Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Blog Archive

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

February 23, 2011

Tajuknya, Taska itu..

Assalamualaikum,
Mawaddah dan hafiz tak tahu nak cakap macam mana tatkala menerima email dari syira (izinkan akak publish ye email awak).  Emailnya sangat penting untuk Mawaddah dan Hafiz jawab.  Sangat urgent.  Tidak boleh bertangguh.  Terketar-ketar juga tangan ini untuk menjawab, namun susunan ayat yang diatur syira, sangat baik.  Terubat hati ini sungguhpun perit sekali bila terkenang kembali saat-saat itu.  Emailnya seperti di bawah:

Assalamualaikum Mawaddah/Hafiz

1st of all, maaf kalau email ni mengganggu.
maaf juga kalau email ni akan membangkitkan apa2 yang kurang menyenangkan.
Saya ikuti blog mawaddah dah lama..tapi sekadar silent reader..

ada 2 sebab saya menghantar email pada mawaddah/hafiz hari ni.
saya hanya ingin mendapat kepastian dari mawaddah n hafiz, tentang nama taska di ktn tu.
saya rasa ingat, tapi xpasti.
Adik ipar saya, sedang mengandung 4 bulan. tinggal dan bekerja di indera mahkota.
Jadi, dia dah mula survey taska untuk anak nya nanti.
Saya nak ceritakan pada dia, tapi saya xtahu nama taska yang arwah ditempatkan..
kalau boleh tak nak lah anaknya dihantar ke nursery tu.

sebab yang ke 2, saya terbaca artikel tentang sebuah taska di akhbar tempatan hari ni.
actually, this reason yg buat saya lagi kuat utk htr email pada mawaddah.
rasanya nama nursery yang disebutkan tu, adalah nursery yg membawa kenangan yg amat pahit utk mawaddah dan keluarga.
tapi sebab saya xpasti, saya rasa saya perlu bertanya.
lagipun ade kandungan artikel tu yang buat saya rasa, pengusahanya not telling d truth.

Maaf Mawaddah/Hafiz, maaf sangat2 kalau email saya ni kurang menyenangkan.
tapi, 2 sebab diatas, saya rasa saya perlu bertanya..

Terima kasih sekiranya boleh membalas email saya.

wassalam

-syira-

Mawaddah dan Hafiz dah balas email syira, alhamdulillah.  Sungguhpun pendek namun penuh makna buat adik iparnya.  Tapi terkejut juga kami tatkala membaca akhbar hari ini. Benar apa yang syira khabarkan pada kami tentang kegusaran hatinya itu.  Memang benar sekali jangkaan beliau.  Mawaddah dan Hafiz geram sangat dengan statement yang menafikan tentang kejadian yang pernah berlaku di situ.  Tidak patut beliau menipu ibu bapa di luar sana. Sakitnya hati ini, namun biar Allah saja membalasnya.  Mungkin anda lepas dari hukuman di dunia ini, namun di akhirat nanti, Allah akan berikan balasan yang setimpal buat dirimu.  Kami doakan agar anak-anak yang lain dipelihara Allah dari sebarang kemudaratan.  Peritnya melaui pengalaman sebegini.  Sukarnya menghadapi saat-saat getir ini, Hanya Allah yang tahu perasaan kami berdua.  Ini linknya ye (http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pengasuh400sikecil/Article/index_html).  Sampai hati.

Ini link yang kami pernah tulis tentang taska Anakku Comel, Kuantan:

Anakku Comel

Panggilan Taska

Langkah ke Syurga

~Abu wa Ummu `Ukasyah~

1 comment:

  1. kepada sis syira:

    boleh cadangkan taska al-azid kt HTAA.. tp al-azid ni byk gk cwgn dia.. setakat ni saya betul2 puas hati.. mandi 3@4 kali sehari.. musim panas ni dimandikn 4 kali.. mandi dgn air panas.. uruskan susu perahan ibu (EBM) dan menerima pemakaian CD (cloth diapers).. pengasuh semua baik2.. jika berlaku apa2, terus direct calling ibu bapa.. setakat ni, alhamdulillah..

    ReplyDelete