Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

March 17, 2011

Uwais al-Qarni @ 6 bulan (Bahagian 1)


Alhamdulillah, Uwais sudah genap 6 bulan semalam.  Bersyukur ke hadrat Allah kerana memberi peluang yang tidak ternilai harganya buat kedua kalinya dan insyaAllah untuk yang seterusnya.  Nikmat sungguh rupanya menjaga, membesarkan dan mentarbiyyah sendiri  Uwais al-Qarni dengan acuan yang ummi ayah inginkan dan yang paling pentang adalah acuan yang Islam kehendaki. 

Uwais al-Qarni tampak sungguh dewasa sekarang.  Pelbagai keletah yang mencuit hati.  Punya susuk tubuh yang tegap, dan  sangat aktif.  InsyaAllah, ummi ayah doakan Uwais al-Qarni punya fizikal dan jiwa yang kuat ye sayang. 

1)      Exclusive BF
Alhamdulillah, dengan izin Allah ummi berjaya menyusukan Uwais al-Qarni dengan susu ibu sepenuhnya, tanpa air masak walau setitik pun.  Allah juga banyak permudahkan perjalanan dalam menyusukan Uwais al-Qarni.  Hanya mencabar bilamana kami keluar rumah dan orang lain kerap kali insist hendak bagi solid food untuk Uwais al-Qarni sebelum umurnya 6 bulan.  Namun ayah dan ummi tetap tegar dengan pendirian kami. 

Jutaan terima kasih ummi ucapkan kepada Opah, Aki dan seluruh ahli keluarga besar ummi yang sangat menyokong penyususuan susu ibu ini.  Tidak lupa juga untuk Ayah yang sentiasa memberi ummi semangat, membantu ummi serta memberi segala kemudahan untuk memudahkan urusan seharian ummi dan Uwais al-Qarni , asalkan ummi susukan anak ayah. Pesanan ayah pada ummi tika ummi sangat down juga tidak lupakan, “Sayang, menyusukan anak ni jihad.  Banyak pahala jika bersabar dan tabah” .Tanpa sokongan kalian, ummi pasti tersungkur. Opah yang juga berjaya menyusukan ummi dan adik-beradik ummi sangat banyak meniupkan semangat pada ummi.  Jazakillah Opah.

2)      Solid Food
Uwais sudah mula makan solid food dan sangat menyukainya.  Ummi tiada masalah hendak menyuapkan makanan ke mulut Uwais al-Qarni kerana Uwais al-Qarni tidak cerewet dan sangat fokus ketika makan.  Tanda Uwais al-Qarni sudah kenyang adalah bila Uwais al-Qarni paling ke tempat lain dan tidak lagi fokus.  Ummi ayah sangat teruja sebenarnya dengan saat pertama melihat beliau makan bubur yang ummi masak sendiri.  Puas juga menangkap gambar sebagai kenang-kenangan. 




Akhirnya, dapat juga ummi aplikasikan segala ilmu sewaktu belajar dulu.  Bubur Uwais al-Qarni ummi campurkan dengan EBM.   Mungkin sebab itu Uwais al-Qarni mudah untuk menerimanya. Rasa yang tidak asing bagi dirinya. 4 hari sediakan bubur +EBM.  Lepas itu cuba bubur+EBM+kentang, tapi Uwais al-Qarni buat muka pasrah waktu makan.  Telan pun macam terpaksa.  Rupanya Uwais al-Qarni kurang gemar.  Semalam ummi masakkan bubur+ EBM+carrot dan Uwais al-Qarni sangat suka. 

Uwais al-Qarni makan 3 kali sehari.  Sebenarnya ummi jadualkan Uwais al-Qarni makan 2 kali sehari, tapi bila ummi makan Uwais al-Qarni teruja hendak makan juga.  Jadi ummi kenalah sediakan makan Uwais al-Qarni untuk pagi, tengah hari dan petang . Malam, Uwais al-Qarni fully BF sebab keluarga Ummi makan malam waktu pukul 6 petang.

Perasaan ummi?  Jauh di sudut hati ummi, ummi sedih sebab kali pertama Uwais al-Qarni makan, terus kurang menyusu.  Engorge terus dan ummi terpaksa express dengan teknik mermet untuk campur dalam bubur Uwais al-Qarni.  Tapi sekarang ini, telah kembali normal.  Makin selera pula menyusu dengan ummi walaupun sudah kenyang makan.

Ok Uwais al-Qarni, nanti ummi sambung bahagian 2 pula ye.  Panjang sangat entri kali ini.hihi.

Ummi ayah saaaaaaayang Uwais al-Qarni tau.

^__^

4 comments:

  1. alhamdulillah..uwais sgt2 comel..:)

    ReplyDelete
  2. comeynye baby..

    sonok bila blogwalking jumpa ramai sahabat married student..mintak k.mwdh pomotkan kite nye blog gaks..

    http://wahidawee.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. saya ada anak sedara (anak kakak saya). tak pernah lagi jumpa dia, juz nmpk gmbr je yg kakak saya kirim. 15 mac hari tu, dia dah berumur 4 bulan. comel sgt tgk gmbr dia bertudung.

    abg hafiz, mujahid islam dah ada, bila giliran srikandi islam pulak?

    p/s: kenapa bayi2 ni, semua sejuk hati memandang? tgk gmbr anak sedara saya, tenang hati. tgk gmbr uwais, sejuk hati. bulan mei ni baru la dpt balik sabah, jumpa si kecil aqilah.

    ReplyDelete