Assalamualaikum,
Kali ini Ummi nak kongsi sedikit tips yang Ummi praktikkan untuk melatih Uwais duduk disiplin dalam car seat. Ini berdasarkan pengalaman Ummi Ayah mendisiplinkan Uwais ye. Kami tak melakukan kajian bagaimana melatih anak tetapi hanya buat kajian car seat jenis apa yang sesuai. hehe. Kesilapan besar kami.
Permulaan
Pada permulaannya, Ummi fikir agak sukar untuk melatih seorang toddler bilamana dia tidak dibiasakan duduk dalam car seat sedari dia newborn lagi. Tidak seperti `Ukasyah yang sememangnya telah biasa duduk dalam car seat waktu dari lahir lagi. Ummi Ayah pun asyik berbincang perihal Uwais yang semakin aktif dan agak bahaya untuk membiarkannya tanpa duduk dalam car seat memandangkan kami selalu travel. Lagipun, perut Ummi makin besar dan Ummi kurang tenaga nak mengawal dia.
Langkah pertama yang Ummi ambil adalah membuat kajian jenis car seat yang sesuai dan berbaloi serta selesa untuk Uwais kerana car seat yang sedia ada sudah tidak sesuai lagi. Akhirnya Ummi Ayah buat keputusan untuk beli convertible car seat dan car seat yang boleh recline untuk posisi tidur sebab Uwais suka tidur bila naik kereta. Sekurang-kurangnya, kalau Uwais tak berjaya didisiplinkan Ummi Ayah, boleh juga digunakan untuk si adik nanti.
Akhirnya, yang menjadi pilihan hati dan sesuai dengan budget Ummi Ayah adalah INGLESINA: Moovy Car Seat yang dibeli di The Baby Loft secara online. Untuk maklumat lanjut, boleh klik pada link laman web The Baby Loft ye. Harga biasa RM799 dan bila sale dapat dibeli pada harga RM639.20 dan courier service adalah FREE. Jauh murah dari harga standard yang Ummi Ayah survey di kedai dan supermarket. Jadi lebih berbaloi beli online, jimat masa sebab Ayah memang malas nak mengharungi traffic jam.
kredit to www.thebabyloft.com |
Peringkat Latihan dan Respon Uwais
1) Latihan Pertama
Perjalanan: Kuala Lumpur - Tampin (2 jam)
Kedudukan Car Seat: Hadapan, di sebelah Pemandu
Rasional:
Kenapa Ummi letak dia di hadapan adalah supaya dia nampak jalan dan tidak fokus pada situasi dia berada dalam car seat memandangkan dia sudah terbiasa duduk berpangku dengan Ummi di bahagian hadapan. Ummi nak bagi dia serasi dulu. Tapi ingat ye, jangan letak di bahagian penumpang jika ada air bag, bahaya. Kereta kami tiada air bag untuk penumpang.
Respon:
Uwais tak menangis langsung sampai kami berhenti di RnR Seremban. Uwais asyik bercakap dengan Ayah dan kami tak berhenti berbual dengan dia. Dari RnR Seremban ke Tampin, dia tidur lena dalam car seat walaupun ada rengekan sikit dari dia sebab ngantuk sangat. Sebelum tertidur, Ummi dah siap susukan dia.
2) Latihan kedua
Perjalanan: Kenduri di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor
Kedudukan Car Seat: Bahagian belakang (belakang tempat duduk Ummi)
Rasional:
Ummi sudah mula nak ajar dia duduk di belakang dan kali ini Ummi temankan dia di belakang. Rancangannya, bila dia dah tidur, Ummi boleh jump ke seat depan untuk temankan Ayah. Ummi mula mahu dia berdikari.
Respon:
Uwais tak menangis tapi merengek sikit kerana kepanasan matahari yang terik. Jadi Ummi pasangkan clip fan untuk dia supaya dia selesa. Bila merengek lagi, Ummi beri air suam dan biskut atau roti dan akhirnya dia tertidur sehingga sampai destinasi.
3) Latihan ketiga
Kedudukan Car Seat: Bahagian belakang (belakang tempat duduk pemandu)
Rasional:
Supaya Ummi mudah untuk adjust kedudukan Uwais bilamana Ummi berada di tempat duduk hadapan. Lagipun lebih mudah untuk Ummi layan keperluan dia. Kali ini dari awal perjalanan Ummi tak temankan langsung dia duduk di belakang. Ummi letak dia dalam car seat dan Ummi terus duduk depan.
Respon:
Alhamdulillah, dia sudah semakin biasa dan sudah boleh menerima yang dia kena duduk belakang tanpa Ummi temankan.
Tips Ummi Ayah
- Ummi Ayah kena sama-sama berazam dan tanamkan niat untuk disiplinkan Uwais. Jangan sekali bercanggah pendapat untuk ibu bapa kerana ini membantutkan kejayaan mendisiplinkan anak. Apa yang Ummi Ayah buat saling berpesan, "Abang/Sayang, kalau Along nangis, kita pujuk je dia. Jangan cair pula". hehe.
- Terangkan pada anak mengapa ibu bapa perlu melatih dia sebegitu supaya dia faham dan tidak rasa seperti dipaksa. Penerangan ini perlu pada kebanyakan masa agar dia sentiasa ingat. "Uwais kena duduk dalam car seat sebab Ummi Ayah nak Uwais selamat. Bahaya kalau Uwais berjalan-jalan waktu Ayah drive sebab bila Ayah brek, Uwais terhantuk. Hari tu Uwais terhantuk kan? Sakit kan?". "Nanti Uwais dah nak dapat adik. Adik pun kena duduk dalam car seat macam Uwais. jadi Uwais kena jadi contoh pada adik. Uwais kan along yang soleh"
- Pastikan anak kenyang dan cloth diapers/pampers telah diganti sebelum memulakan perjalanan. Jika anak breastfeed, susukan dahulu dia sebelum letakkan dia dalam car seat. Jika dia menyusu botol, buatkan susu untuknya terlebih dahulu. Jika anak belum sarapan pagi, berikan sarapan dahulu dan begitu juga untuk waktu makan yang lain. Sentiasa sediakan air suam untuk anak yang berumur 6 bulan ke atas. Letakkan di tempat yang mudah untuk dia capai. Sentiasa bawa bekalan makanan untuk anak. Makanan yang sesuai adalah "finger foods" seperti buah, roti, biskut dan sebagainya.
- Jaga emosi anak sebaik yang mungkin. Jika sebelum memulakan perjalanan dia menangis, pujuk dia terlebih dahulu. Bila tangisan sudah reda, baru letakkannya ke dalam car seat.
- Pastikan pengaliran udara yang baik untuk anak. Kebiasaanya, tempat duduk belakang sedikit panas, terutamanya untuk kereta buatan malaysia. Pasangkan clip fan supaya dia selesa. Jika waktu malam, mungkin tak perlu. Lagi satu dekat clip fan ada lampu kan, jadi anak-anak suka tengok.
- Jika anak menangis, kenal pasti permasalahan sebenar. Sama ada dia lapar, haus, mengantuk atau kurang selesa. Tidak semestinya dia menangis kerana tidak suka duduk dalam car seat. InsyaALLAH, ibu bapa lebih mengenali anak-anak mereka.^__^
- JANGAN PAKSA ANAK. Walaupun ibu bapa mahu disiplinkan anak-anak, tapi jangan sampai mendera emosi dan perasaannya. Jangan buat perubahan yang mendadak, tapi biarlah secara perlahan dan istiqamah.
Alhamdulillah, kini Uwais sendiri yang minta duduk dalam car seat. Kadang-kadang tu, bila pergi ke kedai yang dekat, Ummi malas letak dia dalam car seat, tapi dia tetap mahu ke belakang duduk dalam car seat. Ummi turutkan saja kemahuannya. Merengek tu pasti ada sebab bila mengantuk memang akan ada rengekan kecilnya itu. Tapi memang kena sabar banyak. Apa yang paling penting adalah DOA, terutamanya doa si ibu. Berdoalah, agar Allah permudahkan urusan untuk mentarbiyyah anak. InsyaAllah. Semoga berjaya semua.^__^
p/s: "Moving Out Sale" sedang berlangsung di www.ukidsmart.com kerana kami akan beroperasi di tempat baru. Additional discount untuk follower blog ini ye. Bila order, komen bahawa anda adalah follower blog ini dan saya akan beri diskaun tambahan.
bagusnya info..thanks for sharing..
ReplyDeletesalam mawaddah
ReplyDeleteakak pun latih juga anak akak kalau balik dari pahang ke johor atau dari pahang ke kedah.memang anak2 mula2 macam tak biasa duduk dalam seat ni tapi lama2 bila dah biasa,meraka akan ok
Salam..mohon share ya..nk prektik utk anakanda ni...tq
ReplyDelete