Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

February 18, 2012

Kurang Sihat

Ummi kurang sihat kerana demam dan selsema.  Asalnya, Along Uwais yang selsema, tapi dia tak demam.  Selepas sehari dua, dengan izin Allah Uwais sihat dah.  Tiba pula giliran Ummi.  Bila tak sihat, sudah tentu perlukan banyak rehat, tapi pasti lah mustahil untuk ibu yang bekerja di rumah seperti Ummi ini untuk berehat.  Kalau Along Uwais tak kacau Ummi, pasti ada customer yang call.  Ummi sampai fobia bila dengar deringan telefon.  Mahu tidak mahu, Ummi terpaksa silent atau off phone.

Ummi tak nafikan, ada juga masanya sampai menitis air mata Ummi ini.  Ummi mengadu dekat Ayah yang Ummi tak larat, tapi Ayah banyak bagi semangat kat Ummi.  Ayah ingatkan Ummi, menyusukan dan mengandungkan anak itu kan JIHAD, besar pahala Ummi kalau bersabar.  Yup, Ummi masih BF Along Uwais walaupun kandungan telah hampir 17 minggu usianya.  Ummi masih berdoa agar Allah berikan kekuatan buat Ummi dan murahkan rezeki untuk Along Uwais.  Alhamdulillah, susu masih meriah dan Along Uwais pun makin suka lah.

Banyak perkara Ummi perlu beri tumpuan, Along Uwais, 3rd Mujahid, kerja rumah dan bisnes.  Alhamdulillah Ayah banyak membantu, tapi Ayah sibuk juga akhir-akhir ni.  Inipun kira sudah stabil sebab Ummi slow down sikit dalam bisnes untuk beri diri Ummi menikmati saat-saat indah mengandungkan 3rd Mujahid ini.  Rasa dapat bernafas sepuas-puasnya. hehe.

Semoga Allah beri Ummi kesihatan yang baik supaya Ummi dapat tarbiyyah dan jaga Along Uwais, dapat jaga kebajikan Ayah dan semuanya.  Semoga 3rd Mujahid juga membesar dengan baik dan sempurna agar tumbuh menjadi anak yang soleh/solehah.  Ingatan dan kerinduan Ummi terhadap Abang `Ukasyah masih kuat.  Makin lama, makin rindu.  Bila rindu, sakitnya dada Ummi. 

Ummi sayang kalian semua kerana ALLAH. ^__^

February 7, 2012

Bercuti di Pantai Morib

Assalamualaikum,
Ini kisah yang lama, tapi Ummi nak cerita juga. 15-17 Januari yang lalu, keluarga Ummi merancang bercuti bersama di Pantai Morib.  Urusetia percutian kali ini seperti biasalah, Ummi dan Opah.  percutian memang sudah jadi rutin keluarga kami.  Jika tidak jauh, dekat pun jadi lah.   Apa yang penting, kebersamaan.  Kini, walaupun, 3 orang dari 4 adik-beradik Ummi telah berkahwin, kami tetap merancang aktiviti bersama, mingguan, bulanan dan tahunan.  

Jaulah bersama keluarga ini banyak manfaatnya.  Bukan sahaja merapatkan ukhuwwah, tapi inilah masanya Opah dan Aki mendidik kami, anak menantu dan cucu-cucu mereka.  Juga memupuk sifat kerjasama, berganding bahu sesama ahli keluarga.  Alhamdulillah, kami sangat rapat dengan Opah Aki, persis sahabat baik, malah lebih lagi   Sesama adik beradik dan ipar duai juga begitu.  

Sejak kecil lagi, Opah Aki selalu tarbiyyah kami untuk sentiasa bersama.  Jika hendak ke mana saja, Opah Aki tidak pernah beri kami pilihan untuk ikut atau tinggal di rumah.  Kami diajar untuk bergaul dengan semua golongan dalam semua jenis majlis.  Tidak seperti orang sekarang, anak selalu tidak mahu ikut ibu bapa.  Atau ibu bapa lebih selesa meninggalkan anak-anak di rumah ketika berurusan.  Ummi pun hairan.  Hatta bila Opah Aki ke kedai pun, kami mahu ikut sehinggalah kami semua dewasa dan telah berkahwin.  Kebersamaan itu sangat penting.  

Oh, jauh tersasar topik yang Ummi ingin ceritakan.  Lain kali Ummi sambung ye.  Nak cerita tentang percutian, tapi cerita tentang perkara lain pula.  Bukan apa, Ummi risau melihat situasi institusi kekeluargaan masa kini.  Berkumpul bersama, tapi tiada komunikasi.  Jika ada komunikasi, tapi tidak berkesan.  Paling Ummi gusarkan, kebanyakan keluarga tidak makan secara berjemaah/bersama.  Ini bukan sesuatu yang baik untuk diamalkan.  Perkara ini sungguh asing bagi Ummi.  

Sampai sini dahulu.  Beberapa potret keluarga ketika bercuti di Morib.



Quickening at 14 weeks

Alhamdulillah, I finally felt mine over a week ago.  I would describe quickening as flutters. Like another people stated "like a light vibration of water".... with my first pregnancy it took awhile for me to feel it,but the second and the 3rd one, I felt it much sooner..at 14 weeks...^__^

February 1, 2012

Ragam

Assalamualaikum,

Semenjak Along Uwais nak dapat adik ni, Along Uwais selalu meragam.  Menguji sungguh kesabaran Ummi dan Ayah, sedangkan Along Uwais ini jenis yang mudah dijaga.  Biasanya, kalau nak meragam, mesti waktu ada Ayah.  Waktu siang, bila dengan Ummi, pandai Along Uwais berdikari.  Senang je Ummi jaga dia.  Kemuncaknya, malam semalam waktu nak tidur puas Ayah dukung, pujuk macam-macam.  Ummi minta izin Ayah tidur dulu sebab Ummi pun dah tak larat dan kurang sihat.  Bila Along Uwais tak makan dek pujukan Ayah, Ummi pun bangun susukan dia dan dalam tangis sendu dia tu, Along Uwais pun tertidur.  Ummi pun bersyukur berjaya tidurkan Along Uwais.

Pukul 2 pagi, Along Uwais bangun sekali lagi.  Mungkin sebab nangis dan tertidur, jadi mood kurang baik.  Along Uwais siap nangis sambil bergolek-golek.  Ayah dukung dia tak mahu.  Ayah letak dia nangis.  Ummi dukung, habis perut Ummi kena tendangan dia, perut Ummi dah besar.  Bila Ummi tak tahan, Ummi serah balik pada Ayah.  Bagi air, tak mahu.  Bagi biskut ikan kegemaran dia pun tak mahu.  Akhirnya, Ummi buka seluar dia, buka Cloth Diaper (CD) dia sekali.  Ummi pun kononya garu lah peha dia, kaki dia semua dan letak lotion.  Terus Along Uwais SENYAP dan TERMENUNG.  CD dia kering lagi, tapi Ayah tukar juga sebab nak pujuk Along Uwais.  Bila tengok mood dia dah baik, Ummi susukan dan teruslah Along Uwais lena hingga ke pagi.

Sepanjang hari ini, Ummi jaga mood dia.  Petang tadi, Ayah balik dari kerja, terus bawa Ummi dan Along Uwais pergi playground.  Along Uwais bukan nak main pun mainan kat situ, dia nak berjalan sambil Ummi Ayah pimpin tangan dia.  Jauh juga kami bertiga berjalan, sampai penat Ummi.  Along Uwais pun berpeluh-peluh.

Sampai kat rumah, Ayah rai Along Uwais dengar IKIM dekat Ipad.  Selepas itu, Ayah mandikan dia.  Gembira sangat Along.  Selepas Ummi Ayah solat Maghrib, Along pun tertidur.  Alhamdulillah,nampaknya dia lena.

Kesimpulannya, Along Uwais inginkan lebih perhatian dari Ummi Ayah.  Memandangkan Ummi berbadan dua, mungkin Along Uwais rasa Ayah yang dapat beri perhatian lebih pada dia sebab itu semua nak Ayah yang buatkan untuk dia.  Ini juga training untuk Ummi Ayah tingkatkan kesabaran.  Along Uwais bukan jenis yang meragam malam, sejak lahir lagi.  Kiranya semalam tu memang paling dahsyat pernah terjadi selama ini.  Alhamdulillah, semalam Ummi langsung tak marah dia.  Mungkin kerana kasihan melihat Along Uwais.

Along kan anak Ummi Ayah yang soleh.  Ummi dan Ayah sayang sangat dekat Along.  Ummi Ayah tahu Along tak sengaja malam semalam.  Tidak mengapa, Ummi Ayah faham.  Lain kali Along jangan buat lagi ye.