Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

April 7, 2009

Happy 25th & 24th Anniversary


Nape ye ummi kena wish 24th and 25th anniversary?

Opah, aki, atuk dan nenek punya tarikh perkahwinan yang sama iaitu 7 April. Opah Aki (parents ummi) kahwin setahun awal dari Atuk Nenek (parents ayah). Secara kebetulan plak besan punya tarikh wedding yang sama. Waktu ummi tahu dulu pun rasa terkejut gak.

Semalam ummi call opah dan aki waktu lepas maghrib sebab nak wish awal la kononnya. Ummi tanya buat apa anniversary ni? Tak gi candlelight dinner ke? Ummi main-main je dengan opah aki, rupa-rupanya memang diorang tengah bersiap nak keluar dinner berdua. Tak dapatlah ummi cakap lama-lama dengan opah sebab opah kata nak kuar jap.He he he. Opah dan aki ni memang macam orang muda,semakin tua semakin romantik sebab tu ummi tak segan nak manja-manja dengan ayah depan diorang.

Ummi juga tak lupa pada Atuk dan Nenek, dah ingatkan ayah supaya SMS atau call Atuk dan Nenek sebab ummi nampak ayah busy study je. Ummi bukan tak bleh call tapi Atuk dan Nenek agak segan dan pemalu dengan ummi kalo bab-bab ni.hehehe. Aki biasanya akan wish Atuk dan Nenek melalui SMS. Aki ni excited sangat sebab besannya sama wedding anniversary.

Ummi dan ayah doakan agar Opah Aki dan Atuk Nenek semakin bahagia hidup bersama (mestilah bahagiakan kalo tak, takkan lah sampai jubli perak hidup bersama). Semoga anak-anak kalian yang dibesarkan dan didik dengan kasih sayang ini tidak akan melupakan kalian dalam doa mereka setiap hari. Baby dalam perut ini juga rindukan kalian semua.

Ummi , Ayah & Baby love you all so much

No comments:

Post a Comment