Inilah entri yang paling berat untuk ayah tulis dalam blog mujahid kesayangan ayah ini.
Terpaksa mengingat kembali detik-detik terakhir `Ukasyah bersama ummi ayah di dunia ini menuju kebahagiaan hakiki. Semoga menjadi tauladan dan pengajaran kepada insan lain supaya menghargai nikmat sementara pinjaman Ilahi.
13 Disember 2009 (Ahad)
Sehari sebelum perginya `Ukasyah tersayang ke syurga.
`Ukasyah menjadi sangat manja dengan ummi sepanjang hari ini. Tidak boleh ditinggalkan ummi walaupun sekejap. Jika tidak, akan terdengar tangisan manjanya. Dia ingin selalu ummi dekat dengannya dan tidak mahu berenggang. Dan apabila memandang ummi, seperti ada sesuatu yang ingin dikatakan kepada ummi. Pandangan yang penuh kasih sayang dan manja. Bagai mahu berterima kasih dan menyatakan cintanya pada ummi.
Ayah pun tidak mampu menghentikan tangisan anak soleh ini. Hanya ummi.
Dan hari ini jugalah `Ukasyah berbual-bual mesra dengan ayah dalam waktu yang cukup lama hingga sempat ummi merakamnya.
14 Disember 2009 (Isnin)
Senyum.
Itulah perkara pertama `Ukasyah hadiahkan buat ummi ayah setiap pagi. Mujahid ayah ni sungguh ceria di pagi hari dan tidak pernah jemu mengukir senyuman di bibir.
Dan pagi ini merupakan kali pertama `Ukasyah tidak tidur sewaktu dihantar ke nurseri. Selalunya dia akan tidur sebaik masuk ke kereta. Entah kenapa kelakuannya berlainan dari biasa. Dia sibuk memandang ke luar kereta sepanjang perjalanan ke sana. Memandang dengan sepenuh perhatian tanpa menghiraukan teguran ayah. Seperti ada sesuatu yang sangat menarik perhatiannya.
Mungkinkah ia sesuatu yang sangat indah dan menawan hati `Ukasyah?
Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya.
Ayah menjemput ummi di JHC dalam pukul 4.30 petang. Kami terus ke rumah dengan niat ingin membersihkan rumah sebelum menjemput `Ukasyah. Mengelap meja, menukar cadar dan membersihkan habuk di bilik. Ummi ayah hanya ingin memberikan yang terbaik buatmu sayang. Supaya `Ukasyah tidak sakit dan selesa bila di rumah. Dan dapat menumpukan sepenuh perhatian padamu tanpa gangguan.
Selesai segala urusan, kami pergi ke nursery dalam pukul 5.30 petang untuk menjemput `Ukasyah. Ummi berulang-kali menyatakan kerinduan pada buah hati kami ini. Bagai sudah lama tidak berjumpa dengannya.
Setibanya di sana, ummi dan ayah menunggu di muka pintu nurseri untuk mengambil `Ukasyah dengan perasaan penuh gembira. Masa yang lama untuk mengambil `Ukasyah membuatkan hati ayah tidak tenteram. Terdetik sesuatu yang buruk telah terjadi.
Semua pengasuh tidak mahu mengambil `Ukasyah dan kami dipanggil masuk ke dalam. Ummi terus meluru laju ke dalam bilik dan melihat anak kesayangan kami ini tertiarap dengan badannya dibedung. Tidak bernafas mahupun mempunyai nadi.
Ya Allah!! Hanya Dia yang mengetahui perasaan ummi ayah ketika itu.
Berulang-kali namamu `Ukasyah dipanggil dengan tangisan air mata. Dengan perasaan sedih dan sedikit kekuatan yang ada, ummi melakukan CPR untuk `Ukasyah tetapi terhalang dengan cecair dalam paru-parunya. Tubuh kecil ini diterbalikkan untuk mengeluarkan cecair tersebut tetapi hanya sedikit yang berjaya dikeluarkan. Cecair putih iaitu susu ummi bercampur sedikit darah.
Ayah menelefon ambulan untuk membawa `Ukasyah ke hospital tetapi dinasihatkan untuk membawa `Ukasyah dengan kenderaan sendiri kerana dikhuatiri lambat sampai ke hospital.
Dengan hati yang sedih dan pilu, kami memecut kereta ke hospital dan berharap `Ukasyah mampu diselamatkan. Berharap penyejuk mata ayah ini tersenyum kembali.
Sampai di wad kecemasan, `Ukasyah terus dimasukkan ke sana dan doktor bertungkus lumus melakukan prosedur yang sepatutnya. Ummi ayah terus berharap dan berdoa agar `Ukasyah mampu bernafas semula. Air mata ummi tidak berhenti mengalir dan kami berdoa dengan penuh pengharapan. Berharap segala yang terbaik buat kami berdua. Terbaik juga buat `Ukasyah tersayang.
6.30 petang. Doktor yang merawat `Ukasyah memanggil ummi ayah masuk ke wad kecemasan. Peluang untuk `Ukasyah diselamatkan hanyalah 50:50 dan ada suatu ketika denyut nadi `Ukasyah terlihat pada skrin tetapi tidak bertahan lama. Banyak susu yang dikeluarkan dari paru-paru anak tersayang ini dan masa satu jam diberikan untuk tubuh anak kecil bertindak balas dengan ubat yang disuntik.
Ummi ayah cuba bersedia dengan segala kemungkinan yang bakal terjadi walaupun ia pahit untuk dihadapi.
Seandainya `Ukasyah mampu diselamatkan, maka kami sangat bersyukur pada yang Maha Berkuasa. Dan sekiranya ia menjadi detik perginya `Ukasyah, maka kami redha dengan ketentuanNya. Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik perancang dan ummi ayah hanyalah mampu memberikan yang terbaik buatmu.
7.00 malam. Ditakdirkan `Ukasyah meninggalkan ummi ayah di dunia ini selama-lamanya menuju ke sebaik-baik tempat kembali. Dijemput Allah yang lebih menyayangi dirimu yang tulus suci. Melebihi kasih sayang yang ummi ayah curahkan buatmu anakku.
Sesungguhnya Allah menguji hamba-hambaNya yang terpilih dan ummi ayah telah menjadi insan yang dipilih. Memiliki anak yang telah pun memasuki syurga yang indah dan menunggu ummi ayah di pintu syurga dengan penuh kerinduan.
Ya Allah, pemudahkanlah kami memasuki syurgaMu nan indah dan pertemukan kami kembali dengan anak kesayangan kami `Ukasyah di dalam syurgaMu yang kekal abadi.
.اَللَّهُمَّ اجْعَلْهُ فَرَطًا وَذُخْرًا لِوَالِدَيْهِ، وَشَفِيْعًا مُجَابًا
اَللَّهُمَّ ثَقِّلْ بِهِ مَوَازِيْنَهُمَا وَأَعْظِمْ بِهِ أُجُوْرَهُمَا، وَأَلْحِقْهُ بِصَالِحِ
الْمُؤْمِنِيْنَ، وَاجْعَلْهُ فِيْ آَفَالَةِ إِبْرَاهِيْمَ، وَقِهِ بِرَحْمَتِكَ عَذَابَ
الْجَحِيْمِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ،
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لأَسْلاَفِنَا، وَأَفْرَاطِنَا وَمَنْ سَبَقَنَا بِاْلإِيْمَانِ
اَللَّهُمَّ ثَقِّلْ بِهِ مَوَازِيْنَهُمَا وَأَعْظِمْ بِهِ أُجُوْرَهُمَا، وَأَلْحِقْهُ بِصَالِحِ
الْمُؤْمِنِيْنَ، وَاجْعَلْهُ فِيْ آَفَالَةِ إِبْرَاهِيْمَ، وَقِهِ بِرَحْمَتِكَ عَذَابَ
الْجَحِيْمِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ،
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لأَسْلاَفِنَا، وَأَفْرَاطِنَا وَمَنْ سَبَقَنَا بِاْلإِيْمَانِ
“Ya Allah! Jadikanlah kematian anak ini sebagai pahala pendahulu dan simpanan bagi kedua orang tuanya dan pemberi syafaat yang dikabulkan doanya. Ya Allah! Dengan musibah ini, beratkanlah timbangan perbuatan mereka dan berilah pahala yang agung. Anak ini kumpulkan dengan orang-orang yang shalih dan jadikanlah dia dipelihara oleh Nabi Ibrahim. Peliharalah dia dengan rahmatMu dari siksaan Neraka Jahim. Berilah rumah yang lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga (di Syurga) yang lebih baik daripada keluarganya (di dunia). Ya Allah, ampunilah pendahulu-pendahulu kami, anak-anak kami, dan orang-orang yang mendahului kami dalam keimanan”
(Al-Mughni, karya Ibnu Qudamah 3/416 dan Ad-Durusul Muhimmah li ‘Aammatil Ummah, oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz)
(Al-Mughni, karya Ibnu Qudamah 3/416 dan Ad-Durusul Muhimmah li ‘Aammatil Ummah, oleh Syaikh Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz)
Allahu akbar. Dr allah dia dtg kpd allah dia kembali. Smg ttp tabah mawaddah dan hafiz
ReplyDeletekak..sebak saya baca detik2 ni.walaupun saya tak punya anak,jauh sekali menikah, tapi saya dapat rasakan sayangnya akak pada 'ukasyah.sabarlah kak.semoga Allah memelihara 'ukasyah untuk akak n suami.salam takziah....
ReplyDeleteUkasyah cukup bertuah mendapat ummi dan ayah yang amat menyayanginya..semoga ummi dan ayah ukasyah sentiasa tabah dan kuat..semoga tahun baru ini membuka lembaran baru dalam diary ummi dan ayah ukasyah..=)
ReplyDeletesalam kak mawaddah ngan abg hafiz..mg sihat selalu..Allah sedang menguji tahap keimanan kalian..tabah n sabarlah dalam menghadapinyer..sy sebagai sahabat hanya mampu mendoakan..teruskan perjuangan dalam meneruskan pahit manis kehidupan kak mawaddah ngan abg hafiz..salam alaik..=)
ReplyDeleteAsSalam,semoga kebahagiaan dan ketenangan dari Allah milik kalian...take care...
ReplyDeleteAllah...sedihnya baca kisah ni..Tabahkan hati kalian..Tabahkan hati kalian...
ReplyDeletesemoga Allah menjadikan kalian bagian dari ahli syurga
ReplyDeleteya Allah..sungguh tabah kalian berdua...
ReplyDeleteair mata ini tk berhenti mengalir pabila membaca detik2 terakhir..huhu....semoga kalian berdua diberi kekuatan.....
Salam Takziah dari saya. Semoga saudara dan isteri tabah atas ujian Allah s.w.t. Sebelum ini beberapa kali saja menjengah blog ini. Benar-benar terperanjat atas kejadian ini. Mudahan saudara dan isteri diberikan kekuatan.
ReplyDeletetetap tabah ya pejuang muda.!
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletemoga tabah hadapi dugaan yang maha berat ini..
Assalamualaikum wrt wbt..
ReplyDeleteMaaf andai pertanyaan ini memberatkan lagi perasaan kalian, kenapa nursery tak hubungi parent segera bila berlaku masalah pada bayi?
nursery ni berdaftar atau tidak? dah buat laporan polis?
Tabahkanlah hati wahai sahabat....kamu sdah mmpnyai "tiket" utk ke 'sana'.....Pengalaman akan mengajar kita supaya menjadi lbih matang dalam mnjalani kehidupan....
ReplyDeletesalam...amat berat dugaan ini...moga kalian mampu mengharunginya dgn redha dan pasrah...moga roh little mujahid itu tenang dan aman disana..amin...salam takziah buat kalian...
ReplyDelete:(
ReplyDeleteALLAHU AKHBAR
Kuat dan tabahkan hati ye Mawaddah & Hafiz..
salam takziah...semoga kalian tabah...amat sebak hati ini bila membaca posting sebegini...hari ini dah 2 posting saya baca mengenai "kehilangan" anak yg tersayang..semoga kalian lebih tabah...ntah bagaimana kalau saya ditempat kalian..allahu akhbar..
ReplyDeletesalam takziah juga dari mama...tiada kata yg terluah namun sesungguhnya ukashah sedang berbahagia disana...
ReplyDeleteSalam taaruf..saya baru sahaja mengikuti blog mawaddah..terharu dan sedih..smga tabah selalu..takziah ye..
ReplyDelete