Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

December 30, 2011

1st ANC: 3rd Little Mujahid @ 9W

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah atas nikmat yang tidak terhingga.   Secara rasminya Dr. Khairiah telah mengesahkan bahwa kandungan Ummi telah berusia 9 minggu.  Ummi Ayah berpandangan kerana sangat terkejut.  Masakan tidak, 2 bulan yang berlalu permata hati yang ke-3 ini duduk senyap  dan utuh dalam rahim Ummi.  2 bulan yang lalu juga Ummi melalui hari-hari yang penuh cabaran menguruskan perniagaan.  Ummi juga ada beberapa kali pergi bersenam dan jogging.  Sewaktu di Guangzhou, setiap hari tanpa rehat.  Berjalan lebih 10km setiap hari rasanya.  Mengangkat kotak-kotak besar yang berat untuk dihantar melalui kapal.  Bila kontena sampai, Ummi mengangkat pula kotak-kotak tersebut untuk di susun dalam stor.  Subhanallah dan alhamdulillah sentiasa meniti di bibir ini.  Bersyukur dan sangat kagum dengan kebesaran Allah.  

**********************************************************************************
Waktu nak pergi appointment pertama dengan Dr. Khairiah, Ummi cakap dengan Opah dan Ayah, "Rasa segan pula nak jumpa Dr. Khairiah.  Setiap tahun, mesti muka angah muncul depan Dr.".  Bila patient lain keluar dari bilik Dr. , Ummi palingkan muka kat tempat lain.  Waduh, segannya, sedangkan sebentar lagi memang giliran Ummi.  Tiba giliran Ummi, berdebar macam nak pengsan dah.  Macam-macam perasaan ada.  

Demi menghilangkan debaran, Ummi berterus terang je dengan Dr. "Dr. saya segan sebenarnya ni", tapi jawapan Dr. membuatkan Ummi hilang rasa yang pelbagai tu, "Buat apa nak malu.  Gembiralah patutnya.  Tahniah!!!" .  Ini yang Ummi suka dengan Dr. Khairiah ni, tak pernah lekang dengan senyuman dan sangat sporting.  Sebab itu, Ummi suka bersalin dan follow-up dengan Dr. Khairiah.  Dari abang `Ukasyah, along Uwais sampai lah ke adik `U`.  Dr. Khairiah pun dah faham dengan Ummi.  Bila ummi sakit, sejuk je pandang senyuman manis Dr.  Tutur kata sangat tertib dan sopan. ^__^

**********************************************************************************Perihal permata hati yang ke-3 pula.  Bila Dr. Khairiah nak scan, Ummi expect nampak sac je, tapi terkejut Ummi tengok tangan dan kaki adik semua bergerak serta ada denyutan jantung yang berdegup.  Adik gerak sopan je.  Sudah besar rupanya anak Ummi.  Along Uwais, asyik dok pandang screen persis faham sangat dengan apa yang dilihatnya.  

Waktu dalam kereta Ummi tanya Uwais,"Along, macam mana gaya adik tadi?" . Dia pun buatlah gaya adik kononnya.  Berkali-kali Ummi Ayah tanya sebab nak tengok Along Uwais demo, sekali entah kali ke berapa dia menangis sedih dan sayu.  Rupa-rupanya Along Uwais sedih sebab dia dah faham adik dah ada.  Ummi Ayah asyik ingat dia kecil lagi.  Ummi pula rasa nak nangis dan tiba-tiba teringat abang `Ukasyah, lagi lah sedih rasanya.

InsyaAllah, Ummi sedang menikmati saat-saat indah bersama puteri yang ketiga (hehe, belum tahu lagi.  Kata-kata ibu itu kan satu doa, moga ianya dimakbulkan..^__^) .  Sedihnya, tinggal kurang dari 7 bulan untuk Ummi meraikan kehadiran puteri ke-3 dalam rahim Ummi.  Trimester pertama bakal berakhir tak lama lagi.  InsyaAllah, EDD 2/8/2012 bersamaan 13 Ramadhan.  Tapi kebiasaanya Ummi bersalin awal dari EDD, iaitu 38 atau 39 minggu.  Mungkin dalam hujung bulan Julai.  Alhamdulillah, dapat beraya dengan baby baru nanti.

Semoga Allah permudahkan segalanya, ameen. ^__^

December 22, 2011

Alhamdulillah, our 3rd little mujahid is on the way..


Alhamdulillah dan syukur yang tidak terhingga dengan rezeki dan nikmat Allah ini.   Ummi ayah agak ragu-ragu lagi untuk berkongsi berita gembira ini dengan semua, tapi kami yakin dengan perkongsian ini semua pembaca juga dapat mendoakan kesejahteraan kami.  Our 3rd little mujahid is in my tummy.  This is expected and wanted pregnancy.  Since i have no mense at all and still BF Uwais, i don`t expect that we will have the third one this soon.  

Tergerak hati Ummi nak test sebab Uwais sihat je, tapi muntah-muntah dan hilang selera makan dia.  Uwais pun makin slim dah.  Waktu malam dia meragam sedangkan Ummi tahu anak Ummi ini jenis yang tidur sepanjang malam.  Lepas itu, asyik nak ayah je, dengan Ummi tak nak.  Kalau poo poo sanggup tunggu Ayah balik nak basuh.  Uwais yang macam mabuk, Ummi ok lagi.

Alhamdulillah, pregnancy kali ini sungguh berbeza dengan yang sulung dan kedua.  Ummi suka makanan yang agak manis walaupun tak boleh makan banyak pun.  Suka memasak dan allergik betul dengan makanan ada MSG atau makanan luar ni.  Suka pada kecantikan.  Sebelum tahu Ummi pregnant, macam-macam Ummi request pada ayah, nak pergi Salun Rambut Muslimah, nak pergi check gigi, nak beli pencuci muka, nak manicure dan pedicure.  Keinginan je yang lebih, tapi tak pergi pun.

Berapa usia kandungan ini Ummi pun tak tahu.  Kena pergi appointment dengan specialist Ummi, Dr. Khairiah  untuk dapatkan gestational age by scan.  InsyaAllah, secepat yang mungkin nak pergi confirmkan pregnancy kali ini.  Jika ikutkan hati ummi ini, nak pergi lambat sikit, tapi memandangkan ketepatan umurnya kurang bila bayi ini semakin membesar.

Ummi ayah mohon kalian mendoakan agar Allah permudahkan sepanjang proses mengandung dan melahirkannya nanti ye.  Bak kata Pak Long, "Along dan kak ijah mendoakan moga Allah mudahkan urusan melahirkan dan mendidik mujahid dan mujahidah menjadi murabbi mithali".  

"Ahlan wa sahlan untuk permata hati Ummi Ayah yang ketiga.  Ummi, Ayah dan Along Uwais sayang kamu kerana Allah."

December 12, 2011

Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-4, Abu `Ukasyah...

Assalamualaikum,

Walaupun 17 November telah berlalu hampir sebulan lamanya, tetapi tidak terlambat rasanya untuk Ummi mengucapkan “ Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-4” buat Abu `Ukasyah yang Ummi sayangi.  Semoga baitul muslim yang dibina ini kekal hingga ke syurga hendaknya dan kita masih berkasih sayang kerana Allah.  

4 tahun yang menyimpan kemas memori suka duka  Ummi dan Abu `Ukasyah.   Jatuh bangun dan bangkit bersama demi mengukuhkan hubungan ini. 
Aku terima nikahnya...17/11/2007
Zaman muda remaja, 21 tahun umurnya...
Tahun pertama perkahwinan, Ummi dan Abu `Ukasyah tinggal di mahallah (asrama) UIA masing-masing.  Ummi masih menjalani rutin harian sebagai seorang pelajar seperti biasa, cuma di waktu malam Ummi dapat dating secara HALAL dengan Abu `Ukasyah.  Abu `Ukasyah akan mengambil Ummi di asrama dengan kereta kancil warna merah.  Ya, kereta kancil merah yang sangat berjasa itu.  Makan di luar bersama dan bila pulang ke UIA, ronda-ronda lagi sambil bersembang. Kadang-kadang pak guard UIA tahan sebab ingatkan kami ‘couple’. 

Bila stress study nak exam, Ummi dan Abu `Ukasyah pergi holiday sebab di Kuantan banyak pantai yang cantik dan nyaman.  Alhamdulillah, kami pass tahun pertama kehidupan sebagai ‘married students’ dengan keputusan yang cemerlang.  Selepas yakin dengan kemampuan kami menguruskan belajar dan rimahtangga, Ummi dan Abu `Ukasyah mengambil keputusan untuk menyewa di luar UIA. Oh ya, lupa nak beritahu, selepas kahwin biasiswa JPA Abu `Ukasyah naik.  Murah rezeki kami.

Tahun kedua perkahwinan, Ummi dan Abu `Ukasyah menerima berita gembira tentang kehadiran `Ukasyah di dalam rahim Ummi.  Masih segar dalam ingatan, ketika itu Ummi masih tinggal di tingkat 4, Mahallah Maymunah dan dalam proses perpindahan.  Walaupun baru mengandung, semangatUmmi angkut barang dari tingkat 4.  Bila duduk dengan Abu `Ukasyah, Ummi sedih juga sebab Ummi mabuk teruk sampai tak boleh masak.  Alhamdulillah, Ummi tetap semangat pergi kelas.  Waktu ini Abu `Ukasyah sudah mula hantar Ummi ke kelas dengan kereta SAGA biru yang Atuk belikan.
Anak lelaki sulung Ummi dan Abu `Ukasyah, `Ukasyah.

`Ukasyah lahir pada tahun kedua perkahwinan Ummi dan Abu `Ukasyah.  Gembira menjadi ibu bapa muda, Allah sahaja yang tahu perasaannya.  Berpantang tidak seperti orang lain, maternity leave hanya 2 minggu dan tambahan seminggu untuk cuti Raya Aidilfitri, selepas itu Ummi posting di CCU (Caridac Care Unit HTAA).  Waktu ini Abu `Ukasyah masih cuti semester, jadi setiap hari Abu `Ukasyah akan hantar Ummi ke HTAA.  ‘Ukasyah pula duduk dalam car seat, dan akan turut sama hantar Ummi.  Ya, Abu `Ukasyah jaga `Ukasyah sewaktu ketiadaan Ummi.  Alhamdulillah, Abu `Ukasyah sangat cekap menguruskan keperluan mujahid sulung kami dan memberikan EBM (expressed breastmilk) pada `Ukasyah.  Ummi pula terkontang-kanting di wad mencari tempat dan mencuri masa untuk memerah susu.  Bila teringat kembali, Ummi tak terfikir bagaimana Ummi dan Abu `Ukasyah dapat lalui semua ini berdua sahaja.  Ibu bapa pula jauh. 
Ulangtahun Perkahwinan ke 2 bersama `Ukasyah



Ummi dan Abu `Ukasyah sempat menyambut Ulangtahun Perkahwinan ke-2 dengan `Ukasyah di Restoran Rasamas.  `Ukasyah sangat baik waktu ini, selepas menyusu,lena dia di dalam stroller sehingga pulang ke rumah. 

14 Disember `Ukasyah tinggalkan Ummi dan Abu `Ukasyah.  Saat itu Ummi dan Abu `Ukasyah hadapi berdua sahaja.  Waktu itu baru Ummi rasai bagaimana kaki yang tidak berpijak di bumi nyata. Ummi rebah, tapi Abu `Ukasyah sambut dan papah Ummi.  Ummi dan Abu `Ukasyah berpelukan di luar ‘red zone’  wad kecemasan untuk mencari sisa dan saki baki kekuatan yang masih tinggal.  Sungguh hilang segala malu yang ada dalam diri kami.  Menggigil dan lemah seluruh badan.  Waktu itu benar-benar rasa kosong, hanya rasa ada Allah sahaja.  Ummi capai telefon bimbit dan telefon Opah dan sahabat baik Ummi dunia akhirat, Naddy.  

Ya Allah, inilah ujian yang paling besar Ummi dan Abu `Ukasyah pernah lalui dalam kehidupan ini.
Kehidupan selepas itu sangat kosong dan hambar.  Pandangan terus yang tidak bermakna.  Ummi dan Abu `Ukasyah seperti mahu saja menamatkan kehidupan sebagai pelajar. Ya, hilang penyeri rumah tangga.
Anak lelaki kedua Ummi dan Abu `Ukasyah,Uwais al-Qarni.
Tahun ketiga perkahwinan sangat menggembirakan dengan kehadiran pengubat rindu Ummi dan Abu `Ukasyah, Uwais al-Qarni.  Alhamdulilah, Allah makbulkan doa Ummi untuk hadirkan seorang lagi anak lelaki yang punya mirip wajah serupa persis `Ukasyah.  Ya, mereka sangat mirp walaupun tak serupa.  85% mereka serupa.  Namun, watak pengubat rindu ini menceriakan sungguh.  Abangnya, cool seperti Abu `Ukasyah, tetapi dia ‘cheeky’ macam ummi.^__^


Hari ini, sudah 4 tahun usia perkahwinan Ummi dan Abu `Ukasyah.  Alhamdulillah, Allah panjangkan jodoh Ummi dan Abu `Ukasyah sehingga kini.  Semoga kita bercinta hingga ke syurga.  Syukur kerna dipilih untuk diuji kerana ujian ini menguatkan hati-hati yang lemah.  Membuatkan diri ini terus dekat dan ingin lebih dekat kepada Allah.  Menyedarkan diri ini tentang penyerahan yang total kepada Allah setelah berusaha dan yang penting mengingatkan bahawa semua yang dimiliki ini, tidak ada satu pun milik kita. 

Ummi sayang Abu `Ukasyah kerana Allah. ^__^




December 3, 2011

Salam Taaruf Mira Farzana

Assalamualaikum, seperti yang dijanjikan dengan adik Mira Farzana (betul ke ni akak eja?), kak Mawaddah buat sedikit update ye di blog picisan ni.  Adik Mira Farzana kata dia tak kisah tulis pasal apa sebab dia baca semua tulisan kak Mawaddah, asalkan ada update ye dik.  Tapi akak awak ni kurang rajin update blog tau.  Kak Mawaddah terkejut sangat bila awak kata awak baru form 1.  Akak ingat awak junior akak di UIA.  Ish bahaya tau dik awak baca blog akak..hehe.  Takut terpengaruh dengan akak nanti, marah pula mak ayah awak kat akak.  hehe.  Semoga awak ambil yang baik sahaja, walaupun banyak yang tak baik dalam penulisan akak ni.

Seperti yang kak Mawaddah cakap dengan awak, kalau nak update blog kena tunggu Uwais tidur dulu sebab Uwais jeles kalau Ummi duduk depan laptop.  Nanti dia mesti nak menaip sama dengan Ummi.  Sebab tu akak tak dapat nak update selalu blog ini. Tambahan pula Abu `Ukasyah dah dua minggu bekerja tanpa henti sebab on-call dan berita gembira yang baru dikhabarkan kepada akak tadi, dia ada kursus hujung minggu ini. Waduh, macam hilang sebelah tangan akak ni.  Bila Abu `Ukasyah ada, boleh lah dia tolong jagakan Uwais sementara akak buat kerja.

Awak doakan akak ada banyak masa lapang yang bermanfaat ye.  Semoga akak boleh menulis sesuatu yang lebih bermanfaat.  Salam Taaruf dari Kak Mawaddah dan Uwais al-Qarni.  Akak doakan awak berjaya dunia dann akhirat.

p/s: Akak baru terfikir nak tulis tentang pengalaman "Kahwin Awal/ Sewaktu Study", tapi sekarang rasa ragu-ragu pula..hihi...^__^

November 26, 2011

MUSAFIR DI BUMI CHINA: Bahagian 1

Ya Uwais, Ummi catatkan perjalanan bermusafir kita agar anak Ummi dapat membacanya kelak.  Banyak yang telah kita dapat hasil dari bermusafir di tempat yang asing, yang punya lain budaya dan cara hidup.  Sehingga Uwais juga sudah bercakap seakan-akan bunyi bahasa Mandarin. Contohnya, "Eee Ser Li...Wu Li" ...Ummi juga tak faham apa yang Uwais kata kan.  Mungkin suasana di sana serba sedikit mempengaruhi Uwais...Hikmah bermusafir, alhamdulillah.  InsyaAllah, kalau anak Ummi dah pandai cakap mandarin, lebih mudah urusan Ummi.hehe.

di Baiyun International Airport
Tujuan Asal Bermusafir
Uwais, tujuan utama kita ke sana kerana urusan bisnes U Kids Mart dengan pihak kilang di sana terutamanya, selain mengambil stok barang-barang.  Opah Aki pun turut serta atas urusan bisnes juga.  Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar, walaupun punya masalah komunikasi.  
Separuh dari barang-barang U Kids Mart yang dihantar pulang dengan kapal.
Tujuan lainnya, sebagai hadiah untuk Ummi, Ayah dan Uwais.  Lagipun, hari terakhir kita di sana iaitu 17 November adalah ulangtahun perkahwinan ummi ayah yang keempat.  Walaupun Ummi Ayah bekerja sepanjang di sana, tapi ada juga kita curi masa untuk berjalan-jalan , terutamanya bila dah selesai urusan kargo barang-barang semua.  

Cuaca yang Nyaman
Hari pertama kita di sana, cuaca agak sejuk dan kering.  Seakan berada di Cameron, tapi lebih sejuk.  Hari kedua juga begitu, kita semua masih pakai sweater lagi.  Hari seterusnya, sehingga kepulangan kita ke Malaysia seminggu selepas itu, sentiasa "Sunny Day".  Walaupun ada matahari, tapi cuaca sangat nyaman.  Uwais pun tak berpeluh.

Makanan
Setiap pagi Ummi buat breakfast di bilik hotel sebab tiada restoran makanan halal yang dibuka seawal pagi.  Tengah hari, biasanya memang tak makan sebab memang tak sempat sampai ummi ayah pun dah tak ingat makan.  Tapi Ummi bawa roti, biskut dan air untuk Uwais untuk Uwais makan sementara Ummi tengah deal dengan supplier.  Beberapa  hari terakhir, waktu dah tak sibuk, kita pergi makan tengah hari di Salam Harbor Restaurant yang terletak di Sanyuanli.  Ini adalah sebuah restoran makanan segera yang halal, tapi disediakan nasi juga.  Di sini juga kita dapatkan bekalan roti halal dari Zam Zam Bakery.

Kebanyakan masa kita hanya makan di restoran makanan arab yang terletak bertentangan dengan hotel iaitu Turkey Sarray Restaurant.  Bila kecemasan, restoran ni yang paling dekat untuk dapatkan nasi.  Al-maklumlah, Uwais suka makan nasi.  Lain kali Ummi kena bawa periuk nasi atau beli periuk di sana.

Ada juga kita pergi ke Sabaa Restaurant, iaitu restoran makanan arab dan Abdullah Restaurant, restoran makanan cina muslim. Tapi sedikit jauh dari hotel, perlu naik Metro atau Taxi.


Salam Harbor yang terletak di Sanyuanli
Zam Zam Bakery dalam Salam Harbor je..
Restoran Makanan Cina Muslim, Restoran Abdullah.
Depan Turkey Sarray...

Ok Uwais, nanti Ummi sambung lagi ye sayang...

November 25, 2011

Kenapa Aku?

Ya Uwais al-Qarni, Ummi dapat sesuatu dari pembacaan Ummi di blog `MUJAHIDAH SOLEHAH` ..Menitis air mata Ummi.  Ummi selalu ingat Ummi yang paling hebat diuji Allah, rupa-rupanya, ada insan yang lebih besar ujiannya, kehilangan seorang anak, seorang suami, ibu serta bapa mentua.  Air mata tak henti mengalir, Ummi cuba memahami setiap bait patah perkataannya.  Ya Uwais, dia bukan wanita yang biasa.  Dia wanita yang ditarbiyyah, begitu juga suaminya.  Ummi ada terbaca dalam penulisannya tentang suaminya yang amat menyukainya bertudung labuh dan memintanya begitu selama-lamanya.  Dan alhamdulillah dia istiqamah sehingga kini.  Bertuah suaminya punya isteri solehah yang sentiasa mendoakannya.  Semoga Allah terus beri kekuatan padanya...Ameen insyaAllah.  



KENAPA AKU?

 (copy paste dari blog mujahidah solehah)


kenapa aku sering diuji?

firman Allah taala : apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan sajamengatakan;"kami telah beriman"sedangkan mereka tidak diuji?(SURAH AL-ANKABUT:2)

kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

firman Allah taala : boleh jadi kami membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, sesungguhnya Allah amat mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (SURAH AL-BAQARAH :216)

kenapa aku diuji ujian seberat ini?

Firman Allah taala : Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. (SURAH AL-BAQARAH :286)

bagaimana kan aku hadapi ujian ini?

firman Allah taala : dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada org2 yg khusyuk. (SURAH AL-BAQARAH : 45)

apa yang aku boleh dapat dari semua ini?

firman Allah taala : sesungguhnya Allah telah membeli dari orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan (bayaran) syurga untuk mereka...(SURAH AT-TAUBAH : 111)

November 19, 2011

Alhamdulillah, selamat pergi dan pulang..

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana permudahkan segala urusan.  Mawaddah, Hafiz, Uwais selamat tiba di Malaysia 6 pagi semalam.  Turut serta bersama kami, Ummi Abah Mawaddah dan adik bongsu, Baihaqi.  Kami berada di Guangzhou selama seminggu kerana urusan bisnes dan percutian juga. Bila dah lama di sana, rasa kekok pula nak biasakan balik dengan kehidupan di sini.  Ya, pengalaman yang amat berharga dan insyaAllah, kami memang akan kerap ke sana.  Pengalaman bermusafir memang sangat indah.  Tambahan pula ada kedua ibu bapa yang banyak membantu, juga adikku yang membantu menjaga Uwais.  

Sungguh penat rasanya bila sampai sini.  Yelah, seminggu di sana, non-stop bekerja sampai tak berapa ingat nak makan dan rehat. Uwais juga yang sentiasa energetic. hehe.

Sampai di sini dahulu.  Andai Mawaddah rajin, insyaAllah Mawaddah akan tulis travelog perjalanan bermusafir di bumi orang ye.  Jika kurang rajin, Mawaddah kongsikan potret-potret kami di sana.^__^

November 3, 2011

Uwais kesayangan Ayah

Assalamualaikum ya Uwais al-Qarni,

Sejak akhir-akhir ini, Uwais asyik menangis dan merengek nak Ayie (panggilan manja Uwais untuk Ayah).  Walaupun Ayie ada depan mata, Uwais langsung tak layan Ummi. Bila menyusu dengan Ummi pun Uwais nak panggil Ayie duk sebelah kita.  Sampai Ayie  tersengguk-sengguk layan Uwais tau. Waktu Uwais dah tidur, Ayie pun terpaksa tidur sekali sebab kalau Ayie bangun, Uwais pun bangun juga sampai Uwais terjatuh katil suatu hari tu.. 

Alhamdulillah Ayie rajin melayan Uwais, tapi Ummi kesian dekat Ayie tau.  Ayie penat kerja mencari rezeki untuk Uwais dan Ummi.  Dalam seminggu, 3 malam Ayie tiada di rumah, sama ada oncall atau ada program.  Kadangkala kerna kerja di hujung minggu, Sabtu dan Ahad sebab patient IVDU nak Methadone. Ummi pun kesian juga kalau Uwais merengek nak Ayie sebab Ummi pun kerja di rumah untuk U Kids (nak juga tu...hehe). Bila Uwais merengek, lambat Ummi masuk office, lambat habis kerja, sian customer Ummi.  Ummi kan sekejap je masuk office, siap kerja Ummi shut down laptop.

Anak Ummi anak yang soleh kan.  Anak soleh kalau bangun tidur baca doa dulu dan senyum.   InsyaAllah, waktu cuti Ummi janji Ummi Ayie akan main dengan Uwais puas-puas ye.  Ummi sayang Uwais al-Qarni yang soleh ni kerana Allah..mmuaaah...^__^

Waktu sambut 1st Birthday..Sekarang muka toddler dah...

November 2, 2011

Mohon Maaf

Assalamualaikum kepada semua pembaca dan pengikut setia blog Buatmu Anakku,

Mawaddah mohon maaf kerana `private` kan blog sementara waktu.  Ada masanya terasa inginkan privasi dalam penulisan dan ingin muhasabah diri.  Semoga hari ini lebih baik dari semalam.  Mawaddah sangat terharu dengan sokongan anda semua, bertalu-talu message masuk dalam inbox FB sehinggakan ada yang terasa hati ingatkan Mawaddah invite certain readers je. Mawaddah tak sampai hati. hehe.

Semoga ada pembaharuan dan nafas baru untuk `Buatmu Anakku` ye dan semoga dapat berikan perkongsian yang terbaik untuk semua...

Ukhuwwah fillah dari keluarga kecil kami....^__^



October 24, 2011

Uwais @ 12 & 13 Bulan

Alhamdulillah, mujahid kedua ummi dan ayah membesar dengan sihat.

1) Uwais sudah pandai berjalan genap umurnya 13 bulan.  Walaupun pada perkiraan ummi agak lambat jika dibandingkan dengan ummi dahulu yang berjalan sewaktu umur 9 bulan.  Mungkin Uwais seperti ayah (mode:jeles)...^__^....Namun, ummi faham, perkembangan dan  tumbesaran anak-anak tidak seharusnya dibandingkan dengan orang lain kerana setiap daripada mereka sangatlah unik  Berilah mereka rangsangan, peluang dan galakan yang tidak berbelah bahagi Pernah ummi terbaca di laman web Saiful Islam tentang sakitnya bila dibandingkan dengan orang lain, jadi ummi harus ambil pengajaran ye.  Jangan sesekali cakap dengan Uwais, "Uwais tengok  tu, si dia dah pandai jalan walaupun dia kecil dari Uwais".

Bila sudah pandai berjalan, ummi ayah pula kena kejar dia.  Kadang-kadang tu tak mahu dipimpin tangan.  Ummi cerita dengan ayah perihal beriadhah bersama Uwais di Taman Tasik Permaisuri.

"Abang, Uwais tak nak Ummi pimpin tangan dia, tapi bila nak mendaki bukit dia tak bagi ummi lepas tangan dia.  Agaknya bila Uwais dah besar, begitulah dia kan abang.  Bila dia tak mahu dipimpin, Ummi kena sentiasa mendampingi dia, membimbing dia dan memerhatikan dia.  Bila dia hadapi kesukaran, pasti dia sentiasa ingin ummi bersama dengan dia dan tak biarkan dia keseorangan."

Panjang betul celoteh Ummi pada Ayah.

2) Uwais sudah mula berminat ikut Ummi Ayah solat berjemaah.  Siap buat gaya nak azan lagi.  Rukuk pun dah pandai walaupun sujud kurang sempurna.  Ummi Ayah pun suka bila Uwais sama-sama nak solat sekali.  Elok beri pendedahan awal padanya.  Kalau dengar azan, tangan letak kat telinga, kalau ayah berdoa, dia pun khusyuk sambil duduk atas riba ayh..

3) Suaranya boleh tahan kuatnya dan mulutnya celoteh berbicara.  Kalau bercerita dengan ummi, sampai muncung-muncung mulut dia. Uwais sudah pandai sebut:

`Ayah` - ayah
`Ayie' - ayah (panggilan manja Uwais untuk ayah)
`Ummme' - ummi
`Nak nak' - hendak sesuatu
'ta nyak' - tak banyak (bila ummi bagi makanan sikit)
`mamam' - nak makan
`meeen` - amin
`Awwah` - Allah
`kiiiii` - Aki (manja dengan aki, merajuk kalau Aki tak dukung dia)
`Pahhh- Opah

4) Kesukaan Uwais sekarang suka hisap ibu jari kaki.  Siap offer ummi lagi. hehe.  Ummi cakap dengan Uwais, " Uwais, fitnah besar ni (sebab nanti orang cakap Uwais nak dapat adik..hehe..) ^__^

5) Bila nak tidur mesti cari ayah.  Kalau ayah dah tidur dulu, mesti nak kacau dan kejut ayah sambil mulut tak berhenti panggil ayah.  Alkisahnya semalam, kul berapa pagi entah, ummi pun tak perasan.  Sekali tengok ayah tengah dukung Uwais, ummi pun tanya kenapa.  Ayah kata Uwais jatuh katil.  Uwais terbangun sebab ayah bangun, agaknya dok golek-golek cari ayah sambil mamai, terus jatuh.  Uwais nangis dan ayah pujuk serta tukar CD, menyusu dan tidur balik. Uwais, uwais...

Semoga anak ummi membesar menjadi anak yang soleh lagi musleh.  Ummi ayah sayang Uwais...^__^

October 14, 2011

Ayah Rindu Uwais...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semoga kalian semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Sudah sekian lama ummi tidak menulis, jadi terasa agak kekok untuk memulakan kembali. ^_^

Sejak akhir-akhir ini, ayah agak sibuk.  Setiap minggu on-call.  Macam minggu ini, ayah oncall malam tadi dan hari sabtu ni.  Lepas itu, hari isnin on-call lagi.  Ayah mengadu kat ummi tadi yang ayah rindu kat Uwais sebab ayah balik oncall je Uwais dah tidur.  Waktu ayah pergi kerja pun, Uwais belum bangun tidur lagi.  Kalau Uwais bangun pun, dapat main sekejap je dengan ayah.  Jadi tadi lepas dinner dengan ummi, ayah dok merancang nak kejutkan Uwais.  Nak main dengan Uwais lah kononnya, sekali ummi tengok ayah dah tertido. hehe.  Akhirnya, lentok sekali dengan Uwais.Ayah, ayah.

Ummi ada merancang nak bawa Uwais jalan-jalan hari ahad ini.  Kesian anak ummi asyik duduk kat rumah je.  Uwais doakan ummi dapat kereta baru ye, boleh ummi bawa Uwais jalan-jalan selalu. hehe. ameen.


October 4, 2011

Visa

Rentetan dari entri semalam, ramai yang bertanyakan ummi sebabnya.  Ummi segan nak cerita sebenarnya, tapi eloklah bercerita dari terus menimbulkan teka-teki.

Sepatutnya kami sekeluarga (ummi, ayah, uwais, opah, aki dan pak cu) akan berangkat ke China untuk urusan bisnes U Kids Mart dan Kedai Ummi Dot Com pada 6 Oktober ini.  Allah izin ada masalah kelulusan visa sebab Kedutaan China cuti seminggu tanpa notis.  Memang tak boleh nak ikhtiar cara lain dah.  Solusinya, kami terpaksa tangguhkan flight malam esok ke 10 November dan dikenakan RM1000 untuk caj pengurusan.  Sabar jelah kan.  

Tapi tak mengapa,Allah nak bagi rasa pengalaman autumn nak ke winter.  Agak sejuk cuaca waktu tu.   InsyaAllah, perancangan Allah yang terbaik.  Lagipun, keluarga ummi masih dalam kesedihan kerana Pak Cik kesayangan kami baru kembali bertemu Allah. Al-fatihah untuk Pak Cik yang telah kuanggap sebagai bapa keduaku..

October 3, 2011

^__^

Aku yakin Allah sedang merencanakn sesuatu yg baik bt diriku...bersabarlah..fasobrun jamil....^__^


‎"Saya minta kepada Allah setangkai bunga yang segar, DIA bagi saya kaktus berduri. 
Saya minta kupu-kupu yang cantik, diberi ulat berbulu. 
Saya sedih & kecewa. 
Namun kemudiannya, kaktus itu berbunga, indah sekali dan ulat itupun bertukar menjadi kupu-kupu yang cantik. 
Itulah jalan Allah. 
Indah pada masanya. 
Allah tidak memberi apa yang kita harapkan tapi DIA beri apa yang kita perlukan. 
kadang2 kita sedih, kecewa, terluka....
 tapi jauh diatas segalanya DIA sedang mengaturkan yang terbaik dalam kehidupan kita..."

September 22, 2011

Babywearing: Merak Buckle Tai from NeezaNeedles

Assalamualaikum,

Ummi sedang menunggu tibanya Merak Buckle Tai yang ummi order dari NeezaNeedles .  Tak sabarnya sampai ummi dok asyik jenguk Fan Page NeezaNeedles . hihi.. Fabrik yang menjadi pilihan ummi dan ayah untuk Uwais adalah Fabric Chirps by Robert Kauffman with cappuccino brown straps.  Alhamdulillah, ummi puas hati sangat dengan hasil kerjanya. Ummi request untuk buat poket dan Neeza sangat baik hati menambahnya untuk ummi.  

Jika ada sesiapa yang berminat, ummi sangat recommend untuk tempah dari  NeezaNeedles . Harga seperti di bawah ye:

MERAK Buckle Tai:

RM180 – Local fabric


RM195 – Imported fabric


RM150 – Own fabric



kredit gambar pada NeezaNeedles

kredit gambar pada NeezaNeedles

September 20, 2011

Sanah Helwah ya Uwais al-Qarni


(entri yang lambat diterbitkan atas faktor kekangan masa)

Sanah Helwa ya Uwais al-Qarni…

Ummi ayah sentiasa dan tak akan pernah jemu mendoakan agar  Uwais al-Qarni menjadi anak ummi ayah yang soleh lagi musleh.  Punya akhlak dan budi pekerti yang baik. Hatta, ummi ayah telah menjadikannya sebahagian dari percakapan seharian.  Setiap hari, setiap kali bercakap dengan Uwais al-Qarni, pasti saja perkataan ‘soleh’ meniti dibibir ini, biar ia menjadi do`a buat anakanda kedua ini.

Setiap kali memanggil, “Uwais al-Qarni anak yang soleh”.

Bila memujuk, “Uwais al-Qarni kan anak ummi ayah yang soleh”

Bila geram manja pun, ““Uwais al-Qarni ni solehhhh sangat”

Bila mainan bersepah, “Anak yang soleh, mari sama-sama tolong ummi kemaskan ye”.

Apa lagi harta yang paling berharga untuk dimiliki,  melainkan memiliki anak yang soleh.

Alhamdulillah, syukur atas rahmat dan nikmat Allah yang infiniti.  Dikurniakan Uwais al-Qarni sebagai pengubat hati. hadirnya mengubat duka, tawanya penghilang lara Hadirnya selepas 8 bulan 28 hari pemergian `Ukasyah.  Jarak kelahirannya, setahun 2 minggu dari mujahid sulung. Kehadirannya suatu keajaiban , tanpa ummi ayah sedari.  Kewujudannya membuatkan ummi ayah melihat dengan mata hati betapa besarnya keagungan dan kekuasaan Allah.  Sungguhpun perit melalui hari-hari tanpa `Ukasyah, namun tak sampai sebulan pemergiannya, Allah hadirkan Uwais al-Qarni dalam rahim ummi. Saat ketahuan, ummi menggigil dan menangis kegembiraan.  Ummi ayah bersyukur, Allah beri nikmat yang tidak terhingga.  Beri peluang untuk ummi ayah menjadi ibu bapa sekali lagi.  Alhamdulillah.

Anak-anak ummi ayah harus punya jiwa yang kuat, sekuat yang mungkin supaya dapat berjihad di jalan Allah. Supaya betah untuk hidup susah.  

Selamat Hari Lahir yang pertama anakanda Uwais al-Qarni.  Semoga membesar menjadi seorang dai`e ilallah. Tak lupa juga, semoga Uwais al-Qarni thabat dan qawi di atas jalan ini...


Ummi ayah sayang Uwais al-Qarni kerana Allah…^__^

Love you…

p/s: ada banyak gambar waktu sambutan hari kelahirannya.insyaAllah, nnti ummi upload ye...

September 15, 2011

Potret Raya: Ummi & Uwais al-Qarni


Pada perkiraan ummi, ini adalah satu-satunya gambar raya yang okay.  Gambar ini kena pada sudut pandang mata ummi, pandai sungguh cousin ummi ayah, makngah siti farhanah yang menangkapnya.  Gambar-gambar yang lain menampakkan ummi yang comot dan selekeh dengan tudung yang senget benget..adusss tak comelnye... hehe. Sebab mengejar Uwais yang aktif kesana sini.

Tema baju warna coklat gelap.  Ummi tak beli baju raya. Ummi tak pakai baju kurung mahupun jubah.  Pakai baju yang ummi selalu bawa berjalan (mini dress+skirt labuh). Ummi cakap dengan ayah, tak sesuai ummi pakai macam ini bila beraya di kampung (alasan je sebenarnya dalam hati nak beli baju kurung).  Tapi ayah cakap, "apa salahnya sayang, yang penting tutup aurat".  Terbantut niat ummi. hehe.

p/s: ummi baru je hantar kain-kain baju raya untuk dijahit oleh tukang jahit.  5 pasang kesemuanya.  Ini semua gara-gara beli kain baju untuk jahit sendiri, tapi tak sangka tak sempat nak menjahit atas komitmen kerja di U Kids Mart.  Menghampiri raya, makin sibuk.

September 14, 2011

FB U Kids Mart: CLOTH DIAPERS GIVEAWAY (14-15th Sep 2011)




Assalamualaikum,
Kepada semua pembaca blog `Buatmu Anakku’, sekarang ini sedang berlangsung `CLOTH DIAPERS GIVEAWAY `  di FB U Kids Mart…Abu `Ukasyah, Ummu `Ukasyah dan Uwais sangat berbesar hati menjemput anda semua utk join…

Giveaway ini akan berlangsung selama 2 hari...

Dua pakej hadiah berupa dua keping CD Coolababy Printed Snap+Velcro akan diberikan kepada 2 orang pemenang ye..Kalau ramai peserta, hadiah akan ditambah... Pemenang akan dipilih oleh Uwais al-Qarni...Macam cabutan bertuah..

Syarat-syarat penyertaan:
2) Komen di bawah banner giveaway di FB U Kids Mart (klik disini), "SAYA NAK CLOTH DIAPERS COOLABABY…..".. Sila sambung ayat itu ye..

Slogan yang paling kreatif juga akan mendapat hadiah dari U Kids Mart..

Senang kan..^__^

Pemenang akan diumumkan pada malam ini / esok hari..

Jom join our 1st Giveaway..

HAPPY CLOTH DIAPERING.. ^__^

Anda nak sertai? Jom lawati FB U Kids Mart....

September 9, 2011

Uwais`s 1st Haircut

Model: Uwais al-Qarni
Tukang gunting rambut: Aki
Cameraman: Pak cu
Tukang pegang: Ummi
Tukang sorak: Opah dan Ayah

Pertama kali uwais menggunting rambut dan tukang guntingnya adalah aki. Waktu Uwais baru lahir, aki juga yang cukur rambut uwais. ummi ayah ingat, uwais akan meronta-ronta, tapi rupanya, uwais sgt baik dan memberikan kerjasama...Bila aki berhenti, dia nangis dan merengek minta aki sambung balik operasi menerangkan kepalanya...hehe.. Terpaksalah aki sambung balik...Ummi rasa kan, Uwais suka kerana getaran mesin pemotong rambut itu membuatkan uwais ngantuk.  Sampai kuyu dan layu je mata dia. Uwais syokkkkk  dan termenung je dia..hehe..
.






September 6, 2011

Hippopotamus vs Teeth

Ummi sekadar mencatatkan perkembangan Uwais, agar Uwais dapat membacanya pabila Uwais besar nanti.  Sekarang ni, ummi banyak download application dalam Ipad untuk education Uwais. Salah satunya, flashcard tentang binatang.  

Ummi suka anak ummi kenal banyak jenis haiwan, macam ummi waktu kecil dulu.  Sebab aki kerja PERHILITAN, jadi dari kecil lagi ummi dah baca magazine National Geography. Bila aki bawa ummi pergi pejabat aki, ummi dan pak long akan duduk di library sampai aki habis waktu kerja. Di library pejabat aki banyak sangat buku-buku tentang hidupan liar. Gambar-gambarnya juga sangat menarik tau. 

Aki pun tak pernah jemu bercerita dengan ummi dan adik-beradik yang lain tentang alam ini.  Dek kerana banyak membaca tentang haiwan-haiwan, ummi selalu berfikir.  Dan dari didikan itu, terbit satu kecintaan dengan haiwan-haiwan dan alam semulajadi ni.  Mengambil contoh dari cara didikan aki dan opah kepada ummi, pak long, khaulah dan pak cu, ummi aplikasikan pula pada Uwais. 

Semalam, ummi ayah mulakan sesi pembelajaran Uwais secara informal dan sangat santai.  Bila tunjuk gambar `cat` akan keluar bunyi meowww.  Ummi pun beritahu Uwais, "Meoww macam fifi kan Uwais". Fifi ni kucing peliharaan kami.hehe.  Bila tunjuk gambar `dog`, keluar bunyi `wok wok`. Uwais buat muka terkejut pula sambil cakap, `haaaa`.  Sebab Uwais memang sangat kenal dengan anjing yang banyak di kawasan rumah kami. Bila tunjuk gambar `hippopotamus`, rasa-rasanya Uwais cakap apa?

Uwais cakap, "TEETH"

Aduh anak ummi ayah ni, geli hati ummi ayah tau dibuatnya.  Inginkan kepastian, ummi ayah tunjuk lagi pada Uwais gambar binatang-binatang lain dan akhir sekali bagi Uwais tengok `hippopotamus`.

Dan lagi sekali Uwais sebut, "TEETH".

Jadi memang SAH, Uwais bukan tengok badak air, tapi gigi si badak air.  hehe.  Memang berbakat sungguh nak jadi doktor gigi ni.

Alhamdulillah, sampai juga maksudnya pada anak kecil ini.  Dapat melihat yang tersirat dari yang tersurat.  Hasanta ya Uwais...Ummi ayah sayang Uwais...

August 31, 2011

31Ogos 2009 - Ulangtahun Kelahiran ke-2

Assalamualaikum,

Hari ini, 31 Ogos, Adalah Ulangtahun Kelahiran anakanda sulung ummi ayah, 'Ukasyah. Genap sudah 2tahun ummi ayah merasai nikmat menjadi ummi Dan ayah. 2 tahun yang lalu, selepas Azan subuh, kelahiranmu membawa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga hingga family ummi berkampung di hospital menanti kelahiranmu. Anakku yang sulung, cucu yang sulung dan cicit yang sulung (di sebelah ummi).

Alhamdulillah, di Hari Merdeka ini, 'Ukasyah telah 'MERDEKA'. Inilah kemerdekaan sebenar buatnya tatkala 'Ukasyah telah kembali pada Allah. Damailah 'Ukasyah di sana, ummi ayah tahu 'Ukasyah gembira dalam pemeliharaan Allah. Nantikan ummmi ayah dan adik-adik di pintu Jannah. Ameen.

Sebelum pulang beraya diTampin, ummi ayah singggah di pusara 'Ukasyah. Ummi ayah bersihkan pusaranya dan meletakkan batu-batu kecil berwarna putih. Usai kepulangan kami dari pusaranya, hujan turun dengan lebat. Selebat air mata ummi dan ayah.

Ummi, Ayah dan adik Uwais akan sentiasa mengingatimu.Sayang 'Ukasyah kerana Allah.^___^

August 26, 2011

Hari Raya: Beraya di mana?

Assalamualaikum,

Tahun ini kami semua beraya di Tampin bersama keluarga abu `ukasyah.  Tak sabar rasanya merasai kemeriahan memantai (tak pasti beginikah sebutan dan ejaannya..hehe).  Alhamdulillah, bab giliran raya tiada masalah untuk kami berdua kerana dari awal perkahwinan, Mawaddah sendiri sudah meletakkan syarat, " Setiap tahun, raya pertama di Tampin ye abang, kecuali ada asbab yang tidak mengizinkan". Dan abah ummi Mawaddah juga sedari awal dah beri amaran, "anak perempuan semua kena raya dengan mentua dulu".

Ya, dalam 4 tahun usia perkahwinan Mawaddah dan abu `ukasyah, baru sekali sambut hari raya di Negeri Sembilan. Tahun pertama perkahwinan dapat beraya di Tampin kerana baru berkahwin.  Tahun kedua perkahwinan, Mawaddah dalam pantang `Ukasyah.  Tahun ketiga perkahwinan, Mawaddah sarat mengandung Uwais dan tunggu masa je nak bersalin.  Tahun keempat, tahun ini, alhamdulillah tak bersalin lagi, hehe..Kalau tak kesian kat mak ayah, sudah lah abu `ukasyah anak lelaki yang sulung dan satu-satunya anak lelaki.  Jadi tahun ini dapatlah beraya di Tampin...yeayyyyy...Tahun depan, kalau tak bersalin, bolehlah raya di Tampin lagi..^__^

InsyaAllah, pagi Ahad kami bertolak balik ke Negeri Sembilan.  Doakan kami selamat sampai ke destinasi ye.

Salam Aidilfitri untuk semua pengunjung setia `BUATMU ANAKKU'...mohon maaf andai ada salah silap, tuturkata dan perbuatan yang mengguris hati kalian.  Sedihnya, Ramadhan bakal meninggalkan kita.  Rasa amalan masih belum mencukupi.  Adakah dapat bertemu Ramadhan sekali lagi?

August 23, 2011

Ya Allah Rindunya...



Buat ayah dan Uwais, maafkan ummi.  Ummi tak dapat membendung perasaan ummi lagi. 

Ya Allah, rindunya Ummi pada `Ukasyah.  Ummi rasa nak pecah dada ummi menahan sebak yang telah sekian lama ummi sorokkan dan pendamkan jauh dalam satu sudut hati ummi ini. Allah, Allah, Allah.  Ummi benar-benar rasa macam dekat sangat dengan `Ukasyah malam ini sampai ummi tidak boleh lelapkan mata. Rindu yang tidak bertepi terhadap `Ukasyah.


Ummi rasa terlampau rindu sampai ummi buka semula hard disk ayah sebab nak imbau kembali kenangan-kenangan kita bersama `Ukasyah.  Ya Allah, ummi ingat ummi kuat sangat, tapi akhirnya menitis juga air mata ummi.  Bukan setakat hujan yang renyai, tapi hujan lebat.  Ummi rasa nak menangis sepuas-puasnya malam ini, agar air mata yang mengalir ini, mengubat sedikit kerinduan ummi pada anakanda `Ukasyah.  Ayah ingat tak, dulu kita selalu nangis sama-sama kan untuk melegakan dada yang benar-benar sempit dek kerinduan yang menggunung itu.  

Ya Allah, semoga kerinduanku ini mendekatkan diriku kepadaMu.  Meningkatkan keimananku dan ketaqwaan ku.  Sesungguhnya, aku adalah hambaMu yang sangat lemah.  

`Ukasyah, ummi sayang `ukasyah.  Ummi tahu `Ukasyah gembira berada dalam pemeliharaan Allah.  Ummi doakan agar kita bersama dalam jannah nanti.  InsyaAllah, di syurga yang kekal abadi.  ^__^

Aidilfitri pertama sebagai ummi dan ayah.  InsyaAllah, tahun ini ummi ayah akan pakai baju ini juga. 
Nama `Ukasyah ini diberikan oleh Opah dan Aki, begitu juga dengan nama Uwais al-Qarni.  Jadi, Ummi titipkan sedikit sirah tentang `Ukasyah.  Sedari kelahiran `Ukasyah, ummi selalu menggelarnya `ahlul jannah`, makbul doa ummi buat `Ukasyah. Moga sirah ini bermanfaat buat kalian semua...

Khusus buat `mujaheedah seorang gadis' ..
**********************************************************************************
Cinta ‘Ukasyah Membawa ke Syurga


Masjid penuh sesak dengan kaum Muhajirin dan Ansar. Semua berkumpul setelah Bilal memanggil mereka dengan suara azan. Ada tarikan cinta di sana, kekasih yang baru saja sembuh, yang membuat semua sahabat tidak mahu melepaskan kesempatan ini untuk bertemu dengan kekasih Allah swt.
Setelah mengimami solat, nabi berdiri dengan segak di atas mimbar. Suaranya basah, menyampaikankan kata-kata puji dan kesyukuran kepada Allah yang Maha Pengasih. Suasana menjadi sunyi sepi, mulut para sahabat tertutup rapat, semua menajamkan pendengaran menuntaskan kerinduan pada suara Nabi. Semua menyiapkan hati, untuk disentuh serangkai hikmah. Selanjutnya Nabi bertanya.
“Duhai sahabat, kalian tahu umurku tidak akan lagi panjang, Siapakah di antara kalian yang pernah merasa teraniaya oleh si lemah ini, bangkitlah sekarang untuk mengambil kisas, jangan kau tunggu hingga kiamat menjelang, kerana sekarang itu lebih baik”.
Semua yang hadir terdiam, semua mata menatap penuh pada Nabi yang terlihat lemah. Tidak akan pernah ada dalam benak mereka perilaku Nabi yang terlihat janggal. Apapun yang dilakukan Nabi, selalu saja indah. Segala hal yang diperintahkannya, selalu membuihkan bening sari pati cinta. Tidak akan rela sampai bilapun, ada yang menyentuhnya meski hanya secuil jari kaki. Apapun akan digadaikan untuk membela Al-Musthafa.
Melihat semua yang terdiam, nabi mengulangi lagi ucapannya, kali ini suaranya terdengar lebih keras. Kelihatan para sahabat masih duduk dengan tenang. Hingga ucapan yang ketiga kali, seorang lelaki berdiri menuju Nabi. Dialah ‘Ukasyah Ibnu Muhsin.
“Ya Rasul Allah, Dulu aku pernah bersamamu di perang Badar. Untaku dan untamu berdampingan, dan aku pun menghampirimu agar dapat menciummu, duhai kekasih Allah, Saat itu engkau menghambatkan cambuk kepada untamu agar dapat berjalan lebih cepat, namun sesungguhnya engkau pukulanmu mengenai lambung samping ku” ucap ‘Ukasyah.
Mendengar ini Nabi pun menyuruh Bilal mengambil cambuk di rumah puteri kesayangannya, Fatimah. Kelihatan rasa keengganan menyelubungi Bilal, langkahnya terayun begitu berat, ingin sekali ia menolak perintah tersebut. Ia tidak ingin, cambuk yang dibawanya melecut tubuh kekasih yang baru saja sembuh. Namun ia juga tidak mahu mengecewakan Rasulullah. Sekembalinya Bilal, cambuk diserahkannya kepada Rasul mulia. Dengan cepat cambuk berpindah ke tangan ‘Ukasyah. Masjid seketika mendengung seperti sarang lebah.
Lantas melompatlah dua tokoh mulia dari barisan hadapan. Yang pertama berwajah sendu, janggutnya basah oleh air mata yang menderas sejak dari tadi, dia lah Abu Bakar. Dan yang kedua, tokoh pemberani, yang ditakuti para musuhnya di medan pertempuran, Nabi menyapanya sebagai Umar Ibn Khattab. Gementar mereka berkata:
“Hai ‘Ukasyah, pukullah kami berdua, sesuka yang engkau mahu. Pilihlah bahagian manapun yang paling kau ingin, kisaslah kami, jangan sekali-kali engkau pukul Rasul”
“Duduklah kalian sahabatku, Allah telah mengetahui kedudukan kalian”, Nabi memberi perintah secara tegas. Ke dua sahabat itu lemah longlai, langkahnya surut menuju tempat mereka semula. Mereka pandangi  ‘Ukasyah dengan pandangan memohon. ‘Ukasyah tidak berganjak sedikitpun.
Melihat Umar dan Abu Bakar duduk kembali, Ali bin Abi Thalib tidak tinggal diam. Berdirilah ia di depan ‘Ukasyah dengan berani.
“Hai hamba Allah, inilah aku yang masih hidup siap menggantikan kisas Rasul, inilah punggungku, ayunkan tanganmu sebanyak apapun, deralah aku”
“Allah Swt sesungguhnya tahu kedudukan dan niat mu duhai Ali, duduklah kembali” ungkap Nabi.
“Hai ‘Ukasyah, engkau tahu, kami adalah cucu Rasulullah, kami darah dagingnya, bukankah ketika engkau mencambuk kami, itu ertinya mengkisas Rasul juga”, kini yang tampil di depan U’kasyah adalah Hasan dan Husain. Tetapi sama seperti sebelumnya Nabi menegur mereka. “Duhai penyejuk mata, aku tahu kecintaan kalian kepadaku. Duduklah”.
Masjid kembali ditelan senyap. Ramai jantung yang berdegup kian cepat. Tidak terhitung yang menahan nafas. ‘Ukasyah tetap dengan pendirian menghadap Nabi. Kini tidak ada lagi yang berdiri ingin menghalangi ‘Ukasyah mengambil kisas. “Wahai ‘Ukasyah, jika kau tetap berhasrat mengambil kisas, inilah Ragaku,” Nabi selangkah maju mendekatinya.
“Ya Rasul Allah, saat Engkau mencambukku, tidak ada sehelai kainpun yang menghalangi pukulan cambuk itu”. Tanpa berbicara, Nabi langsung melepaskan ghamisnya yang telah memudar. Dan tersingkaplah tubuh suci Rasulullah. Seketika pekik takbir menggema, semua yang hadir menangis pedih.
Melihat tegap badan manusia yang di maksum itu, ‘Ukasyah langsung menanggalkan cambuk dan berhambur ke tubuh Nabi. Sepenuh cinta direngkuhnya Nabi, sepuas keinginannya ia ciumi punggung Nabi begitu mesra. Gumpalan kerinduan yang mengkristal kepada beliau, dia tumpahkan saat itu. ‘Ukasyah menangis gembira, ‘Ukasyah bertasbih memuji Allah, ‘Ukasyah berteriak haru, gementar bibirnya berucap sendu, “Tebusanmu, jiwaku ya Rasul Allah, siapakah yang sampai hati mengkisas manusia indah sepertimu. Aku hanya berharap tubuhku melekat dengan tubuhmu hingga Allah dengan keistimewaan ini menjagaku dari sentuhan api neraka”.
Dengan tersenyum, Nabi berkata: “Ketahuilah duhai manusia, sesiapa yang ingin melihat penduduk syurga, maka lihatlah lelaki ini”. ‘Ukasyah langsung tersungkur dan bersujud memuji Allah. Sedangkan yang lain berebut mencium ‘Ukasyah. Pekikan takbir menggema kembali. “Duhai, ‘Ukasyah berbahagialah engkau telah dijamin Nabi sedemikian pasti, bergembiralah engkau, kerana kelak engkau menjadi salah seorang yang menemani Rasul di syurga”.
Beruntunglah Engkau Ukasyah, Pencinta Kekasih Allah….
Ya Rasulullah Kami juga ingin mencium tangan dan pipimu dengan penuh kerinduan..