Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

July 21, 2010

Little Mujahid Jr. @ Hospital Barakah



Assalamualaikum,
Alhamdulillah, syukur atas rahmat Allah yang masih memberikan ummi kesihatan yang baik sepanjang mengandungkan ‘little mujahid jr ’.  Check-up untuk 31 minggu yang lalu telah ditemani oleh Opah, Aki, Pak Long dan Pak Su kerana ayah tidak dapat bercuti di peringkat permulaan ini. 
Berat ummi sudah naik lagi 1.4 kg.  Cuma kali ini agak tidak menyedapkan hati ummi kerana tengah malam sebelum datang ke klinik untuk check-up, ummi palpate ‘little mujahid jr ’ punya kepala, tetapi telah beralih, bukan lagi berada dalam `head down position` seperti selalu.  Jangkaan ummi tepat sekali bila Dr. Khairiah juga mengesahkannya.  ‘little mujahid jr ’ kini berada dalam posisi `flex breech`.  Sehingga ke hari ini, ‘little mujahid jr ’ masih tidak kembali kepada posisi `cephalic`.  Buat masa sekarang, ‘little mujahid jr ’ masih boleh berpusing lagi, cuma jika telah sampai 36 minggu nanti, jika keadaan masih sama, mungkin ummi ayah akan berbincang dengan Consultant OnG untuk ECV (External Cephalic Version).
Sekarang ini ummi , ayah dan semua sedang berdoa yang terbaik.  Harapnya ‘little mujahid jr ’ kembali ke posisi asal ye sayang.  Setiap hari ummi ayah pujuk ‘little mujahid jr ’ tau.  Waktu scan hari tu, ‘little mujahid jr ’ sibuk sangat minum air (amniotic fluid).  Beratnya lebih kurang 2 kg, boleh tahan juga.  Pada minggu itu, kebiasaanya baby akan mempunyai berat sekitar 1.5-1.6 kg.  Tapi anak ummi terlebih pula. 
Cukuplah entri pada kali ini.  Harapan dan doa ummi agar ummi selamat melahirkan ‘little mujahid jr ’ nanti.  Moga Allah berikan ummi semangat yang kuat untuk `push` nanti.  Proses mengandung dan bersalin adalah proses untuk mendidik ummi menjadi ibu yang tabah, sabar dan kuat jiwanya dalam mengharungi setiap cabaran dan dugaan.  Tidak lupa juga ummi mendoakan agar ‘little mujahid jr ’ lahir sebagai seorang yang soleh, musleh, dai`e dan  bakal murabbi yang sentiasa mengharapkan redha Allah.  Permulaan yang baik tidak semestinya mempunyai pengakhiran yang baik.  Tetapi ummi berpendapat, permulaan yang baik, punya pengakhiran yang baik.  Oleh sebab itu, ummi ayah sedaya upaya menyediakan permulaan yang baik buatmu, ‘little mujahid jr ’. 

No comments:

Post a Comment