Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

April 30, 2009

Boy or Girl?

Salam buat pembaca semua...sebenarnya, mawaddah dan hafiz dah mengetahui jantina baby kami yang tercinta...ini lebih mengeratkan lagi hubungan kami bertiga...anda semua rasa saya mengandungkan baby BOY atau baby GIRL???? Tika ini saya sangat letih kerana baru sampai dari Temerloh, Pahang...mungkin lewat skit baru saya bertenaga kembali untuk menulis tentang perkembangan baby kami ini...buat sementara waktu ini kawan-kawan bolehla meneka ye jantina bayi kami ini...kebanyakan orang yang terdekat dengan kami berdua dapat menekanya dengan tepat sekali...BOY or GIRL?

April 25, 2009

Kami telah pulang...

Salam buat pembaca semua...Mawaddah dan hafiz baru sahaja tiba di kuantan pada pukul 6 pagi tadi, perjalanannya 12 jam...sungguh memenatkan untuk diriku yang sedang pregnant ini...alhamdulillah, baby tak banyak ragam bila ayahnya berada disisi...berbagai cerita yang ingin kucoretkan di blog ini...terlalu banyak...kehidupan bersama ex-YB adalah antara topik yang ingin kutuliskan di sini...tapi, mawaddah harap pembaca semua dapat memberikan ruang kepada saya untuk mengembalikan tenaga yang tercicir sepanjang perjalanan dari sik, kedah ke kuantan, pahang...Malam ini ada Annual Grand Dinner...Tengah malam ini, selepas AGD, kami akan pulang ke KL...Keesokan harinya, adik lelakiku yang bongsu, Baihaqi, akan naik ke pentas menerima anugerah cemerlang untuk PMR tahun lepas...Selepas itu kami akan pulang ke Temerloh, kerna mawaddah posting di Emergency Department...Jauh sungguh kami travel...Tapi kami tak risau kerana baby kami memang suka naik bas atau kereta...Baik sungguh sepanjang perjalanan...Alhamdulillah, soleh sungguh baby ummi ayah ni ye...Sampai di sini dahulu coretan kali ini...wassalam..

April 19, 2009

My Baby is kicking in my womb...

Ni adalah post yang terakhir sebelum ummi ayah berehat lama dari menulis blog...Ummi dan ayah semakin memahami personaliti baby kami ini...Sekarang ummi ayah dah hafal routine baby setiap hari....bila baby kicking, moving and sleeping...Baby suka response pada ayah...Kadang-kadang tu ummi slalo complain kat ayah kalo baby lama sgt tido...Ummi risau kalo baby tak aktif...tapi bila ayah cakap-cakap dengan baby, baru baby kicking and moving...nampaknya baby ummi ni manja betul dengan ayah...Kalo ayah cakap dengan ummi pun, baby yang excited...Semalam ummi ayah gi jalan-jalan kat pantai...Malam tadi baby tak berapa aktif...Ummi ayah gelak je sbb patutnya kami lah yang penat, tapi nampaknya baby lagi penat kan...Semenjak ayah hadiahkan ummi 'divan set' (katil) dan tilam yang sungguh empuk tu, baby tak lagi menganggu tidur ummi di waktu malam...Baby suka ye tilam yang ayah hadiah kat ummi tu...Ummi dan ayah tak sabar menunggu kelahiran baby ni...lebih kurang 4 bulan je lagi...Ok baby, jap lagi kita bertiga akan bertolak ke Kedah...Salam sayang buat semua...

April 17, 2009

Muzakkir Amnan...

Muzakkir Amnan???Ini bukanlah nama yang ummi ayah pilih untuk baby ummi ini tetapi Muzakkir Amnan ni adalah cousin ummi...Ramai yang berteka-teki camnelah muka baby ummi ini nanti...Muka Arab ke seperti keturunan sebelah ummi atau muka Cina seperti keturunan ayah?...Tembam atau kurus? Putih macam ayah atau kopi susu macam ummi? Mata sepet macam ayah atau mata bulat seperti ummi?...Ummi ayah pun tak tau rupa baby...Apa-apa pun, yang penting, zuriat ummi dan ayah ini sihat dan jadi hamba Allah yang soleh...Ummi ayah rasalah kan gambaran muka baby ummi ini seperti muka Muzakkir Amnan...Ni yang ummi ayah rasalah...Pendapat kalian pula bagaimana??? Cuba lihat gambar-gambar di bawah sewaktu kami menziarahi Muzakkir Amnan di rumahnya...




Community Service, Sik, Kedah

Salam buat semua...lebih kurang seminggu Mawaddah dan Hafiz akan berhenti menulis buat seketika kerana Mawaddah ada program Baktisiswa anjuran Nursing Student Society di Sik, Kedah...Walaupun tengah pregnant 5 bulan, rasa seronok juga nak gi sana...Semoga Allah beri kekuatan kepada diriku ini...Lagipun Mawaddah hanya buat module dan handle program untuk kanak-kanak tadika KEMAS & PASTI...Pasti ramai yang tertanya-tanya kan nape Hafiz juga tak dapat menulis di blog ini...Hafiz juga join Baktisiswa Nursing sebab ada peserta yang tarik diri...Jadi kawan-kawaku pun meng`offer` Hafiz...

Pada mulanya Hafiz agak keberatan nak join kerana research proposalnya yang tak siap lagi...Selepas memujuk untuk membantunya membuat proposal itu, Hafiz pun setuju (tapi akhirnya abang siapkan sendiri...hehe...)...Semalam Hafiz memang bersungguh-sungguh untuk menyiapkan proposalnya sampai tak ingat nak makan..Presentation untuk proposal tu pun diadakan pada pagi Ahad ini sebelum bertolak ke Sik pada sebelah petangnnya...Alhamdulillah, hebat sungguh susunan Allah...

Petang ni Mawaddah dan Hafiz akan gi shopping beli barang-barang untuk aktiviti kanak-kanak tadika...Walaupun menggunakan budget sendiri tetapi rasa lebih puas hati sebab takdelah rasa serba salah sangat waktu nak pilih barang-barang nanti...Kuasa memilih lebih la skit...Mawaddah harap program di tadika berjalan lancar...Kanak-kanak mendapat ilmu yang bermanfaat...Para fasilitator mendapat pengalaman...Semua yang terlibat mendapat pahala...Amin...

April 14, 2009

Antenatal Check-up....

Ummi baru sahaja pulang dari check-up yang pertama di Klinik Uia...Alhamdulillah, nurse dan doktornya sume peramah dan baik sgt...Agak lama juga ummi ayah bersembang dengan doktor tadi...macam-macam yang diceritakan...lebih kurang sejam duk dalam bilik doktor...

  • Ummi kena suntik ATT (anti tetanus toxoid)-baby ummi dah quickening (1st movement felt by mother)...Bukan setakat quickening, kicking pun dah rasa...
  • Weight tak naik pun...
  • Fundal Height-20 cm
  • UPT-positive
  • Fetal Part felt
  • TCA-12th May 2009 for Ultrasound to see the position of placenta and the sex of baby

April 11, 2009

KK vs IIUM Health Centre

Sebelum ini ummi ayah serba salah dan confuse nak pilih yang mana satu...Ayah tak sanggup lagi melihat ummi panas hati, sedih dan kecewa setiap kali pergi check-up di klinik kesihatan...Ummi jua tak mahu perasaan ummi ini kacau bilau tika ummi mengandungkan bakal mujahid kami ini...takut-takut anak ummi ini akan jadi seperti ummi plak...Ummi bukan mahu memburukkan perkhidmatan yang diberikan kerajaan, bukan jua mengharapkan perkhidmatan bertaraf lima bintang atau seperti di klinik swasta...Malah ummi sengaja memilih KK kerna ingin menyokong perkhidmatan kerajaan dan supaya ummi juga dapat belajar sesuatu dari pengalaman seorang ibu...ummi juga memilih KK kerna ingin menyelami perasaan patient-patient yang slalo ummi entertain sewaktu clinical posting...

Sayang, walaupun berulang kali ayah memujuk ummi supaya berhenti dari menghadiri appointment di KK, ummi tetap berdegil untuk meneruskan check-up di KK...Ummi seolah-olah takut dengan mereka sebab ummi pernah diugut mereka...Setiap kali itulah hati ummi ni diguris dengan kata-kata yang tidak baik...bukan itu sahaja, banyak lagi perkara yang mereka buat mampu membahayakan baby ummi dan juga ummi sendiri...teringin skali ummi berkata pada mereka, "Hei,I`m also a nurse, please don`t treat me like this as if i don`t know anything that you did"...aah, tak tergamak ummi berkata begitu...andai ummi tak suka disakiti, ummi jua tak mahu menyakiti orang lain...

Dalam kekeliruan ini, ummi ayah mohon petunjuk dari Allah, yang Maha Mengetahui...Since ummi akan bersalin di private hospital (opah dan aki lah yang beria-ria nak ummi bersalin di hospital swasta), maka ummi ayah memilih untuk meneruskan check-up di IIUM Health Centre...Doktor di situ pun dah lama pujuk ummi untuk buat antenatal check-up disitu sewaktu ummi berkunjung ke sana tika kesihatan ini terganggu...perkhidmatannya juga free of charge...

p/s: tak semua orang hadapi situasi ini, tp memang inilah yang telah Allah susun untuk ummi ayah supaya kami lebih kuat, tabah dan sabar...setiap perkara yang berlaku pasti ada pro & cons...ummi ayah belajar sesuatu dari pengalaman pertama ini...pasti, kami tersangatlah fobia dgn KK...insyaAllah, yang kedua nanti, yang lebih baik dan sempurna...kami sunguh cerewet...hehe...

Akhirnya, Barakah Maternity Centre...


Anakku sayang, ummi, ayah, opah dan aki sudah membuat keputusan dalam memilih hospital terbaik untuk ummi melahirkanmu sayang...Rasa macam terlalu awal kerna usiamu baru nak mencecah 5 bulan...Tetapi ummi ayah tak mahu gagal memberikan sesuatu yang terbaik buat dirimu...Selagi kami mampu akan kami usahakan...Ummi ayah memang sukakan perancangan yang rapi...Kami berdua amat cerewet sekali dalam merencanakan kehidupan ini...Seperti juga baitul muslim yang dibina ini, sangat terancang supaya kami tidak gagal dalam mengemudi rumahtanngga yang dibina ini...Ini prinsip kami...

Hospital juga menjadi aspek yang penting dalam menyambut kelahiranmu sayang kerna ia akan menjadi tempat pertama kamu melihat dan mendengar...Ummi ayah inginkan anak ini melihat dan mendengar perkara-perkara yang baik sahaja... Orang yang akan menyambut baby pun pastilah yang terpilih jua...yang mengambil Islam sebagai cara hidup secara sepenuhnya...walaupun hanya untuk melahirkanmu sahaja, ummi tetap tak mahu aurat ummi terdedah kepada yang bukan hak...ummi tahu realiti di tempat lain kerna ummi jua seorang student nurse...Ayah juga berjanji akan menemani ummi tika ummi berjuang melahirkanmu nanti...Ayah kata, ayah nak jadi orang pertama yang lihat zuriat kami ini...Jazakallah ya zauji...Someone pernah berkata pada ummi bahawa permulaan yang baik tak semestinya berakhir dengan baik...tetapi ummi tetap percaya pada permulaan yang baik...kebun yang dijaga rapi pun pasti tumbuh lalangnya,inikan pula jika tidak dijaga...

Sayang, insyaAllah di sinilah tempatmu akan dilahirkan...wang bukan persoalannya...yang penting, ummi ayah mahukan kesempurnaan untukmu sebagai permulaan untuk ummi ayah mendidikmu menjadi seorang muslim, mukmin dan mujahid...menyambung perjuangan kami...


~InsyaAllah, di sinilah ummi bakal melahirkan seorang anak yang soleh~


~Maternity Centre~


~ultrasound 4D~


Pakej bersalin di Barakah

PAKEJ FATIMAH (RM 1150)
4 katil sebilik (bilik berhawa dingin)

PAKEJ KHADIJAH (RM 1399)
1 katil sebilik (bilik berhawa dingin & peti sejuk)

Pakej termasuk:
~ Dikendalikan oleh Pakar Perbidanan & Sakit Puan (wanita)
~ 2 hari 1 malam termasuk makan dan minum bagi ibu.
~ Nurseri, ujian kumpulan darah, G6PD & suntikan wajib. (vit K, BCG, & HEP B1)
~ Pemeriksaan cTG (2 kali 10 min/sesi)
~ Kelengkapan peralatan dan keperluan ubat-ubatan asas bersalin.
~ Perawatan utk ibu dan bayi.

p/s: InsyaAllah ummi akan ambil pakej Khadijah atas saranan opah.

April 7, 2009

Dapur Berasap Kembali

Sudah hampir 4 bulan lebih dapur rumah kami tak berasap...bukan saja ummi tak boleh memasak, ayah juga dilarang untuk menggoreng makanan di dalam rumah...ayah pernah cuba memasak, tapi lepas tu ummi muntah-muntah dan terus bad mood, sampai tak larat jadinya...buruk betul perangai ummi ni kan.

Selepas Opah dan Aki datang 2 minggu lepas, Opah bawa ikan perkasam dari Perak (opah pesan dari officemate dia)yang ummi idamkan sangat. Nak tak nak terpaksalah ummi benarkan Opah masak kat umah. Opah menggalakkan ummi memasak dan beri semangat kat ummi untuk memasak kembali. Yelah, makanan di luar itu belum tentu yang terbaik buat anak ummi yang `kuat makan` ni kan. Sampai turun berat badan ummi sebab baby ummi je yang makan.hehe.

Alhamdulillah, lepas Opah pulang ke KL, tiba-tiba ummi semangat nak memasak. Pantang tengok apa jenis makanan ummi nak masak kat umah. Sampai ummi pujuk ayah nak gi beli barang kat Giant nak buat spaghetti. Waktu tu dahlah ummi ayah ada exam, jadi ayah tak setuju sebab Giant tu agak jauh gak dari umah kami. Sabtu lepas, ummi ayah gi shopping barang-barang makanan. Erm best sangat,macam-macam ummi nak beli sampai ayah terpaksa control ummi. Waktu beratur nak bayar, ummi ayah main teka-teka bape nak kena bayar. Anggaran kami lebih RM 150, tapi sebenarnya RM 75 je. Bestnye dapat banyak makanan.

Sekarang ummi dah start masak balik. Waktu mula-mula start, ayah sampai tak larat nak layan ummi dah sebab lepas masak je ummi mula tak sedap badan dan bad mood dah. Sian kat ayah. Walaupun begitu ummi tetap kuatkan semangat nak memasak untuk ayah dan baby ummi ni. Masak sendiri pun, bukannya ummi selera makan sangat. Berat badan pun tak naik-naik lagi, sedangakan dah 4 bulan lebih ummi pregnant. Perut makin besar, ummi makin susut. Yang penting, ayah dan baby makan masakan ummi ye. Ayah memang suka sangat kalo ummi masak.

Jazakillah buat Opah tersayang yang menyuntik semangat pada ummi untuk memasak kembali. Betullah, bila Opah ada, ummi rasa sihat dan kuat semangat je.

p/s: baby sekarang suka tendang-tendang ummi waktu lapar atau waktu tengah malam. Ada satu malam tu ayah sampai tertidur usap perut ummi sebab nak pujuk baby berhenti tendang ummi (keesokan harinya ummi ada exam). Sakit gak kena tendang. Macam-macam ragam baby ummi ni kan.hehe.

Happy 25th & 24th Anniversary


Nape ye ummi kena wish 24th and 25th anniversary?

Opah, aki, atuk dan nenek punya tarikh perkahwinan yang sama iaitu 7 April. Opah Aki (parents ummi) kahwin setahun awal dari Atuk Nenek (parents ayah). Secara kebetulan plak besan punya tarikh wedding yang sama. Waktu ummi tahu dulu pun rasa terkejut gak.

Semalam ummi call opah dan aki waktu lepas maghrib sebab nak wish awal la kononnya. Ummi tanya buat apa anniversary ni? Tak gi candlelight dinner ke? Ummi main-main je dengan opah aki, rupa-rupanya memang diorang tengah bersiap nak keluar dinner berdua. Tak dapatlah ummi cakap lama-lama dengan opah sebab opah kata nak kuar jap.He he he. Opah dan aki ni memang macam orang muda,semakin tua semakin romantik sebab tu ummi tak segan nak manja-manja dengan ayah depan diorang.

Ummi juga tak lupa pada Atuk dan Nenek, dah ingatkan ayah supaya SMS atau call Atuk dan Nenek sebab ummi nampak ayah busy study je. Ummi bukan tak bleh call tapi Atuk dan Nenek agak segan dan pemalu dengan ummi kalo bab-bab ni.hehehe. Aki biasanya akan wish Atuk dan Nenek melalui SMS. Aki ni excited sangat sebab besannya sama wedding anniversary.

Ummi dan ayah doakan agar Opah Aki dan Atuk Nenek semakin bahagia hidup bersama (mestilah bahagiakan kalo tak, takkan lah sampai jubli perak hidup bersama). Semoga anak-anak kalian yang dibesarkan dan didik dengan kasih sayang ini tidak akan melupakan kalian dalam doa mereka setiap hari. Baby dalam perut ini juga rindukan kalian semua.

Ummi , Ayah & Baby love you all so much

OSCE

Alhamdulillah, ummi dah abis OSCE (clinical exam) semalam. Perasaan ini bercampur baur antara gembira, menyesal dan malu.

Ummi gembira sebab exam OSCE ni memang exam yang ummi sangat takut nak hadapinya. Nak tercabut jantung ummi bila menunggu di “quarantine room”. Semalam ummi second group.

Ummi menyesal sebab tak study awal-awal. Pagi tu baru nak minta makcik Naddy ajarkan MSE (Mental State Examination) since ummi tak posting psychiatric ward lagi, jadi kurangla pengalaman berdepan dengan patient yang ada mental problem ni. Lagi ummi gelabah bila terlupa nak study on how to don OT gown and gloves. Jazakillah banyak-banyak pada kawan-kawan yang membantu.

Ummi malu nak jumpa dengan lecturer yang jaga station 3 sebab ummi buat benda mengarut yang tak menjawab soalan.

Station 1
Ummi kena pakai OT gown and don gloves while maintaining aseptic technique. Alhamdulillah, ummi boleh buat since baru je revise dgn mak cik naddy pagi tu. Kurang rasa nervous sebab ada lecturer muda yang membantu.

Station 2
Ummi buat tracheostomy suctioning. Waktu ni rasa yakin sebab ummi baru je posting kat ward ENT dan secara kebetulannya, lecturer ummi (Sr, Hazariah) juga posting kat ward tu. Jadi, Sr. Haza banyak ajar tracheostomy care kat ummi. Dekat ward ENT tu, memang ada sorang patient tu required tracheo. suctioning prn. Terima kasih pada Sr. Haza yang banyak mengajar ummi. Ummi banyak belajar dari pengalaman berharga sewaktu posting kat ward.

Station 3
Case yang diberi, patient admitted to Emergency Department, unconscious and apnoeic. Ummi kena insert oro-pharyngeal airway and resuscitate patient. Yang ni memang HANCUR. Ummi buat head-tilt-chin lift but I did not remove the pillow. Memang buat kesilapan besar. Ummi doa, ummi pass je. Lepas ni kena improve lagi. Jangan nervous sangat sebab benda yang emergency ni, memang kena cepat, tapi tak bleh gelabah. Ummi malu dengan Sr. Sanisah yang evaluate ummi. Rasa tak nak jumpa je dgn dia dah. Kenalah menyorokkan diri lps ni. Maluuuuuuuuuuuu sgt.

Station 4
Break

Station 5
Ummi buat MSE (Mental State Examination) for patient who has been diagnosed with dementia. Alhamdulillah ingat lagi yang mak cik naddy ajar ummi. Prof Maung pun baik je dan ummi rasa sangat tenang ketika ini.

Station 6
Eye swabbing and instillation of eye drop. Nervous juga, tapi bila dah buat baru rasa yakin skit. Waktu posting Eye Clinic pun Dr. Khairizan ada ajar.

p/s: ni mungkin OSCE yang terakhir buat ummi (yang akan datang adalah OSCE untuk Nursing Board Exam), jadi ummi pasti rindu nak menghadapi situasi yang mampu membuatkan jantung ummi rasa nak tercabut. Apa-apa pun, bnyk sangat pengalaman manis yang tak dapat dilupakan. Yang pahit pun ummi tersengih sorang-sorang bila mengenangkannya. Ummi rasa, banyak kesilapan yang ummi lakukan dalam OSCE adalah kerana kelemahan dan kesilapan ummi sendiri. Siapalah ummi ini (yang malas study kan)???

April 6, 2009

Tag By Suffyanrazzaq

Huhu. First time kene tag dengan kawan lama. Minta maafla pian, aku tak tahu sangat tag ni ape sebenarnya. Bile tengok blog-blog orang lain, barulah faham tag ni kene jawab soalan agaknya. Apa-apa pun 'I'll try my best'. :-)

Adakah anda suka blogging? Kenapa?

Mula-mula tu rasa malas sangat nak berblog. Maklumlah orang sibuklah katakan. (sibuk ke? ke buat2 sibuk...tak tahulah). Sekarang ni minat berblog tapi kadang-kadang masa tak mengizinkan. Lagipun kat rumah tak de internet. Jadi masa untuk berblog tu agak terhad. Berkat sokongan dan galakan kawan-kawan, maka terlahirlah blog buatmuanakku untuk tatapan baby bila dah besar nanti.

Blog siapa yang selalu anda skodeng? Nyatakan 5.

Blog yang selalu di'skodeng' ada banyak. Tak larat nak senarailah. Antaranya yang ada dalam senarai my friends blog ni.

Anda menginginkan seseorang dalam hidup anda? Yang boleh menemani dan menyayangi anda sepenuh hati? Dan siapakah orang itu?

InsyaAllah dah ada dah. Dan sudah semestinya my lovely darling, Mawaddah.

Taken or single?

Rasanya....hehe...

Pernah tak cinta anda tidak dibalas?

Alhamdulillah, semua cinta terbalas....sebab isteri sayalah cinta pertama saya. Tak pernah bercinta sebelum tu sebab 'innocent'...hehe...Sekarang ni tak tahulah sama ada cinta pada yang Esa terbalas ataupun tidak. Doa sangat-sangat. Allahumma inna nasaluka hubbaka.

Ciri-ciri idaman gf/bf anda? Nyatakan 5.

Tak ada dah ciri-ciri idaman 'girlfriend'. Semuanya sudah menjadi isteri tersayang.

Pada umur berapakah anda akan merancang untuk berkahwin?

Mulanya rancang untuk berkahwin masa umur 20 tahun. Tetapi perancangan Allah jua yang terbaik mendirikan rumah tangga pada usia 21 tahun.

Nak berapa anak?

Kalau ikut kehendak saya, ingin 7 orang anak soleh. Kalau ikut isteri, ingin 4 atau 5 orang. Terserah pada rezeki. Hanya Allah yang tahu kemampuan kami yang sebenarnya.

5 orang bertuah yang anda ingin tag

Seganlah nak tag orang. Sendiri pun tak tahu maksud tag. Hehe.

April 5, 2009

The Third Grandparents

“Assalamualaikum, Hafiz ada di rumah ke?”

“Waalaikumussalam. Ya pakcik. Saya ada kat rumah. Kenapa pakcik?”

“Pakcik hajat nak datang ziarah. Boleh ke?”

“InsyaAllah boleh. Pakcik nak datang bila?”

“Pakcik nak datang kejap lagi. Janganlah susah-susah masak. Pakcik kesian ada orang sakit kat rumah tu.”

Panggilan yang tidak disangka-sangka dari pakcik Nordin yang sangat rapat dengan ummi ayah di Kuantan. Sahabat opah aki yang menggelarkan kami sebagai anak mereka dan baby sebagai cucu mereka sendiri. Bertuah sungguh baby ada aki dan wan yang ketiga selain opah, aki, atuk dan nenek. Sehingga mereka sendiri berangan-angan dengan panggilan masing-masing sebelum baby dilahirkan lagi.

Orang sakit di rumah ni sudah tentulah ummi yang tidak boleh bau masakan di rumah sendiri. Tidak boleh memasak ataupun ayah sendiri yang masak. Nanti muntah jadinya. Yang susah ayah juga. Bak kata orang, itulah nikmat orang mengandung. Kalau tiada alahan, tidaklah thrill nak menghadap ibu mengandung ni. Hehe.

Aki Nordin sekeluarga tiba dalam jam 7 malam membawa bersama buah tangan sebagai juadah kami especially ibu mengandung di rumah ini. Hajat mereka untuk ziarah yang tidak kesampaian sebelum ini termakbul jua walaupun dalam waktu yang singkat tetapi bermakna. Aki Nordin dan wan Shabatun yang ummi ayah anggap sebagai ibu bapa sendiri banyak mengubat rindu kami pada atuk, nenek, opah dan aki. Rasa bersemangat semula untuk menghadapi peperiksaan yang amat meletihkan.

Banyak perkara yang kami bualkan bersama termasuklah perancangan masa depan, perkongsian pengalaman dan cerita-cerita lucu antara kami. Perbualan yang diselang-seli dengan gelak ketawa menambah kemesraan antara kami dan grandparents baby yang ketiga. Teringat kata-kata aki Nordin yang menyokong pointer ayah yang tidak seberapa ini. Buat pengetahuan baby, pointer ayah ni ‘cukup-cukup makan’ je. Tidaklah seperti ummi yang menjadi antara top student. Hehe.

“Kalau dah kahwin ini, pointer kena ambil yang average. Kena campur yang Hafiz dan Mawaddah punya baru ambil yang average. Sebab Hafiz dah jadi driver hantar Mawaddah pegi kelas, exam semua. Jadi barulah boleh tahu pencapaian sebenar”, aki Nordin berjenaka.

Yes. Ayah setuju sangat dengan kata-kata aki Nordin tu. Barulah adilkan baby. Biarlah ayah yang kurang sikit dalam pelajaran tapi ayah support ummi untuk berjaya. Di sebalik kejayaan seorang wanita itu, ada lelaki di belakangnya. Betul tak? Hehe. Ummi jangan marah, nanti cepat tua.

Makcik Asiah (anak aki Nordin) berangan-angan sekiranya baby ini lelaki,

“Nanti bertambahlah seorang lagi lelaki dalam keluarga kita jadi tiga orang”

Dua lelaki dalam keluarga makcik Asiah, Salman dan Amin akan bertambah seorang lagi kalau baby yang lahir kelak juga lelaki. Ummi ayah mulanya tidak faham apa yang ingin disampaikan makcik Asiah tetapi bila difikirkan semula barulah kami mengerti. Rupa-rupanya keluarga aki Nordin sudah menganggap ummi ayah sebagai keluarga mereka. Maka baby pun akan menjadi cucu meraka nanti.

Tidak sabar sungguh mereka ingin melihat baby lahir di dunia nanti. Sudah ada gelaran aki Nordin dan wan Shabatun yang mereka angankan sendiri. Lucu sungguh memikirkan keluarga aki Nordin ini. Hehe.

Terima kasih yang tidak terhingga buat aki Nordin sekeluarga yang sanggup menziarahi teratak kami yang tidak seberapa ini. Terima kasih jua atas nasihat wan Shabatun pada ummi ayah sebagai bekal dalam kehidupan yang mendatang. Terubat rindu pada keluarga dengan ziarah mesra aki Nordin sekeluarga.

Jazakumullahu khairan kasira.

April 2, 2009

Peha Fifi terkoyak...

Semalam ummi call opah (ummi mawaddah), tapi opah tak angkat. 3 kali gak ummi call. saje je tel opah sebab boring study. dalam kul 9 lebih, opah call balik.

"Angah tak sihat ke"

"Eh, angah ok je la ummi"
Erm opah risau kalo ummi ni tak sihat. Opah menyampaikan berita yang agak merisaukan ummi. Nak gelak pun ada. Cite ni tentang kucing gemuk kami yang bernama fifi. Opah cakap,

"Angah, peha fifi terkoyak, kena jahit"

"Camne bleh terkoyak ummi?"


"Ummi pun tak tau. Fifi main-main dgn Tiger (baby kucing) kat balcony, Tiger ada kat umah tapi fifi yang hilang"

"Kebetulan semalam abah penat, jadi abah tak gi keje. Abah nampak tiger dok intai2 dari balcony. Rupa-rupanya, fifi balik dengan badan yang kotor"


"Abah pun mandikan dia. ternampaklah pehanya yang terkoyak itu. Malam tu bw jumpa Dr Kok (vet kucing2 kami), dan kenalah jahit"


"Mesti mahal kan?"


"Ummi kena RM 200"

Opah cite, fifi terbaring atas katil opah dengan kaki yang berbalut. Tido dengan opah la. Ummi rasa sian pun ada, lawak pun ye. Mana taknye, fifi ni walaupun gemuk, tp aktif. Bila dah sakit ni, pastilah manja sangat dengan opah dan aki. Alamatnya lepas ni, aki terpaksalah kurung diorang dalam rumah je. Tulah fifi, buat hal lagi.

April 1, 2009

Trauma, Emergency & OT

  • Tomorrow, i will have Trauma, Emergency & OT final exam paper.
  • Hopefully, i can finish revising everything by this evening and at night, i want to sleep early.
  • Study Smart Mawaddah!!!
  • The future depends on what you do in the present.
  • After putting on effort, leave it to Allah and tawakkal (my husband`s fav word).

Keluarga Bahagia

Hari ni terasa rindu sangat kat family, jadi mawaddah (boring plak asyik menggelarkan diri ummi, rasa tak manja plak) nak tulis pasal family lah ye. Mawaddah ada keluarga bahagia (alhamdulillah), tinggal di Jalan Bahagia yang terletak di Taman Sri Bahagia. Segala-galanya bahagia. Hatta, kucing-kucing yang tinggal bersama kami turut merasai kebahagiannya. Kat umah Ummi (my mom) ada tiga ekor kucing yang juga seperti keluarga yang bahagia iaitu, Kak Fifi, Abang Star dan Adik Tiger...

Ummi & Abah Ni lah ummi dan abah mawaddah. Biasanya bila menulis blog, kami gelarkan opah dan aki. Sebelum mawaddah pregnant lagi diorang dah decide nak suruh cucu panggil apa. Ummi dan abah mawaddah memang seorang yang tegas dalam mendidik kami semua. Kami adik-beradik, sangat berdisiplin walaupun nakal gak slalonya kan. Bila meningkat dewasa,kami semua jadi best friends dan ummi abah sangat open tentang soal cinta dan jodoh sbb diorang pun kahwin awal gak. Menantu-menantu pun rapat sgt dengan ummi abah.Ummi abah banyak memberi sokongan kepada kami semua dalam segala aspek, keluarga, kehidupan, akademik dan yang paling dititik beratkan pastilah agama.Sememangnya, kekuatan dan kekentalan jiwa yang ada dalam diri kami semua ditanam dan disemai oleh ummi abah. Sesungguhnya mawaddah juga ingin jadi yang terbaik seperti ummi dan abah. Ummi & abah, terima kasih kerana mentarbiyyah angah dengan sebaiknya.

Along & Adik

Mereka berdua adalah hero dalam family kami. Yang berjambang tu along mawaddah dan yang di sebelahnya adik yang paling bongsu. Kini along final year QS student kat UIA gombak. Berumur 24 tahun (cam buat iklan plak). Along banyak jadi orang tengah dalam mengatur jodoh mawaddah dan balqis. Tanpa along, kami berdua jadi anak dara tua lah jawabnya. ye ke long???Along memang caring sangat dgn adik-adik.Mawaddah lah yang paling banyak membesar bersamanya. Waktu kt STJ kami sentiasa balik KL bersama sampailah along form 5. Along sgt romantik waktu kt STJ. Waktu mawaddah menang johan merentas desa sekolah, along keluar ke depan sambil peluk mawaddah waktu nak amik hadiah. kami berdua ala-ala couple la gk.Birthday wkt form 2 along bagi pen warna rainbow,kalau outing, along belikan makanan atau coklat. pokoknya along ni romantik la. bertuah bakal isteri along kan. mmg orang tak berani ngorat la sbb along ni pandai bersilat dan tinggi orangnya. Kami semua sangat menghormati along, bak kata ummi abah, along memang anak yang soleh. Memang pun, apa je kata ummi abah semua along taat.

Sekarang nak cite pasal adik@baihaqi plak. Adik masih belajar di SMIK, form 4. Pak lawak dalam family kami, tp seorang pemimpin kat sekolah. Adik ngan along memang kelakar sbb mereka rapat walaupun jarak umur mereka 8 tahun.Kalo kat umah, dua-dua pun cam budak kecik. main wrestling la. Apa along ada, adik mesti nak sama. along bnyk gk mencorakkan adik. Adik selalo bodek along.hehe.Dulu, adik ni inferior nak jadi imam kat umah,tp semenjak jadi pemimpin ni volunteer nak jadi imam plak.Baguslah adik angah ni.Adik banyak menceriakan suasana. Walaupun adik ni kelakar, tapi pemikirannya sungguh matang especially bab kahwin.hehe.

Dua orang hero kami ni memang mempunyai suara yang sedap bila bernasyid dan mengaji AQ.Memang tak dapat dinafikanlah. Hehe.kalo along dan adik baca blog ni, mesti kembang kan sbb angah slalo kata suara korang tak sedap.saje je sakitkan hati korang.hehe.

Balqis & Ali

Tibalah masanya plak bercerita tentang satu-satunya adik perempuan yang mawaddah ada. Namanya Balqis, 20 tahun, telah berkahwin dengan adik iparku yang bernama Ali. Bekas pelajar SMIK dah Khassah di MATRI. Kini telah terbang jauh meninggalkan kami di Malaysia, menyambung pelajaran di Universiti Iman, Sanaa, Yemen. Jodohnya, dikirakan oleh along kami. Segala proses perkahwinan hanya dalam jangka masa 3 minggu je, tak seperti angah. Bertuah betul Balqis. Perkahwinannya memang meruntun jiwa kami sekeluarga kerna 1 weeek after majlis, balqis fly ke yemen. Ummi orang yang paling menderita, abah pun ye gk tapi tak tunjuk kat kami semua. Mawaddah ingat kata-kata ummi pada Balqis sebelum Balqis fly, "Yang pergi takkan terasa seperti yang ditinggalkan".Lama jugak kami tak dapat pasang nasyid-nasyid yang balqis suka kat umah seperti nasyid "sahabat".Angah pun slalo menangis bila terkenangkan kamu. Cepatlah pulang ke Malaysia, kerana kami semua terlalu rindukan kamu berdua yang berada jauh di sana.

p/s: setakat ini dahulu mawaddah ceritakan tentang family mawaddah.kebahagiaan ini membuatkan mawaddah sentiasa ingin berada di rumah kerna,

Rumahku Syurgaku