Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

January 27, 2010

Di sepanjang Perjalanan ini...

Ummi bertunang dengan ayah sewaktu di matrik UIA...


Berkahwin dengan ayah..ummi sarungkan cincin untuk ayah...


Ummi mengandungkan `Ukasyah...Sangat gembira rasanya...


Sewaktu ummi mengandungkan `Ukasyah di usia kandungan 7 bulan


Ummi melahirkan little mujahid sulung di hari kemerdekaan...31 ogos 2009...


Kini, ummi mengandungkan pula adik `Ukasyah, little mujahid junior...Semoga `baby U` juga sesolah abang `Ukasyah ye...


Salam sayang buat abang `Ukasyah dan little mujahid junior kesayangan ummi ayah,

Alhamdulillah ummi sihat…Tapi macam biasalah, bila ummi pregnant, mula ada `penyakit ganjil` datang menyerang…Paling ketara, ummi tidak boleh masak…Orang lain masak dalam rumah ummi juga tidak boleh…Pasal benda ini boleh mood swing dibuatnya…Terus loya hendak muntah…Waktu mengandungkan abang `Ukasyah juga begitu…Hari ini, ummi sekali lagi menghadiri temujanji di Klinik UIA…Alhamdulillah little mujahid junior dan ummi sihat…

Pagi tadi, sewaktu ummi ayah dalam perjalanan ke UIA, ummi telah menimbulkan suasana yang sangat sayu rasanya…Ummi cakap dengan ayah,`Abang, sayang teringat kat `Ukasyah…`Ukasyah dulu bahagia sangat bila dapat tidur bawah selimut dengan ummi….bila sayang tanya `Ukasyah hendak gi nursery, mesti dia pejam mata rapat-rapat`…Ummi bercakap seperti ada nada kekesalan di situ…Tiba-tiba suasana menjadi senyap, sunyi serta hiba…Ummi ayah, menahan air mata bersama…Kelu lidah tidak terkata…Ummi lihat, merah padam muka ayah…Ayah kata ayah sedih…Ummi juga begitu…Rindu sangat padamu `Ukasyah…Menyesal sungguh ummi mengungkapkan kata-kata sebegitu kepada ayah…Akhirnya, ia hanya mengocak jiwa kami berdua…Rasa bersalah sangat ummi pada ayah…Moga Allah kurniakan kami ketabahan dan kesabaran…

Terasa seperti masa sangat cepat berlalu…Ummi rasa seperti baru sahaja mendaftarkan diri di matrikulasi UIA, PJ….Dan kini tinggal 5 bulan lagi sebelum `graduation day`…Masakan tidak berasa begitu, terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang ummi bergelar `student` ini…Bertunang di waktu matrikulasi lagi, berkahwin sewaktu berada di tahun 2 (21 tahun), mengandung sewaktu di tahun 3 (22 tahun) , bersalin di tahun 4 (23 tahun) , `Ukasyah kembali kepada Allah di tahun 4 (23 tahun) dan ummi mengandungkan little mujahid junior pada semester terakhir ummi berada di UIA…Ummi ayah masih 23 tahun dan tidak lama lagi akan menginjak ke usia 24 tahun pula…Di sepanjang perjalanan ini juga, banyak pengalaman pahit dan manis yang berlaku…Banyak kegagalan, banyak juga mencipta kejayaan….Kejayaan dalam definisi ummi ayah tersendiri…

Bulan April ini, kami akan berpindah ke KL…Membawa segala kenangan kami di Kuantan…Ummi akan ada clinical posting di Temerloh serta di Kelantan dan bakinya di HTAA…Terakhir sekali, ummi akan menduduki `Nursing Board Exam` untuk mendapatkan lesen…Selepas itu, mengucapkan selamat tinggal di Bandar Kuantan ini…Bekemungkinan besar, tidak akan kembali lagi di sini…tidak, tidak dan tidak akan…Tidak mahu lagi mengingati perkara yang hanya akan melukakan hati kami…Segala kenangan manis dan pahit di sini akan ummi ayah simpan sekemasnya di dalam hati dan memori kami berdua…

Selepas itu ummi ayah akan menanti hari konvokesyen kami yang kami sendiri tidak pasti akan tarikhnya lagi…Ummi dengar, kemungkinan `convocation day` kami selepas raya, bulan September nanti…Maksudnya, ummi masih dalam pantang lagi…Walaubagaimanapun, ummi akan cuba berusaha untuk menghadirinya kerana `convocation` kali ini sememangnya saat paling bermakna buat ummi ayah sebagai `married students`…Sangat bermakna juga buat kedua-dua anak kami, `Ukasyah dan juga semestinya `Baby U` …

Ummi ayah sangat sayangkan kalian berdua…Ummi juga sangat sayangkan ayah yang semestinya menjadi tulang belakang kepada kejayaan ummi di sepanjang jalan ini…Ayah yang sangat tabah dan sabar menghadapi mehnah kehidupan serta kerenah ummi…Ayah yang banyak berkorban untuk `Ukasyah dan juga `Baby U`…Ayah yang sentiasa bersama ummi di kala suka dan duka…Ayah yang sentiasa menemani ummi sejak pemergian `Ukasyah…Ummi ayah sangat tagihkan redha Allah…Moga baitul muslim yang dibina ini dilembayungi rahmat Allah…Ummi ayah juga berdoa agar anak-anak ummi ayah menjadi anak-anak yang soleh solehah…Menjadi da`ie…Mengamalkan islam dalam segenap kehidupan ini…Menyambung kerja dakwah yang masih tidak selesai dan tiada penghujungnya….Ummi sayang kalian semua…

January 19, 2010

Little Mujahid Junior...


Salam sayang buat `Ukasyah yang ummi ayah rindui selalu,

`Ukasyah bakal jadi abang…Ummi sudah mengandungkan adik `Ukasyah, little mujahid junior…Ummi ayah tetap rindukan abang `Ukasyah seperti dahulu juga…Masakan ummi ayah boleh lupakan anak yang soleh seperti abang `Ukasyah…Hari ahad lepas, ummi ayah ada ziarah pusara abang `Ukasyah kan…Ummi bawa adik sekali…Seperti biasa ummi ayah tidak dapat menahan air mata ini…Tanpa dipinta, ianya jatuh berderai membasahi bumi …Ummi ayah gembira sangat tengok ada orang lain meletakkan bunga melur di atas pusaramu…Yang sebelah pusara `Ukasyah itu juga ahli syurga ye sayang…Ramai yang menyayangi `Ukasyah…Hari begitu mendung tika ummi ayah sampai…Semendungnya hati ummi ayah jua…Sebaik sahaja ummi ayah masuk kereta,terus lebat hujan…berat hati ini untuk pulang ke Kuantan…Terasa seperti meninggalkan `Ukasyah pula walaupun ummi tahu, di pusara itu hanya jasadmu…Ummi tahu kamu sudah bahagia sayang…Ummi gembira `Ukasyah ahli syurga…

`Ukasyah, semalam ummi ayah pergi Klinik UIA sebab hendak buat kad pink untuk adik `Ukasyah, little mujahid junior…Alhamdulillah, ummi ayah berpeluang melihat adik sewaktu doktor scan adik…Kecil je adik sayang…Ummi sihat dan adik `Ukasyah juga sihat…Doktor terpaksa scan adik sebab doktor hendak tahu `gestational age` adik….Since ummi tiada mense sebab fully breastfeed `Ukasyah beberapa bulan yang lalu…InsyaAllah, ummi akan lahirkan little mujahid junior pada due date yang sama dengan `Ukasyah juga…Sehari sebelum raya tahun ini…Ummi ada juga morning sickness, tapi tidak seteruk sewaktu ummi pregnant `Ukasyah sebab ummi sudah pandai hendak kawal...Awal-awal hari itu, ummi selalu rasa seperti pening dan hendak pitam…Alhamdulillah, sekarang sudah tiada..

`Ukasyah permata hati ummi ayah, semoga kamu bahagia di sana sayang…Ummi doakan agar little mujahid junior juga soleh seperti abang `Ukasyah…Buat pengubat hati ummi ayah, little mujahid junior, ummi ayah doakan agar kamu membesar dengan sihat sempurna supaya dapat menjadi seorang da`ie...Besar harapan ummi ayah pada little mujahid junior ini…Semoga kamu perolehi jiwa yang kuat seperti abang `Ukasyah… Ketahuilah, ummi ayah sangat sayangkan `Ukasyah dan little mujahid junior juga…Alhamdulillah, Allah kurniakan ummi ayah dengan anak-anak seperti kamu berdua…

January 12, 2010

ALHAMDULILLAH...


Salam sayang buat permata hati ummi ayah, Ukasyah…Ummi `speechless` sekarang…Hanya ucapan ALHAMDULILLAH yang mampu ummi ayah ucapkan buat masa ini…`Ukasyah, ummi ayah sangat bergembira…Ummi ayah juga pasti kamu gembira….Kami terkenangkan kamu sayang…Setahun yang lalu,pada waktu dan tarikh ini juga, beginilah perasaan ummi ayah….Alhamdulillah `Ukasyah, ummi ayah sungguh tidak sangka…SMS bertalu dari Opah, Aki, Khaulah, Ammu dan adik Mus`ab yang kini berada di Yaman…Opah mengatakan bahawa Opah sememangnya berdoa di bumi anbiya…Kawan-kawan ummi sangat gembira…Hatta, ada yang sebak mengalirkan air mata…Pak Long dan Pak Cu juga call ummi…Gembira sungguh mereka…Dan sebentar tadi, cousin ummi yang rapat, Kak Long Yati juga call ummi…Ayah call Nenek, tapi Nenek tidak sampai rumah lagi…Ayah??? Sudah pasti gembira…Ummi???? Ummi menitiskan airmata…Gembira, sedih dan rindu bercampur baur….Terkenangkan `Ukasyah yang sedang berbahagia…Tidak sangka dan seakan bermimpi…Bersyukur tidak terhingga ke hadrat Allah di atas rahmat dan kurniaannya…

January 11, 2010

Kotak Hitam ???


Gambar ini diambil beberapa jam sebelum `Ukasyah lahir...Manis sangat untuk dikenang...Perut ummi besar sangat berbanding saiz badan ummi yang menyusut sejak pregnant `Ukasyah...Andai ada kelapangan, ummi akan kongsikan serba sedikit detik-detik manis itu...ummi memang simpan kemas `labor progress` ummi yang dicatatkan dalam buku nota kecil...paling tidak berkongsi gambar-gambar sebelum dan selepas ummi melahirkan `Ukasyah...


Salam sayang buat little mujahid kesayangan ummi ayah,

`Ukasyah, hari ini sudah genap sebulan `Ukasyah kembali kepada Allah…Ummi semakin tenang sayang…Cuma air mata ini masih menitis tanpa dipinta…Sejak akhir-akhir ini, ayah yang banyak tulis entry di blog permata hati ummi ini…Tabah dan kuat sungguh ayah untuk mengingatkan kembali saat-saat itu…Apa yang ayah tulis di blog ini juga sebenarnya sangat general…Secara terperincinya, biarlah ummi ayah simpan kemas di dalam memori kami…Memikirkan `Ukasyah bahagia di syurga, membuatkan ummi rasa tenang dan gembira…Tersangat redha rasanya hati ini melepaskan `Ukasyah kembali dalam pemeliharaan Allah…Doakan ummi ayah dapat bersama kamu di daerah yang abadi…

`Ukasyah, kadang-kadang ummi ini berperangai pelik…Pada suatu petang, ketika ummi ke kampus mahu menguruskan research ummi, ummi ada buat permintaan pada ayah…Ummi katakan pada ayah, `Abang, sayang rasa, sayang hendak duduk dalam sebuah kotak hitam`…Ayah terus menunjukkan ekspresi muka yang pelik pada ummi…Ummi tambah lagi, `Dalam kotak tu ada air-cond dan……….ada laptop dan internet`…Ayah berkerut dengar kenyataan ummi…pelik betul ayah kata….Katanya macam orang sakit jiwa pula…hehe…Ayah menyedarkan ummi bahawa kita masih punya tanggungjawab sebagai seorang da`ie, masakan boleh duduk sorang-sorang dalam kotak hitam…Betul kata ayah itu…

Sebenarnya, ummi berkata begitu kerana ummi tidak mahu berjumpa dengan orang…Tidak mahu melihat mata-mata yang simpati terhadap ummi…Sedangkan tiada salahnya jikalau orang respon begitu, tapi itulah soal hati, payah hendak dijangkakan…Ayah cakap, kalau orang lain hadapi keadaan macam kita, ayah pasti ummi akan lakukan perkara yang serupa…Betul juga…Tidak logik pula rasanya jika ada respon yang gembira… Benar, benar…

`Ukasyah, ummi ayah sentiasa merindui kamu…Sentiasa kenang saat-saat manis bersama kamu…Ummi ayah bertuah sangat diberi peluang memiliki `Ukasyah` sebagai zuriat kami walaupun hanya sementara…Bertuah juga menjadi ummi ayah kepada seorang little mujahid yang juga menjadi penghuni syurga…Niat kami memberi nama kepada `Ukasyah bersempena dengan sirah `Ukasyah Ibnu Muhsin juga dimakbulkan Allah…`Ukasyah pasti ingat bahawa ummi ayah sering katakan padamu sewaktu hayatmu di dunia ini , `Ukasyah ahli syurga`…Itulah yang sering ummi ayah sebut setiap hari pada `Ukasyah…Rupa-rupanya, Allah mendengar doa kami….Allah sudah makbulkan doa ummi ayah kepada `Ukasyah…Betapa Allah sayang pada kita semua `Ukasyah…Alhamdulillah….Nikmat yang tiada batasannya…`Ukasyah, moga ada lagi berita gembira menanti ummi ayah…lahir lagi little mujahid junior…amin..