Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

March 29, 2011

Tandem Nursing

Assalamualaikum,

Ummi sekarang tak sempat nak update blog Uwais selalu sebab tengah `tandem nursing` 3 orang anak-anak kecil kat rumah ni.  Pengalaman yang sangat berharga buat ummi.  Semuanya terjadi secara semulajadi.  Mus`ab sendiri minta disusukan bila melihat Uwais menyusu.  Ummi Mus`ab kan  tengah dalam pantang sekarang.  Tambah lagi seorang anak susuan baru ummi, Tholhah (adik Mus`ab).  Memang mencabar, tapi rasa seronok sangat dan tak tahu mengapa, rezeki melimpah ruah.  Terasa sangat.  Hati pun tenang je rasa. 

Nanti ummi update lagi ye pasal tandem nursing.  Pejam celik pejam celik, ummi sudah menyusukan 5 orang anugerah yang diberikan Allah, `Ukasyah, Nurul Jannah, Mus`ab, Uwais al-Qarni dan Tholhah.  Kesemua anak susuan ummi masih menyusu lagi dengan ummi.  Tiada yang mustahil.  Menyusukan anak tidak susah seperti yang orang lain sangkakan.  Alhamdulillah, bersyukur atas nikmat Allah yang melimpah ruah ini.  2 kali bersalin, sudah 5 orang anak ummi dan ayah.  Gembira, seronok.  Inilah nikmat namanya...^__^

Mengajar Uwais berkongsi..Gambar ni ayah ambil waktu dalam kereta.  Mus`ab ikut ummi ayah pergi Kuala Kangsar.  Kesian nak tinggalkan dengan umminya yang baru bersalin.  Alhamdulillah, ada candunya sekali...

Teka, siapa abang?  Pastilah bukan Uwais.  Mus`ab, 15 bulan, Uwais 6 bulan.  Persis umur sebaya kan.  Anak ummi bam bam...Lihatlah keakraban Uwais dan Mus`ab...Uwais tak kisah berkongsi, alhamdulillah.  seronok ummi melihat kalian berdua tau.  Adik Tholhah, nnti ummu letak gambar adik plak tau....

March 17, 2011

Uwais al-Qarni @ 6 bulan (Bahagian 1)


Alhamdulillah, Uwais sudah genap 6 bulan semalam.  Bersyukur ke hadrat Allah kerana memberi peluang yang tidak ternilai harganya buat kedua kalinya dan insyaAllah untuk yang seterusnya.  Nikmat sungguh rupanya menjaga, membesarkan dan mentarbiyyah sendiri  Uwais al-Qarni dengan acuan yang ummi ayah inginkan dan yang paling pentang adalah acuan yang Islam kehendaki. 

Uwais al-Qarni tampak sungguh dewasa sekarang.  Pelbagai keletah yang mencuit hati.  Punya susuk tubuh yang tegap, dan  sangat aktif.  InsyaAllah, ummi ayah doakan Uwais al-Qarni punya fizikal dan jiwa yang kuat ye sayang. 

1)      Exclusive BF
Alhamdulillah, dengan izin Allah ummi berjaya menyusukan Uwais al-Qarni dengan susu ibu sepenuhnya, tanpa air masak walau setitik pun.  Allah juga banyak permudahkan perjalanan dalam menyusukan Uwais al-Qarni.  Hanya mencabar bilamana kami keluar rumah dan orang lain kerap kali insist hendak bagi solid food untuk Uwais al-Qarni sebelum umurnya 6 bulan.  Namun ayah dan ummi tetap tegar dengan pendirian kami. 

Jutaan terima kasih ummi ucapkan kepada Opah, Aki dan seluruh ahli keluarga besar ummi yang sangat menyokong penyususuan susu ibu ini.  Tidak lupa juga untuk Ayah yang sentiasa memberi ummi semangat, membantu ummi serta memberi segala kemudahan untuk memudahkan urusan seharian ummi dan Uwais al-Qarni , asalkan ummi susukan anak ayah. Pesanan ayah pada ummi tika ummi sangat down juga tidak lupakan, “Sayang, menyusukan anak ni jihad.  Banyak pahala jika bersabar dan tabah” .Tanpa sokongan kalian, ummi pasti tersungkur. Opah yang juga berjaya menyusukan ummi dan adik-beradik ummi sangat banyak meniupkan semangat pada ummi.  Jazakillah Opah.

2)      Solid Food
Uwais sudah mula makan solid food dan sangat menyukainya.  Ummi tiada masalah hendak menyuapkan makanan ke mulut Uwais al-Qarni kerana Uwais al-Qarni tidak cerewet dan sangat fokus ketika makan.  Tanda Uwais al-Qarni sudah kenyang adalah bila Uwais al-Qarni paling ke tempat lain dan tidak lagi fokus.  Ummi ayah sangat teruja sebenarnya dengan saat pertama melihat beliau makan bubur yang ummi masak sendiri.  Puas juga menangkap gambar sebagai kenang-kenangan. 




Akhirnya, dapat juga ummi aplikasikan segala ilmu sewaktu belajar dulu.  Bubur Uwais al-Qarni ummi campurkan dengan EBM.   Mungkin sebab itu Uwais al-Qarni mudah untuk menerimanya. Rasa yang tidak asing bagi dirinya. 4 hari sediakan bubur +EBM.  Lepas itu cuba bubur+EBM+kentang, tapi Uwais al-Qarni buat muka pasrah waktu makan.  Telan pun macam terpaksa.  Rupanya Uwais al-Qarni kurang gemar.  Semalam ummi masakkan bubur+ EBM+carrot dan Uwais al-Qarni sangat suka. 

Uwais al-Qarni makan 3 kali sehari.  Sebenarnya ummi jadualkan Uwais al-Qarni makan 2 kali sehari, tapi bila ummi makan Uwais al-Qarni teruja hendak makan juga.  Jadi ummi kenalah sediakan makan Uwais al-Qarni untuk pagi, tengah hari dan petang . Malam, Uwais al-Qarni fully BF sebab keluarga Ummi makan malam waktu pukul 6 petang.

Perasaan ummi?  Jauh di sudut hati ummi, ummi sedih sebab kali pertama Uwais al-Qarni makan, terus kurang menyusu.  Engorge terus dan ummi terpaksa express dengan teknik mermet untuk campur dalam bubur Uwais al-Qarni.  Tapi sekarang ini, telah kembali normal.  Makin selera pula menyusu dengan ummi walaupun sudah kenyang makan.

Ok Uwais al-Qarni, nanti ummi sambung bahagian 2 pula ye.  Panjang sangat entri kali ini.hihi.

Ummi ayah saaaaaaayang Uwais al-Qarni tau.

^__^

March 15, 2011

Rindu Hafiz


Hafiz pergi kursus induksi di Ayer Keroh selama empat hari.  Waktu dapat tahu, Hafiz susah hati. Mawaddah pula gusar juga.  Masakan tidak, kami jarang sekali berpisah.  Ke mana saja bersama-sama. Apatahlagi, sejak ada Uwais ini.  Memang sekali pun tak pernah.  Pada mulanya Hafiz ingat nak bawa Mawaddah dan Uwais sekali tinggal di hotel.  Tapi rate hotel mahal sebab tengah cuti sekolah ini. Jadi, Mawaddah cakap dengan Hafiz, tak payah lah.  Lebih baik pergi bercuti.

Mawaddah rindu kat Hafiz lah. Uwais juga rindu sampai tak lena tidurnya. Asyik pusing ke  kiri kanan dan akhirnya menangis dengan mata yang masih pejam.  Alhamdulillah Mawaddah boleh pujuk Uwais.  Sebelum ini, memang Uwais nak ayah je pujuk dia.  Uwais, Uwais. Tak pernah Uwais meragam malam macam ni tau.  

Tadi, Hafiz call Mawaddah.  Katanya, hujung minggu ini akan ke Penang pula selama tiga hari mungkin. Rasa patah kaki sekejap bila Hafiz tiada, sebab Hafiz ringan tulang tolong jagakan Uwais dan uruskan rumahtangga.  Sekarang ini, Uwais pula asyik berkepit dengan Mawaddah.  Pegang je tangan umminya ini.  
Hafiz cepat balik tau.  Mawaddah dan Uwais rinduuuuuuuuuu sangat...Love you..

Pesan Ummi: Uwais, ummi dulu panggil ayah Hafiz tau.  Kenapa? Ummi pun tak tau.  Mungkin sebab ayah ni sebaya dengan ummi kot.  Uwais jangan rasa pelik ye.  Waktu baru kahwin tersasul-sasul mulut ummi ni panggail ayah Hafiz...

March 8, 2011

Uwais, Maafkan Ummi

Uwais, ummi minta maaf tau.  Semalam ummi tak sengaja terzip dada Uwais sampai luka.  Alhamdulillah sikit je.  Ayah dah sapukn minyak gamat kat Uwais.   Uwais nangis sebab Uwais terkejut ke? atau sebab sakit sangat?  Nak gugur jantung ummi tau.  Takut anak ummi sakit sangat.  Takut gak kena marah dengan ayah dan opah. hehe. Lain kali Uwais duduk elok-elok ye waktu ummi tengah pakaikan baju.  Uwais kan anak ummi ayah yang soleh.  Rasa fobia dah ummi nak pakaikan Uwais sweater tu.  Tak mau lah sweater tu, kita beli yang lain ye (sambil mata menjeling ayah.  hihi)

Anak ummi ni kuat sangat. Nangis kejap je, lepa stu terus main-macam-tak-nak-tidur dengan opah. Gelak mengekek lagi.  Opah kata, tak macam orang kena zip dada. Uwais, Uwais.  

Uwais, ummi minta maaf sekali lagi.  InsyaAllah ummi akan lebih berhati-hati lepas ni. 

Uwais terimalah hadiah yang tak seberapa ni dari ummi ye (ayah yang belikan).  Uwais nak tak?  


Pesan Ummi: Ummi ayah saaaaaaaaayang Uwais tau.  Kiranya ni mainan pertama ummi ayah belikan untuk Uwais.  Yang Uwais ada sekarang ni semuanya hadiah dan abang `Ukasyah punya.  Ummi ayah mahu Uwais juga merasai betapa isimewanya kehadiran Uwais dalam hidup kami. Sungguhpun Uwais mujahid kedua ummi ayah, tapi tetap yang pertama di hati kami.  Yang seterusnya juga begitu.

March 4, 2011

Uwais Geli Hati

Ummi tengah siapkan order customer, sekali ummi dengar Uwais gelak beria...Rupanya Uwais geli hati tengok plastik baju tu ada bunyi bila terjatuh...hihi...

March 3, 2011

Uwais Sayang Ummi (Part 2)

Aktiviti Ummi dan Uwais setiap pagi.  Bergurau senda dengan Uwais bam bam.  Kita kan `best friend` kan Uwais.  

Uwais: Ummi, kenapa tak buka baju Uwais sampai habis?
Ummi: Kejap ye Uwais, ummi nak tangkap gambar, nak bagi khaulah tengok. Uwais buat muka comel2 skit ye.
Uwais: Ummi, comel tak muka Uwais ni?
Ummi: Comel2...khaulah mesti suka tengok..

Uwais: Jap ye ummi, letihlah asyik kena posing ni.
Ummi: Ok2..^__^


Uwais: Ummi, jom mandi..Uwais dah masyam ni
Ummi: Ok anak soleh...terima kasih sebab posing comel2 utk khaulah..

Khaulah dan abang Mus`ab di Yemen.

Kisah Sakit Leher dan On-call

2 orang buah hati ummi


Kisah semalam, ummi stay-up sebab nak siapkan pelbagai urusan U Kids.  Jadi ummi tidur dekat pukul 3 pagi.  Sekali pukul 5 pagi, ummi dengar ayah macam dalam kesakitan dan ummi terhidu la bau losyen pati halia.  Ummi tengok, ayah tengah dalam kesakitan rupanya.  Uwais  nak tahu kenapa? Ayah kena `stiff neck` .Tapi gaya ayah sakit tu memang buat ummi berdebar betul.  Mula la keluar segala bagai knowledge and skills sebagai staff nurse.  Pertama sekali ummi pun tak faham ayah sakit mana, puas juga buat assessment.

Ummi:  Abang sakit mana ni?
Ayah: Kat leher ni, abang tak boleh pusing kiri. Sakit sangat. (dalam hati ummi.  Alamak, fracture ke? Herniated disk ke?)

Ummi:  Macam mana boleh jadi camni?
Ayah: bla bla bla

Ummi:  Sayang rasa abang ni salah tidur la.  Semalam kan abang tertidur kat kerusi dengan kepala sengetnye.(Sebenarnya, sakit tu di bahu, tapi ayah tunjuk dan rasa kat base of skull. Ni yang dipanggil referred pain)
Ayah: erm

Ummi: Ok, pain rating scale, 1 to 10. 1 is the worst pain. Berapa abang?
Ayah: 7 (Sakit betul. Ummi tengok facial expression pun dah agak dah”

Ummi:  Abang ambil pain killer dulu lah ye. Abang nak apa? (sebab kat umah memang boleh kata ada semua drugs, paracetamol, ponstan, voltaren dan tramal)
Ayah: Abang nak tramal.

Ummi: Amboi, nak yang paling kuat sekali.
Ayah:Yelah, dah tak tahan la sayang.

Ayah, ayah.  Sampai tak boleh drive kereta.  Risau sangat ummi.  Alhamdulillah, pagi tu ayah memang free sebab ayah oncall sampai malam.  Ayah call kawan-kawan untuk ganti ayah on-call, tapi diorang pun tak dapat ganti ayah.  Lepas ayah rehat jap, ayah kata rasa lega sikit.  Mana taknya, ambil tramal. Tengah hari tu, ayah pergi kerja juga tu.  Sempat  lagi cakap kat ummi, “Harapnya, tak ramai la patient hari ini, tak banyak clerk kes kat wad, tak de kes TDM dan oncall hari ni relax”.  Harapan je la tu ayah. Hihi.

Alhamdulillah, ayah selamat sampai tengah malam kat rumah, tapi ummi dan uwais dah tidur kepenatan.

Hari ini, ayah kerja sampai tengah hari je.  Petang ayah minta off sebab dah oncall semalam dan leher ayah masih sakit lagi.  Walaupun off, tapi bila sampai rumah tak boleh rehat sebab Uwais nak ayah je. Tak nak dengan ummi.

Ummi doakan ayah cepat sembuh ye.  InsyaAllah, Allah nak beri nikmat dan rahmatNya yang tidak terhingga sebab itu Allah beri ujian tu pada abang. 

Pesan ummi: Ayah dan Uwais, tidurlah elok-elok di atas katil supaya tidak menyebabkan leher anda sakit ye. Hihi. Ummi minta maaf, masih tak sempat nak post entry contest. Kawan-kawan Uwais tunggu ye.  InsyaAllah, ummi sedia banyak skit hadiah. hehe

March 2, 2011

Solid Food: Littlewhiz

1) Tommee Tippee: Heat Sensing Weaning Bowl & Spoon Set (klik sini)
2) Munchkin: Baby Food Grinder (klik sini)
3) 
Munchkin: Fresh Food Feeder 
(klik sini)

Assalamualaikum,
Alhamdulillah, barang-barang yang ummi order untuk Uwais dah sampai.  Ummi gembira sangat ni, mengalahkan tuan yang empunya barang plak.  Siapa lagi kalau bukan Uwais. hihi.  Ummi buka je parcel tu, terus Uwais capai semua barang-barang dia yang berwarna-warni tu.  Yang ummi beli, hanya yang no 2 dan no 3.  No 1 tu ummi redeem points yang ummi ayah kumpul dari waktu sebelum `ukasyah lahir lagi.

Sebenanya ummi dah ajak ayah untuk beli barang-barang ni.  Tapi, Uwais nak tahu ayah jawab apa?.  "Sayang beli online jelah ye.  Abang malas nak bersesak-sesak ke SOGO" .  Ummi ayah kan pembeli online yang tegar.hihi.  Ummi pun mulakan pencarian.  Sekali jumpa kat Littlewhiz, terus order dan bayar sendiri dengan hasil titik peluh ummi (jangan marah ye ayah, nanti cepat tua. ummi gurau je).  Sedangkan tak berpeluh pun ummi kerja kan Uwais.

Ok, sampai sini dulu. Nak main dengan Uwais plak.

Pesan Ummi:
Next week kita rasmikan ye Uwais. Lagi seminggu je lagi Uwais 6 bulan.  Makanan pertama Uwais semestinya masakan ummi tercinta.  Tahniah, sebab Uwais membesar dengan susu ummi selama 5 bulan 3 minggu ni. Uwais anak yang soleh ^__^