Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label Breastfeeding. Show all posts

January 23, 2013

Anak susuan Ummi, Miqdad Morsi

Alhamdulillah, ummi ada seorang lagi anak susuan, iaitu Miqdad Morsi. Miqdad adalah anak kepada abang sulung Ummi. Waktu baru lahir, Miqdad kena jaundice teruk jadi Ummi bagi EBM untuk dia. Ummi kepada Miqdad, Dr Siti Khadijah. Jadi abah Miqdad selalu la bawa Miqdad datang jumpa ibu susu dia dan wajiblah nak BF kan. Hihi. Kiranya Ummi dah ada 4 orang anak susuan, Nurul Jannah, Mus'ab, Tholhah dan Miqdad Morsi. Jika ditambah dengan 3 orang anak sendiri, kiranya Ummi dah menyusukan 7 orang anak. Alhamdulillah, atas nikmat yang Allah berikan ini.

January 22, 2013

My New Pumpin' Pal, Medela Freestyle

Assalamualaikum, alhamdulillah Allah murahkan rezeki nak pakai Medela Freestyle. InsyaAllah i will write a review about it later ya. I bought this pump last week from Ajasu Mybreastpump Shop. The price is quite affordable, considering the after sale service given by Aja & the pump is made in Switzerland ( which usually cost around rm2000+++).

January 31, 2012

2nd ANC: 3rd Little Mujahid @ 13W

Assalamualaikum,
Tika saat entri ini ditulis, 3rd Little Mujahid ummi ayah ini sudah 14 minggu usianya.  Tapi tidak mengapa, ummi masih mahu mencatatkan kisah ante-natal check-up yang lalu.

Poliklinik Barakah
Seperti biasa, appointment Ummi di Barakah dengan Dr. Khairiah Seman pada minggu lepas.  Memandangkan baru saja lepas cuti Tahun Baru Cina, ramai sungguh pesakit.  10.30 malam baru Ummi dapat jumpa Dr. Sempat  ummi ayah dan along Uwais dinner dulu.  Sambil menunggu, Ummi bersembang dengan ibu-ibu yang lain.  Kebanyakannya mengandung anak sulung, Ummi je yang ke-3. hehe.

3rd Little Mujahid dan Ummi
Ummi sihat alhamdulillah, cuma tekanan darah dan berat badan tu Ummi kena naikkan.  Ummi kalau tak mengandung pun memang low blood pressure.  Dr. Khairiah pun tanya Ummi alahan teruk ke.  Ummi kata kali ini tak sangat, tapi berat tak naik juga walaupun dah check-up kali ke-2.  Ummi pula tenangkan Dr., "Takpe Dr. ini pun dah lebih dah ni..hehe".  Sengih je Dr.

Fundal height 16cm, tapi baby baru 13 minggu.  Memang rasa besar pun perut Ummi ni.  Waktu scan, 3rd Little Mujahid tengah tidur.  Sopan je dia.  Tangan dia tutup dekat muka. Alhamdulillah, sihat anak Ummi Ayah. Next check-up boleh tengok gender. ^__^

Alahan & Mood
Alhamdulillah, kali ini tiada pula alahan teruk seperti kandungan pertama dan ke-2 yang lalu.  Cuma akhir-akhir ini, setiap hari pening kepala.  Tidak kira siang malam.  Mood nak jumpa orang pun hilang.  Mood memasak memang sangat baik.  Makanan yang Ummi tak pernah masak pun Ummi masak.  Laksa johor, puding roti inti daging, puding roti bakar, puding pelangi, sotong goreng tepung, kek batik, ikan percik dan pelbagai lagi.  Tapi Ummi tukang masak je, makan pun jamah sikit.

Breastfeeding & Pregnancy
Alhamdulillah, Allah masih murahkan rezeki Along Uwais.  Di usia kandungan 14 minggu, tika saat entri ini ditulis, Ummi masih menyusukan Uwais.  Ada reader yang bertanya, apa rahsianya pada Ummi.  Ummi rasa tiada rahsia yang terlalu besar.

Pertama, Ummi memang doa sangat semoga sentiasa ada rezeki Uwais menyusu walaupun Ummi dah mengandung.  Kedua, Ummi sentiasa berfikiran positif.  Ummi tidak mahu langsung memikirkan sama ada susu ada atau tidak, produksi menurun ke.  Semua perkara ini tidak membantu langsung nanti. Lagipun Uwais sudah 16 bulan usianya, susu ibu hanya makanan pelengkap.  Uwais sendiri tiada masalah untuk makan secara seimbang.  Nasi makan, sayur makan, ikan makan, ayam makan, daging makan, minum air suam pun banyak.  Alhamdulillah, Uwais bukan jenis yang memilih makanan, hatta sangat menggemari makanan pedas. Faktor ke-3 kerana pengalaman Ummi yang lalu.  Sewaktu `Ukasyah meninggal, Ummi ada ambil ubat untuk berhentikan susu. Namanya Dostinex (Cabergoline). Walaupun Ummi ambil ubat itu, susu tak pernah berhenti dihasilkan, cuma tak bengkak sahaja.  Walaupun setelah Ummi disahkan mengandung Uwais dan sepanjang mengandungkannya,  sentiasa ada susu.  Perkara ini membuatkan Ummi sentiasa positif, walaupun mengandung Ummi masih boleh menyusukan dan susu akan sentiasa ada, insyaAllah.

Tapi tak dinafikan juga, masih terlintas perkara yang merunsingkan dan biasanya Ayah lah yang jadi tempat Ummi luah perasaan.

Erm panjang juga entri kali ini ye.  Mungkin sebab sudah lama tidak menulis.   ^__^

January 17, 2011

Baju Kurung untuk Breastfeeding

Assalamualaikum,
Mawaddah harap pembaca semua, sihat dan sentiasa berada dalam rahmat Allah...Kali ini, Mawaddah ingin kongsikan tentang baju kurung khas untuk breastfeed Uwais...Mawaddah tak pernah beli pun baju khas untuk menyusukan Uwais sebab sebelum ini Mawaddah memang banyak jubah yang berbutang atau berzip depan...Mawaddah memang suka sangat berjubah sejak study di UIA...Boleh kata banyak juga lah jenis fesyen yang Mawaddah miliki..

Berbalik kepada cerita Nursing Kurung tu, asalnya Mawaddah ajak Hafiz pergi butik momdreams hari Jumaat lepas sebab Mawaddah terbaca di laman webnya tentang promosi Nursing Kurung ni...Bagi Mawaddah memang murah sangat..Petang Jumaat tu Hafiz memang dapat off waktu petang...Lepas urusan U KIDS MART, kami berdua pun dah malas nak pergi ke Bangi...Takut trafik jam plak nanti..

Tapi, kalau dah rezeki tu, memang Mawaddah dapat juga akhirnya sebab pada keesokan harinya, Mawaddah dan Hafiz menjemput Deq An kat Kem di Bangi...Ingat Deq An habis awal, sekali pukul 3 baru abis...Tengok jam, baru pukul 12 tengah hari...Mawaddah ajak Hafiz pergi mana-mana Masjid sebab boleh Uwais rehat sementara tunggu waktu Zohor...Tiba-tiba, Mawaddah teringat plak tentang butik Mum Dreams ni..Apa lagi, teruslah menuju ke sana...Alhamdulillah tak sesat..

Sesampainya di sana, Mawaddah terus menerpa baju-baju di situ...Banyak juga yang Mawaddah cuba...Hafiz pula pangku Uwais yang sedang tidur lena...Lagi galaklah umminya keluar masuk fitting room..Cuba punya cuba, Mawaddah dah pening kepala nak pilih yang mana satu...Akhirnya, Hafiz yang pilihkan untuk Mawaddah...

SOFEA Dark Purple (kredit to Butik Mom Dreams)

SOFEA Soft Orange (kredit to Butik Mom Dreams)

Ini gambaran sebenar..Abaikan Mawaddah yang tembam tu ye sebab adik iparku itu sememangnya slim..betul tak Kak Lang?
Inilah 2 helai Nursing Kurung yang Mawaddah beli..2 pasang RM152.90...Harga kalau tak de promosi adalah RM152.90 sehelai...Promosi ni bersempena dengan Expo Baby kat Midvalley...Kain bajunya macam kain t-shirt dan berkualiti tinggi...Bajunya pula bukan saja boleh digayakan dengan skirt labuh, tapi dengan seluar pun boleh selain kain baju kurung itu sendiri...Memang selesa...Bila nak menyusu, terasa mudah...Tapi kalau Mawaddah tak de Nursing Kurung ni, tak bermakna tak boleh susukan Uwais..hehe..Sebenarnya, rindu dah nak pakai baju kurung...Asyik pakai jubah je selalu...