Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.
Showing posts with label Little Mujahidah. Show all posts
Showing posts with label Little Mujahidah. Show all posts

March 21, 2012

4th ANC: 3rd Little Mujahid @ 20W

Assalamualaikum kesayangan Ummi,
Ummi jarang update kisah adik ye kat blog.  Maafkan Ummi ye sayang adik, nanti Ummi nak rajin tulis tentang adik.  Check-up yang ke-4 minggu lepas kurang menyeronokkan hati Ummi sebab Ummi baru lepas deal dengan encik kontraktor rumah kita yang banyak beralasan tu, sampai Ummi cakap dengan Ayah, naik darah tinggi Ummi rasanya.

Tapi tak naik pun tekanan darah Ummi.  Nurse check, 100/80mmHg.  hehe.  Drama je Ummi ni kan.  Berat Ummi seperti yang telah dijangka, memang tak naik.  Ummi cakap dengan Ayah, nak terus terang jelah dengan doktor.  Bila masuk jumpa Dr. Khairiah, pastilah kena investigate kan.  Ummi pun cakaplah, Along Uwais meragam, Ummi tak cukup tidur.  hehe. Tapi bila Dr. Khairiah check adik, elok je adik membesar, alhamdulillah.

Kali ni sepatutnya dapatlah tengok gender adik, tapi adik dalam posisi bersujud dan membelakangkan kami.  Adik tengah solat asar gamaknya.  Punah harapan Ummi Ayah nak tengok dia.  Muka adik pun tak jelas.  Ish, pemalu betul si adik ni ye.  Ayah cakap dengan Ummi, kita anggap jelah adik ni girl.  Bukannya apa, next week Ummi Ayah nak fly dah, kat sana nanti nak shopping baju dan kelengkapan si adik sebab baju Abang dan Along dah tak berapa nak elok.  Tak mengapa lah adik, Ummi tak kisah kalau adik nak bagi surprise ye. hehe.

Sayang puteri Ummi Ayah ini, moga membesar menjadi anak yang solehah, ibu yang mithali. ^__^

March 2, 2012

3rd ANC: 3rd Little Mujahid @ 17W

Assalamualaikum baby Ummi.  Alhamdulillah, sekarang baby dah 18 minggu, tapi Ummi baru nak update antenatal check-up yang ke-3 minggu lepas.

Alhamdulillah, apa lagi yang Ummi perlu rasai melainkan rasa yang syukur sebab baby Ummi sihat dan sempurna membesar dalam rahim Ummi.  Ummi gembira tengok dia, tapi dia suka tidur ye walaupun Ummi tak kuat tidur mengandungkan dia.   Lain sungguh baby berbanding abang dan along.   Bertenang je dia duduk dalam tu sambil tangan letak atas dahi.

Sehari sebelum dan sewaktu dalam perjalanan, Ummi Ayah asyik pesan je kat baby supaya tunjuk `tut tut` dia sebab si baby ini suka membelakangkan kami sewaktu sesi scan.  Jarang dapat lihat baby dari arah depan.   Tapi dia soleh/solehah, dia dengar pesan Ummi Ayah, suruh bagi clear view nak tengok gender. hehe.  Elok je dia `facing` kami semua.  Terima kaish ye.  Kaki pun tak silang, memang bagi peluang nak tengok.  Walau excited sekali pun Ummi dan Ayah, tapi Allah tak izin lagi nak tahu dan CONFIRM gender baby.  Waktu abang dan along dulu memang nampak jelas `bird` nya waktu scan  16 weeks lagi, tapi baby tak nampak bird.  Jadi tak berani lagi nak declare gender adik.  Tunggu adik besar sikit lagi ye.  Boy atau girl, Ummi Ayah bersyukur dan sayang sangat dekat adik tau.

Salam sayang untuk adik baby yang Ummi Ayah sayangi.  ^__^

February 7, 2012

Quickening at 14 weeks

Alhamdulillah, I finally felt mine over a week ago.  I would describe quickening as flutters. Like another people stated "like a light vibration of water".... with my first pregnancy it took awhile for me to feel it,but the second and the 3rd one, I felt it much sooner..at 14 weeks...^__^

January 31, 2012

2nd ANC: 3rd Little Mujahid @ 13W

Assalamualaikum,
Tika saat entri ini ditulis, 3rd Little Mujahid ummi ayah ini sudah 14 minggu usianya.  Tapi tidak mengapa, ummi masih mahu mencatatkan kisah ante-natal check-up yang lalu.

Poliklinik Barakah
Seperti biasa, appointment Ummi di Barakah dengan Dr. Khairiah Seman pada minggu lepas.  Memandangkan baru saja lepas cuti Tahun Baru Cina, ramai sungguh pesakit.  10.30 malam baru Ummi dapat jumpa Dr. Sempat  ummi ayah dan along Uwais dinner dulu.  Sambil menunggu, Ummi bersembang dengan ibu-ibu yang lain.  Kebanyakannya mengandung anak sulung, Ummi je yang ke-3. hehe.

3rd Little Mujahid dan Ummi
Ummi sihat alhamdulillah, cuma tekanan darah dan berat badan tu Ummi kena naikkan.  Ummi kalau tak mengandung pun memang low blood pressure.  Dr. Khairiah pun tanya Ummi alahan teruk ke.  Ummi kata kali ini tak sangat, tapi berat tak naik juga walaupun dah check-up kali ke-2.  Ummi pula tenangkan Dr., "Takpe Dr. ini pun dah lebih dah ni..hehe".  Sengih je Dr.

Fundal height 16cm, tapi baby baru 13 minggu.  Memang rasa besar pun perut Ummi ni.  Waktu scan, 3rd Little Mujahid tengah tidur.  Sopan je dia.  Tangan dia tutup dekat muka. Alhamdulillah, sihat anak Ummi Ayah. Next check-up boleh tengok gender. ^__^

Alahan & Mood
Alhamdulillah, kali ini tiada pula alahan teruk seperti kandungan pertama dan ke-2 yang lalu.  Cuma akhir-akhir ini, setiap hari pening kepala.  Tidak kira siang malam.  Mood nak jumpa orang pun hilang.  Mood memasak memang sangat baik.  Makanan yang Ummi tak pernah masak pun Ummi masak.  Laksa johor, puding roti inti daging, puding roti bakar, puding pelangi, sotong goreng tepung, kek batik, ikan percik dan pelbagai lagi.  Tapi Ummi tukang masak je, makan pun jamah sikit.

Breastfeeding & Pregnancy
Alhamdulillah, Allah masih murahkan rezeki Along Uwais.  Di usia kandungan 14 minggu, tika saat entri ini ditulis, Ummi masih menyusukan Uwais.  Ada reader yang bertanya, apa rahsianya pada Ummi.  Ummi rasa tiada rahsia yang terlalu besar.

Pertama, Ummi memang doa sangat semoga sentiasa ada rezeki Uwais menyusu walaupun Ummi dah mengandung.  Kedua, Ummi sentiasa berfikiran positif.  Ummi tidak mahu langsung memikirkan sama ada susu ada atau tidak, produksi menurun ke.  Semua perkara ini tidak membantu langsung nanti. Lagipun Uwais sudah 16 bulan usianya, susu ibu hanya makanan pelengkap.  Uwais sendiri tiada masalah untuk makan secara seimbang.  Nasi makan, sayur makan, ikan makan, ayam makan, daging makan, minum air suam pun banyak.  Alhamdulillah, Uwais bukan jenis yang memilih makanan, hatta sangat menggemari makanan pedas. Faktor ke-3 kerana pengalaman Ummi yang lalu.  Sewaktu `Ukasyah meninggal, Ummi ada ambil ubat untuk berhentikan susu. Namanya Dostinex (Cabergoline). Walaupun Ummi ambil ubat itu, susu tak pernah berhenti dihasilkan, cuma tak bengkak sahaja.  Walaupun setelah Ummi disahkan mengandung Uwais dan sepanjang mengandungkannya,  sentiasa ada susu.  Perkara ini membuatkan Ummi sentiasa positif, walaupun mengandung Ummi masih boleh menyusukan dan susu akan sentiasa ada, insyaAllah.

Tapi tak dinafikan juga, masih terlintas perkara yang merunsingkan dan biasanya Ayah lah yang jadi tempat Ummi luah perasaan.

Erm panjang juga entri kali ini ye.  Mungkin sebab sudah lama tidak menulis.   ^__^

December 30, 2011

1st ANC: 3rd Little Mujahid @ 9W

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah atas nikmat yang tidak terhingga.   Secara rasminya Dr. Khairiah telah mengesahkan bahwa kandungan Ummi telah berusia 9 minggu.  Ummi Ayah berpandangan kerana sangat terkejut.  Masakan tidak, 2 bulan yang berlalu permata hati yang ke-3 ini duduk senyap  dan utuh dalam rahim Ummi.  2 bulan yang lalu juga Ummi melalui hari-hari yang penuh cabaran menguruskan perniagaan.  Ummi juga ada beberapa kali pergi bersenam dan jogging.  Sewaktu di Guangzhou, setiap hari tanpa rehat.  Berjalan lebih 10km setiap hari rasanya.  Mengangkat kotak-kotak besar yang berat untuk dihantar melalui kapal.  Bila kontena sampai, Ummi mengangkat pula kotak-kotak tersebut untuk di susun dalam stor.  Subhanallah dan alhamdulillah sentiasa meniti di bibir ini.  Bersyukur dan sangat kagum dengan kebesaran Allah.  

**********************************************************************************
Waktu nak pergi appointment pertama dengan Dr. Khairiah, Ummi cakap dengan Opah dan Ayah, "Rasa segan pula nak jumpa Dr. Khairiah.  Setiap tahun, mesti muka angah muncul depan Dr.".  Bila patient lain keluar dari bilik Dr. , Ummi palingkan muka kat tempat lain.  Waduh, segannya, sedangkan sebentar lagi memang giliran Ummi.  Tiba giliran Ummi, berdebar macam nak pengsan dah.  Macam-macam perasaan ada.  

Demi menghilangkan debaran, Ummi berterus terang je dengan Dr. "Dr. saya segan sebenarnya ni", tapi jawapan Dr. membuatkan Ummi hilang rasa yang pelbagai tu, "Buat apa nak malu.  Gembiralah patutnya.  Tahniah!!!" .  Ini yang Ummi suka dengan Dr. Khairiah ni, tak pernah lekang dengan senyuman dan sangat sporting.  Sebab itu, Ummi suka bersalin dan follow-up dengan Dr. Khairiah.  Dari abang `Ukasyah, along Uwais sampai lah ke adik `U`.  Dr. Khairiah pun dah faham dengan Ummi.  Bila ummi sakit, sejuk je pandang senyuman manis Dr.  Tutur kata sangat tertib dan sopan. ^__^

**********************************************************************************Perihal permata hati yang ke-3 pula.  Bila Dr. Khairiah nak scan, Ummi expect nampak sac je, tapi terkejut Ummi tengok tangan dan kaki adik semua bergerak serta ada denyutan jantung yang berdegup.  Adik gerak sopan je.  Sudah besar rupanya anak Ummi.  Along Uwais, asyik dok pandang screen persis faham sangat dengan apa yang dilihatnya.  

Waktu dalam kereta Ummi tanya Uwais,"Along, macam mana gaya adik tadi?" . Dia pun buatlah gaya adik kononnya.  Berkali-kali Ummi Ayah tanya sebab nak tengok Along Uwais demo, sekali entah kali ke berapa dia menangis sedih dan sayu.  Rupa-rupanya Along Uwais sedih sebab dia dah faham adik dah ada.  Ummi Ayah asyik ingat dia kecil lagi.  Ummi pula rasa nak nangis dan tiba-tiba teringat abang `Ukasyah, lagi lah sedih rasanya.

InsyaAllah, Ummi sedang menikmati saat-saat indah bersama puteri yang ketiga (hehe, belum tahu lagi.  Kata-kata ibu itu kan satu doa, moga ianya dimakbulkan..^__^) .  Sedihnya, tinggal kurang dari 7 bulan untuk Ummi meraikan kehadiran puteri ke-3 dalam rahim Ummi.  Trimester pertama bakal berakhir tak lama lagi.  InsyaAllah, EDD 2/8/2012 bersamaan 13 Ramadhan.  Tapi kebiasaanya Ummi bersalin awal dari EDD, iaitu 38 atau 39 minggu.  Mungkin dalam hujung bulan Julai.  Alhamdulillah, dapat beraya dengan baby baru nanti.

Semoga Allah permudahkan segalanya, ameen. ^__^

December 22, 2011

Alhamdulillah, our 3rd little mujahid is on the way..


Alhamdulillah dan syukur yang tidak terhingga dengan rezeki dan nikmat Allah ini.   Ummi ayah agak ragu-ragu lagi untuk berkongsi berita gembira ini dengan semua, tapi kami yakin dengan perkongsian ini semua pembaca juga dapat mendoakan kesejahteraan kami.  Our 3rd little mujahid is in my tummy.  This is expected and wanted pregnancy.  Since i have no mense at all and still BF Uwais, i don`t expect that we will have the third one this soon.  

Tergerak hati Ummi nak test sebab Uwais sihat je, tapi muntah-muntah dan hilang selera makan dia.  Uwais pun makin slim dah.  Waktu malam dia meragam sedangkan Ummi tahu anak Ummi ini jenis yang tidur sepanjang malam.  Lepas itu, asyik nak ayah je, dengan Ummi tak nak.  Kalau poo poo sanggup tunggu Ayah balik nak basuh.  Uwais yang macam mabuk, Ummi ok lagi.

Alhamdulillah, pregnancy kali ini sungguh berbeza dengan yang sulung dan kedua.  Ummi suka makanan yang agak manis walaupun tak boleh makan banyak pun.  Suka memasak dan allergik betul dengan makanan ada MSG atau makanan luar ni.  Suka pada kecantikan.  Sebelum tahu Ummi pregnant, macam-macam Ummi request pada ayah, nak pergi Salun Rambut Muslimah, nak pergi check gigi, nak beli pencuci muka, nak manicure dan pedicure.  Keinginan je yang lebih, tapi tak pergi pun.

Berapa usia kandungan ini Ummi pun tak tahu.  Kena pergi appointment dengan specialist Ummi, Dr. Khairiah  untuk dapatkan gestational age by scan.  InsyaAllah, secepat yang mungkin nak pergi confirmkan pregnancy kali ini.  Jika ikutkan hati ummi ini, nak pergi lambat sikit, tapi memandangkan ketepatan umurnya kurang bila bayi ini semakin membesar.

Ummi ayah mohon kalian mendoakan agar Allah permudahkan sepanjang proses mengandung dan melahirkannya nanti ye.  Bak kata Pak Long, "Along dan kak ijah mendoakan moga Allah mudahkan urusan melahirkan dan mendidik mujahid dan mujahidah menjadi murabbi mithali".  

"Ahlan wa sahlan untuk permata hati Ummi Ayah yang ketiga.  Ummi, Ayah dan Along Uwais sayang kamu kerana Allah."