kalau tidak ayah yang suapkan, memang malas sangat rasanya…Tapi ayah memang selalu ingatkan agar tidak lupa…Pokoknya, memang ayah jenis yang istiqamah berbanding ummi…

Melihat `ticker` di blog ini, membuatkan ummi ayah rasa seperti masa sangat cepat berlalu…Lebih kurang 9 hari lagi, kandungan ini bakal menginjak ke usia 4 bulan…Perut juga sudah kelihatan kebesarannya walaupun terlindung oleh tudung ummi…Ala-ala sudah mengandung 5 bulan…hehe…Dulu, opah ada berangan-angan jikalau ummi mengandungkan bayi kembar….Tapi setelah di `scan`, doktor mengesahkan bahawa kandungan ini hanya ada seorang bayi yang sangat comel…Rasa bahagia melihat perut yang agak besar…Tapi, baju-baju lama masih muat untuk dipakai kerana ummi banyak memiliki jubah….

Sebenarnya, banyak entri-entri yang ummi telah taip dan simpan di dalam lap top ini, tetapi masih belum dipamerkan…Mungkin masih tidak sesuai lagi…Ayah asyik menyuruh ummi menulis tentang `breastfeeding journey` (Perjalanan menyusukan `Ukasyah), tapi ummi masih berkira-kira lagi untuk mempamerkannya di blog ini…Ummi takut andai ada pembaca yang merasakan bahwa entri ini tidak sesuai…Maklum sajalah, pembaca di blog ini terdiri dari pelbagai golongan…

InsyaAllah, ummi akan realisasikan hasrat murni ayah itu ye…Ayah memang sangat menggalakkan ummi menyusukan anak sepenuhnya….Kejayaan menyusukan `Ukasyah juga kerana mendapat sokongan tidak berbelah bahagi ayah…Jadi, harapan ummi agar ayah juga akan menulis tentang `Peranan Bapa di dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu` …Boleh kan ayah??? Peranan bapa sangat penting kan…Ayah juga sudah pakar dalam bab ini walaupun belajar buat ubat je…Kiranya, pabila entri tentang `breastfeeding journey` telah ummi pamerkan, ayah juga harus membayar hutang dengan entri `Peranan Bapa di dalam Menjayakan Penyusuan Susu Ibu`….

Sebenarnya ummi baru lepas muntah ketika entri ini ditulis…Rasa tidak sedap badan pula…Masih lagi loya dan muntah walaupun sudah masuk trimester kedua…Nikmat merasai pengalaman mengandungkan permata hati tercinta…Minggu hadapan, peperiksaan akhir semester akan bermula….Ummi masih merangkak-rangkak menyiapkan research…Doakan agar segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah ye…. Sekian sahaja khabar dari ummi…