Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

July 28, 2010

Nikmatnya Ibu Mengandung…


Salam sayang ummi ucapkan buat semua...Sejak akhir-akhir ini, terasa agak malas sekali untuk menulis di blog ini…Tetapi hati agak ralat kerana ummi tidak mahu tertinggal untuk merakamkan saat-saat manis mengandungkan putera kedua ummi ayah…Alhamdulillah, syukur tidak terhingga kerana dipilih oleh Allah untuk memikul tanggungjawab menjadi seorang ibu buat kali kedua…Dua tahun berturut-turut ummi mengandung…InsyaAllah, dua kali Ramadhan ummi bersalin dan dua kali raya puasa ummi masih dalam pantang…Seperti yang ummi kata kan pada ayah, selepas bersalinkan `mujahid kecil jr` ini, ummi pasti akan rindu lagi untuk mengandung…Pelik kan , tapi ia memang benar walaupun ummi memang akan mengalami morning sickness yang teruk…Itulah nikmat menjadi ibu yang mengandung…Perit mana sekali pun alahan dan kesakitan, tapi jangan sekali mengeluh (itu pesan ayah buat ummi sebagai peringatan)…
Sekarang, ummi sudah mula merasai Braxton Hicks contraction…Memandangkan ini adalah pengalaman kedua, jadi ummi sudah dapat kawal diri menghadapi kesakitan ketika menghadapinya…It should be painless right? But mine was very painful…Waktu mengandungkan abang `Ukasyah juga begitu…Sampai menangis-nangis ummi dibuatnya bila datang sakit itu…Nasi separuh pinggan pun ummi tak mampu habiskan…Ayah pun panik tidak terkata…4 minggu ummi sakit sebegitu, lepas itu ummi bersalin abang `Ukasyah pada 31 Ogos 2009…Jadi kalau hendak dikirakan sekarang, lagi empat minggu itu jatuh pada tarikh 31 Ogos lagi…Bak kata ayah, biar Allah tentukan yang terbaik…Kita tak pasti yang mana lagi baik kan…
Sakitnya mild contraction ini bila waktu petang menjelang ke awal pagi…Tengah malam, setiap sejam ummi akan ke tandas…Bila hendak baring, mata tidak boleh dipejamkan lagi…Jadi, ummi buat jelah apa yang patut bila sudah tidak boleh tidur malam kan…Pandai anak ummi ini didik ummi ye…kadang-kadang itu, ummi duduk je di hujung katil...Ayah pun teman ummi juga bila ummi berjaga…Sian ummi pada ayah…Sekarang ini ummi doa je pada Allah supaya berikan kesabaran dan ketabahan yang menggunung menghadapi kesakitan…Ayah pesan, setiap kesakitan itu adalah pahala buat ummi, jadi tidak boleh merungut…Ummi tak merungut tau, ummi meng `aduh` je….

July 21, 2010

DIY: Nursing Shirt

 
Hari ini, ummi agak rajin menulis entri terbaru tentang `little mujahid jr`.  Ini mungkin kerana ummi ayah sibuk dengan persiapan menyambut kelahirannya.  Projek kali ini memang sangat penting buat ummi yang ingin menyusukan `little mujahid jr` sepenuhnya.  Demi menjayakan misi ini, ummi telah `transform`  baju yang ummi ada kepada nursing shirt dengan horizontal opening.  Disebabkan ummi masih amatur, ini sahaja lah idea ummi buat masa ini.  Satu baju ummi guna velcro tab dan lagi satu baju ummi guna butang ketip (ummi tidak pasti akan nama butang ini).  Untuk nampak lebih menarik, ummi buat ropol sikit.  Baju-baju ini hanyalah baju yang dipakai di rumah.







Little Mujahid Jr. @ Hospital Barakah



Assalamualaikum,
Alhamdulillah, syukur atas rahmat Allah yang masih memberikan ummi kesihatan yang baik sepanjang mengandungkan ‘little mujahid jr ’.  Check-up untuk 31 minggu yang lalu telah ditemani oleh Opah, Aki, Pak Long dan Pak Su kerana ayah tidak dapat bercuti di peringkat permulaan ini. 
Berat ummi sudah naik lagi 1.4 kg.  Cuma kali ini agak tidak menyedapkan hati ummi kerana tengah malam sebelum datang ke klinik untuk check-up, ummi palpate ‘little mujahid jr ’ punya kepala, tetapi telah beralih, bukan lagi berada dalam `head down position` seperti selalu.  Jangkaan ummi tepat sekali bila Dr. Khairiah juga mengesahkannya.  ‘little mujahid jr ’ kini berada dalam posisi `flex breech`.  Sehingga ke hari ini, ‘little mujahid jr ’ masih tidak kembali kepada posisi `cephalic`.  Buat masa sekarang, ‘little mujahid jr ’ masih boleh berpusing lagi, cuma jika telah sampai 36 minggu nanti, jika keadaan masih sama, mungkin ummi ayah akan berbincang dengan Consultant OnG untuk ECV (External Cephalic Version).
Sekarang ini ummi , ayah dan semua sedang berdoa yang terbaik.  Harapnya ‘little mujahid jr ’ kembali ke posisi asal ye sayang.  Setiap hari ummi ayah pujuk ‘little mujahid jr ’ tau.  Waktu scan hari tu, ‘little mujahid jr ’ sibuk sangat minum air (amniotic fluid).  Beratnya lebih kurang 2 kg, boleh tahan juga.  Pada minggu itu, kebiasaanya baby akan mempunyai berat sekitar 1.5-1.6 kg.  Tapi anak ummi terlebih pula. 
Cukuplah entri pada kali ini.  Harapan dan doa ummi agar ummi selamat melahirkan ‘little mujahid jr ’ nanti.  Moga Allah berikan ummi semangat yang kuat untuk `push` nanti.  Proses mengandung dan bersalin adalah proses untuk mendidik ummi menjadi ibu yang tabah, sabar dan kuat jiwanya dalam mengharungi setiap cabaran dan dugaan.  Tidak lupa juga ummi mendoakan agar ‘little mujahid jr ’ lahir sebagai seorang yang soleh, musleh, dai`e dan  bakal murabbi yang sentiasa mengharapkan redha Allah.  Permulaan yang baik tidak semestinya mempunyai pengakhiran yang baik.  Tetapi ummi berpendapat, permulaan yang baik, punya pengakhiran yang baik.  Oleh sebab itu, ummi ayah sedaya upaya menyediakan permulaan yang baik buatmu, ‘little mujahid jr ’. 

July 15, 2010

Kehidupan






Assalamualaikum dan salam sayang buat semua.  Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kalian.  Ingin sekali ummi coretkan di sini tentang kehidupan ummi ayah sekarang agar dapat anak-anak baca di kemudian hari nanti.  Alhamdulillah, kini ummi dan ayah menetap di Cheras, KL di rumah Opah dan Aki (Ummi & Abah Mawaddah).  Banyak sebab mengapa ayah dan ummi memilih untuk tinggal bersama Opah Aki.   Sebab utama haruslah kerana ingin membantu kerja-kerja DnT, kerana haruslah ummi ayah mengingati kembali tentang tanggungjawab seorang muslim dan matlamat kehidupan yang sebenar, `mardhatillah`.  Tidak dapat ummi ayah bayangkan kehidupan yang `kosong`.  Terlalu sunyi rasanya.  Islam boleh tertegak tanpa ummi ayah, tapi ummi ayah tidak boleh hidup tanpa Islam.  Ruginya jika tidak mengambil Islam dalam kehidupan.
 Syukur yang tidak terbatas kerana Allah kurniakan ummi ayah keluarga yang sefikrah dengan kami.  Keberuntungan itu, tidak sesekali ummi ayah akan sia-sia kan, malah ia menyuntik lagi semangat kami untuk terus menerus menyibukkan diri dengan kerja-kerja Islam.  Dan yang paling penting adalah menyediakan biah (suasana) yang soleh buat mujahid kecil nanti kerana jahiliyyah itu nampaknya lebih cepat dan mudah untuk di terima.  Ibarat serangan virus dan bakteria yang mudah dan cepat menular.

Ayah sebagai Pegawai Farmasi Latihan Siswazah vs Ummi sebagai Suri Rumah Ayah
            Alhamdulillah, sudah hampir dua minggu ayah memulakan tugasnya di Unit Uro-Nephro, HKL.  Pada mulanya, agak sukar bagi ummi untuk menyesuaikan diri dan kehidupan dengan keadaan yang baru ini.  `Adaptation Phase` ini sukar bagi ummi, tapi mudah bagi ayah.  Mungkin kerana sebelum ini, kami sama-sama student di universiti.  Masa yang kami ada tidak tetap.  Jadi, ayah selalu boleh layan kerenah ummi.  Ikut ummi pergi `clinical posting` di hospital lain.  Melayan emosi ummi bila pulang dari wad.  Sekarang ini berlaku `changing of roles`.  Ummi yang kena banyak rai ayah.  Memastikan baju telah digosok untuk seminggu.  Dinner telah terhidang bila ayah pulang dari kerja.  Menggembirakan hati ayah.  Banyak tanggungjawab baru ini tidak dapat ummi laksanakan waktu `student life` ummi ayah dulu kerana ayah memang sangat `tolerate` dengan ummi.  Masing-masing sibuk dengan pelajaran, jadi ayah tidak kisah.  Tapi sekarang, ummi yang kisah sebab ummi suri rumah ayah.
Selalu juga ayah pulang lewat bila ramai patients.  Bila ayah pulang lewat, ummi tidak sampai hati hendak mengadu pada ayah tentang badan yang selalu sakit dek kerana perut yang sakit memboyot.  Kalau sakit sekalipun, ummi kuatkan diri untuk bertahan.  Kadang-kadang tu terlepas juga perkataan `aduh` depan ayah.  Ayah terus gosok-gosok belakang ummi.  Sayu dan terharu rasa hati ini melihat ayah yang kepenatan dan berusaha memanfaatkan setiap saat dalam kehidupan.
Kini ayah terlalu gembira bila ummi ada dirumah 24 jam, 7 hari.  Berbeza dengan kehidupan kami sewaktu bergelar pelajar dahulu kerana ummi lebih sibuk berbanding ayah.  Setiap pagi, ummi dapat buatkan sarapan untuk ayah dan menghantar ke pintu kereta.  Bila ayah pulang, makan malam sudah tersedia dan rumah sudah kemas.  Pakaian sudah dilipat.  Ayah juga telah meluahkan betapa gembiranya dia bila ummi menjadi suri rumah.
Walaubagaimanapun, ayah tidak pernah menghalang ummi menyambung `master` atau bekerja, cuma ayah lebih selesa dengan kehidupan kami sekarang.  Minggu lepas ayah bertanya pada ummi, “Sayang suka bidang clinical atau education?”.    Ummi terus tersengih dan menjawab, “Mestilah sayang suka clinical.  Tapi demi abang dan anak-anak, sayang pilih education lah”.  Ayah tahu, ummi seorang yang `ambitious` sangat.  Ummi sangat mencintai bidang yang ummi pelajari sewaktu ambil ijazah dulu.  Ummi suka jumpa patient.  Buat masa sekarang, ummi hendak utamakan suami dan anak-anak terlebih dahulu.  Itu adalah kebahagian ummi.  Jadi suri rumah ayah juga sangat membuatkan hati ini gembira.  Boleh menjahit dan memasak.  Menjaga keperluan seisi keluarga.
Doakan kami sekeluarga agar dapat merencana kehidupan ini dengan lebih baik.  Andai ada rezeki, insyaAllah, next year, bila `little mujahid junior` sudah besar sedikit, ummi akan kembali menyambung pelajaran dekat dengan tempat ayah bekerja.  Semoga Allah permudahkan segala urusan.





July 10, 2010

DIY: Projek untuk Little Mujahid Junior

Assalamualaikum,

Maafkan ummi kerana lambat upload gambar projek DIY yang ummi buat khas untuk anakanda yang bakal lahir tidak lama lagi. Ramai kawan-kawan yang sudah lama meminta pada ummi untuk melihatnya, tapi kerana ketiadaan model dan kekangan masa, ummi terpaksa tangguhkan dulu. Tambahan pula ayah baru mula bertugas di HKL. Izinkan ummi menggunakan bahasa inggeris dan bahasa melayu ye untuk entri kali ini. Kalau aki baca, mesti kena komen blog ummi.hehe. Jangan marah ye aki.


1) Simple Diaper Case




2) Snuggler Blanket







3) Receiving Blanket




4) Breastfeeding Pillow

Ummi jahit dua helai sarung bantal untuk `BF pillow` ni. Nanti boleh tukar bila sudah kotor.






5) Reversible Padded Pouch Sling








6) Reversible Unpadded Pouch Sling