“Assalamualaikum, Hafiz ada di rumah ke?”
“Waalaikumussalam. Ya pakcik. Saya ada kat rumah. Kenapa pakcik?”
“Pakcik hajat nak datang ziarah. Boleh ke?”
“InsyaAllah boleh. Pakcik nak datang bila?”
“Pakcik nak datang kejap lagi. Janganlah susah-susah masak. Pakcik kesian ada orang sakit kat rumah tu.”
Panggilan yang tidak disangka-sangka dari pakcik Nordin yang sangat rapat dengan ummi ayah di Kuantan. Sahabat opah aki yang menggelarkan kami sebagai anak mereka dan baby sebagai cucu mereka sendiri. Bertuah sungguh baby ada aki dan wan yang ketiga selain opah, aki, atuk dan nenek. Sehingga mereka sendiri berangan-angan dengan panggilan masing-masing sebelum baby dilahirkan lagi.
Orang sakit di rumah ni sudah tentulah ummi yang tidak boleh bau masakan di rumah sendiri. Tidak boleh memasak ataupun ayah sendiri yang masak. Nanti muntah jadinya. Yang susah ayah juga. Bak kata orang, itulah nikmat orang mengandung. Kalau tiada alahan, tidaklah thrill nak menghadap ibu mengandung ni. Hehe.
Aki Nordin sekeluarga tiba dalam jam 7 malam membawa bersama buah tangan sebagai juadah kami especially ibu mengandung di rumah ini. Hajat mereka untuk ziarah yang tidak kesampaian sebelum ini termakbul jua walaupun dalam waktu yang singkat tetapi bermakna. Aki Nordin dan wan Shabatun yang ummi ayah anggap sebagai ibu bapa sendiri banyak mengubat rindu kami pada atuk, nenek, opah dan aki. Rasa bersemangat semula untuk menghadapi peperiksaan yang amat meletihkan.
Banyak perkara yang kami bualkan bersama termasuklah perancangan masa depan, perkongsian pengalaman dan cerita-cerita lucu antara kami. Perbualan yang diselang-seli dengan gelak ketawa menambah kemesraan antara kami dan grandparents baby yang ketiga. Teringat kata-kata aki Nordin yang menyokong pointer ayah yang tidak seberapa ini. Buat pengetahuan baby, pointer ayah ni ‘cukup-cukup makan’ je. Tidaklah seperti ummi yang menjadi antara top student. Hehe.
“Kalau dah kahwin ini, pointer kena ambil yang average. Kena campur yang Hafiz dan Mawaddah punya baru ambil yang average. Sebab Hafiz dah jadi driver hantar Mawaddah pegi kelas, exam semua. Jadi barulah boleh tahu pencapaian sebenar”, aki Nordin berjenaka.
Yes. Ayah setuju sangat dengan kata-kata aki Nordin tu. Barulah adilkan baby. Biarlah ayah yang kurang sikit dalam pelajaran tapi ayah support ummi untuk berjaya. Di sebalik kejayaan seorang wanita itu, ada lelaki di belakangnya. Betul tak? Hehe. Ummi jangan marah, nanti cepat tua.
Makcik Asiah (anak aki Nordin) berangan-angan sekiranya baby ini lelaki,
“Nanti bertambahlah seorang lagi lelaki dalam keluarga kita jadi tiga orang”
Dua lelaki dalam keluarga makcik Asiah, Salman dan Amin akan bertambah seorang lagi kalau baby yang lahir kelak juga lelaki. Ummi ayah mulanya tidak faham apa yang ingin disampaikan makcik Asiah tetapi bila difikirkan semula barulah kami mengerti. Rupa-rupanya keluarga aki Nordin sudah menganggap ummi ayah sebagai keluarga mereka. Maka baby pun akan menjadi cucu meraka nanti.
Tidak sabar sungguh mereka ingin melihat baby lahir di dunia nanti. Sudah ada gelaran aki Nordin dan wan Shabatun yang mereka angankan sendiri. Lucu sungguh memikirkan keluarga aki Nordin ini. Hehe.
Terima kasih yang tidak terhingga buat aki Nordin sekeluarga yang sanggup menziarahi teratak kami yang tidak seberapa ini. Terima kasih jua atas nasihat wan Shabatun pada ummi ayah sebagai bekal dalam kehidupan yang mendatang. Terubat rindu pada keluarga dengan ziarah mesra aki Nordin sekeluarga.
Jazakumullahu khairan kasira.
Dari Blog Ke Telegram
2 years ago
ayah merendah diri konon...ayah hebat gak ape...di kala melayan ummi yang cerewet dan byk kerenah ni, ayah tetap MAINTAIN...dah ada baby, dah kawin, akademik pn stabil...ayah kenalah bersyukur...
ReplyDeleteinsyaAllah bersyukur....tp xbleh lawan ummi la...huhu...
ReplyDelete