Maklang, Ummi dan Uwais |
Siapa lagi kalau bukan ummi dan anak-anak ayah, `Ukasyah dan Uwais. Alhamdulillah, Allah kurniakan ayah dengan nikmat dunia yang mampu membuatkan hidup penuh dengan kebahagiaan dan ketenangan. Nikmat yang sukar digambarkan dengan kata-kata melainkan oleh siapa yang mengalaminya. Syukur dengan nikmatnya yang tidak terhingga.
Sungguh, betapa bahagianya ayah apabila dianugerahkan sebuah keluarga yang mampu menjadikan rumah dunia sebuah syurga kecil yang tenang. Seperti yang selalu diucapkan ‘Baiti Jannati’, Rumahku Syurgaku. Dan rumahlah yang menjadikan kita seperti apa kita pada hari ini.
Selalu, setiap hari ayah keluar dari rumah sewaktu Uwais masih tidur lagi. Dan melihat wajah anak semasa tidurnya membuatkan hati sayu melihatnya. Betapa tenang dan indahnya wajah anak kecil yang tiada dosa dan putih hatinya.
Dan sepanjang bekerja, selalu ayah teringatkan anak-anak yang mampu memberikan motivasi ketika penat bekerja. Rindu untuk bermain dan melihat anak yang soleh hingga tersenyum sendiri kadang-kala.
Setelah habis bekerja dan sampai di rumah, hilang segala kepenatan mengharungi kesesakan lalu lintas dan kepenatan bekerja apabila melihat buah hati ayah ini. Dan Uwais seperti biasa, akan tersenyum dan merengek untuk berdukung dengan ayah sebaik sahaja terlihat atau terdengar suara ayah. Betapa bahagianya hati ini.
“Ya Allah. Engkau kurniakanlah kami dari isteri dan zuriat kami yang menjadi penyejuk mata. Dan Engkau jadikanlah kami termasuk dari kalangan pemimpin orang-orang yang bertaqwa”
Semoga anak-anak ayah akan menjadi lebih baik dari ayah dan mampu menjadi pemimpin orang-orang yang bertaqwa demi kebahagiaan yang hakiki. Amin.
Salam sayang buatmu anakku `Ukasyah yang berbahagia di sana dan kerinduan terhadapmu tidak akan pernah padam sehingga kita dipertemukan kembali. InsyaAllah.
~Abu `Ukasyah~
semoga keluarga ini bahagia hingga ke syurga...aameeen. :)
ReplyDeleteJazakallah ya abu `ukasyah...ummi terkejut bila buka blog je, tengok ada entri baru..xperasan bila abang tulis..Anyway,Selamat kembali menulis di blog anak-anak kita..Semoga catatan-catatan ini menjadi renungan anak-anak pabila mereka besar nanti...love u
ReplyDelete~ummu `ukasyah~
to Abah Yie & Ummi Na:
ReplyDeleteinsyaAllah...terima kasih...
semoga keluarga abah yie dan ummi na pun bahagia hingga ke syurga...amin..:)