Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

January 23, 2013

Anak susuan Ummi, Miqdad Morsi

Alhamdulillah, ummi ada seorang lagi anak susuan, iaitu Miqdad Morsi. Miqdad adalah anak kepada abang sulung Ummi. Waktu baru lahir, Miqdad kena jaundice teruk jadi Ummi bagi EBM untuk dia. Ummi kepada Miqdad, Dr Siti Khadijah. Jadi abah Miqdad selalu la bawa Miqdad datang jumpa ibu susu dia dan wajiblah nak BF kan. Hihi. Kiranya Ummi dah ada 4 orang anak susuan, Nurul Jannah, Mus'ab, Tholhah dan Miqdad Morsi. Jika ditambah dengan 3 orang anak sendiri, kiranya Ummi dah menyusukan 7 orang anak. Alhamdulillah, atas nikmat yang Allah berikan ini.

January 22, 2013

My New Pumpin' Pal, Medela Freestyle

Assalamualaikum, alhamdulillah Allah murahkan rezeki nak pakai Medela Freestyle. InsyaAllah i will write a review about it later ya. I bought this pump last week from Ajasu Mybreastpump Shop. The price is quite affordable, considering the after sale service given by Aja & the pump is made in Switzerland ( which usually cost around rm2000+++).

January 12, 2013

Rahmat & Ujian

Alhamdulillah, kini telah melangkah ke tahun 2013.  Hari ini, baru ummi tergerak hati dan sedikit semangat untuk terus menulis di blog ini.  Sungguh cepat masa berlalu kan.  Tahun 2012, Ummi mengandungkan Haniyya, dan melahirkannya.  Ummi juga berjaya menyusukan Uwais sehingga umurnya 2 tahun.  Itulah 'big event' yang Ummi tak akan lupa.

Tahun ini Ummi Ayah akan berumur 27 tahun, Uwais 3 tahun dan Haniyya setahun.  Jika `Ukasyah ada bersama, dia juga bakal berumur 4 tahun.  4 tahun juga `Ukasyah tidak bersama Ummi, Ayah dan adik-adik. Usia perkahwinan telah memasuki tahun keenam.  Kereta yang dimiliki sejak zaman study lagi telah berusia 4 tahun.  Handphone yang Ummi Ayah miliki kini juga berusia 4 tahun.  Medela mini electric plus Ummi berusia 5 tahun. hehe.  Tiba-tiba masuk cerita handphone dan breastpump pula.  hehe.  Bila semua telah berusia, pastilah hampir semua mula rosak.

Kredit to Littlewhiz.com ..Setelah 5 tahun, kau pergi jua.

Secara rasminya, Medela Mini Electric Ummi telah menamatkan perkhidmatannya kepada Ummi.  Walaubagaimanapun, Ummi redha sebab dah sampai masanya setelah 5 tahun, pagi petang siang malam memberikan khidmatnya kepada Ummi.  Mungkin dia terlalu letih dan Ummi rasa tak berbaloi nak baiki pam yang sudah lanjut usia. hihi. Sekarang ini Avent Manual yang Ummi gunakan sementara menunggu Medela Freestyle, teman Ummi yang baru sampai.  Berpeluh dahi memikirkan harganya, tapi demi Haniyya, Ummi Ayah pejam mata sebab SUSU IBU adalah yang TERBAIK buatnya.  Walaupun kini Haniyya semakin kurang direct feed dengan Ummi, tapi Ummi ayah tetap mahu berikan susu ibu buat dia.

Tak sabar tunggu teman baru sampai.  Ummi beli di mybreastpump.com sebab dari review, aja memberikan  after sale service yang baik.  ramai yang suggest beli dari aja.

Ummi ayah baru berkira-kira ingin menukar handphone.  Ya, kami memang 'gadget savvy', tapi selalu menahan kemahuan demi mendahulukan anak-anak.  Setelah 4 tahun, "Samsung Star " (maybe ramai tak pernah tau pun handset jenis apa ni) Ummi dibanjiri air sebab botol air anak tertumapah dalam handbag.

Bayangkan, handset rosak, breastpump rosak dan enjin kereta pun rosak di awal tahun 2013 ini.  Inilah ujian Allah pada kami.  Ummi yakin, ada rahmat disebalik ujian.  Semuanya rosak atas izin Allah kan.  Handphone, breastpump, kereta semua  milik Allah.  InsyaAllah, ada rezeki nak datang mencurah-curah selepas ini. Ameen.
Cinta hati Ummi yang semakin membesar dengan matangnya, alhamdulillah,