Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

July 1, 2010

Pegawai Farmasi – Latihan Siswazah


Hari ini merupakan hari pertama ayah bekerja di Hospital Kuala Lumpur. 1 Julai 2010 adalah tarikh yang ummi ayah tidak akan lupakan. Ayah akan menjalani `housemanship` selama setahun. Memandangkan hari ini adalah hari pertama, ummi ayah sedang menyesuaikan diri dengan perubahan jadual ayah sebab sebelum ini, ayah kan bercuti panjang menemani ummi clinical posting di sana sini.

Pagi semalam, kami ke KKM Putrajaya untuk menguruskan sedikit urusan berkaitan kerja ayah. Selepas itu, kami berkunjung ke Alamanda pula membeli baju untuk anak susuan merangkap anak saudara ummi, Mus`ab. Tidak lupa juga membeli barang-barang keperluan little mujahid junior. Selepas di Alamanda, ummi ayah pergi pejabat Aki di Bandar Sri Permaisuri untuk pengesahan salinan dokumen dan mohon tunjuk ajar Aki memberi petunjuk jalan yang mudah untuk orientasi ayah jalan ke HKL. Selesai urusan bersama Aki, ummi ayah pergi HKL dan `round` dalam HKL sekali. Pergi HKL ikut Jalan Kuching dan balik HKL ikut Jalan Tun Razak pula.

Alhamdulillah, ayah kata senang je jalannya. Mudah untuk ingat. Di sebelah malamnya pula, ummi potong seluar ayah dan Opah tolong jahitkan. Ummi kan masih lagi amatur dalam bidang jahitan ni. Semua barang-barang ayah, ummi sudah siapkan supaya ayah tidak bergegas di waktu pagi. Ayah pun jenis yang disiplin. Siap bawa buku dan pencil box lagi. Nanti ummi jahitkan organizer untuk ayah muatkan dalam white coat ayah tau. Kasut kerja dan tali pinggang yang ayah pakai hari ini adalah hadiah hantaran sewaktu perkahwinan ummi ayah pada 17 November 2007. Akhirnya, ayah pakai juga. Sebelum ini ayah dok simpan dalam kotak lagi.

Pagi ini, ummi bangun awal siapkan minum pagi buat ayah. Isi air masak dalam botol. Pesan dengan ayah, jangan lupa bawa white coat. Hehe. Melayan ayah persis anak kecil yang baru hendak mendaftar masuk sekolah pula kan. Sempat juga tangkap gambar ayah. Ayah siap cakap, “Ni mesti nak letak gambar abang kat blog kan”. Hehe. Macam tahu je kan. Mestilah ummi akan letak kat blog sebab ummi kan selalu tulis entri yang penting dan bermakna je dalam kehidupan kita. Ayah drive hari ini, tapi ayah hantar Opah dulu ke pejabat. Opah suka lah tu dapat pergi kerja dengan menantu dia. Opah juga excited ayah mula kerja, siap belikan ayah seluar `john Langford` lagi.

Panjang pula ummi membebel di pagi hari ni. Semoga ayah dapat menjalankan tugas dengan amanah dan penuh tanggungjawab. Niat kerana Allah. Ikhlaskan hati ye. Semalam, banyak benda yang ummi pesan kat ayah tentang pengalaman ummi posting di hospital. Ye, manusia memang banyak ragamnya, tetapi ayah fikirkan saja `patient` je tau. Kesian pada mereka. Letakkan diri kita di tempat mereka. Kalau ditegur atau diherdik adalah perkara biasa yang perlu diambil pengajaran dan hikmahnya. Adatlah kan ayah bila bekerja di hospital. Apa-apa pun ummi dan baby sentiasa menyokong ayah. Ummi dah get ready hati ummi, telinga ummi dan emosi ummi untuk menghadapi ayah bila ayah balik nanti. Macam yang ayah selalu buat bila ummi posting. I will be a good listener. hihi. Luahkan saja isi hatimu itu.hihi.





2 comments:

  1. Selamat menjalankan tanggungjawab...Tahniah

    ReplyDelete
  2. Salam,
    Rasa baru sahaja tgk hafiz dan mawaddah dalam kelas di CFS tapi sekarang dua-dua dah habis belajar. Alhadulillah dan tahniah:).

    ReplyDelete