Assalamualaikum buat semua pengunjung blog kami…
Tidak lama lagi kelas Mawaddah dan Hafiz akan bermula pada 13 Julai 2009. Di kelapangan dan cuti yang masih bersisa ini telah kami gunakan sebaik mungkin membuat persiapan ‘little mujahid’ ini. Setakat ini barang-barang keperluan asas hampir sudah lengkap. Cuma ada beberapa lagi yang kami rancang untuk beli di Kuantan memandangkan kami dah survey di sana. Di blog ‘little mujahid’ ini kami ingin kongsikan beberapa pengalaman dalam mempersiapkan barang-barang baby. Mawaddah dan Hafiz juga banyak belajar dari blog mereka yang bakal mempunyai baby dan telah mempunyai baby. Ianya sungguh banyak membantu dari segi pembelian yang terancang dan supaya tidak membazir. Selain itu, Mawaddah dan Hafiz juga banyak mendapat maklumat tentang jenama yang memberikan kualiti terbaik untuk baby. Dari situlah timbul pula kesedaran kami berdua untuk berkongsi dengan pembaca semua. Mungkin ia sangat berguna di masa hadapan.
Rattan Storage Basket
Kami membuat penempahan basket ini sewaktu pulang ke Tampin. Kebetulan selepas keluar dari tol Simpang Ampat, ternampak pula kedai-kedai menjual barangan rotan. Kalo ikutkan hati Mawaddah, ingin saja menempah bakul rotan yang lebih halus, tapi sangat mahal harganya. Memandangkan waktu tu, Mawaddah dan abang tak withdraw duit lagi, kami siap booked kat makcik tu. Mawaddah dok pesan kat mak cik tu, “Mak Cik jangan jual kat orang lain tau, nanti nangis saya. Saya betul-betul nak bakul ni. Minggu depan saya janji saya amik ari Rabu, waktu nak pulang ke KL. Janji tau Mak Cik”.hehe. Malu je, dahlah tak cukup duit waktu tu, siap merayu-rayu lagi.Bakul ni Mawaddah gunakan untuk menyimpan baju-baju dan barang-barang baby. Boleh ditutup dan ada handle. Bakul ini boleh memudahkan bila nak balik kampung. Senang, angkut je. Yang Mawaddah suka tu sebab dia lining kan bakul tu dengan sponge dan kain. Nampak kemas seperti gambar di bawah.
Bila dah siap masukkan baju-baju dan barang-barang ‘little mujahid’ beginilah rupanya.
Baby Bath Tub
Baby bath tub ni nampak biasa je kan. Tapi harganya boleh tahan, RM 62.99…beli di Mines…Sebelum ini Mawaddah dan abang survey kat Jusco, tapi lagi jauh mahal sedangkan kualiti dan brand nye sama je, jenama sweet cherry juga…Kat Jusco, harganya RM 76.90…Kami decide beli bath tub ni sebab kualitinya yang tak dapat dinafikan lagi. Sesuai untuk infant dan toddler. Function nye sungguh banyak, tak macam besen biasa. Diantaranya:
· Soft non-slip foam pad for tender touch
· Convenient Soap tray
· Ease of operation
· Optimum declining angle for hair washing
· Exclusive head-shaped concavity and gentle recline offer baby an excellent comfort
· Ease of drain (ada plug kat bawah tu untuk drain out water)
· Suitable for toddler (kiranya tak rugi beli, boleh guna sampai baby besar)
Boleh tengok kat bawah ni gambar-gambarnya dalam fungsi yang berbeza.
Spray Bottle & Plastic Basin
Spray bottle dan plastic basin ini dibeli untuk arwah atuk Mawaddah, tapi beliau tak sempat nak guna pun…Ummi Mawaddah pun suruh guna untuk ‘little mujahid’ nanti…senang nak cuci bila dia pass urine atau BO…instead of using baby wipes, lagi bersih guna air kan…
Changing Mat
Changing mat ini dibeli di Tampin Shopping…jenama Tollyjoy…besar dan warnanya pastel blue and the other side pastel pink…Abang tamak skit sebab nak changing mat yang besar….senang katanya…Mawaddah ikut je sebab abng yang bayar…hehe..
Wet Wipes
Wet wipes ni pun kami beli di Tampin Shopping…tak lama selepas kami beli wet wipes ni, Anakku keluarkan wet wipes yang ada canister with refill skali (overall 250 pieces), harganya RM 16.90…senang dah ada bekas….kalo abis, bleh refill je…Mawaddah pun dah mula menyesal…tapi abang cakap nanti kita belilah yang baru tu…mahal juga wet wipes ni…untuk 2 packs (overall 200 pieces), harganya RM 13.90….beli skit dulu sebab takut ‘little mujahid’ tak sesuai plak…
Minyak Yu Yi Cap Limau
Mawaddah pun tak tahu minyak apa yang sesuai untuk perut baby….kalo ikutkan, baby oil yang biasa tu dan urutan yang betul dapat mengelakkan kembung perut…ada yang cadangkan minyak Nona Roguy, tapi harganya RM 85 tu…bila cakap dengan abang dengan rasionalnya kami rasa macam membazir je plak…kalo banyak duit takpelah…Mawaddah pun banyak tanya kat forum-forum ibu-ibu…diorang kata, minyak Yu Yi cap limau ni pun ok je…baunya pun best…Kami beli di kedai ubat dengan harga RM 13.80 untuk 48ml…
Baju Lengan Panjang
Kedua-dua baju di bawah dibeli sewaktu breakfast di Megoplex, Ipoh….setelah selesai pengebumian atuk tersayang…waktu tu sales baju Anakku…memandangkan ‘little mujahid’ still takde baju lengan panjang, maka ayah baby pun berminat nak beli…hehe..
Travelling Set
Sebenarnya lama sungguh kami berdua survey bedding set untuk ‘little mujahid’…kami agak menyesal beli set ni kerana kami jumpa jenama Bumble Bee yang sememangnyan menepati citarasa Mawaddah dan abang…tapi harganya, waduh, mahal gak…RM 109 untuk set seperti di atas, tapi kualitinya memang tip top lah…last2 beli je ni sebab Mawaddah sian kat abang yang nak kuar duit ni…hehe…skali, bila Mawaddah survey kat online store, Little Whiz, ada offer, harganya sama dengan harga yang kami beli travelling set ni…menyesal tak terkata..rasa nak pulang balik je…bincang-bincang dengan abang, kami setuju untuk beli Bumble Bee punya comforter dan bolster case dan pillow case nya…puas la hati Mawaddah…pening-pening…anak punya pasal…
p/s: Sesungguhnya semua parents inginkan yang terbaik buat anaknya…Mawaddah dan abang juga kadang-kadang pening kepala nak sediakan yang terbaik untuk ‘little mujahid’ ni…ada masanya bercanggah pendapat juga, tapi diselesaikan secara rasional….hehe…ni baru dalam tummy lagi, kalo dah kuar tak tau lah camne kan…jadi wahai anak-anak semua, janganlah menderhaka kepada kedua ibu bapa…taatilah mereka tanpa berbelah bahagi…berilah khidmat sampai akhir hayatnya…InsyaAllah, hidup kita akan diberkati Allah…
Salam bakal abi dan ummi
ReplyDeletewah seronoknya tgk both of u shopping untuk baby. Teringat masa mdm and hubby nak sambut Aqil dulu. Mdm pun guna bath tub mcm Mawaddah beli tu for both my kids. Memang selesa sbb anak pertama kita kdg2 tak pandai dan kekok nak pegang baby masa mandi. At least bila ada support platform tu rasa confident sikit. Minyak untuk baby ni kena trial and error. Aqil dulu serasi dengan Minyak Mustajab Nona Roguy (botol warna merah). Harga dia less dr RM40 (mdm lupa harga sebenar). Yang mahal tu Minyak herbaneka(untuk kegunaan ibu). Tapi Dini pulak minyak NR, Yu Yi, and minyak telon semua tak serasi. Yang serasi dengan dia minyak but-but HPA.Kalau sapu kejap je dah lega kembung. Nanti bila baby dah lahir bolehla cuba yang mana serasi :)
Salam madam...ooo maksudnya kita kena tengok kesesuaian baby kita ye madam...thanx madam sebab bagi tunjuk ajar pada kami berdua....Mawaddah ingat sama je semuanya...try & error lah ye...kenalah bereksperimen dengan baby sendiri...hehe...
ReplyDelete