Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.
Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

March 2, 2012

Tips: Melatih Anak Duduk dalam Car Seat


Assalamualaikum,

Kali ini Ummi nak kongsi sedikit tips yang Ummi praktikkan untuk melatih Uwais duduk disiplin dalam car seat.  Ini berdasarkan pengalaman Ummi Ayah mendisiplinkan Uwais ye.  Kami tak melakukan kajian bagaimana melatih anak tetapi hanya buat kajian car seat jenis apa yang sesuai. hehe.  Kesilapan besar kami.

Permulaan
Pada permulaannya, Ummi fikir agak sukar untuk melatih seorang toddler bilamana dia tidak dibiasakan duduk dalam car seat sedari dia newborn lagi.  Tidak seperti `Ukasyah yang sememangnya telah biasa duduk dalam car seat waktu dari lahir lagi.  Ummi Ayah pun asyik berbincang perihal Uwais yang semakin aktif dan agak bahaya untuk membiarkannya tanpa duduk dalam car seat memandangkan kami selalu travel.  Lagipun, perut Ummi makin besar dan Ummi kurang tenaga nak mengawal dia.

Langkah pertama yang Ummi ambil adalah membuat kajian jenis car seat yang sesuai dan berbaloi serta selesa untuk Uwais kerana car seat yang sedia ada sudah tidak sesuai lagi.  Akhirnya Ummi Ayah buat keputusan untuk beli convertible car seat dan car seat yang boleh recline untuk posisi tidur sebab Uwais suka tidur bila naik kereta.  Sekurang-kurangnya, kalau Uwais tak berjaya didisiplinkan Ummi Ayah, boleh juga digunakan untuk si adik nanti.

Akhirnya, yang menjadi pilihan hati dan sesuai dengan budget Ummi Ayah adalah INGLESINA: Moovy Car Seat yang dibeli di The Baby Loft secara online.  Untuk maklumat lanjut, boleh klik pada link laman web The Baby Loft ye.  Harga biasa RM799 dan bila sale dapat dibeli pada harga RM639.20 dan courier service adalah FREE.  Jauh murah dari harga standard yang Ummi Ayah survey di kedai dan supermarket.  Jadi lebih berbaloi beli online, jimat masa sebab Ayah memang malas nak mengharungi traffic jam.
kredit to www.thebabyloft.com





Peringkat Latihan dan Respon Uwais
1) Latihan Pertama
Perjalanan: Kuala Lumpur - Tampin (2 jam)

Kedudukan Car Seat: Hadapan, di sebelah Pemandu

Rasional:
Kenapa Ummi letak dia di hadapan adalah supaya dia nampak jalan dan tidak fokus pada situasi dia berada dalam car seat memandangkan dia sudah terbiasa duduk berpangku dengan Ummi di bahagian hadapan.  Ummi nak bagi dia serasi dulu.  Tapi ingat ye, jangan letak di bahagian penumpang jika ada air bag, bahaya.  Kereta kami tiada air bag untuk penumpang.

Respon:
Uwais tak menangis langsung sampai kami berhenti di RnR Seremban.  Uwais asyik bercakap dengan Ayah dan kami tak berhenti berbual dengan dia.  Dari RnR Seremban ke Tampin, dia tidur lena dalam car seat walaupun ada rengekan sikit dari dia sebab ngantuk sangat.  Sebelum tertidur, Ummi dah siap susukan dia.

2) Latihan kedua

Perjalanan: Kenduri di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor 

Kedudukan Car Seat: Bahagian belakang (belakang tempat duduk Ummi)

Rasional:
Ummi sudah mula nak ajar dia duduk di belakang dan kali ini Ummi temankan dia di belakang.  Rancangannya, bila dia dah tidur, Ummi boleh jump ke seat depan untuk temankan Ayah.  Ummi mula mahu dia berdikari. 

Respon:
Uwais tak menangis tapi merengek sikit kerana kepanasan matahari yang terik.  Jadi Ummi pasangkan clip fan untuk dia supaya dia selesa.  Bila merengek lagi, Ummi beri air suam dan biskut atau roti dan akhirnya dia tertidur sehingga sampai destinasi.

3) Latihan ketiga
Kedudukan Car Seat: Bahagian belakang (belakang tempat duduk pemandu)

Rasional:
Supaya Ummi mudah untuk adjust kedudukan Uwais bilamana Ummi berada di tempat duduk hadapan.  Lagipun lebih mudah untuk Ummi layan keperluan dia.  Kali ini dari awal perjalanan Ummi tak temankan langsung dia duduk di belakang.  Ummi letak dia dalam car seat dan Ummi terus duduk depan.

Respon:
Alhamdulillah, dia sudah semakin biasa dan sudah boleh menerima yang dia kena duduk belakang tanpa Ummi temankan.


Tips Ummi Ayah
  1. Ummi Ayah kena sama-sama berazam dan tanamkan niat untuk disiplinkan Uwais.  Jangan sekali bercanggah pendapat untuk ibu bapa kerana ini membantutkan kejayaan mendisiplinkan anak.  Apa yang Ummi Ayah buat saling berpesan, "Abang/Sayang, kalau Along nangis, kita pujuk je dia.  Jangan cair pula". hehe. 
  2. Terangkan pada anak mengapa ibu bapa perlu melatih dia sebegitu supaya dia faham dan tidak rasa seperti dipaksa.  Penerangan ini perlu pada kebanyakan masa agar dia sentiasa ingat.  "Uwais kena duduk dalam car seat sebab Ummi Ayah nak Uwais selamat.  Bahaya kalau Uwais berjalan-jalan waktu Ayah drive sebab bila Ayah brek, Uwais terhantuk.  Hari tu Uwais terhantuk kan? Sakit kan?".  "Nanti Uwais dah nak dapat adik.  Adik pun kena duduk dalam car seat macam Uwais.  jadi Uwais kena jadi contoh pada adik.  Uwais kan along yang soleh"
  3. Pastikan anak kenyang dan cloth diapers/pampers telah diganti sebelum memulakan perjalanan.  Jika anak breastfeed, susukan dahulu dia sebelum letakkan dia dalam car seat.  Jika dia menyusu botol, buatkan susu untuknya terlebih dahulu.  Jika anak belum sarapan pagi, berikan sarapan dahulu dan begitu juga untuk waktu makan yang lain.  Sentiasa sediakan air suam untuk anak yang berumur 6 bulan ke atas.  Letakkan di tempat yang mudah untuk dia capai.  Sentiasa bawa bekalan makanan untuk anak.  Makanan yang sesuai adalah "finger foods"  seperti buah, roti, biskut dan sebagainya.
  4. Jaga emosi anak sebaik yang mungkin.  Jika sebelum memulakan perjalanan dia menangis, pujuk dia terlebih dahulu.  Bila tangisan sudah reda, baru letakkannya ke dalam car seat.
  5. Pastikan pengaliran udara yang baik untuk anak.  Kebiasaanya, tempat duduk belakang sedikit panas, terutamanya untuk kereta buatan malaysia.  Pasangkan clip fan supaya dia selesa.  Jika waktu malam, mungkin tak perlu.  Lagi satu dekat clip fan ada lampu kan, jadi anak-anak suka tengok.
  6. Jika anak menangis, kenal pasti permasalahan sebenar.  Sama ada dia lapar, haus, mengantuk atau kurang selesa.  Tidak semestinya dia menangis kerana tidak suka duduk dalam car seat.  InsyaALLAH, ibu bapa lebih mengenali anak-anak mereka.^__^
  7. JANGAN PAKSA ANAK.  Walaupun ibu bapa mahu disiplinkan anak-anak, tapi jangan sampai mendera emosi dan perasaannya.  Jangan buat perubahan yang mendadak, tapi biarlah secara perlahan dan istiqamah. 

Alhamdulillah, kini Uwais sendiri yang minta duduk dalam car seat.  Kadang-kadang tu, bila pergi ke kedai yang dekat, Ummi malas letak dia dalam car seat, tapi dia tetap mahu ke belakang duduk dalam car seat.  Ummi turutkan saja kemahuannya.  Merengek tu pasti ada sebab bila mengantuk memang akan ada rengekan kecilnya itu.  Tapi memang kena sabar banyak.  Apa yang paling penting adalah DOA, terutamanya doa si ibu.  Berdoalah, agar Allah permudahkan urusan untuk mentarbiyyah anak.  InsyaAllah.  Semoga berjaya semua.^__^

p/s: "Moving Out Sale" sedang berlangsung di www.ukidsmart.com kerana kami akan beroperasi di tempat baru.  Additional discount untuk follower blog ini ye.  Bila order, komen bahawa anda adalah follower blog ini dan saya akan beri diskaun tambahan.

February 11, 2011

Prinsip Ummi & Ayah

Assalamualaikum,

Nanti Uwais jangan jemu membaca coretan ummi ayah di sini tau. Seperti ummi yang tak jemu mendengar kisah Opah dan aki membesarkan ummi.  Boleh kata kalau Uwais  Tanya ummi tentang bagaimana ummi membesar, pandai berjalan umur berapa, mesti ummi boleh jawab…Sebenarnya ummi nak cerita benda lain ni kat Uwais, tapi termasuk bab lain.

Ummi cuba sampaikan dengan cara terbaik ye Uwais tentang perkara ini. Uwais tahu kan ummi ini anak perempuan sulung opah dan aki? Eh, mestilah tahu..hehe.  Jadi cara ummi membesarkan, menjaga dan mendidik Uwais mestilah sepertimana Opah dan aki membesarkan ummi.  Sebab itu lah penting dalam pemilihan seorang isteri kerana kehidupannya banyak dipengaruhi keluarganya. Lagipun, dia yang akan mendidik anak-anak nanti. Dalam bab ini, pasti ada perbezaan antara ummi dan orang lain.  Penyelesaiannya amat mudah iaitu, harus saling hormat menghormati selagi tidak melanggar batas syarak.  Betul tak Ustaz Uwais al-Qarni? Betul kan?

Dalam menangani perbezaan ini, ummi ayah sangat bersepakat dan sekepala dengan apa yang kami inginkan untuk anak-anak.   Walaupun background ummi ayah sangat berbeza.  Ayah juga sangat menghormati setiap keputusan ummi , kerana bagi ayah, ummi adalah ibu kepada anak-anaknya.  Lebih memahami keperluan mereka. Bertuah ummi dapat suami macam ayah.  Kami raikan perbezaan ini dengan bersepakat.

Ayah selalu ingatkan ummi, walau apa pun orang lain nak kata, ummi ayah kena berpegang teguh dengan prinsip yang telah kami sama-sama gariskan.  Buat pengetahuan Uwais, sebelum abang `Ukasyah lahir lagi, ummi ayah sentiasa berbincang, bagaimana kami mahu membesarkan kalian semua?  Kalau bab mentarbiyyah, lagi panjang berjela kami berbincang.  Jika anak-anak berbuat begini atau begitu, apa yang kita harus lakukan? Dan dalam perkara ini, sudah tentu opah dan aki menjadi rujukan ummi ayah.

Namun begitu, bukan semua boleh faham dan hormati prinsip ummi dan ayah ini.  Ada yang provoke ummi ayah, tapi kami bersabar dan bertahan.  Walaupun, ummi hampir tersungkur, namun ayah papah ummi kembali.  Ini semua rencah dalam kehidupan.  Pesan ayah pada ummi, usah memberi  ilmu pada yang tak mampu memahami.  Kalau tak silap ummi, ayah cakap dari Saidina Ali. Nanti ummi confirm kan balik ye Uwais.  Ummi pun tak ingat sangat. Harapan ummi ayah, ada yang membaca dan memahami.  Ummi ayah tak tahu lagi cara yang terbaik untuk menyampaikan padanya.

Alah, dah panjang berjela ummi cerita, Uwais faham tak ni? Buat-buat faham jelah ye sayang. Benda ni applicable  untuk anak-anak ummi je tau.

Menyusukan Uwais dengan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan. Meneruskan penyusuan susu ibu sepenuhnya sehingga umur Uwais 2 tahun tanpa susu formula. No solid food sebelum umur Uwais 6 bulan. Tidak perlu buai untuk Uwais tidur ye. No pacifier for Uwais.  

Ok Uwais, ummi ayah tak nak tulis lagi ni. Cukuplah mengerti perasaan ini. Hihi.Sayang sangat abang `Ukasyah dan Uwais tau.

Pesan Ummi: Uwais nak tahu tak, pak long, ummi, khaulah dan pak cu semua fully breastfeed dengan opah tau.Opah yang beri semangat, motivasi dan menghulurkan bantuan kepada ummi dan khaulah di dalam misi menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif  buat cucu-cucunya.  Semua cousin ummi pun menyusukan anak hanya dengan susu ibu.  Alhamdulillah, family ummi semua support BF.  Bila berkumpul, semua buka kilang susu asli. hehe..Nanti ummi nak menantu-menatu dan anak-anak perempuan ummi juga begitu.  Ayah juga pemberi semangat pada ummi.  Bak kata ayah, menyusukan anak ini juga jihad.  

February 10, 2011

Nikmatnya Menjadi Ummi



Assalamualaikum

Uwais, ummi gembira sangat menikmati setiap detik sebagai seorang ibu..Melihat setiap development Uwais..Perubahan yang berlaku pada Uwais…Alhamdulillah, ummi bersyukur sangat pada Allah kerna memberi ummi peluang kali kedua menjadi seorang ibu..Bukan saja untuk kedua kalinya, tapi ummi harapkan yang ketiga, keempat, kelima, keenam dan seterusnya…

Suatu hari nanti, bila Uwais jadi ayah, pasti Uwais akan mengerti perasaan ummi dan ayah…Bilamana abang `Ukasyah tiada, ummi ayah sungguh rindu untuk mentarbiyyah seorang anak…Sunyi sangat hidup kami berdua…Seperti tiada lagi warna dalam kehidupan ini…Hidup ummi ayah bertemankan air mata…Sungguhpun hati ini redha, namun kenangan-kenangan bersama abang `Ukasyah itu sukar untuk ummi ayah lupakan…

Semalam, ummi terbaca beberapa blog ummu ahlul jannah…Itu yang ummi terkenang kembali kisah abang `Ukasyah..Bila ummi baca kisah ibu-ibu yang diuji Allah ini, terbit rasa kagum di hati ummi…Sungguh, kadang-kadang ujian yang mereka lalui lebih hebat..Sampai ummi tak sanggup membayangkan jika ummi di tempat mereka…Banyak pengajaran dan tauladan yang ummi dapat kutip dari kisah mereka…

Ada ummi terbaca kat mana entah..Ummi tak pasti…Penulis menulis, kalau tak buat begini, pasti tak jadi begitu…Ummi rasa, jika kita `ber KALAU ` selalu,ianya hanya akan lebih melukakan hati…Akan menunding jari pada orang lain atau menyalahkan diri sendiri..Seperti juga tidak redha dengan ketentuan Allah…Apa lagi yang lebih baik selain menjadikan ujian itu sebagai titik tolak kepada perubahan diri…Jua melakukan anjakan paradigm dalam kehidupan ini…Sekadar pendapat ummi je…

Ok Uwais, sudah terbayar hutang ummi untuk mencatat kisah perjalanan ummi ayah bersama anak-anak..hihi…Kalau begini nikmatnya menjadi seorang ibu, ummi cancel lah perancangan untuk sambung Master dan kembali bekerja…Cadangan dipertimbangkan lepas Uwais dapat adik ye…Ok, cadangan ditutup…hehe..

Pesan Ummi:
Uwais anak yang soleh lagi musleh serta berdaya guna ye..Jaga akhlak dan peribadi…Bakal dai`e, murabbi…

December 30, 2010

SIDS & Stomach Sleeping - Part 2

Assalamualaikum,
Semoga kalian semua berada dalam rahmat Allah..Mawaddah ingin minta maaf pada ibu-ibu di luar sana yang ternanti-nanti akan entri ini..Semalam, memang tak larat sangat nak menulis..Minta maaf ye..Mawaddah akan sedaya upaya menulis dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami..

Apa itu SIDS (Sudden Infant Death Syndrome)?
SIDS adalah kematian secara tiba-tiba, untuk bayi yang berumur kurang dari setahun, yang tak dapat dijelaskan selain dari siasatan secara mendalam...Maksudnya, baby memang nampak sihat je sebelum ni dan tidak menunjukkan sebarang simptom penyakit.

Apa pula `Stomach Sleeping`?
`Stomach Sleeping` ni bahasa inggeris..Bahasa mudahnya, bayi yang tidur dalam keadaan MENIARAP.. 

Apa kaitan SIDS dan `Stomach Sleeping`?
Membiarkan baby tidur meniarap akan meningkatkan risiko SIDS..Memang ada pelbagai lagi faktor yang menyebabkan SIDS seperti bayi pra-matang, bayi yang lahir tak cukup berat, bayi yang terdedah kepada asap rokok, tetapi `TIDUR MENIARAP` adalah faktor utama penyebab SIDS...Melalui penyelidikan yang telah dilakukan oleh ramai penyeledik, bayi yang tidur meniarap, lebih ramai yang kena SIDS berbanding bayi yang tidur terlentang atau mengiring...Ibu-ibu boleh baca research yang dilakukan mengenainya disini. (klik disini)

Kenapa tak boleh beri baby kita tidur meniarap? 
  1. Baby adalah `abdominal breather`, iaitu bernafas dengan bantuan otot abdomen...Bayangkan bila kita beri baby tidur meniarap, maka, ia akan menyukarkannya untuk bernafas...
  2. Bila baby tidur meniarap, udara yang dihembuskannya (karbon dioksida) akan berkumpul..Membentuk seperti poket udara di keliling mulut baby...Terutamanya bila baby tidur di atas tilam yang lembut, selimut dan dikelilingi oleh `soft toys`... Jadi karbon dioksida yang berkumpul itu akan disedut kembali oleh baby...Menyebabkan, kadar oksigen dalam darah menurun...Untuk pengetahuan semua, ketidakmatangan sistem pernafasan baby menyukarkannya untuk adapt dengan jayanya terhadap poket karbon dioksida yang membentuk itu...atau apa-apa saja yang halang baby dari bernafas..Macam orang dewasa, bila terjadi situasi begitu, automatik kita akan ada coping mechanism..Terlentang ke...Ubah posisi ke...Walaupun dalam keadaan tidur..TETAPI BABY TIDAK BEGITU...
  3. Tidur meniarap memberi tekanan pada rahang baby menyempitkan salur pernafasan, lalu menyukarkan baby bernafas..
Mitos dan Fakta tentang tidur meniarap...
  1. Mitos: Bayi akan tersedak susu kalau muntah...Fakta: Mengikut AAP (American Academic of Pediatrics)..Bayi yang lahir cukup bulan dan sihat tidak akan tersedak susu mahupun dengan air liur yang berkumpul jika tidur terlentang...Boleh rujuk di sini ye..(klik disini) 
  2. Mitos: Bayi tidur lena...Memang tak dinafikan tentang ini...Fakta: Banyak lagi cara yang boleh dilakukan supaya bayi tidur lena..Contohnya, iringkan bayi, malapkan lampu...Alihkan segala gangguan yang ada seperti perlahankan TV, radio dan etc..
  3. Mitos: Elak perut kembung..Fakta: InsyaAllah, kalau breastfeed baby, kemungkinan untuk kembung itu amatlah tipis..Untuk yang masih belum berpeluang Bf baby, anda boleh pastikan baby tak kembung dengan burp baby..atau beri susu yang sesuai dengannya...
Jadi, macam mana ye kalau baby saya nak tidur meniarap juga?
Boleh, bukan tak boleh langsung tau..Bila baby dah boleh meniarap dan terlentang semula, biasanya dalam umur 4-7 bulan ,mereka tidak akan stay tidur terlentang sepanjang malam...Waktu ini, tidak mengapa jika membiarkan mereka memilih posisi yang mereka inginkan..Bukan yang kita inginkan tau..Maksudnya, bukan dengan sengaja, kita yang letak baby kita tidur meniarap...

Seperti Uwais sekarang...Mawaddah memang tak galakkan Uwais tidur meniarap walaupun Uwais memang dah boleh meniarap, terlentang balik dan golek-golek di usia 3 bulan ni...Bila malam memang Uwais nak meniarap, tapi tak boleh sebab Mawaddah tidur mengiring menghadap Uwais...hihi..Nakal umminye ye..Bukan apa, senang nak breastfeed Uwais kan...Tapi, ada masa, waktu siang, Uwais nak juga tidur meniarap..Bila macam ni, ummi pun beralah...Terpaksalah supervise dia..Tak tinggalkan dia sorang-sorang..Kalau ada Hafiz, kami akan bergilir tengok dia..Sebab Uwais kan kira kecil lagi..Yelah, umur baru 3 bulan, tapi advance sangat dah..

Pengalaman Mawaddah dengan pengasuh..
Lepas `Ukasyah meninggal, pengasuhnya ada call Mawaddah..Waktu tu, Mawaddah minta penjelasan darinya tentang `Ukasyah..Mawaddah pun tengah sedih dan kecewa sangat waktu tu, jadi bila cakap memang nada sangat tegas rasanya...Waktu kejadian kat nursery tu, diorang bedung dan tiarapkan `Ukasyah...Bila Mawaddah tanya, kenapa buat macam tu, pengasuh tu jawab..Sebab orang tua-tua kata elok..dan waktu kursus asuhan ni, diorang ajar macam tu...MasyaAllah, macam mana ni...Mawaddah memang marah sangat rasanya..Tapi sempat lagi tu pesan, "Puan, buat pengetahuan puan, bayi yang berumur 6 bulan kebawah terutamanya,tak boleh tidur meniarap..Itu yang saya belajar dan tahu..Saya tak mahu bayi lain jadi macam baby saya"...

Memang susah nak cakap pada diorang ni sebab bila jaga ramai baby, diorang memang tak boleh pantau setiap baby..Yelah, mana sama bila ibu sendiri yang jaga...Tapi kalau ibu-ibu diluar sana boleh berpesan kepada pengasuh tentang perkara ini, alangkah baiknya..Bagi Mawaddah, biarlah kepahitan itu dirasai oleh Mawaddah seorang....

Serius, ini sekadar perkongsian untuk anda semua sebagai seorang ibu, ibu yang pernah melalui pengalaman pahit dalam hidupnya dan registered nurse (walaupun tak practice buat masa ini)...Ini yang Mawaddah ingin kongsikan...Harapnya, dapat memberi manfaat pada kalian semua...

Yakin pada Allah..Tawakkal pada Allah...Itulah yang sebaiknya..Tak mampu kita hendak mengawal segalanya...Betul tak???Namun, kita sebagai ibu bapa, boleh berusaha yang terbaik..

Sekian sahaja dari Staff Nurse Mawaddah (hehe..berangan la tu,,insyaAllah, doakan ye)...
Happy Parenting ^__^

December 28, 2010

SIDS & Stomach Sleeping

Assalamualaikum..
Quick update from me...Ramai yang bertanya pada ummi tentang SIDS and `stomach sleeping` setelah membaca entri Nikmat, Rahmat dan Ujian...InsyaAllah, Mawaddah akan tulis entri khas untuk tajuk ini ye..Jika tiada apa-apa,malam ini...Untuk menjawab persoalan dan menjelaskannya dengan lebih lanjut lagi...Isu ini bukan mudah untuk dikupas tau sebab ianya bertentangan dengan pendapat ramai orang...Terutamanya orang-orang yang lebih berpengalaman seperti ibu bapa kita...Bila Hafiz cakap,"Sayang, memang ramai lah yang tak tahu pasal `stomach sleeping`..Abang pun tak tahu kalau tak kawin dengan sayang"...
Mawaddah tahu ramai yang risau bila baca entri Mawaddah semalam..Mawaddah ingat sekadar perkongsian ilmu yang Mawaddah belajar di UIA dulu...Tapi tak sangka pula ramai ibu-ibu yang prihatin tentang isu ini...Sampai ada ibu yang sms Mawaddah pukul 3pagi semalam..Namun, mawaddah tidah kisah kerana Mawaddah tahu setiap ibu pasti inginkan yang terbaik buat anak-anaknya...Mawaddah harap,ibu-ibu semua jangan panik ye...Yang penting, jangan tinggalkan anak tidur sendirian tanpa pemantauan, terutamanya untuk bayi yang kurang dari 6 bulan...Yang paling penting, TAWAKAL pada Allah kerana Allah adalah sebaik-baik pemelihara...