Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

March 26, 2012

Sahabat Dunia Akhirat, Mus`ab & Tholhah

Assalamualaikum,

Uwais ada 2 orang sahabat karib, namanya Mus`ab dan Tholhah.  Mus`ab & Tholhah bukan sahaja sahabat Uwais, tapi juga sepupu serta abang dan adik susuan Uwais.  Adik Tholhah, sampai sekarang pun minta kat Ummi lagi.  Uwais sayang Mus`ab & Tholhah.  Walaupun kadang-kadang tu berperang, tapi sekejap je.  Selepas itu pasti berbaik semula.  Kami kan sahabat baik dunia dan akhirat, berkasih sayang kerana Allah.   Doakan kami bertiga jadi hamba Allah yang taat ye.   Kami murabbi kecil. ^__^


March 23, 2012

Kerjaya, Ummi dan Ayah

Assalamualaikum,

Uwais dan adik, ini kisah Ummi dan Ayah tau.  Ummi catatkan untuk kenangan kita anak-beranak.

Seperti yang Uwais maklum, Ummi seorang ibu yang bekerja dari rumah.  Ya, bukan mudah untuk Ummi, tapi sangat menggembirakan hati Ayah.  Dalam bisnes, Ayah la `big bos` Ummi sebab Ayah CEO. hehe.  Ummi manager.  Setiap hari, CEO mesti tanya, "Sayang, banyak tak sales ari ni" ataupun Ayah terus je check database.   Kadang-kadang, pening juga Manager bila kena soal dengan CEO pasal akaun.  Jadi manager pun bukan senang, nak cuti kena minta dengan CEO. hehe.

Al-kisahnya, kata-kata Ayah baru-baru ini membuatkan Ummi geli hati dan gelak besar.  Kelakar la Ayah.  Sekali tu Ayah kata nak tidur, Ummi pun keluar bilik sebab nak melayan Uwais.  Sekali bila Ummi masuk balik, rupanya Ayah tak tidur lagi, termenung je persisnya.  Ummi pun tanya, "Aik, abang kata nak tidur".  Ayah pun jawab, "Kaya ye sayang sekarang, gaji sama dengan abang yang Pharmacist ni".  Ummi speechless, terus tergelak besar.  Boleh pula fikir gitu. "Yelah, kalau sayang pergi kerja, lagi banyak kos yang keluar.  Sayang kan suka shopping. hehe.  Anak-anak lagi kena fikir siapa nak jaga. Abang kan suka sayang duduk rumah".  Ayah pun jawab, "aah, kalau macam ni, lagi elok sayang duduk rumah, tarbiyyah anak-anak sendiri, dapat gaji juga".

Semoga Allah redha dengan pengorbanan Ummi untuk bekerja dari rumah.  Ya, bukan mudah.  Ramai yang berkata-kata, rugi belajar tinggi tapi tak kerja.  Tapi Ummi tak mahu fikirkan kata-kata orang, sebab ini permintaan Ayah walaupun tanpa paksaan.  Opah dan Aki pun tak bagi Ummi kerja dan Opah juga yang suka anak-anak perempuannya mentarbiyyah sendiri cucu-cucu dia.  Sebab satu masa dahulu, Opah juga alami apa yang Ummi alami sekarang.  Yang paling utama, redha Allah.

Tapi tak salah pun kalau ingin bekerja, opah juga keluar bekerja bila ada tuntutan dan keperluan setelah anak-anak dah bersekolah.  Ummi pun mungkin begitu, setelah anak-anak besar nanti.   Bak kata Ayah, "Tak kisahlah kerja atau tidak, pokoknya wanita harus sedar tanggungjawab utama mereka sebagai Isteri dan Ibu."

March 21, 2012

4th ANC: 3rd Little Mujahid @ 20W

Assalamualaikum kesayangan Ummi,
Ummi jarang update kisah adik ye kat blog.  Maafkan Ummi ye sayang adik, nanti Ummi nak rajin tulis tentang adik.  Check-up yang ke-4 minggu lepas kurang menyeronokkan hati Ummi sebab Ummi baru lepas deal dengan encik kontraktor rumah kita yang banyak beralasan tu, sampai Ummi cakap dengan Ayah, naik darah tinggi Ummi rasanya.

Tapi tak naik pun tekanan darah Ummi.  Nurse check, 100/80mmHg.  hehe.  Drama je Ummi ni kan.  Berat Ummi seperti yang telah dijangka, memang tak naik.  Ummi cakap dengan Ayah, nak terus terang jelah dengan doktor.  Bila masuk jumpa Dr. Khairiah, pastilah kena investigate kan.  Ummi pun cakaplah, Along Uwais meragam, Ummi tak cukup tidur.  hehe. Tapi bila Dr. Khairiah check adik, elok je adik membesar, alhamdulillah.

Kali ni sepatutnya dapatlah tengok gender adik, tapi adik dalam posisi bersujud dan membelakangkan kami.  Adik tengah solat asar gamaknya.  Punah harapan Ummi Ayah nak tengok dia.  Muka adik pun tak jelas.  Ish, pemalu betul si adik ni ye.  Ayah cakap dengan Ummi, kita anggap jelah adik ni girl.  Bukannya apa, next week Ummi Ayah nak fly dah, kat sana nanti nak shopping baju dan kelengkapan si adik sebab baju Abang dan Along dah tak berapa nak elok.  Tak mengapa lah adik, Ummi tak kisah kalau adik nak bagi surprise ye. hehe.

Sayang puteri Ummi Ayah ini, moga membesar menjadi anak yang solehah, ibu yang mithali. ^__^

March 2, 2012

Tips: Melatih Anak Duduk dalam Car Seat


Assalamualaikum,

Kali ini Ummi nak kongsi sedikit tips yang Ummi praktikkan untuk melatih Uwais duduk disiplin dalam car seat.  Ini berdasarkan pengalaman Ummi Ayah mendisiplinkan Uwais ye.  Kami tak melakukan kajian bagaimana melatih anak tetapi hanya buat kajian car seat jenis apa yang sesuai. hehe.  Kesilapan besar kami.

Permulaan
Pada permulaannya, Ummi fikir agak sukar untuk melatih seorang toddler bilamana dia tidak dibiasakan duduk dalam car seat sedari dia newborn lagi.  Tidak seperti `Ukasyah yang sememangnya telah biasa duduk dalam car seat waktu dari lahir lagi.  Ummi Ayah pun asyik berbincang perihal Uwais yang semakin aktif dan agak bahaya untuk membiarkannya tanpa duduk dalam car seat memandangkan kami selalu travel.  Lagipun, perut Ummi makin besar dan Ummi kurang tenaga nak mengawal dia.

Langkah pertama yang Ummi ambil adalah membuat kajian jenis car seat yang sesuai dan berbaloi serta selesa untuk Uwais kerana car seat yang sedia ada sudah tidak sesuai lagi.  Akhirnya Ummi Ayah buat keputusan untuk beli convertible car seat dan car seat yang boleh recline untuk posisi tidur sebab Uwais suka tidur bila naik kereta.  Sekurang-kurangnya, kalau Uwais tak berjaya didisiplinkan Ummi Ayah, boleh juga digunakan untuk si adik nanti.

Akhirnya, yang menjadi pilihan hati dan sesuai dengan budget Ummi Ayah adalah INGLESINA: Moovy Car Seat yang dibeli di The Baby Loft secara online.  Untuk maklumat lanjut, boleh klik pada link laman web The Baby Loft ye.  Harga biasa RM799 dan bila sale dapat dibeli pada harga RM639.20 dan courier service adalah FREE.  Jauh murah dari harga standard yang Ummi Ayah survey di kedai dan supermarket.  Jadi lebih berbaloi beli online, jimat masa sebab Ayah memang malas nak mengharungi traffic jam.
kredit to www.thebabyloft.com





Peringkat Latihan dan Respon Uwais
1) Latihan Pertama
Perjalanan: Kuala Lumpur - Tampin (2 jam)

Kedudukan Car Seat: Hadapan, di sebelah Pemandu

Rasional:
Kenapa Ummi letak dia di hadapan adalah supaya dia nampak jalan dan tidak fokus pada situasi dia berada dalam car seat memandangkan dia sudah terbiasa duduk berpangku dengan Ummi di bahagian hadapan.  Ummi nak bagi dia serasi dulu.  Tapi ingat ye, jangan letak di bahagian penumpang jika ada air bag, bahaya.  Kereta kami tiada air bag untuk penumpang.

Respon:
Uwais tak menangis langsung sampai kami berhenti di RnR Seremban.  Uwais asyik bercakap dengan Ayah dan kami tak berhenti berbual dengan dia.  Dari RnR Seremban ke Tampin, dia tidur lena dalam car seat walaupun ada rengekan sikit dari dia sebab ngantuk sangat.  Sebelum tertidur, Ummi dah siap susukan dia.

2) Latihan kedua

Perjalanan: Kenduri di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor 

Kedudukan Car Seat: Bahagian belakang (belakang tempat duduk Ummi)

Rasional:
Ummi sudah mula nak ajar dia duduk di belakang dan kali ini Ummi temankan dia di belakang.  Rancangannya, bila dia dah tidur, Ummi boleh jump ke seat depan untuk temankan Ayah.  Ummi mula mahu dia berdikari. 

Respon:
Uwais tak menangis tapi merengek sikit kerana kepanasan matahari yang terik.  Jadi Ummi pasangkan clip fan untuk dia supaya dia selesa.  Bila merengek lagi, Ummi beri air suam dan biskut atau roti dan akhirnya dia tertidur sehingga sampai destinasi.

3) Latihan ketiga
Kedudukan Car Seat: Bahagian belakang (belakang tempat duduk pemandu)

Rasional:
Supaya Ummi mudah untuk adjust kedudukan Uwais bilamana Ummi berada di tempat duduk hadapan.  Lagipun lebih mudah untuk Ummi layan keperluan dia.  Kali ini dari awal perjalanan Ummi tak temankan langsung dia duduk di belakang.  Ummi letak dia dalam car seat dan Ummi terus duduk depan.

Respon:
Alhamdulillah, dia sudah semakin biasa dan sudah boleh menerima yang dia kena duduk belakang tanpa Ummi temankan.


Tips Ummi Ayah
  1. Ummi Ayah kena sama-sama berazam dan tanamkan niat untuk disiplinkan Uwais.  Jangan sekali bercanggah pendapat untuk ibu bapa kerana ini membantutkan kejayaan mendisiplinkan anak.  Apa yang Ummi Ayah buat saling berpesan, "Abang/Sayang, kalau Along nangis, kita pujuk je dia.  Jangan cair pula". hehe. 
  2. Terangkan pada anak mengapa ibu bapa perlu melatih dia sebegitu supaya dia faham dan tidak rasa seperti dipaksa.  Penerangan ini perlu pada kebanyakan masa agar dia sentiasa ingat.  "Uwais kena duduk dalam car seat sebab Ummi Ayah nak Uwais selamat.  Bahaya kalau Uwais berjalan-jalan waktu Ayah drive sebab bila Ayah brek, Uwais terhantuk.  Hari tu Uwais terhantuk kan? Sakit kan?".  "Nanti Uwais dah nak dapat adik.  Adik pun kena duduk dalam car seat macam Uwais.  jadi Uwais kena jadi contoh pada adik.  Uwais kan along yang soleh"
  3. Pastikan anak kenyang dan cloth diapers/pampers telah diganti sebelum memulakan perjalanan.  Jika anak breastfeed, susukan dahulu dia sebelum letakkan dia dalam car seat.  Jika dia menyusu botol, buatkan susu untuknya terlebih dahulu.  Jika anak belum sarapan pagi, berikan sarapan dahulu dan begitu juga untuk waktu makan yang lain.  Sentiasa sediakan air suam untuk anak yang berumur 6 bulan ke atas.  Letakkan di tempat yang mudah untuk dia capai.  Sentiasa bawa bekalan makanan untuk anak.  Makanan yang sesuai adalah "finger foods"  seperti buah, roti, biskut dan sebagainya.
  4. Jaga emosi anak sebaik yang mungkin.  Jika sebelum memulakan perjalanan dia menangis, pujuk dia terlebih dahulu.  Bila tangisan sudah reda, baru letakkannya ke dalam car seat.
  5. Pastikan pengaliran udara yang baik untuk anak.  Kebiasaanya, tempat duduk belakang sedikit panas, terutamanya untuk kereta buatan malaysia.  Pasangkan clip fan supaya dia selesa.  Jika waktu malam, mungkin tak perlu.  Lagi satu dekat clip fan ada lampu kan, jadi anak-anak suka tengok.
  6. Jika anak menangis, kenal pasti permasalahan sebenar.  Sama ada dia lapar, haus, mengantuk atau kurang selesa.  Tidak semestinya dia menangis kerana tidak suka duduk dalam car seat.  InsyaALLAH, ibu bapa lebih mengenali anak-anak mereka.^__^
  7. JANGAN PAKSA ANAK.  Walaupun ibu bapa mahu disiplinkan anak-anak, tapi jangan sampai mendera emosi dan perasaannya.  Jangan buat perubahan yang mendadak, tapi biarlah secara perlahan dan istiqamah. 

Alhamdulillah, kini Uwais sendiri yang minta duduk dalam car seat.  Kadang-kadang tu, bila pergi ke kedai yang dekat, Ummi malas letak dia dalam car seat, tapi dia tetap mahu ke belakang duduk dalam car seat.  Ummi turutkan saja kemahuannya.  Merengek tu pasti ada sebab bila mengantuk memang akan ada rengekan kecilnya itu.  Tapi memang kena sabar banyak.  Apa yang paling penting adalah DOA, terutamanya doa si ibu.  Berdoalah, agar Allah permudahkan urusan untuk mentarbiyyah anak.  InsyaAllah.  Semoga berjaya semua.^__^

p/s: "Moving Out Sale" sedang berlangsung di www.ukidsmart.com kerana kami akan beroperasi di tempat baru.  Additional discount untuk follower blog ini ye.  Bila order, komen bahawa anda adalah follower blog ini dan saya akan beri diskaun tambahan.

3rd ANC: 3rd Little Mujahid @ 17W

Assalamualaikum baby Ummi.  Alhamdulillah, sekarang baby dah 18 minggu, tapi Ummi baru nak update antenatal check-up yang ke-3 minggu lepas.

Alhamdulillah, apa lagi yang Ummi perlu rasai melainkan rasa yang syukur sebab baby Ummi sihat dan sempurna membesar dalam rahim Ummi.  Ummi gembira tengok dia, tapi dia suka tidur ye walaupun Ummi tak kuat tidur mengandungkan dia.   Lain sungguh baby berbanding abang dan along.   Bertenang je dia duduk dalam tu sambil tangan letak atas dahi.

Sehari sebelum dan sewaktu dalam perjalanan, Ummi Ayah asyik pesan je kat baby supaya tunjuk `tut tut` dia sebab si baby ini suka membelakangkan kami sewaktu sesi scan.  Jarang dapat lihat baby dari arah depan.   Tapi dia soleh/solehah, dia dengar pesan Ummi Ayah, suruh bagi clear view nak tengok gender. hehe.  Elok je dia `facing` kami semua.  Terima kaish ye.  Kaki pun tak silang, memang bagi peluang nak tengok.  Walau excited sekali pun Ummi dan Ayah, tapi Allah tak izin lagi nak tahu dan CONFIRM gender baby.  Waktu abang dan along dulu memang nampak jelas `bird` nya waktu scan  16 weeks lagi, tapi baby tak nampak bird.  Jadi tak berani lagi nak declare gender adik.  Tunggu adik besar sikit lagi ye.  Boy atau girl, Ummi Ayah bersyukur dan sayang sangat dekat adik tau.

Salam sayang untuk adik baby yang Ummi Ayah sayangi.  ^__^