2 orang buah hati ummi |
Kisah semalam, ummi stay-up sebab nak siapkan pelbagai urusan U Kids. Jadi ummi tidur dekat pukul 3 pagi. Sekali pukul 5 pagi, ummi dengar ayah macam dalam kesakitan dan ummi terhidu la bau losyen pati halia. Ummi tengok, ayah tengah dalam kesakitan rupanya. Uwais nak tahu kenapa? Ayah kena `stiff neck` .Tapi gaya ayah sakit tu memang buat ummi berdebar betul. Mula la keluar segala bagai knowledge and skills sebagai staff nurse. Pertama sekali ummi pun tak faham ayah sakit mana, puas juga buat assessment.
Ummi: Abang sakit mana ni?
Ayah: Kat leher ni, abang tak boleh pusing kiri. Sakit sangat. (dalam hati ummi. Alamak, fracture ke? Herniated disk ke?)
Ummi: Macam mana boleh jadi camni?
Ayah: bla bla bla
Ummi: Sayang rasa abang ni salah tidur la. Semalam kan abang tertidur kat kerusi dengan kepala sengetnye.(Sebenarnya, sakit tu di bahu, tapi ayah tunjuk dan rasa kat base of skull. Ni yang dipanggil referred pain)
Ayah: erm
Ummi: Ok, pain rating scale, 1 to 10. 1 is the worst pain. Berapa abang?
Ayah: 7 (Sakit betul. Ummi tengok facial expression pun dah agak dah”
Ummi: Abang ambil pain killer dulu lah ye. Abang nak apa? (sebab kat umah memang boleh kata ada semua drugs, paracetamol, ponstan, voltaren dan tramal)
Ayah: Abang nak tramal.
Ummi: Amboi, nak yang paling kuat sekali.
Ayah:Yelah, dah tak tahan la sayang.
Ayah, ayah. Sampai tak boleh drive kereta. Risau sangat ummi. Alhamdulillah, pagi tu ayah memang free sebab ayah oncall sampai malam. Ayah call kawan-kawan untuk ganti ayah on-call, tapi diorang pun tak dapat ganti ayah. Lepas ayah rehat jap, ayah kata rasa lega sikit. Mana taknya, ambil tramal. Tengah hari tu, ayah pergi kerja juga tu. Sempat lagi cakap kat ummi, “Harapnya, tak ramai la patient hari ini, tak banyak clerk kes kat wad, tak de kes TDM dan oncall hari ni relax”. Harapan je la tu ayah. Hihi.
Alhamdulillah, ayah selamat sampai tengah malam kat rumah, tapi ummi dan uwais dah tidur kepenatan.
Hari ini, ayah kerja sampai tengah hari je. Petang ayah minta off sebab dah oncall semalam dan leher ayah masih sakit lagi. Walaupun off, tapi bila sampai rumah tak boleh rehat sebab Uwais nak ayah je. Tak nak dengan ummi.
Ummi doakan ayah cepat sembuh ye. InsyaAllah, Allah nak beri nikmat dan rahmatNya yang tidak terhingga sebab itu Allah beri ujian tu pada abang.
Pesan ummi: Ayah dan Uwais, tidurlah elok-elok di atas katil supaya tidak menyebabkan leher anda sakit ye. Hihi. Ummi minta maaf, masih tak sempat nak post entry contest. Kawan-kawan Uwais tunggu ye. InsyaAllah, ummi sedia banyak skit hadiah. hehe
No comments:
Post a Comment