Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

December 30, 2009

Rindu...

Salam sayang buat permata hati ummi ayah yang dirindui selalu…

Rindu ummi pada `Ukasyah semakin bertambah…Ummi hilang rentak dan semangat untuk habiskan degree ini…Hilang sudah segala cita-cita ummi…Sisa kehidupan di Kuantan ini semakin hambar…Seolah tiada warna `Ukasyah…Tidak sabar untuk pulang ke KL…Dekat dengan pusaramu…Ummi yakin dengan ketentuan Allah ini…Ummi harus sabar menanti saat-saat pertemuan kita di syurga…Kamu sentiasa hidup dalam hati, ingatan dan kehidupan ummi ayah…kamu anak yang soleh…mujahid kecil kami…terkabul sudah cita-cita ummi ayah untuk memiliki anak seperti kamu sayang…sejak akhir-akhir ini, ummi kurang sihat berbanding selalu, tapi masih dapat meneruskan kehidupan seperti biasa…`Ukasyah, ummi ayah tidak sabar untuk bertemu kamu di daerah yang abadi..`TIADA PENGGANTI BUAT DIRIMU, `UKASYAH, INSYAALLAH PENGUBAT HATI’…Kamu milik Allah…

p/s: Hari ini, buat pertama kalinya ummi akan ke kelas setelah `Ukasyah kembali bertemu Allah…

16 comments:

  1. salam...moga terus tabah slalu...allah menguji hambanya,berdasarkan kemampuan hamba tersebut...ada ganjaran disebalik semuanya...moga cinta ukasyah terus mekar d sanubari ummi dan abah.

    ReplyDelete
  2. salam, semoga mawaddah dan keluarga bersabar menghadapi ujian Allah nie. Kalau tak keberatan, akak nak sangat tau apa yang dah jadi sebenarnya. Tabahkan hati ye.

    ReplyDelete
  3. sabar ye mawaddah. kuatkn semangat ye!

    ReplyDelete
  4. xper.. dah ada anak ke2, dan anak2 seterusnye... dan anak2 dah besar.. dah umo kite pon 40 lebih2, lupa la semua tuh... jgn la asek igt je.. byk lagi keje2 dakwah bberlambak.. igt lah, ada hikmah Allah bagi anak dan anak pergi. selama ada anak nih.. mcm mana tarbiyah diri dan usaha kita utk tarbiyah org lain???

    ReplyDelete
  5. slm takziah...saya baru menjengah blog ini...terharu sungguh...airmata jd teman...tabahkan hati kalian ye...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Adik Mawaddah,

    Tabahkan hati. Kehidupan ini harus diteruskan. `Ukasyah pasti sedih jika dia tahu ummi nya tidak tega untuk menghadapi perpisahan sementara ini. Jika tidak ingin penghuni syurga itu bersedih, tabahkan hati, teruskan perjuangan untuk kehidupan yang mendatang.

    Bila rindu, jadikan Qalamullah itu sebagai pengantara untuk melepaskan rindu. Mawaddah lebih arif lagi tentang itu.

    Tenangkan hatimu ya mawaddah. `Ukasyah telah aman di sana. Biarkan dia tenang, jagan biarkan dia menangis apabila mengingatkan umminya yang masih menangisinya.

    Mawaddah, insan terpilih untuk ujian ini sebagai tarbiyyah ALLAH.

    ReplyDelete
  7. salam.
    buat kak mawaddah dan suami,
    im speechless.
    i always read ur blog.
    sy sntsa membaca,
    dan hari ini sy mmg tersentuh.
    buat kak mawaddah,
    mungkin sy tak knl akak.
    (still cfs student, insyaALLAH taun dpn ke ktn)tp,
    wlupun begitu,
    buat ukhti mawaddah,
    jgn terlalu ditangisi pd yg telah pergi menemui Ilahi
    sbnrnya,
    'ukasyah tidak pergi, dia sntsa di hati,
    tp ALLAH anugerahkan 'ukasyah ketenangan abadi disana.
    akak berbangga bukn memiliki seorg anak yg pasti dijanjikan ALLAH syurga disana.
    akak prnh mengandungkan, melahirkan dgn jerih payah, menyusukan, berjaga malam utk seorang mujahid kecil bersama suami!!
    setiap kali akak rs sedih, akak ingtkan,
    betapa akak berbangga memiliki, mengandungkan, menyusukan si mujahid kecil.
    buat kak,
    ALLAH mmg menguji akak dan suami dgn ujian yg besar.
    tp ALLAH tahu kak mawaddah dan suami mampu utk menghadapinya.
    ALLAH tau ap yg terbaik.
    'Ukasyah sudah terlindung dr fitnah dunia.
    tidak salah utk merindui, sebagaimana Nabi kesayangan kt pun merindui isteri baginda Siti Khadijah.
    apa yg berlaku datang dr ALLAH,
    ALLAH menguji akak dan suami
    tp sbnrnya utk hamba-hamba ALLAH yg berfikir,
    itu adalah pengajaran buat kt.
    bahawa segala yg kt ada adalah MILIKNYA yg mutlak dan hakiki.
    insyaALLAH,
    sy amat yakin,
    pasti ALLAH ad rancangan yg teramat baik utk akak. ALLAH sayang akak dan suami.
    salurkan rasa kerinduan pd ALLAH,
    menangis menghadap yang ESA.
    akak jgn patah semangat,
    kuatkan tekad di hati,
    pasti 'Ukasyah tidak mahu akak kurg semangat,
    teruskan kehidupan akak,
    teruskan perjuangan utk ibadah, dakwah dan degree akak,
    'Ukasyah jg prnh sama-sama ngan akak, ketika dlm rahim kak mawaddah, dia pun sama2 berjuang menimba ilmu dan ibadah.
    jd, jgn terputus di tengah jalan kakak!!!!

    sy doakan akak dan suami kuat utk menempuh hari mendatang.
    kesulitan yg dtg mematangkan dan menjadikan kt kuat dan lebih dekat kepadaNYA.
    mak sy, dulu pun semasa abang kedua sy dilahirkan, 2 bulan, turut dijemput ILAHI<
    sehingga ke hari ini,
    kata mak sy,
    'mana mungkin seorang mak akan lupakan anak yg pergi tp ALLAH itu pemilik kt, dan mak suke sbb mak tau suatu hari nnt anak mak tunggu mak di pintu syurga'
    itulah yg sering mak sy ucapkan hingga ke hari ini hampir 30 tahun berlalu wlupun nmpk air mata bergenang.

    utk kak mawaddah dan suami,
    teruskan berdoa kpd ALLAH,
    pasti ALLAH akn memberi rezeki suati hari nnt.
    'Ukasyah sudah terlindung dr fitnah dunia!!
    ALHAMDULILLAH..

    Klu kak mawaddah dan suami kelapangan masa,
    berkunjung lah ke rumah sy di cherating.
    sy prnh terbaca entry suami akak ad posting di hosp.kemaman kan?mmg lalu cherating, rumah sy.
    kt boleh bertaaruf, membina ukhuwwah.
    bercerita, dan sy pun ingn tau cerita sbnr.jika tidak keberatan.
    mg ukhuwwah ini bukn di alam maya sahaja.
    umhuwwah itu indah.
    mungkin kak mawaddah dan suami inginkan ketenangan dgn melihat keindahan alam.
    insyaALLAH ALLAH pasti bantu.
    saya dan mak sy mengalu-alukan kak mawaddah dan suami.

    la Tahzan,
    sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama kita~

    ReplyDelete
  8. salam..

    buat Anonymous...jangan terlalu lancang berbicara pada seorang wanita yang mmg mudah tersentuh diujiTuhannyadgn kehilangn anak 9bulan dikandung, sakit melahirkan dan siang mlam berjaga selepas kelahirannya..fitrah wanita mmg begitu..lihat bagaimana saidatina fatimah duka sepanjang pemergian ayahndanya..sehingga juga kembali ke rahmatullah selepas 3bulan pemergian baginda..bagaimana pulak seorang wanita seprti mawaddah mahu jadi lebih kuat daripada fatimah anak rasulullah??? jaga tutur kata kita bila mana meraikan seseorang yang sungguh kehiloangan..mungkin kita di sini belum merasainya..belum diuji kematian org tersayang..
    ya..kehilangan juga tarbiyah..kematian juga tarbiyah..kesedihan juga tarbiyah..mengubat rindu juga satu tarbiyah..tarbiyah tidak semestinya berdakwah semata..peristiwa yang menimpa mawaddah juga tarbiyah n dakwah buat saya..

    ana selaku sahabat mawaddah amat memahami mawaddah..sabar ye anti..cepat2 lah usahakan pengubat hati ye..insyAllah..tentunya pengubat hati yang terbaik..:)

    teruskan semangat wajamu dalam mencari ilmu..kerana Allah..kerana bakal menjadi contoh buat bakal pengubat2 hatimu kelak..dirimulah qudwah hasanah mereka dlm menuntut ilmu..

    kuatkan hatimu menjadi penguat ketua rumahtanggamu..

    insyAllah...

    La Tahzan..

    Salam..

    ReplyDelete
  9. Salam..

    Sesunguhnya diciptakan wanita itu hatinya mudah tersentuh..Seorang suami juga diperingatkan agar meluruskan tulang rusuk yang bengkok dengan penuh hati2, supaya tidak patah..Maasha Allah..Betapa Islam menganjurkan supaya berlemah lembut..

    Tiada salah memandang ke hadapan dan membangkitkan suara semangat demi memperingatkan tugas2 dakwah dan tanggungjawab yang tak terkira, namun caranya haruslah kena pada masa dan keadaan..

    Mungkin niat anonymous ingin membangkitkan semangat seorang ibu yang sedang bersedih..namun caranya agak kurang sesuai..

    Hati yang lembut, haruslah dididik dan dipujuk dengan lembut..Apatah lagi seorang ibu yang telah merasa dan megerti erti sebenar bergelar seorang ibu..

    Semoga Kak Mawaddah terus dibekalkan kesabaran dan ketabahan..Sesungguhnya Allah sumber semua itu..

    Salam ukhuwwah dari dunia bloggers..
    Faizatul Ema, canterbury.

    ReplyDelete
  10. Salam...
    Agak menarik biler komen seorg "anonymous" mampu mengocak tasik perbincangan...
    Rata2 memberi reaksi kekesalan dr sudut y berbeza. Seeing things from different angles, people may see things differently from others, hatta diri sendiri pun berbeza...
    Tak salah megujar kata, member idea.. tp susun kata, bual bicara harus ditapis setiap masa.. kita dikurnia dua telinga tapi hanya satu mulut, untuk lebih mendengar dr bercakap atau bertutur.. tangan ada dua, tp satu jer kiter guna biler kiter menulis, jari ada dua puluh, tp kurang dr separuh digunakan utk menaip...

    begitu senang utk kiter melontar rasa.. walau dengan niat murni,itu tak menghalalkan cara..
    Saya tidak pasti Anonymous lelaki atau wanita, kerana tak kira yang mane kiter manusia...
    namun kalu dier lelaki saya nak tau maner pegi akal budinya...
    kalau perempuan maner pergi belas kasihnya..

    Memberi ilmu seperti memberi air pada yang dahaga...
    boleh disimbah, curah atau diberi dgn cara yang sempurna...

    Umpama air, ilmu yang disimbah, byk tumpah ke lantai, sedikit sahaja y masuk ke mulut. Airnya mungkin termasuk ke hidung, melemas dan meyakiti si dahaga...

    Itu hanya perumpamaan zahir saya pada kata2 anonymous... teguran baik secara halus, bukan secara kasar, lebih2 lagi pada makhluk Allah bernama wanita...

    Bukan kerana mereka lemah, tp kerana mereka makhluk perasan..
    Jika anonymous seorg wanita, pastinya perasaannya sudah kurang atau kontang, dan jika lelaki pasti sopan akalnya sudah kurang...

    Tak salah meluah rindu pada yang jauh.. lebih2 lagi y jauh dimata.. rindu pd anak y jauh di syurga.. tak nampak dimata bukan satu kesalahan... Perasaan bukan hanya utk dipendam tp utk juga diluahkan..

    Sebagaimana anonymous, y menyatakan haknya bersuara mengikut susun katanya..perlu juga menerima hak org lain menyuarakan perasaannya...

    Wahai anonymous insan tak bernama,
    Jika rase terlepas kata tanpa niat mengguris rasa...
    Semoga anda dirahmati Allah
    Dikurniakan lidah yang lembut bicara
    Hati yang halus budinya...

    jalan dakwah itu luas,
    dan berdakwah kpd diri sendiri itu lebih dekat..
    Sambil saya menegur, saya juga menilai diri, menilai budi...
    Menghisab, cukup baikkah hati budi utk menilai peribadi....

    ReplyDelete
  11. Salam,

    Maaf, andai memperpanjangkan komen. Nampaknya 'anonymous' memang berjaya mengocakkan suasana, bahkan ikhlas dari hati saya katakan memang mengguris perasaan sahabat saya ini.

    Tidak salah merindui sebuah kehilangan yang benar-benar bermakna pada diri. Yang dirindu adalah 'anak'.

    Pelik jika manusia tak ada perasaan. Kerana semua manusia itu dicipta ada perasaan hatta yang kurang berakal sekalipun. Dan saya yakin sahabat saya ini orang yang boleh mengawal perasaannya. Orang yang redha dan tabah atas ujian yang ditimpakan olehNya.

    Allah juga bagi manusia 'memory' pada otak. Sebuah trauma atau kehilangan yang memberi impak pada diri seseorang itu akan memberi kesan yang lebih kuat pada ingatan.

    Buat anonymous, berilah kata maaf pada sahabat saya ini andai anda membaca komen-komen yang diberikan kami. Jika masih rasa malu, pohonlah kemaafan dari Tuhan.

    Sebaik-baik Muslim itu memberi manfaat pada Muslim yang lain. (Hadith)

    Waalahu'alam.

    ReplyDelete
  12. Salam buat `anonymous`...

    Terima kasih di atas ucapan kata-katamu yg mengusik hati, jiwa dan perasaan saya..bersyukur pada Allah kerana menguji kesabaran saya...sehingga menitis air mata....dan esakan tangis dari saya kedengaran tatkala membaca komen kamu...suami saya juga terkesan dgn apa yg dicoretkan...begitu juga sahabat-sahabat saya...
    saya yakin kamu org yang hebat dlm dakwah...tonjolkanlah dirimu...jgn menggunakan `anonymous` sebagai pengenalan diri kamu...beranikan diri...kongsikan dgn kami betapa hebat kamu berdakwah...supaya kami semua dapat mencontohi kamu...
    buat pembaca semua, kehadiran `anonymous` adalah salah satu bentuk ujian juga buat kita semua...betapa pentingnya menjaga tutur kata..berfikir sebelum berkata-kata...peringatan buat kita semua...renungan juga...beginikah sahsiah atau akhlak seorg pendakwah????...hatta kita semua pun pendakwah...punya tanggungjawab berdakwah setiap hari, masa dan keadaan...

    ReplyDelete
  13. salam adik hafiz dan mawaddah

    Jangan dihiraukan apa yg dilemparkan "anonymous". orang yang berdakwah dgn keras akan dijauhi dan mendatangkan fitnah pada dakwah tu sendiri. berlemah lembutla sesama saudara, bertegaslah dengan org2 yang kafir.Mungkin niatnya baik tapi caranya tidak sesuai.

    org yang tidak pernah kehilangan mmg tidak dapat memahami, wpun diganti oleh Allah dengan anak2 yang lain, seorang ibu tidak dapat melupakan si kecil yang sudah tiada. Kesengsaraan ibubapa adalah melihat anak2 mereka pergi dulu daripada mereka. sebab tulah Allah memberikan ganjaran hebat bg ibubapa yg sabar dan redha atas kehilangan mereka.

    namun begitu sabar dan redha tak semestinya tidak buleh menangisi dan merasa sedih. mawaddah dan hafiz bersedihla sepertimana Rasulullah menangisi pemergian putera2 baginda.InsyaAllah, akan terbit kekuatan dan keredhaan yang tiada bandingannya. Kalian pasti menjadi hebat atas ujian ini.Ambillah masa untuk bersedih tapi jgn terlalu lama masa yang diambil.

    akak pun pernah kehilangan dan telahpun Allah gantikan dengan putera dan puteri yang comel2 tapi dia yang pertama kekal dalam ingatan , menjadi sebab utk kami istiqamah dalam jalan dakwah kerana tidak2 sabar bertemu bersama si comel yang menanti di pintu syurga.

    Muga Allah izinkan pertemuan ini, mmg pertemuan inilah yang paling dinanti2

    ummuaisha
    kajang

    ReplyDelete
  14. Menangislah, krn kita manusia.
    Rasulullah ktk kematian anaknya Ibrahim, jg menangis. matanya dipenuhi air mata. baginda berkata, walaupun mata ini menangis, tetapi hati ini tetap redha. baginda menangis krn meraikn perasaan sedihnya sbg manusia.

    Namun, menangis ktk qiamullail itu lbh bernilai, krn drpd nya dtg kekuatn. kehidupan harus diteruskn, seiring dakwah & tarbiyah inshaAllah.

    makin tinggi iman kita, makin hebat ujian Allah. Meaning that Allah really loves u both.

    Salam takziah & doa drpd Cairo. (i'm ur silent reader)

    ReplyDelete
  15. Salam.kita doakan moga Allah berikan kekuatan kepada kalian berdua dan moga Allah akan sentiasa berikan yang terbaik buat kalian berdua.La Tahzan.

    ReplyDelete