Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

December 6, 2015

Ayah tak suka, tapi anak minat pula. Kenapalah wahai anakku?



Selepas selesai solat berjemaah dengan anak di rumah, terjadi dialog tak disangka. 

"Ayah, along nak baca ni. Ayah ajarlah along."

"Ayah cepatla ajar along. Along tak pandai ni", desak along bila ayahnya macam lambat nak mengajar. 😁

"Along nak baca buku apa tu? Along faham ke?" pelik plak ayah tengok dia bawa buku Histology ayah masa belajar dulu. 

"Alah ayah ajarla along. Along nak baca buku 'sel' ni!" pandai pulak Along cakap buku sel. Ini mesti ummi dah ajar ni. 

"Oklah. Ayah ajar along ye."

Habis. Habis. 

Habis dari muka depan sampai dekat setengah buku Along nak baca. Itu pun sebab ayah buat trik biar dia nak berhenti baca. Kalau tak, mesti habis satu buku nak dibacanya. 

Ntah macam mana anak ayah seorang ni minat nak baca buku Histo. Ayah pun tak penah nak belek satu-satu buku ni. Dah 5 tahun habis belajar baru perasan ada gambar yang tak pernah tengok dulu masa belajar. Itu pun sebab anak sendiri yang belek. Nampak sangat tak berapa baca buku ni. Hehe. 

Kalau along tahu ayah tak favor sangat nak belajar histo, mesti along marah punya. Mana tak marah, ummi cakap hari-hari nak belajar sel. 
Semangat sungguh!

Susah nak minat sebab subjek ni dahla halus (wajib tengok mikroskop), gambar pulak banyak hitam putih. Lagi banyak pula benda nak hafal. Huhu. 

Tak tahulah kenapa anak seorang ni suka Histology. Mungkinkah:

1. Buku Histo ni memang letak sama dengan buku-buku along. Mungkin along dah boring baca buku-buku dia, dia ambil pulak buku ayah dia. Ingat nak tengok je, rupanya minat plak.

2. Ummi ayah tak marah kalau along nak baca buku kami. Walaupun buku-buku health ni harga mahal sampai  beratus, tapi biarlah anak nak baca. Kalau dia suka nak baca, kami pun lagilah suka. Apalah sangat ratus-ratus ni kalau nak banding dengan tabiat suka membaca. Ye tak Ummi Mawaddah Sabarudin?

3. Layankan aje. Kami tak paksa anak-anak nak baca buku. Cuma mudahkan mereka untuk baca buku. Contohnya letak banyak buku kat ruang tamu. Rendah biar senang nak capai. Terhadkan buka TV. Bila anak nak baca je, kita pun tunjukkan minat biar anak pun minat lagi nak baca. 

4. Jangan stress. Biasalah kalau dah banyak buku kat ruang tamu, mesti bersepah dengan buku. Dan anak-anak biasalah tak ingat nak kemas. Kalau dah bersepah tu, biarkanlah dulu kalau tak larat nak kemas. Jangan  marah anak. Kalau asyik marah je suruh kemas, lama-lama anak pun malas nak baca. Sekali-sekala tu takpelah kan. 

Banyak pula ayah membebel kat status ni. Tapi sebab anak punya pasal, ayah pun terjadi rajin plak nak menaip. Bukanlah nak beri tips, cuma nak kongsi pengalaman. Kalau berguna, bolehlah amalkan ye.

Anak oh anak. Penangan anak pada ayahnya. Huhu.

November 1, 2015

Nak masuk Syurga, Tapi...


"Telah hampir datangnya kepada manusia hari mengira amal meraka, sedang mereka lalai, tidak hiraukan persediaan baginya"

~Quran 21: 1~
.

Siapa yang tak nak masuk syurga kan?

Semua tahu dalam syurga takkan ada kesusahan, takkan ada keletihan, takkan ada nak mengadap jem hari2, takkan ada tak cukup duit tengah bulan. Takkan ada perang tak habis2.

Belum masuk pun lagi, baru je cium bau syurga, habis semua masalah yang pernah jadi di dunia tadi, hilang terus.
Sampai kalau tanya pun, "Pernah susah tak kat dunia dulu?"

Jawabnya, "Ish tak pernah pun rasa susah sebelum ni"

Haa. Nampak tak permainannya di situ. Baru cium je bau, terus lupa semua. Belum melangkah pun masuk ke dalam. Kalau dah melangkah memang tak tahulah nak cakap apa kan.

Senang ke nak masuk syurga ni?

Nak kata senang. Tak senang juga. Nak kata susah, tak susah juga. Yang penting mesti usaha sebaik mungkin dan bersungguh-sungguh. InsyaAllah hanya dengan Rahmat Allah jua kita mampu masuk ke syurga.

Kita dah tahu benda ni tapi kita selalu lupa/lalai yang mati itu pasti. Nak masuk syurga syaratnya mesti mati dulu. Kalau tak mati, tak dapat nak masuk ke sana.

Macam mana nak elak dari lalai/lupa tu?

Jawapannya kita boleh tengok apa Steve Jobs cakap.

Haa. Apa kena mengena Steve Jobs dalam benda ni? Dia Islam ke?

Jangan cepat melatah kawan-kawan. Bukan nak kata dia muslim. Tapi banyak kita boleh belajar dari dia. Dan banyak sangat suruhan2 Allah yang dia buat semasa hidup dia.

Dan hasilnya sangat menakjubkan.

Salah satu yang dia buat hari2 dan Rasul SAW kita pun suruh buat setiap hari adalah:

"If today were the last day of your life, would you want to do what you are about to do today?"

Apa maksudnya?
Maksudnya dia ingat kematian setiap hari. Dan bila dia ingat nak mati setiap pagi, dia akan pastikan setiap hari tu adalah hari yang terbaik dalam hidup dia.

Dan hasilnya. Dia menghasilkan banyak ciptaan yang mengubah seluruh dunia. Dan syarikatnya sahaja mempunyai wang tunai bernilai 200 billion USD.

Persoalannya sekarang?

Adakah kita amalkan apa yang Allah dan Rasul kita suruh? Ingat mati?

Nampaknya Steve Jobs lagi mengikut sunnah dari kita!

~Abu Ukasyah~

#motivasidiri #malu #tryingtobethebest #astaghfirullah #InsyaAllah

October 10, 2015

CARA NABI MENDIDIK ANAK - BHGN 2




Pada hari Jumaat yang barakah ini, saya kongsikan sambungan ringkasan dari post yang saya tulis beberapa hari yang lalu. 

3) Bersikap Adil & Menyamakan Pemberian untuk Anak

--> Ini adalah dasar ketiga yang dituntut kepada ibu bapa untuk selalu konsisten dalam melaksanakannya.

--> Kerana kedua hal ini, memiliki pengaruh yang sangat besar dalam sikap BERBAKTI & KETAATAN anak.

 Diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim dari An-Nu'man bin Basyir r.a , bahwa bapanya membawanya berjumpa Rasulullah s.a.w .

Bapanya berkata, 'Sesungguhnya aku akan berikan seorang budakku kepada anakku ini'.

Rasulullah s.a.w bertanya, 'Apakah seluruh anakmu engkau beri pemberian yang sama dengan pemberianmu kepadanya?'

Dia menjawab, 'Tidak'

Rasulullah s.a.w berkata, 'Jangan engkau persaksikan aku dalam kejahatan'.

Rasulullah melanjutkan pertanyaan, 'Apakah engkau mahu kalau sikap berbakti yang mereka berikan sama?'.

Dia menjawab, 'Ya'.

Beliau bersabda, 'Kalau begitu tidak'.

--> Para ulama' salaf memberi perhatian tentang bersikap adil walaupun hanya dalam bab mencium anak kerana ingin merealisasikan perintah s.a.w untuk bersikap adil dalam hal mencium anak lelaki dan anak perempuan.

 Diriwayatkan oleh al-Baihaqi dari Anas r.a 

Bahwasanya seorang sedang duduk bersama Nabi s.a.w. Tidak lama kemudian datang anak lelakinya. Dia pegang, lalu dia cium & dia dudukkan di pangkuannya.

Kemudian, datanglah anak perempuannya & dia pegang & dudukkan disampingnya.
Nabi s.a.w bersabda, 'Engkau tidak berlaku adil terhadap mereka berdua'.

BILA DIBOLEHKAN MEMBERI LEBIH KEPADA ANAK?

Imam Ahmad bin Hanbal berpendapat HARAM nya mengutamakan salah seorang anak selama tidak ada penyebab yang mengHARUSkan hal itu.

Dalam Kitab Al-Mughni, sebahagian anak diberikan lebih kerana sesuatu hal seperti;
 Keperluan yang mendesak
 Waktu kesempitan
 Kebutaan
 Ramainya anak
 Sibuk menuntut ilmu
 dan berbagai hal yang lain

Atau tidak memberi kepada sebahagian anak kerana hal seperti;
 Kefasikannya
 Kebida'ahannya
 Bila pemberian itu digunakan untuk buat maksiat

Maka diriwayatkan dari Ahmad pendapat yang menunjukkan bolehnya hal tersebut dilakukan berdasarkan fatwa beliau tentang bolehnya memberi WAKAF kepada sebahagian anak kerana KEPERLUAN nya & tidak boleh diberikan kerana keinginan untuk melebihkan sahaja. pemberian juga semakna dengan hal ini.

Ringkasan dari buku Prophetic Parenting oleh Dr Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid.


Yang tidak pernah berhenti belajar,
Ummu Ukasyah


P/s: Sesiapa yang tercari-cari tudung untuk anak-anak, jemputlah melawat ke kedai online kami di Facebook U Kids Mart. 😻

October 8, 2015

CARA NABI MENDIDIK ANAK - BHGN 1



Dari Ibnu Abbas r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda;

"Ajarilah, permudahkanlah, jangan engkau persulit, berilah khabar gembira, jangan engkau beri ancaman.  Apabila salah seorang dari kalian marah, hendaknya yang seorang lagi diam".

( Riwayat Ahmad & Bukhari )

Berbagai cara mendidik ini disimpulkan dari hadis-hadis Nabi s.a.w & perilaku sosial beliau kepada anak-anak.

Juga dari perbualan beliau dengan anak-anak atau kepada para bapa tentang cara mendidik anak.

Berikut adalah Cara Mendidik Nabi s.a.w;

1) Menampilkan Suri Teladan yang Baik

> Kedua orang tua dituntut untuk mengerjakan perintah Allah & sunnah2 Rasulullah dalam sikap dan perilaku sentiasa sebab anak2 sentiasa memerhati gerak geri orang tuanya.

.

2) Mencari Waktu yang Tepat untuk Memberi Pengarahan

> Memilih waktu tepat untuk menasihati, memberikan pengaruh yang penting terhadap hasil nasihatnya.

> Juga salah satu cara efektif meringankan tugas orang tua mendidik anak.

Rasulullah s.a.w mempersembahkan kepada kita 3 waktu yang sesuai dalam memberi arahan atau nasihat kepada anak-anak;

🚘 DALAM PERJALANAN

Hadis Ibnu Abbas r.a yang diriwayatkan At-Tirmidzi ;

Aku di belakang Nabi s.a.w pada suatu hari, beliau bersabda, 'Hai anak kecil......'

> Pengarahan ini tidak dilakukan dalam bilik tertutup, tetapi di udara terbuka ketika jiwa si anak dalam keadaan sangat siap menerima arahan dan nasihat.

🍝 WAKTU MAKAN

Hadis dari Umar bin Abi Salamah r.a yang diriwayatkan oleh Bukhari & Muslim ;

Aku masih anak2 ketika berada dalam pengawasan Rasulullah s.a.w. Tanganku bergerak ke sana ke mari di bekas makanan.

Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku, "Hai anak kecil, ucapkanlah bismillah, makanlah dengan tangan kanan & makanlah apa yang ada di hadapanmu".  Sejak itu, begitulah caraku makan.

> Pada waktu makan, seorang anak kecil berusaha untuk menunjukkan diri yang sebenar, hingga dia terkadang melakukan perkarang yang kurang sopan & tidak beradab.

> Inilah waktu yang sesuai untuk ibu bapa menegur & membetulkan kesalahan.

🚑 WAKTU ANAK SAKIT

> Sakit melunakkan hati orang dewasa, apatah lagi hati anak kecil yang masih lembut & masih mudah menerima.

> Anak kecil ketika sakit, ada 2 KEUTAMAAN yang terkumpul padanya untuk membetulkan kesalahan, perilaku bahkan keyakinan.

1) Keutamaan Fitrah Anak
2) Keutamaan Lunaknya Hati

> Rasulullah s.a.w telah memberi nasihat kepada kita tentang hal ini pabila beliau menjenguk seorang anak yahudi yang sedang sakit & mengajaknya masuk Islam. Kunjungan itu menjadi kunci cahaya bagi anak tersebut.

Akan bersambung.....😊

Ringkasan dari buku Prophetic Parenting oleh Dr Muhammad Nur Abdul Hafizh Suwaid.

Yang tidak pernah berhenti belajar,
Ummu 'Ukasyah

September 3, 2015

4 Tips Didik Anak Pakai Tudung



Di sini kami nak share sedikit sebanyak tips untuk didik anak perempuan pakai tudung. Dipetik dari artikel dari Majalah al-Ustaz edisi 18, Telaga Biru.


1. Sikap malu.

Ini perkara yang paling penting. Anak-anak tidak kira lelaki ataupun perempuan perlu diterapkan sifat malu pada diri sejak dari usia kecil lagi. Pastinya perkara ini bermula dari sikap ibu bapa juga.
Kalau ibu bapa sendiri tidak mempunyai perasaan malu, bagaimana kita hendak mengajar anak-anak kita erti malu?

September 2, 2015

KakNgah Anak Dara Kecik Ayah!


Siapalah gerangannya Gadis Melayu Terakhir ni.

Kak Ya:  Kak Ngah ni anak dara kecik ayah.

Ummi:   Ooo Ye ke? (sambil dicubit pipi Kak Ngah)


January 23, 2015

Tudung Budak/Tudung Baby



Assalamualaikum, siapa nak tudung selesa macam 'Ulya Haniyya, boleh beli kat @berryprecieux @berryprecieux ye. #bptudungulya ni senang sarung, one piece gitu. 

Material memang awesome, bahagian printed tu cotton swiss voile. Siapa peminat cotton pasti tau bestnye material ni &harganya.