Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

February 11, 2011

Prinsip Ummi & Ayah

Assalamualaikum,

Nanti Uwais jangan jemu membaca coretan ummi ayah di sini tau. Seperti ummi yang tak jemu mendengar kisah Opah dan aki membesarkan ummi.  Boleh kata kalau Uwais  Tanya ummi tentang bagaimana ummi membesar, pandai berjalan umur berapa, mesti ummi boleh jawab…Sebenarnya ummi nak cerita benda lain ni kat Uwais, tapi termasuk bab lain.

Ummi cuba sampaikan dengan cara terbaik ye Uwais tentang perkara ini. Uwais tahu kan ummi ini anak perempuan sulung opah dan aki? Eh, mestilah tahu..hehe.  Jadi cara ummi membesarkan, menjaga dan mendidik Uwais mestilah sepertimana Opah dan aki membesarkan ummi.  Sebab itu lah penting dalam pemilihan seorang isteri kerana kehidupannya banyak dipengaruhi keluarganya. Lagipun, dia yang akan mendidik anak-anak nanti. Dalam bab ini, pasti ada perbezaan antara ummi dan orang lain.  Penyelesaiannya amat mudah iaitu, harus saling hormat menghormati selagi tidak melanggar batas syarak.  Betul tak Ustaz Uwais al-Qarni? Betul kan?

Dalam menangani perbezaan ini, ummi ayah sangat bersepakat dan sekepala dengan apa yang kami inginkan untuk anak-anak.   Walaupun background ummi ayah sangat berbeza.  Ayah juga sangat menghormati setiap keputusan ummi , kerana bagi ayah, ummi adalah ibu kepada anak-anaknya.  Lebih memahami keperluan mereka. Bertuah ummi dapat suami macam ayah.  Kami raikan perbezaan ini dengan bersepakat.

Ayah selalu ingatkan ummi, walau apa pun orang lain nak kata, ummi ayah kena berpegang teguh dengan prinsip yang telah kami sama-sama gariskan.  Buat pengetahuan Uwais, sebelum abang `Ukasyah lahir lagi, ummi ayah sentiasa berbincang, bagaimana kami mahu membesarkan kalian semua?  Kalau bab mentarbiyyah, lagi panjang berjela kami berbincang.  Jika anak-anak berbuat begini atau begitu, apa yang kita harus lakukan? Dan dalam perkara ini, sudah tentu opah dan aki menjadi rujukan ummi ayah.

Namun begitu, bukan semua boleh faham dan hormati prinsip ummi dan ayah ini.  Ada yang provoke ummi ayah, tapi kami bersabar dan bertahan.  Walaupun, ummi hampir tersungkur, namun ayah papah ummi kembali.  Ini semua rencah dalam kehidupan.  Pesan ayah pada ummi, usah memberi  ilmu pada yang tak mampu memahami.  Kalau tak silap ummi, ayah cakap dari Saidina Ali. Nanti ummi confirm kan balik ye Uwais.  Ummi pun tak ingat sangat. Harapan ummi ayah, ada yang membaca dan memahami.  Ummi ayah tak tahu lagi cara yang terbaik untuk menyampaikan padanya.

Alah, dah panjang berjela ummi cerita, Uwais faham tak ni? Buat-buat faham jelah ye sayang. Benda ni applicable  untuk anak-anak ummi je tau.

Menyusukan Uwais dengan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan. Meneruskan penyusuan susu ibu sepenuhnya sehingga umur Uwais 2 tahun tanpa susu formula. No solid food sebelum umur Uwais 6 bulan. Tidak perlu buai untuk Uwais tidur ye. No pacifier for Uwais.  

Ok Uwais, ummi ayah tak nak tulis lagi ni. Cukuplah mengerti perasaan ini. Hihi.Sayang sangat abang `Ukasyah dan Uwais tau.

Pesan Ummi: Uwais nak tahu tak, pak long, ummi, khaulah dan pak cu semua fully breastfeed dengan opah tau.Opah yang beri semangat, motivasi dan menghulurkan bantuan kepada ummi dan khaulah di dalam misi menjayakan penyusuan susu ibu secara eksklusif  buat cucu-cucunya.  Semua cousin ummi pun menyusukan anak hanya dengan susu ibu.  Alhamdulillah, family ummi semua support BF.  Bila berkumpul, semua buka kilang susu asli. hehe..Nanti ummi nak menantu-menatu dan anak-anak perempuan ummi juga begitu.  Ayah juga pemberi semangat pada ummi.  Bak kata ayah, menyusukan anak ini juga jihad.  

6 comments:

  1. Alhamdullilah..

    Akak pun breastfeed Haziq..ada lagi beberapa hari untuk capai umur 2 tahun...Alhamdullilah...hampir ke penhujung sudah...

    ReplyDelete
  2. suka ayat yang last tu..menyusukan anak ini juga jihad...setuju 100%

    ReplyDelete
  3. to rizziela:
    Tahniah kak..bertuah haziq...alhamdulillah, murah rezeki haziq dapat menyusu smp 2 tahun kan..Pokoknya semangat..betul kan kak..

    To fifah:
    Betul fifah..banyak sungguh cabaran..alhamdulillah ummi bnyk support kt.. Org x faham realiti BF ni if x penah BF anak..Tensi I tau..hehe...6 bulan yg pertama, mestilah anak ini bnyk dgn ibunya..6 bulan yg pertama je..bila makin besar, dh pandai gi sana sini..makin jauh anak2 dr kita...huhu..mst fifah fhm prsn kita kan..banyak cabaran, banyak pahala...

    ReplyDelete
  4. Ain pon tgh ngandung.. memang niat sblm dapat baby lagi ain nak BF diaorg. leh bagi petua mcm mana nak buat agar susu leh bertahan until 2 tahun. ain masih baru pasal nie. mmg nak sgt2 mengapai cita2 nie.. hopefully ummi uwais dapat share tips ye.

    ReplyDelete
  5. Salam nak tanya kenapa ummi x mahu bagi pacifier pada anak2 ummi?? apa buruknya??

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..

    sy juga sokong BF ni..selain jihad & byk pahala,ia bantu jimat belanja..& mendekatkan lg hbungan ibu dan ank..

    p/s:dah Bf ank sulung hingga 1thn 8bln (niat smpai 2thn tp stop coz pgnnt) & skrg Bf bb ke2 pula dh 3bln..insyaallah akn teruskan Bf..gudluck utk ibu mawaddah juga..

    ReplyDelete