Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

March 22, 2010

Kerjaya atau Keluarga….



Assalamualaikum buat permata-permata hati tercinta, suami juga buat ahli keluarga tercinta serta pembaca setia blog buatmu anakku….

Kerjaya

Pada semester terakhir belajar di UIA, topik yang paling hangat adalah tentang kerjaya dan perancangan masa hadapan…Jodoh juga menjadi topik hangat juga, tapi ummi kira sudah selesai bab ini…Anak pun sudah hendak masuk dua orang….Masing-masing bertanya tentang perancangan apabila sudah tamat pengajian nanti…

Perancangan Jangka Masa Panjang

Ummi memang ada cita-cita untuk mencari pengalaman dan menyambung pengajian ke peringkat Master of Midwifery…Selepas itu menjadi pensyarah…Minat juga mengajar…Ummi ingin kongsi cara belajar yang mudah…hehe…Sebab ummi bukan jenis pelajar yang struggle sangat…Yang penting bagi ummi ayah ialah `study smart`…Seronok juga kalau pelajar-pelajar ummi nanti, dapat belajar secara bijak…Jadi masa-masa yang lain dapat dimanfaatkan untuk agama dan keluarga….

Perancangan Jangka Masa Sederhana

Perancangan jangka masa sederhana pula (adakah wujud perancangan jangka masa sederhana???) ummi ingin jadi certified lactation counsellor…Boleh juga mengaplikasikan segala ilmu yang telah ummi pelajari sewaktu belajar di universiti…Rasa rugi pula belajar tentang breastfeeding, tetapi tidak dapat berkongsi dengan orang lain…Pengalaman juga sudah ada, cuma perlu menghadiri kursus untuk memntapkan lagi ilmu, kemahiran dan mendapatkan sijil… Kerjaya ini membolehkan ummi membawa baby ke mana sahaja ummi pergi…Sewaktu kursus, sewaktu memberi ceramah dan menghadiri aktiviti-aktiviti keibubapaan…Ummi memang sangat minat tentang `breastfeeding` sebab ayah juga sangat menyokong minat ummi…Hatta, ayah lagi fanatic dari ummi…hehe…

Ada perancangan juga untuk buka showroom dan activity centre bila ayah sudah mula hendak memulakan perniagaan farmasinya nanti…Jadi kami berdua boleh sentiasa bersama anak-anak yang sedang membesar…Perancangannya, mengumpul duit dahulu untuk membeli aset perniagaan…Sebuah rumah kedai mungkin…Bab merancang kewangan boleh runding kepada ummi kesayangan saya yang sangat berpengalaman dalam bidang kewangan dan bisnes walaupun bisnesnya tidaklah sebesar mana…Tetapi bolehlah membesarkan anak-anak dan menantu-menantu serta cucu-cucunya….hehe…

Nampaknya, ummi lebih berminat dengan perancangan jangka masa sederhana….Sebab ummi ayah lebih banyak masa untuk tarbiyyah anak-anak sendiri…Masa bersama juga lebih fleksibel…Ummi ayah juga boleh berganding bahu dalam perniagaan ayah nanti…Yang ummi punya itu, hanyalah minat semata-mata..hehe…Ummi sukakan kerjaya yang dapat bertemu dengan ramai orang….Menolong ibu-ibu untuk menyempurnakan hasrat murni mereka, menyusukan anak sepenuhnya…

Perancanga Jangka Masa Pendek

Perancangan jangka masa pendek adalah stay-at-home (surirumah tangga)….Membesarkan `little mujahid junior` yang dijangka lahir pertengahan bulan ogos atau awal September ini….Mudah untuk meneruskan penyusuan susu ibu…Tidak perlu terkejar-kejar membuat stok susu…Ayah, opah, aki dan adik-beradik ummi juga tidak membenarkan ummi bekerja buat sementara waktu…Ummi juga begitu, masih tiada minat untuk meneruskan kerjaya ini …Rasa fobia dan trauma…Pokoknya, ayah sendiri yang memberikan keizinan buat ummi untuk menjadi housewife dan katanya jauh di sudut hati ayah, ayah memang inginkan ummi menjadi suri rumahtangganya….Kalau ayah sudah mampu, apa salahnya…hihi…

Menjadi housewife adalah cita-cita ummi yang hakiki…Dulu, opah (my mother) juga seorang housewife, walaupun beliau seorang graduan dari Uitm…opah bekerja kembali setelah adik bongsu ummi berumur setahun…Opah berjaya menyusukan ummi serta adik-beradik lain secara sepenuhnya dengan susu ibu…Ummi suka sangat waktu opah jadi housewife dulu…Kek birthday pun opah buat sendiri…Aki juga akan balik makan lunch di rumah…Bila pulang dari kerja, teh dan kuih-muih sudah terhidang….Anak-anak pula menyambut aki pulang dengan gembira…Berebut-rebut untuk menangggalkan sarung kaki aki tau…Manis sungguh untuk dikenang…Baju ummi waktu kecil-kecik dulu, alah yang ala-ala cindarella itu pun opah juga yang jahit…Seronok kan bila dapat jadi housewife yang punya banyak kemahiran dan seharusnya produktif…

Ummi juga ada merancang untuk membeli mesin jahit automatik kerana senarai projek menjahit ummi banyak sangat tau…Terutamanya untuk menjahit sendiri kelengkapan `little mujahid junior`…

Jadi itu sahaja perancangan masa depan yang dapat ummi kongsikan bersama…

Jika diberi pilihan untuk memilih antara keluarga dan kerjaya,maka, ummi akan pilih KELUARGA…kerana kebahagiaan mempunyai suami dan anak-anak tidak dapat dibeli dengan wang ringgit…Menyempurnakan cita-cita sendiri juga tidak sebahagia melahirkan anak-anak yang soleh dan memiliki seorang suami yang memahami…

p/s: InsyaAllah, penaja ummi iaitu Yayasan Pahang membesar hati untuk menghalalkan scholarship yang diberikan…Ummi telah berusaha keras untuk maintain tau….Kiranya, Ummi telah menunaikan janji dan syarat yang telah para panel tetapkan sewaktu interview dulu…Nanti saya mohon lagi tau bila hendak sambung master…YP hendak bagi lagi ker???

5 comments:

  1. Semoga tercapai segala cita-cita mawardah.

    ReplyDelete
  2. akak, anim kan, bile start berniaga secara online ni, terasa minat pulak bekerja dari rumah.. boleh jaga anak dalam masa sama, tak membebankan dengan segala hal.. kalu perniagaan tu diuruskan dgn bersungguh2, pendapatan boleh melebihi pendapatan seorang cikgu.. hihi..

    tapi bile dah pikir balik, terikat dgn KPM selama 5 tahun, jadi tak leh nak lari.. kalu nak langgar kontrak, kene bayar Rm165000.. mane nak cekup duit byk tu.. huhu.. akak cakap, suke kerjaya yg berjumpa dgn ramai org.. jadi cikgu la kak.. hihi.. ngaja 1 kelas, ada 40 org, 3 kelas ada 120 orang.. hihi... ramai dah tu kak..

    ReplyDelete
  3. to rizziela:
    terima kasih krn menyokong saya akak..

    to aniemz:
    menjadi lecturer adlh perancangan jangka masa panjang yg belum tentu akak mahu kabulkan lagi...dan akak ni minat ajar org besar je dik...kl budak sekolah, harus akak rotan...hehe...

    as what i`ve said in this entry, i want to be with my hubby and children all the time...so, it`s perfect to be a housewife or lactation counsellor, where i can bring along my baby everytime, everyday and everywhere....

    sudah fobia dan trauma dgn terms nursery, pengasuh mahupun taska...i want to delete those terms in my mind...

    i want to take care my precious children on my own...

    it is just my choice based on my personal preference and life experience...don`t be like me...hehe...

    do pray for me ya....

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum mawaddah. akak dah lama follow blog mawaddah ni..sangat menarik...menjadi seorang suri rumah tangga, mendidik anak-anak depan mata sendiri, menjadi isteri yg sentiasa di sisi suami juga menjadi impian setiap para isteri, semoga kita sama-sama mencapai impian

    ReplyDelete
  5. salam mawaddah.apa khabar sekarang? harap kesihatan makin bagus dan terus bagus ye =)

    (p/s: tkah faham perasaan muntah itu - kalau masih ada- sebab tkah rasa sampai 5 bulan.hee)

    Baru berkira2 nak buat entry gini, mawaddah dah cerita dulu..hee, sangat bersetuju! Lama dulu, terfikir knp ibu2 yang bekerja besar blh berhenti kerja dan menjadi suri rumah saja..tapi sejak berkahwin, persepsi itu berubah..bahkan rasanya, itu sebaik2 pekerjaan bg seorang isteri..tak hina langssung! =)

    p/s: Saya ade hati nak buka muslim bakery..I wish u luck sis! =)

    ReplyDelete