Assalamualaikum…
Sejak kebelakangan ini, Mawaddah dan abang terlalu sibuk dengan pelbagai urusan…dengan akademik juga…assignment, case study, PBL dan research proposal Mawaddah yang masih tak siap-siap lagi…Kami berdua silih berganti menempatkan diri di meja study…Pabila abang berada di meja study menyiapkan PBL atau hospital attachment punye report, Mawaddah akan berehat di atas katil…begitu juga sebaliknya bila Mawaddah pula mengambil giliran membuat assignment…hehe..Begitulah kehidupan married student seperti kami…Kami sedang belajar membahagikan masa dengan baik…kena cuba…kena belajar…Apatah lagi pabila lil mujahid lahir nanti…
Nampaknya, lil mujahid juga sudah pandai menuntut perhatian yang lebih dari ummi ayahnya…Pabila umminya sedang sibuk membuat assignment, lil mujahid pula sibuk membuat kerja dalam tummy ummi…Puas sudah ummi pujuk, tapi nampaknya tidak berjaya memenangi hati anak kecil ini…Penyelamat keadaan untuk situasi ini biasanya adalah abang...Ini pun setelah ummi kepenatan hendak membuat assignment dan melayan lil mujahid…Sehingga terpaksa ummi menggunakan kuasa keramat tangan ayah untuk touch and hold tummy ummi sementara ummi menyiapkan tugasan yang menanti…Penyelamat keadaan ni pun pastilah tension mendengar rengekan dan jeritan isterinya pabila ditendang lil mujahid…Jadi, mahu tak mahu terpaksa menjadi pendamai…hehe…cian kat abang…believe me, lil mujahid memang secara automatiknya akan berhenti kicking dan punching ummi bila ayah memujuk dia…subhanallah, lil mujahid sudah pandai ye sekarang ni…menguji kesabaran ummi sungguh…Muka penyelamat keadaan ini, pastilah tak tahan ummi menengoknya…sebab apa???sebab nanti abang mesti cakap yang lil mujahid anak ayah….ish, mana boleh jadi anak ayah sorang….jeles betul dengan abang…mentang-mentanglah sayang sorang je heroin dalam umah, jadi selalu kena buli dengan abang dan lil mujahid…isk isk…
Alhamdulillah, bahagia sangat rasanya kerna Allah memberi peluang mengandungkan lil mujahid…Terasa sangat gembira tidak terkata walaupun pelbagai ujian menimpa…Teringat pada pesanan abang apabila Mawaddah mengeluh kesakitan sewaktu Braxton Hicks contraction (it should be painless, tapi Mawaddah rasa painful), abang pasti mengatakan bahawa Allah hendak beri pahala pada Mawaddah, itulah nikmatnya orang mengandung…
Buat abang dan lil mujahid tersayang, ummi sangat menghargai kehadiran kalian berdua dalam kehidupan ummi ini…Semoga Allah merahmati kita sekeluarga…Bahagia bersama hingga ke akhirnya…amin…