Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

January 11, 2010

Kotak Hitam ???


Gambar ini diambil beberapa jam sebelum `Ukasyah lahir...Manis sangat untuk dikenang...Perut ummi besar sangat berbanding saiz badan ummi yang menyusut sejak pregnant `Ukasyah...Andai ada kelapangan, ummi akan kongsikan serba sedikit detik-detik manis itu...ummi memang simpan kemas `labor progress` ummi yang dicatatkan dalam buku nota kecil...paling tidak berkongsi gambar-gambar sebelum dan selepas ummi melahirkan `Ukasyah...


Salam sayang buat little mujahid kesayangan ummi ayah,

`Ukasyah, hari ini sudah genap sebulan `Ukasyah kembali kepada Allah…Ummi semakin tenang sayang…Cuma air mata ini masih menitis tanpa dipinta…Sejak akhir-akhir ini, ayah yang banyak tulis entry di blog permata hati ummi ini…Tabah dan kuat sungguh ayah untuk mengingatkan kembali saat-saat itu…Apa yang ayah tulis di blog ini juga sebenarnya sangat general…Secara terperincinya, biarlah ummi ayah simpan kemas di dalam memori kami…Memikirkan `Ukasyah bahagia di syurga, membuatkan ummi rasa tenang dan gembira…Tersangat redha rasanya hati ini melepaskan `Ukasyah kembali dalam pemeliharaan Allah…Doakan ummi ayah dapat bersama kamu di daerah yang abadi…

`Ukasyah, kadang-kadang ummi ini berperangai pelik…Pada suatu petang, ketika ummi ke kampus mahu menguruskan research ummi, ummi ada buat permintaan pada ayah…Ummi katakan pada ayah, `Abang, sayang rasa, sayang hendak duduk dalam sebuah kotak hitam`…Ayah terus menunjukkan ekspresi muka yang pelik pada ummi…Ummi tambah lagi, `Dalam kotak tu ada air-cond dan……….ada laptop dan internet`…Ayah berkerut dengar kenyataan ummi…pelik betul ayah kata….Katanya macam orang sakit jiwa pula…hehe…Ayah menyedarkan ummi bahawa kita masih punya tanggungjawab sebagai seorang da`ie, masakan boleh duduk sorang-sorang dalam kotak hitam…Betul kata ayah itu…

Sebenarnya, ummi berkata begitu kerana ummi tidak mahu berjumpa dengan orang…Tidak mahu melihat mata-mata yang simpati terhadap ummi…Sedangkan tiada salahnya jikalau orang respon begitu, tapi itulah soal hati, payah hendak dijangkakan…Ayah cakap, kalau orang lain hadapi keadaan macam kita, ayah pasti ummi akan lakukan perkara yang serupa…Betul juga…Tidak logik pula rasanya jika ada respon yang gembira… Benar, benar…

`Ukasyah, ummi ayah sentiasa merindui kamu…Sentiasa kenang saat-saat manis bersama kamu…Ummi ayah bertuah sangat diberi peluang memiliki `Ukasyah` sebagai zuriat kami walaupun hanya sementara…Bertuah juga menjadi ummi ayah kepada seorang little mujahid yang juga menjadi penghuni syurga…Niat kami memberi nama kepada `Ukasyah bersempena dengan sirah `Ukasyah Ibnu Muhsin juga dimakbulkan Allah…`Ukasyah pasti ingat bahawa ummi ayah sering katakan padamu sewaktu hayatmu di dunia ini , `Ukasyah ahli syurga`…Itulah yang sering ummi ayah sebut setiap hari pada `Ukasyah…Rupa-rupanya, Allah mendengar doa kami….Allah sudah makbulkan doa ummi ayah kepada `Ukasyah…Betapa Allah sayang pada kita semua `Ukasyah…Alhamdulillah….Nikmat yang tiada batasannya…`Ukasyah, moga ada lagi berita gembira menanti ummi ayah…lahir lagi little mujahid junior…amin..

5 comments:

  1. assalamualaikum..
    saya sgt2 tersentuh dgn awak dan suami..berlinang air mata saya membaca tentang pemergian 'ukasyah..semoga awak berdua diberi kekuatan dan ketabahan dlm menghadapi semua ni..
    semoga 'ukasyah sentiasa dalam rahmat-Nya..amin

    ReplyDelete
  2. salam...saya doakn semoga akak sentiasa bersabar dan terus bersabar utk menghadapi hidup yg sementara ini....sgt2 sedih bl bc blog ni....mudah2an ad hikmat disebalik dugaan ini...

    ReplyDelete
  3. salam

    adik mawaddah ..

    moga tabah yer dik...akak punya anak seusia ukasyah..malah bermula dari kita sama-sama pregnant akak sentiasa mengikuti perkembangan ukasyah..hinggalah kini. harapan akak suatu hari nanti kita dapat bertemu. ukasyah ahli syurga...

    kak humairah
    ireland (x iium 2000)

    ReplyDelete
  4. salam adik mawaddah...

    moga tabah yer dik. akak juga punya anak seusia ukasyah..malah sejak kita sama-sama pregnant entry tentang little mujahid paling akak tunggu2..hinggalah kini. moga kita dapat dipertemukan suatu hari nanti..ukasyah ahli syurga..

    k humairah
    ireland (x iium 2000)

    ReplyDelete
  5. walaupun saya belum berkahwin, tapi saya tau
    mcm mana perasaan bila ada di situasi macam ni

    Al-Fatihah

    ReplyDelete