Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

March 28, 2013

Selamat Hari Lahir ke-27 Cinta

Abu 'Ukasyah, moga bertambah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Terima kasih kepada Mak yang telah melahirkan dan membesarkan Abu 'Ukasyah dengan baik sekali. Ummi, Uwais dan Haniyya sayang Abu 'Ukasyah kerana Allah. Selamat hari lahir ke-27.

Alhamdulillah... G4P3

Assalamualaikum,

Syukur ke hadrat Allah atas segala nikmat yang telah Allah berikan. Salam kasih untuk Abu 'Ukasyah, ingatan sayang kepada 'Ukasyah, anak-anak Ummi, Uwais dan Haniyya serta ucapan 'ahlan wasahlan' kepada our 'new addition'. Hadiah dari Allah yang tidak disangka di hari kelahiran Abu 'Ukasyah yang ke-27. The best birthday gift ever. Will write about this later. Thank you Allah, thank you everybody for the doa.

March 27, 2013

Travelling

Bermusafir memang menjadi hobi Ummi sedari kecil terutama bersama keluarga tercinta.  Suka sangat travel dengan keluarga, antara saat-saat yang Ummi tunggu.

InsyaAllah tahun ini paling banyak travel rasanya, Mac travel ke Ipoh, April travel ke Cameron, Jun ke Tawau, Ogos ke Penang dan Kelantan dan November ke China.

March 18, 2013

Abu 'Ukasyah 'busy'

Tahun ini abu ukasyah busy walaupun pada hari Sabtu Ahad. Huhu. Rasanya setiap weekend penuh. Alhamdulillah ada Opah Aki, dapat la juga Ummi jalan dengan anak-anak. Pagi tadi sebelum gi kerja, baru abu ukasyah bagitau malam ini on-call. Pandai betul, kalau tak memang dengar la Ummi merungut "Asyik on-call je".

Sabar lah wahai hati, abu ukasyah bukan pergi enjoy, ibadah juga tu.

Minggu lepas, hari Sabtu abu ukasyah lupa dia on-call sampai staff call tanya, kelam kabut siap gi Klinik. Balik rumah, Ummi tanya, "Patient abang mesti ramai dah tunggu, diorang tak marah ke?". abu ukasyah jawab,"Abang buat muka biasa je". Boleh bayang camne abu ukasyah buat muka cool je. Hehe.



March 8, 2013

Haniyya & Tudung...

Pernah terbaca kenyataan seorang yang dikenali ramai, dia tidak akan beri anaknya bertudung tanpa kefahaman. Tapi Ummi punya pendapat yang berlainan. Masakan anak- anak akan faham jika tidak dididik dan dibiasakan dari kecil. Menutup aurat wajib, bukan ada pilihan mahu atau tidak. Ianya, antara dosa dan pahala, syurga atau neraka. Mahukah kita membiarkan anak-anak menanggung dosa. Pasti tiada siapa mahu anaknya menjadi penghuni neraka.

Anak-anak zaman ini hidup dalam cabaran yang banyak, yang sukar untuk ibu bapa menjangka. Sebelum dia pandai punya keinginan itu dan ini, lebih baik kita tarbiyyah dia. Kebiasaan dan keterpaksaan membuahkan kekuatan dan kefahaman, percayalah. Aku pernah melaluinya. Aku belajar dari pengalaman.

Ummi dan abah membiasakan aku menutup aurat dari kecil, sehingga aku tak dapat menjawab soalan umur berapakah mula bertudung. Ummi abah amat mudah, tak pernah menghalang itu dan ini, syaratnya, "menutup aurat". Ummi ku bertudung labuh, tapi tak pernah suruh aku seperti dia sebab katanya, yang wajib menutup aurat dalam apa cara sekalipun. Hidayah Allah beri kepadaku sewaktu tingkatan 1. Mulai itu, aku inginkan kesempurnaan dalam menutup aurat. Terima kasih Allah, terima kasih atas hidayahMu ke atas hambaMu ini.

Aku dan abu ukasyah sentiasa inginkan yang terbaik buat Puteri kami ini. Ini adalah usaha-usaha kecil dalam mentarbiyyah Haniyya, selebihnya semua atas keizinanMu jua. Kami hanya berusaha.

Setakat ini Haniyya suka bertudung, tapi bila panas atau berpeluh kami tanggalkan. Juga telah terbiasa keluar rumah, pakaikan Haniyya tudung. Uwais juga pandai ambilkan tudung adik. Pernah beberapa kali aku terlupa dan abu ukasyah menegur aku, " Haniyya tak pakai tudung?" . Aku menjawab dengan perasaan malu.;)
















Menjadi Ummi Adalah Saat- saat yang Paling Indah

Sekian lama tidak mencoretkan apa-apa di diari online anak-anak. Bukan tak rindu, tapi terlalu menikmati saat-saat indah bersama anak-anak dan abu ukasyah.

Terima kasih di atas kemudahan teknologi, instagram, whatsapp, facebook dan sebagainya. Di sana dapat berukhuwwah. Mungkin itu asbab blog ini jarang update kerana bilamana diriku tidak mahu melupakan saat-saat manis, maka akan ku upload potret di instagram. Pembaca blog 'buatmuanakku' , jika masih ada, jika ingin follow perkembangan anak2 di instagram, boleh add ummu_ukasyah atau abuukasyah. Salam sayang, semoga kalian dalam rahmat dan kasih Allah.