Tahun ini Ummi Ayah akan berumur 27 tahun, Uwais 3 tahun dan Haniyya setahun. Jika `Ukasyah ada bersama, dia juga bakal berumur 4 tahun. 4 tahun juga `Ukasyah tidak bersama Ummi, Ayah dan adik-adik. Usia perkahwinan telah memasuki tahun keenam. Kereta yang dimiliki sejak zaman study lagi telah berusia 4 tahun. Handphone yang Ummi Ayah miliki kini juga berusia 4 tahun. Medela mini electric plus Ummi berusia 5 tahun. hehe. Tiba-tiba masuk cerita handphone dan breastpump pula. hehe. Bila semua telah berusia, pastilah hampir semua mula rosak.
Kredit to Littlewhiz.com ..Setelah 5 tahun, kau pergi jua. |
Secara rasminya, Medela Mini Electric Ummi telah menamatkan perkhidmatannya kepada Ummi. Walaubagaimanapun, Ummi redha sebab dah sampai masanya setelah 5 tahun, pagi petang siang malam memberikan khidmatnya kepada Ummi. Mungkin dia terlalu letih dan Ummi rasa tak berbaloi nak baiki pam yang sudah lanjut usia. hihi. Sekarang ini Avent Manual yang Ummi gunakan sementara menunggu Medela Freestyle, teman Ummi yang baru sampai. Berpeluh dahi memikirkan harganya, tapi demi Haniyya, Ummi Ayah pejam mata sebab SUSU IBU adalah yang TERBAIK buatnya. Walaupun kini Haniyya semakin kurang direct feed dengan Ummi, tapi Ummi ayah tetap mahu berikan susu ibu buat dia.
Tak sabar tunggu teman baru sampai. Ummi beli di mybreastpump.com sebab dari review, aja memberikan after sale service yang baik. ramai yang suggest beli dari aja. |
Ummi ayah baru berkira-kira ingin menukar handphone. Ya, kami memang 'gadget savvy', tapi selalu menahan kemahuan demi mendahulukan anak-anak. Setelah 4 tahun, "Samsung Star " (maybe ramai tak pernah tau pun handset jenis apa ni) Ummi dibanjiri air sebab botol air anak tertumapah dalam handbag.
Bayangkan, handset rosak, breastpump rosak dan enjin kereta pun rosak di awal tahun 2013 ini. Inilah ujian Allah pada kami. Ummi yakin, ada rahmat disebalik ujian. Semuanya rosak atas izin Allah kan. Handphone, breastpump, kereta semua milik Allah. InsyaAllah, ada rezeki nak datang mencurah-curah selepas ini. Ameen.
Cinta hati Ummi yang semakin membesar dengan matangnya, alhamdulillah, |
Salam kak. Been following your blog since last 2 years, never post a comment though. Seronok tgk anak2 akak mmbesar dgn baik & penuh dgn kecomelan, didoakan dua-duanya jadi anak yg soleh/ah. May Allah ease everything for you and family. (:
ReplyDeleteape yg tgn ummi buat kt blakang tu??letak background ek?hehe
ReplyDeleteInsyaAllah..ade hikmah d sbalik ujian...
ReplyDelete