Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

April 1, 2009

Keluarga Bahagia

Hari ni terasa rindu sangat kat family, jadi mawaddah (boring plak asyik menggelarkan diri ummi, rasa tak manja plak) nak tulis pasal family lah ye. Mawaddah ada keluarga bahagia (alhamdulillah), tinggal di Jalan Bahagia yang terletak di Taman Sri Bahagia. Segala-galanya bahagia. Hatta, kucing-kucing yang tinggal bersama kami turut merasai kebahagiannya. Kat umah Ummi (my mom) ada tiga ekor kucing yang juga seperti keluarga yang bahagia iaitu, Kak Fifi, Abang Star dan Adik Tiger...

Ummi & Abah Ni lah ummi dan abah mawaddah. Biasanya bila menulis blog, kami gelarkan opah dan aki. Sebelum mawaddah pregnant lagi diorang dah decide nak suruh cucu panggil apa. Ummi dan abah mawaddah memang seorang yang tegas dalam mendidik kami semua. Kami adik-beradik, sangat berdisiplin walaupun nakal gak slalonya kan. Bila meningkat dewasa,kami semua jadi best friends dan ummi abah sangat open tentang soal cinta dan jodoh sbb diorang pun kahwin awal gak. Menantu-menantu pun rapat sgt dengan ummi abah.Ummi abah banyak memberi sokongan kepada kami semua dalam segala aspek, keluarga, kehidupan, akademik dan yang paling dititik beratkan pastilah agama.Sememangnya, kekuatan dan kekentalan jiwa yang ada dalam diri kami semua ditanam dan disemai oleh ummi abah. Sesungguhnya mawaddah juga ingin jadi yang terbaik seperti ummi dan abah. Ummi & abah, terima kasih kerana mentarbiyyah angah dengan sebaiknya.

Along & Adik

Mereka berdua adalah hero dalam family kami. Yang berjambang tu along mawaddah dan yang di sebelahnya adik yang paling bongsu. Kini along final year QS student kat UIA gombak. Berumur 24 tahun (cam buat iklan plak). Along banyak jadi orang tengah dalam mengatur jodoh mawaddah dan balqis. Tanpa along, kami berdua jadi anak dara tua lah jawabnya. ye ke long???Along memang caring sangat dgn adik-adik.Mawaddah lah yang paling banyak membesar bersamanya. Waktu kt STJ kami sentiasa balik KL bersama sampailah along form 5. Along sgt romantik waktu kt STJ. Waktu mawaddah menang johan merentas desa sekolah, along keluar ke depan sambil peluk mawaddah waktu nak amik hadiah. kami berdua ala-ala couple la gk.Birthday wkt form 2 along bagi pen warna rainbow,kalau outing, along belikan makanan atau coklat. pokoknya along ni romantik la. bertuah bakal isteri along kan. mmg orang tak berani ngorat la sbb along ni pandai bersilat dan tinggi orangnya. Kami semua sangat menghormati along, bak kata ummi abah, along memang anak yang soleh. Memang pun, apa je kata ummi abah semua along taat.

Sekarang nak cite pasal adik@baihaqi plak. Adik masih belajar di SMIK, form 4. Pak lawak dalam family kami, tp seorang pemimpin kat sekolah. Adik ngan along memang kelakar sbb mereka rapat walaupun jarak umur mereka 8 tahun.Kalo kat umah, dua-dua pun cam budak kecik. main wrestling la. Apa along ada, adik mesti nak sama. along bnyk gk mencorakkan adik. Adik selalo bodek along.hehe.Dulu, adik ni inferior nak jadi imam kat umah,tp semenjak jadi pemimpin ni volunteer nak jadi imam plak.Baguslah adik angah ni.Adik banyak menceriakan suasana. Walaupun adik ni kelakar, tapi pemikirannya sungguh matang especially bab kahwin.hehe.

Dua orang hero kami ni memang mempunyai suara yang sedap bila bernasyid dan mengaji AQ.Memang tak dapat dinafikanlah. Hehe.kalo along dan adik baca blog ni, mesti kembang kan sbb angah slalo kata suara korang tak sedap.saje je sakitkan hati korang.hehe.

Balqis & Ali

Tibalah masanya plak bercerita tentang satu-satunya adik perempuan yang mawaddah ada. Namanya Balqis, 20 tahun, telah berkahwin dengan adik iparku yang bernama Ali. Bekas pelajar SMIK dah Khassah di MATRI. Kini telah terbang jauh meninggalkan kami di Malaysia, menyambung pelajaran di Universiti Iman, Sanaa, Yemen. Jodohnya, dikirakan oleh along kami. Segala proses perkahwinan hanya dalam jangka masa 3 minggu je, tak seperti angah. Bertuah betul Balqis. Perkahwinannya memang meruntun jiwa kami sekeluarga kerna 1 weeek after majlis, balqis fly ke yemen. Ummi orang yang paling menderita, abah pun ye gk tapi tak tunjuk kat kami semua. Mawaddah ingat kata-kata ummi pada Balqis sebelum Balqis fly, "Yang pergi takkan terasa seperti yang ditinggalkan".Lama jugak kami tak dapat pasang nasyid-nasyid yang balqis suka kat umah seperti nasyid "sahabat".Angah pun slalo menangis bila terkenangkan kamu. Cepatlah pulang ke Malaysia, kerana kami semua terlalu rindukan kamu berdua yang berada jauh di sana.

p/s: setakat ini dahulu mawaddah ceritakan tentang family mawaddah.kebahagiaan ini membuatkan mawaddah sentiasa ingin berada di rumah kerna,

Rumahku Syurgaku

2 comments: