Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

December 2, 2009

`UKASYAH- 3 bulan

Our sweetheart...

Muka siapa lah ye `ukasyah ni???

`Ukasyah yang comel...

`Ukasyah dan adik sususannya, Mus`ab....

`Ukasyah dan adik sususannya juga, Jannah...

`Ukasyah dan aki sewaktu menanti kelahiran Mus`ab....

`Ukasyah, ummi dan ayah...ummi dah semakin tembam pipinya selepas habis pantang....


Bersama opah dan aki....pandang apa lah tu `Ukasyah

Ummi membersihkan `ukasyah selepas `ukasyah poo poo...Alhamdulillah Jusco menyediakan Baby`s Room...Mudah buat ibu seperti ummi untuk menyusukan dan membersihkan `Ukasyah...

Ayah menyambung tugas ummi pula...


Alhamdulillah, `Ukasyah sudah 3 bulan sekarang ini…Pejam celik, bagai semalam ummi baru melahirkanmu sayang….Petang tadi, ummi ayah baru saja bawa `Ukasyah pergi ke klinik untuk cucuk imunisasi DTP, HiB, Polio dan Hep B…Sebenarnya, ummi agak terlewat membawa `Ukasyah untuk imunisasi..Sepatutnya, pada umur 2 bulan…Dr. kata ok je…Berat anak ummi ayah ini 5.95 kg…sebulan yang lalu, berat `Ukasyah 5 kg…maksudnya naik hampir 1 kg lah ye…Ummi ayah sangat bersyukur kerana kamu membesar dengan sihat walaupun kamu fully breastfeed dengan ummi…`Ukasyah, ummi sangat bahagia dapat menyusukan `Ukasyah sepenuhnya…dan `Ukasyah juga suka sangat menyusu dengan ummi…Terima kasih sayang, kerana kamu buat ummi rasa dihargai dan bahagia…

Sekarang ini, ummi ayah sudah cekap menjaga `Ukasyah….`Ukasyah juga sudah tidak banyak ragam…Tambahan pula `Ukasyah sudah pandai bermain sendirian..Juga pandai berinteraksi dengan ummi ayah dan ahli keluarga yang lain…Jika berada dalam swing, `Ukasyah akan mengagah sendiri haiwan-haiwan yang tergantung tu…Peramah sungguh anak ummi, terutamanya apabila bangun tidur di waktu pagi…Ummi ayah selalu menantikan saat itu dan ummi ayah menikmati saat itu bersama-sama kamu…Nikmat sungguh `Ukasyah menjadi ummi ayah kepada kamu…

`Ukasyah semakin berat sekarang…ummi ayah selalu lenguh tangan mendukungmu…Terutamanya pabila kami tidak membawa stroller…Ummi dalam perkiraan untuk menjahit sendiri baby sling carrier untuk anak ummi ini…Buat sementara ini, ummi menggunakan kain batik lepas je kat rumah…Bukannya apa, `Ukasyah tidak mahu diletakkan…Kadang-kadang, hendak berada dalam pelukan ummi…`Ukasyah, ummi faham bahawa kamu pasti akan merindui ummi ayah nanti…sebab kelas ummi akan bermula isnin depan…We have to start all over again…ummi terpaksa hantar `Ukasyah …kalau ummi ada pilihan lain, ummi sentiasa mahu kamu bersama ummi setiap masa…Sudah lama kita bersama sepanjang cuti sem ini…Selepas ini, `Ukasyah harus dihantar ke nursery…Moga Allah kurniakan kekuatan pada ummi ayah ye sayang…

`Ukasyah sayang, semoga kamu membesar menjadi anak yang soleh lagi musleh…Menjadi baik sahaja tidak cukup ye `Ukasyah…Kamu harus menjadi yang terbaik…Mengamalkan islam dalam segenap kehidupanmu…setiap perkara…Tidak boleh separuh-separuh tau…Mengamalkannya dengan kefahaman yang mendalam serta bersungguh…Kalau boleh, cuba dapatkan kesempurnaan dalam segala-galanya walaupun ianya sukar `Ukasyah…Sesungguhnya ummi ayah sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu sayang…We love you….

1 comment:

  1. salam..comelnya 'ukasyah..terbentuk dagunya..comel cam umminya..moga akhlaknya seelok rupanya..aminn

    ReplyDelete