Assalamualaikum dan salam sayang buat semua. Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kalian. Ingin sekali ummi coretkan di sini tentang kehidupan ummi ayah sekarang agar dapat anak-anak baca di kemudian hari nanti. Alhamdulillah, kini ummi dan ayah menetap di Cheras, KL di rumah Opah dan Aki (Ummi & Abah Mawaddah). Banyak sebab mengapa ayah dan ummi memilih untuk tinggal bersama Opah Aki. Sebab utama haruslah kerana ingin membantu kerja-kerja DnT, kerana haruslah ummi ayah mengingati kembali tentang tanggungjawab seorang muslim dan matlamat kehidupan yang sebenar, `mardhatillah`. Tidak dapat ummi ayah bayangkan kehidupan yang `kosong`. Terlalu sunyi rasanya. Islam boleh tertegak tanpa ummi ayah, tapi ummi ayah tidak boleh hidup tanpa Islam. Ruginya jika tidak mengambil Islam dalam kehidupan.
Syukur yang tidak terbatas kerana Allah kurniakan ummi ayah keluarga yang sefikrah dengan kami. Keberuntungan itu, tidak sesekali ummi ayah akan sia-sia kan, malah ia menyuntik lagi semangat kami untuk terus menerus menyibukkan diri dengan kerja-kerja Islam. Dan yang paling penting adalah menyediakan biah (suasana) yang soleh buat mujahid kecil nanti kerana jahiliyyah itu nampaknya lebih cepat dan mudah untuk di terima. Ibarat serangan virus dan bakteria yang mudah dan cepat menular.
Ayah sebagai Pegawai Farmasi Latihan Siswazah vs Ummi sebagai Suri Rumah Ayah
Alhamdulillah, sudah hampir dua minggu ayah memulakan tugasnya di Unit Uro-Nephro, HKL. Pada mulanya, agak sukar bagi ummi untuk menyesuaikan diri dan kehidupan dengan keadaan yang baru ini. `Adaptation Phase` ini sukar bagi ummi, tapi mudah bagi ayah. Mungkin kerana sebelum ini, kami sama-sama student di universiti. Masa yang kami ada tidak tetap. Jadi, ayah selalu boleh layan kerenah ummi. Ikut ummi pergi `clinical posting` di hospital lain. Melayan emosi ummi bila pulang dari wad. Sekarang ini berlaku `changing of roles`. Ummi yang kena banyak rai ayah. Memastikan baju telah digosok untuk seminggu. Dinner telah terhidang bila ayah pulang dari kerja. Menggembirakan hati ayah. Banyak tanggungjawab baru ini tidak dapat ummi laksanakan waktu `student life` ummi ayah dulu kerana ayah memang sangat `tolerate` dengan ummi. Masing-masing sibuk dengan pelajaran, jadi ayah tidak kisah. Tapi sekarang, ummi yang kisah sebab ummi suri rumah ayah.
Selalu juga ayah pulang lewat bila ramai patients. Bila ayah pulang lewat, ummi tidak sampai hati hendak mengadu pada ayah tentang badan yang selalu sakit dek kerana perut yang sakit memboyot. Kalau sakit sekalipun, ummi kuatkan diri untuk bertahan. Kadang-kadang tu terlepas juga perkataan `aduh` depan ayah. Ayah terus gosok-gosok belakang ummi. Sayu dan terharu rasa hati ini melihat ayah yang kepenatan dan berusaha memanfaatkan setiap saat dalam kehidupan.
Kini ayah terlalu gembira bila ummi ada dirumah 24 jam, 7 hari. Berbeza dengan kehidupan kami sewaktu bergelar pelajar dahulu kerana ummi lebih sibuk berbanding ayah. Setiap pagi, ummi dapat buatkan sarapan untuk ayah dan menghantar ke pintu kereta. Bila ayah pulang, makan malam sudah tersedia dan rumah sudah kemas. Pakaian sudah dilipat. Ayah juga telah meluahkan betapa gembiranya dia bila ummi menjadi suri rumah.
Walaubagaimanapun, ayah tidak pernah menghalang ummi menyambung `master` atau bekerja, cuma ayah lebih selesa dengan kehidupan kami sekarang. Minggu lepas ayah bertanya pada ummi, “Sayang suka bidang clinical atau education?”. Ummi terus tersengih dan menjawab, “Mestilah sayang suka clinical. Tapi demi abang dan anak-anak, sayang pilih education lah”. Ayah tahu, ummi seorang yang `ambitious` sangat. Ummi sangat mencintai bidang yang ummi pelajari sewaktu ambil ijazah dulu. Ummi suka jumpa patient. Buat masa sekarang, ummi hendak utamakan suami dan anak-anak terlebih dahulu. Itu adalah kebahagian ummi. Jadi suri rumah ayah juga sangat membuatkan hati ini gembira. Boleh menjahit dan memasak. Menjaga keperluan seisi keluarga.
Doakan kami sekeluarga agar dapat merencana kehidupan ini dengan lebih baik. Andai ada rezeki, insyaAllah, next year, bila `little mujahid junior` sudah besar sedikit, ummi akan kembali menyambung pelajaran dekat dengan tempat ayah bekerja. Semoga Allah permudahkan segala urusan.
slm kenal ummu ukasyah..akak pon sm cam awk..ms blaja mmg cita2 tgg.kalo boleh nk uat phd b4 30. tp bila kawen dan ada anak, sume tu dah tak penting. kat ofis ingat anak, anak, anak je. nk jd suri rumah tp ekonomi blm mengizinkan..
ReplyDeleteslm taaruf juga buat akak...mawaddah dan suami juga sedang belajar utk hidup dgn apa yg ada...betul kan akak, anak2 dan suami tu sentiasa dlm ingatan...
ReplyDelete