Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.
Showing posts with label Pharmacy. Show all posts
Showing posts with label Pharmacy. Show all posts

October 14, 2011

Ayah Rindu Uwais...


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Semoga kalian semua berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Sudah sekian lama ummi tidak menulis, jadi terasa agak kekok untuk memulakan kembali. ^_^

Sejak akhir-akhir ini, ayah agak sibuk.  Setiap minggu on-call.  Macam minggu ini, ayah oncall malam tadi dan hari sabtu ni.  Lepas itu, hari isnin on-call lagi.  Ayah mengadu kat ummi tadi yang ayah rindu kat Uwais sebab ayah balik oncall je Uwais dah tidur.  Waktu ayah pergi kerja pun, Uwais belum bangun tidur lagi.  Kalau Uwais bangun pun, dapat main sekejap je dengan ayah.  Jadi tadi lepas dinner dengan ummi, ayah dok merancang nak kejutkan Uwais.  Nak main dengan Uwais lah kononnya, sekali ummi tengok ayah dah tertido. hehe.  Akhirnya, lentok sekali dengan Uwais.Ayah, ayah.

Ummi ada merancang nak bawa Uwais jalan-jalan hari ahad ini.  Kesian anak ummi asyik duduk kat rumah je.  Uwais doakan ummi dapat kereta baru ye, boleh ummi bawa Uwais jalan-jalan selalu. hehe. ameen.


August 10, 2011

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, akhirnya ayah dapat posting di Klinik Kesihatan AU2.  Lebih dekat dan kurang kesesakan lalu lintas berbanding waktu ayah kerja di HKL dulu.  Prosesnya sangat mudah, mungkin Allah dengar doa ummi ayah, keluarga serta sahabat-sahabat kita.  Waktu ayah mendaftar di Pejabat Kesihatan Daerah Gombak, mereka terus tawarkan ayah  Klinik Kesihatan AU2.  Ayah kata memang ayah nak yang tu pun sebab yang itu paling dekat dengan `rumah mini` kita nanti. Ummi pun turut tumpang gembira.  Ayah pun nampak gembira walaupun staff kat sana ramai perempuan.  Ayah cerita dengan ummi, sibuk waktu pagi je sebab waktu petang dah tak ramai patient.  Tapi ayah still ada on-call Sabtu, Ahad dan `extended hour`.  

"Tahniah abang..Bekerja kerana Allah ya...^__^" 

August 4, 2011

Kerisauan

Uwais, hati ummi gundah gulana..2-3 hari ini pun ummi macam tiada mood nak buat kerja...Risau memikirkan posting ayah....Semoga hari ini dapat penyelesaiannya.  Uwais doakanlah yang terbaik untuk ayah ye.  Doakan agar ayah diberi penempatan yang berhampiran.  Baik untuk DnT dan keluarga kita yang pastinya.  Ayah dapat Hospital Sabak Bernam...Satu tempat yang asing bagi ummi mahupun ayah.  Tidak tahu mengapa, yang pastinya ummi ayah seakan fobia untuk berhijrah lagi.  Mungkin kerana pengalaman pahit yang ummi ayah lalui sewaktu di rantau orang.  huhu.. 

Ujian sungguh di bulan ramadhan ini.  Baru saja nak `settle down` di sini, sekali dapat Sabak Bernam.  Baru saja kita menjenguk rumah mini yang bakal kita diami nanti.  Sedih ummi rasa, tapi ayah yang paling sedih.  Mendengar getaran suara ayah yang sungguh kecewa di corong telefon, membuatkan hati ummi gusar.  Namun ummi ayah tidak mahu mengalah, jauh sekali berputus asa sungguhpun pihak yang berkenaan seakan tidak mahu berganjak...Pelbagai alasan dicipta...Katanya, keputusan adalah MUKTAMAD...Tidak langsung menimbang rasa rayuan ayah padanya....Namun ayah tetap tegar tidak mahu menandatangani dokumen berikut.  Ayah kata, 30 hari pun ayah sanggup turun naik Pejabat Kesihatan S____...  

Pada siapa lagi harus kami merayu.  Kami tak punya kabel besar.  Allah yang Maha Berkuasa, jadi kepada Allah ummi ayah merayu dan memohon.  Apalah sangat kuasa manusia, Allah yang menentukan segalaNya. `Ya Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir`.  Hari ini, ayah sekali pergi turun naik pejabat untuk urusan itu.  Dan akhirnya mereka akur pada permintaan ayah dan ayah kata seolah-olah mulut mereka terkatup, tak mampu berhujah seperti semalamnya.  Alhamdulillah, ayah dapat posting di Klinik Kesihatan Daerah Gombak.  Meskipun belum ketahui di kawasan mana di Gombak, namun terasa sedikit lega dan tenang.  Mohon doa kalian agar doakan yang terbaik buat kami.  

p/s: Opah sampai cuti hari ini kerana risaukan ayah. hehe.manja Opah...^__^

July 15, 2010

Kehidupan






Assalamualaikum dan salam sayang buat semua.  Semoga Allah merahmati dan memberkati kehidupan kalian.  Ingin sekali ummi coretkan di sini tentang kehidupan ummi ayah sekarang agar dapat anak-anak baca di kemudian hari nanti.  Alhamdulillah, kini ummi dan ayah menetap di Cheras, KL di rumah Opah dan Aki (Ummi & Abah Mawaddah).  Banyak sebab mengapa ayah dan ummi memilih untuk tinggal bersama Opah Aki.   Sebab utama haruslah kerana ingin membantu kerja-kerja DnT, kerana haruslah ummi ayah mengingati kembali tentang tanggungjawab seorang muslim dan matlamat kehidupan yang sebenar, `mardhatillah`.  Tidak dapat ummi ayah bayangkan kehidupan yang `kosong`.  Terlalu sunyi rasanya.  Islam boleh tertegak tanpa ummi ayah, tapi ummi ayah tidak boleh hidup tanpa Islam.  Ruginya jika tidak mengambil Islam dalam kehidupan.
 Syukur yang tidak terbatas kerana Allah kurniakan ummi ayah keluarga yang sefikrah dengan kami.  Keberuntungan itu, tidak sesekali ummi ayah akan sia-sia kan, malah ia menyuntik lagi semangat kami untuk terus menerus menyibukkan diri dengan kerja-kerja Islam.  Dan yang paling penting adalah menyediakan biah (suasana) yang soleh buat mujahid kecil nanti kerana jahiliyyah itu nampaknya lebih cepat dan mudah untuk di terima.  Ibarat serangan virus dan bakteria yang mudah dan cepat menular.

Ayah sebagai Pegawai Farmasi Latihan Siswazah vs Ummi sebagai Suri Rumah Ayah
            Alhamdulillah, sudah hampir dua minggu ayah memulakan tugasnya di Unit Uro-Nephro, HKL.  Pada mulanya, agak sukar bagi ummi untuk menyesuaikan diri dan kehidupan dengan keadaan yang baru ini.  `Adaptation Phase` ini sukar bagi ummi, tapi mudah bagi ayah.  Mungkin kerana sebelum ini, kami sama-sama student di universiti.  Masa yang kami ada tidak tetap.  Jadi, ayah selalu boleh layan kerenah ummi.  Ikut ummi pergi `clinical posting` di hospital lain.  Melayan emosi ummi bila pulang dari wad.  Sekarang ini berlaku `changing of roles`.  Ummi yang kena banyak rai ayah.  Memastikan baju telah digosok untuk seminggu.  Dinner telah terhidang bila ayah pulang dari kerja.  Menggembirakan hati ayah.  Banyak tanggungjawab baru ini tidak dapat ummi laksanakan waktu `student life` ummi ayah dulu kerana ayah memang sangat `tolerate` dengan ummi.  Masing-masing sibuk dengan pelajaran, jadi ayah tidak kisah.  Tapi sekarang, ummi yang kisah sebab ummi suri rumah ayah.
Selalu juga ayah pulang lewat bila ramai patients.  Bila ayah pulang lewat, ummi tidak sampai hati hendak mengadu pada ayah tentang badan yang selalu sakit dek kerana perut yang sakit memboyot.  Kalau sakit sekalipun, ummi kuatkan diri untuk bertahan.  Kadang-kadang tu terlepas juga perkataan `aduh` depan ayah.  Ayah terus gosok-gosok belakang ummi.  Sayu dan terharu rasa hati ini melihat ayah yang kepenatan dan berusaha memanfaatkan setiap saat dalam kehidupan.
Kini ayah terlalu gembira bila ummi ada dirumah 24 jam, 7 hari.  Berbeza dengan kehidupan kami sewaktu bergelar pelajar dahulu kerana ummi lebih sibuk berbanding ayah.  Setiap pagi, ummi dapat buatkan sarapan untuk ayah dan menghantar ke pintu kereta.  Bila ayah pulang, makan malam sudah tersedia dan rumah sudah kemas.  Pakaian sudah dilipat.  Ayah juga telah meluahkan betapa gembiranya dia bila ummi menjadi suri rumah.
Walaubagaimanapun, ayah tidak pernah menghalang ummi menyambung `master` atau bekerja, cuma ayah lebih selesa dengan kehidupan kami sekarang.  Minggu lepas ayah bertanya pada ummi, “Sayang suka bidang clinical atau education?”.    Ummi terus tersengih dan menjawab, “Mestilah sayang suka clinical.  Tapi demi abang dan anak-anak, sayang pilih education lah”.  Ayah tahu, ummi seorang yang `ambitious` sangat.  Ummi sangat mencintai bidang yang ummi pelajari sewaktu ambil ijazah dulu.  Ummi suka jumpa patient.  Buat masa sekarang, ummi hendak utamakan suami dan anak-anak terlebih dahulu.  Itu adalah kebahagian ummi.  Jadi suri rumah ayah juga sangat membuatkan hati ini gembira.  Boleh menjahit dan memasak.  Menjaga keperluan seisi keluarga.
Doakan kami sekeluarga agar dapat merencana kehidupan ini dengan lebih baik.  Andai ada rezeki, insyaAllah, next year, bila `little mujahid junior` sudah besar sedikit, ummi akan kembali menyambung pelajaran dekat dengan tempat ayah bekerja.  Semoga Allah permudahkan segala urusan.





July 1, 2010

Pegawai Farmasi – Latihan Siswazah


Hari ini merupakan hari pertama ayah bekerja di Hospital Kuala Lumpur. 1 Julai 2010 adalah tarikh yang ummi ayah tidak akan lupakan. Ayah akan menjalani `housemanship` selama setahun. Memandangkan hari ini adalah hari pertama, ummi ayah sedang menyesuaikan diri dengan perubahan jadual ayah sebab sebelum ini, ayah kan bercuti panjang menemani ummi clinical posting di sana sini.

Pagi semalam, kami ke KKM Putrajaya untuk menguruskan sedikit urusan berkaitan kerja ayah. Selepas itu, kami berkunjung ke Alamanda pula membeli baju untuk anak susuan merangkap anak saudara ummi, Mus`ab. Tidak lupa juga membeli barang-barang keperluan little mujahid junior. Selepas di Alamanda, ummi ayah pergi pejabat Aki di Bandar Sri Permaisuri untuk pengesahan salinan dokumen dan mohon tunjuk ajar Aki memberi petunjuk jalan yang mudah untuk orientasi ayah jalan ke HKL. Selesai urusan bersama Aki, ummi ayah pergi HKL dan `round` dalam HKL sekali. Pergi HKL ikut Jalan Kuching dan balik HKL ikut Jalan Tun Razak pula.

Alhamdulillah, ayah kata senang je jalannya. Mudah untuk ingat. Di sebelah malamnya pula, ummi potong seluar ayah dan Opah tolong jahitkan. Ummi kan masih lagi amatur dalam bidang jahitan ni. Semua barang-barang ayah, ummi sudah siapkan supaya ayah tidak bergegas di waktu pagi. Ayah pun jenis yang disiplin. Siap bawa buku dan pencil box lagi. Nanti ummi jahitkan organizer untuk ayah muatkan dalam white coat ayah tau. Kasut kerja dan tali pinggang yang ayah pakai hari ini adalah hadiah hantaran sewaktu perkahwinan ummi ayah pada 17 November 2007. Akhirnya, ayah pakai juga. Sebelum ini ayah dok simpan dalam kotak lagi.

Pagi ini, ummi bangun awal siapkan minum pagi buat ayah. Isi air masak dalam botol. Pesan dengan ayah, jangan lupa bawa white coat. Hehe. Melayan ayah persis anak kecil yang baru hendak mendaftar masuk sekolah pula kan. Sempat juga tangkap gambar ayah. Ayah siap cakap, “Ni mesti nak letak gambar abang kat blog kan”. Hehe. Macam tahu je kan. Mestilah ummi akan letak kat blog sebab ummi kan selalu tulis entri yang penting dan bermakna je dalam kehidupan kita. Ayah drive hari ini, tapi ayah hantar Opah dulu ke pejabat. Opah suka lah tu dapat pergi kerja dengan menantu dia. Opah juga excited ayah mula kerja, siap belikan ayah seluar `john Langford` lagi.

Panjang pula ummi membebel di pagi hari ni. Semoga ayah dapat menjalankan tugas dengan amanah dan penuh tanggungjawab. Niat kerana Allah. Ikhlaskan hati ye. Semalam, banyak benda yang ummi pesan kat ayah tentang pengalaman ummi posting di hospital. Ye, manusia memang banyak ragamnya, tetapi ayah fikirkan saja `patient` je tau. Kesian pada mereka. Letakkan diri kita di tempat mereka. Kalau ditegur atau diherdik adalah perkara biasa yang perlu diambil pengajaran dan hikmahnya. Adatlah kan ayah bila bekerja di hospital. Apa-apa pun ummi dan baby sentiasa menyokong ayah. Ummi dah get ready hati ummi, telinga ummi dan emosi ummi untuk menghadapi ayah bila ayah balik nanti. Macam yang ayah selalu buat bila ummi posting. I will be a good listener. hihi. Luahkan saja isi hatimu itu.hihi.