Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

April 11, 2009

Akhirnya, Barakah Maternity Centre...


Anakku sayang, ummi, ayah, opah dan aki sudah membuat keputusan dalam memilih hospital terbaik untuk ummi melahirkanmu sayang...Rasa macam terlalu awal kerna usiamu baru nak mencecah 5 bulan...Tetapi ummi ayah tak mahu gagal memberikan sesuatu yang terbaik buat dirimu...Selagi kami mampu akan kami usahakan...Ummi ayah memang sukakan perancangan yang rapi...Kami berdua amat cerewet sekali dalam merencanakan kehidupan ini...Seperti juga baitul muslim yang dibina ini, sangat terancang supaya kami tidak gagal dalam mengemudi rumahtanngga yang dibina ini...Ini prinsip kami...

Hospital juga menjadi aspek yang penting dalam menyambut kelahiranmu sayang kerna ia akan menjadi tempat pertama kamu melihat dan mendengar...Ummi ayah inginkan anak ini melihat dan mendengar perkara-perkara yang baik sahaja... Orang yang akan menyambut baby pun pastilah yang terpilih jua...yang mengambil Islam sebagai cara hidup secara sepenuhnya...walaupun hanya untuk melahirkanmu sahaja, ummi tetap tak mahu aurat ummi terdedah kepada yang bukan hak...ummi tahu realiti di tempat lain kerna ummi jua seorang student nurse...Ayah juga berjanji akan menemani ummi tika ummi berjuang melahirkanmu nanti...Ayah kata, ayah nak jadi orang pertama yang lihat zuriat kami ini...Jazakallah ya zauji...Someone pernah berkata pada ummi bahawa permulaan yang baik tak semestinya berakhir dengan baik...tetapi ummi tetap percaya pada permulaan yang baik...kebun yang dijaga rapi pun pasti tumbuh lalangnya,inikan pula jika tidak dijaga...

Sayang, insyaAllah di sinilah tempatmu akan dilahirkan...wang bukan persoalannya...yang penting, ummi ayah mahukan kesempurnaan untukmu sebagai permulaan untuk ummi ayah mendidikmu menjadi seorang muslim, mukmin dan mujahid...menyambung perjuangan kami...


~InsyaAllah, di sinilah ummi bakal melahirkan seorang anak yang soleh~


~Maternity Centre~


~ultrasound 4D~


Pakej bersalin di Barakah

PAKEJ FATIMAH (RM 1150)
4 katil sebilik (bilik berhawa dingin)

PAKEJ KHADIJAH (RM 1399)
1 katil sebilik (bilik berhawa dingin & peti sejuk)

Pakej termasuk:
~ Dikendalikan oleh Pakar Perbidanan & Sakit Puan (wanita)
~ 2 hari 1 malam termasuk makan dan minum bagi ibu.
~ Nurseri, ujian kumpulan darah, G6PD & suntikan wajib. (vit K, BCG, & HEP B1)
~ Pemeriksaan cTG (2 kali 10 min/sesi)
~ Kelengkapan peralatan dan keperluan ubat-ubatan asas bersalin.
~ Perawatan utk ibu dan bayi.

p/s: InsyaAllah ummi akan ambil pakej Khadijah atas saranan opah.

5 comments:

  1. waa.. dah decide dah nak bersalin kat mne.. em.. gune duit akak sendiri ek?? bagus2.. perancangan rapi menjamin kesejahteraan anak bakal lahir nanti.. amin..

    ReplyDelete
  2. kami mmg ade simpanan dr seblm kawin lagi...bila kak mawaddah dah start pregnant, kami join main kutu...amik giliran bulan 8...sekurang-kurangnya dapatla simpan duit skit untuk keperluan baby...alhamdulillah...dimurahkan rezeki dan yang paling penting keberkatan...amin...

    ReplyDelete
  3. artikel ni best sgt2! akmal bukan main excited lagi nak ke pusat bersalin barakah ni satu hari nanti. InsyaAllah.. sbbnya dah dekat sgt pun dgn rumah kami kat shah alam ni... tak sampai setengah jam pun... doakan kami juga dapat ke sana untuk sambut kelahiran generasi baru Al-Falah..aminn

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum puan.. blh sy dptkn alamat dan no tel barakah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam maaf lama tak tengok blog ;)

      No telefon barakah 03-51625622

      Untuk maklumat lanjut boleh jengok fesbuk Klinik Barakah:

      https://www.facebook.com/barakahhealthcareandservices/info?tab=page_info

      :)

      Delete