Alhamdulillah, mujahid kedua ummi dan ayah membesar dengan sihat.
1) Uwais sudah pandai berjalan genap umurnya 13 bulan. Walaupun pada perkiraan ummi agak lambat jika dibandingkan dengan ummi dahulu yang berjalan sewaktu umur 9 bulan. Mungkin Uwais seperti ayah (mode:jeles)...^__^....Namun, ummi faham, perkembangan dan tumbesaran anak-anak tidak seharusnya dibandingkan dengan orang lain kerana setiap daripada mereka sangatlah unik Berilah mereka rangsangan, peluang dan galakan yang tidak berbelah bahagi Pernah ummi terbaca di laman web Saiful Islam tentang sakitnya bila dibandingkan dengan orang lain, jadi ummi harus ambil pengajaran ye. Jangan sesekali cakap dengan Uwais, "Uwais tengok tu, si dia dah pandai jalan walaupun dia kecil dari Uwais".
Bila sudah pandai berjalan, ummi ayah pula kena kejar dia. Kadang-kadang tu tak mahu dipimpin tangan. Ummi cerita dengan ayah perihal beriadhah bersama Uwais di Taman Tasik Permaisuri.
"Abang, Uwais tak nak Ummi pimpin tangan dia, tapi bila nak mendaki bukit dia tak bagi ummi lepas tangan dia. Agaknya bila Uwais dah besar, begitulah dia kan abang. Bila dia tak mahu dipimpin, Ummi kena sentiasa mendampingi dia, membimbing dia dan memerhatikan dia. Bila dia hadapi kesukaran, pasti dia sentiasa ingin ummi bersama dengan dia dan tak biarkan dia keseorangan."
Panjang betul celoteh Ummi pada Ayah.
2) Uwais sudah mula berminat ikut Ummi Ayah solat berjemaah. Siap buat gaya nak azan lagi. Rukuk pun dah pandai walaupun sujud kurang sempurna. Ummi Ayah pun suka bila Uwais sama-sama nak solat sekali. Elok beri pendedahan awal padanya. Kalau dengar azan, tangan letak kat telinga, kalau ayah berdoa, dia pun khusyuk sambil duduk atas riba ayh..
3) Suaranya boleh tahan kuatnya dan mulutnya celoteh berbicara. Kalau bercerita dengan ummi, sampai muncung-muncung mulut dia. Uwais sudah pandai sebut:
`Ayah` - ayah
`Ayie' - ayah (panggilan manja Uwais untuk ayah)
`Ummme' - ummi
`Nak nak' - hendak sesuatu
'ta nyak' - tak banyak (bila ummi bagi makanan sikit)
`mamam' - nak makan
`meeen` - amin
`Awwah` - Allah
`kiiiii` - Aki (manja dengan aki, merajuk kalau Aki tak dukung dia)
`Pahhh- Opah
4) Kesukaan Uwais sekarang suka hisap ibu jari kaki. Siap offer ummi lagi. hehe. Ummi cakap dengan Uwais, " Uwais, fitnah besar ni (sebab nanti orang cakap Uwais nak dapat adik..hehe..) ^__^
5) Bila nak tidur mesti cari ayah. Kalau ayah dah tidur dulu, mesti nak kacau dan kejut ayah sambil mulut tak berhenti panggil ayah. Alkisahnya semalam, kul berapa pagi entah, ummi pun tak perasan. Sekali tengok ayah tengah dukung Uwais, ummi pun tanya kenapa. Ayah kata Uwais jatuh katil. Uwais terbangun sebab ayah bangun, agaknya dok golek-golek cari ayah sambil mamai, terus jatuh. Uwais nangis dan ayah pujuk serta tukar CD, menyusu dan tidur balik. Uwais, uwais...
Semoga anak ummi membesar menjadi anak yang soleh lagi musleh. Ummi ayah sayang Uwais...^__^
Dari Blog Ke Telegram
2 years ago
No comments:
Post a Comment