Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

December 9, 2009

`Ukasyah, Hanya Untuk Kamu…


Tanpa ummi ayah sedar, `Ukasyah semakin membesar ye sayang….Baju-baju serta socks `Ukasyah kebanyakannya sudah tak muat…Jadi, ummi ayah harus menyediakan pakaian yang sesuai buat `Ukasyah ye…hehe…Part shopping barag-barang `Ukasyah sememangnya sangat menyeronokkan…Bukan sahaja buat ummi yang sudah pastinya suka ber`shopping` kan, tapi juga buat ayah…Ummi ayah sama naik je…

Semalam bermulanya projek membeli baju baru `Ukasyah di ECM…Rambang mata ummi ayah memilih baju-baju untuk buah hati kami ini…erm lupa hendak beritahu, ummi ayah shopping berdua je…Kesian kalau bawa `Ukasyah…Mesti `Ukasyah penat nanti…Lagipun, sekali sekala ummi ayah pula nak dating juga…hehe…Ummi ayah lebih suka membeli rompers buat `Ukasyah kerana ianya lebih kemas, cantik, ringkas dan mudah untuk salin pampers `Ukasyah…Hasil dari rembatan semalam, kami beli 2 helai rompers jenama `Baby Gap` dan `Oshkosh`, 1 romper Pigeon dan 2 babywear pigeon….Tidak lupa juga 3 pasang socks `Ukasyah dan 2 bips jenama `Carter`…`Ukasyah sekarang pakai baju baby berumur 6-12 bulan walaupun beliau berumur 3 bulan...Baju lamanya semakin sendat dan singkat...Sian anak ummi ayah ni...Benda yang paling ummi ayah lupa hendak belikan adalah towel `Ukasyah sebab bila pergi nursery, tiap-tiap hari perlu ditukar…

Hari ini, ummi sambung shopping di Kuantan Parade memandangkan ianya hanya di sebelah fakulti ummi…Sementara ayah datang ambil tu, ummi sempat lagi ber `shopping`…Takut juga kalau kena marah dengan ayah sebab belanja berlebihan…Tapi ummi yakin je yang ayah tidak akan memarahi ummi memandanagkan ummi hanya member barang keperluan `Ukasyah je…Niat asal hendak beli towel sahaja, tapi habis ummi rembat satu romper dan baju tidur jenama `Tenderly`…Tiba-tiba ternampak pula wrist rattle….Ummi memang sudah lama mencarinya…Tanpa berfikir,, terus sambar…Lagipun, ummi ayah tidak pernah belikan toys untuk `Ukasyah…Bila round banyak kali dan sudah beratur di kaunter, baru teringat hendak beli towel….Tidak patut betul ummi ni…Lepas itu, ummi bergegas keluar sebab takut ayah tunggu ummi…Tapi ummi yang tunggu ayah..berdebar-debar juga hendak beritahu ayah tentang shopping tadi…Tapi terpaksa beritahu juga kan…Ayah OK je sebab ayah kata keperluan `Ukasyah …

Tiba-tiba ayah cakap ayah tiada kelas…Ummi pun ajak ayah shopping di Megamall…Niatnya hendak survey je, tapi akhirnya dengan ayah sekali tergoda hendak belikan baju lagi untuk `Ukasyah…Akhirnya dapatlah lagi satu romper Baby Carter`s…Ummi ayah belikan juga untuk baby Mus`ab…Romper yang sebiji macam `Ukasyah juga…hehe…Ayah rambang mata tidak terkata…Excited sangat tengok baju baby…Kalau ummi, sudah biasa lah jika excited kan..Tapi pelik juga bila tengok ayah begitu…Ayah sudah terpengaruh dengan ummi kot…

Inilah penangan `Ukasyah, permata hati ummi dan ayah…Demi anak, ummi ayah inginkan yang terbaik…Kalau sudah menjadi keperluan, memang tidak dapat dielakkan…Kalau kehendak, boleh dilupakan…Ummi ayah tidak mahu `Ukasyah kekurangan sesuatu walaupun ummi ayah masih student…`Ukasyah, selagi termampu, ummi ayah akan menyediakan segala keperluan `Ukasyah tau…Kamu penyejuk hati ummi ayah…Selalu saja memahami tugas ummi dan ayah…Ummi ayah sayang sangat kamu, `Ukasyah..Bila `Ukasyah sudah besar nanti, jadi anak yang soleh tau..Doakan kebaikan buat ummi dan ayah…


p/s:`Ukasyah membesar dengan mendadak...Nampaknya `Ukasyah ni tinggi orangnya...Tidak seperti ummi san ayah...badannya sangat gebu dan pejal...Penat tangan ummi ayah mendukungnya...hehe..Comel lah `Ukasyah...

20 comments:

  1. Assalamualaikum

    Takziah buat adik berdua. Pinjaman Allah itu membahagiakan. Redhakan pemergiannya, yakinilah dia menanti adik berdua di pintu syurga, insyaAllah.

    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..

    Kami student Stj di korea selatan juga ingin mengucapkan takziah atas pemergiannya..
    semoga kamu berdua tabah ,dan redha dgn segala ketentuan Allah..

    ReplyDelete
  3. Allah sudah pilih kamu berdua untuk menerima ujian ini kerana kamu berdua adalah insan-insan special. Kalau saya yang kena ujian ini, saya tak pasti boleh hadapinya kerana tak cukup kuat. Allah tahu, kamu gagah dan tabah. Di masa depan kamu, ada gerbang kejayaan besar. Jangan risau, pasti kamu bertemu anakmu di Syurga

    ReplyDelete
  4. Salam..sebak aku baca posting dlm ni..even msih blum berkahwin dan belum punye anak..tp aku dpt rasa betapa kekuasaan Allah itu maha besar..cukup dengan melihat gmbr insan kerdil yg suci bersih di sebelah kanan ini yang kini telah pergi menyahut seruan Illahi..disaat kasih syg itu mengelilingi dirinya..semoga tabah menghadapi semua ujian ini..

    ReplyDelete
  5. salam.. patot la ukhti dah lame xupdate blog... sedih ana, baru tahu mll blog org lain.. ='(, ukhti, kita mmg sentiasa layak di uji, dan kita juga tetap seorg hamba. jadi seorang pelajar pon, tetap seorang hamba, jadi seorang ibu pon, tetap saja seorang hamba... peringatan utk diri ana juga, ana jugak tak sabar menantikan si comel... doakan yang terbaik buat ana ye.

    ReplyDelete
  6. Salam buat ukhtiku.. Semoga ketabahan kalian akan memperoleh redhaNya.. Seperti kisah Ummu Sulaim & Abu Talhah, yang akhirnya digantikan dengan anak yang soleh disebabkan keredhaan mereka pada ujian yang ditimpakan Allah pd mereka..

    ReplyDelete
  7. U R the strongest among the strongest because U R choosen to be tested with this great test... Hanya Allah sebaik2 pemberi ganjaran... Redholah dgn ketentuan-Nya... Pasti kalian tetap berbahagia kerana kalian mengimani bahawa Allah mengasihi kalian dan 'Ukasyah...

    ReplyDelete
  8. Assalamu'alaykum

    Selama ni saya hanya silent reader di sini.

    Semoga Allah mengganjari kak Mawaddah dan suami atas kesabaran kamu menghadapi ujian maha berat ni. Semoga Allah menjadikan kesedihan ini suatu kekuatan untuk kamu berdua. Our du'aa are with you.

    ReplyDelete
  9. Moga kerahmatan Allah bersama kalian..

    ReplyDelete
  10. Untungnya kak mawaddah dapat melalui ujian seberat ini.Allah tahu akak seorg yang tabah! Semoga ujian ini sebagai madah untuk lebih mencintaiNya dan mendekatiNya. InsyaAllah. Ada sesuatu yang lebih baik menanti akak.

    ReplyDelete
  11. al-fatihah..
    sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ats stiap percaturan..
    Allah datangkn ujian ini krn kalian mampu untk hdapi sgalanya..
    kuat shabatku,krn Allah tidakkn sesekali mensia-siakan ketabahan kalian..

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...

    takziah buat akak dan suami di atas pemergian baby ukasyah. sudah lama saya mengikuti blog akak dan membaca perkembangan insan kecil itu tapi pemergiannya sungguh tidak disangka. Allah lebih menyayangi adik ukasyah.

    Kak Mawaddah dan suami insan terpilih menghadapi ujian ini. Bersabarlah.

    ReplyDelete
  13. takziah buat antum berdua.. tabahlah kerana ALLAH menguji sesuai dengai kesanggupan kita kan.. ada rahmah disebalik ujian itu..

    ReplyDelete
  14. salam..

    moga hafiz & mawaddah sabar dan sentiasa redha dgn apa yang telah terjadi..

    segala apa yang kita ada hanyalah pinjaman darinya.sampai masanya,kita perlu kembalikan.

    Dia Yang Maha Mengetahui.

    ujian hadir kepada orang2 yang sabar.

    ReplyDelete
  15. both of u must happy with this.....
    “ Allah berfirman : “Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang beriman jika Aku mengambil (mewafatkan) orang yang dicintainya di antara penduduk dunia ini, lalu dia mengharap pahala atas musibah ini kecuali syurga”

    Al-Bukhari dalam al-Fath : 11/242

    -asma-jordan

    ReplyDelete
  16. Bersabar dan redhalah kerana sabar dan redha itu ada ganjarannya yang amat besar dari Allah swt. I know your family through blog. Akak dan suami pernah kehilangan anak yang pertama. Percayalah akak mengerti perasaan adik berdua. Sabarlah ...arwah menanti adik berdua di pintu syurga ..InsyaAllah...Allah Maha Mengetahui..Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.
    Both of you need to strongly support each other.

    ReplyDelete
  17. Salam..saya student dari USIM, maaf sy kenal anti melalui blog saja.tahu tentang berita sedih ini melalui sms teman serumah...saya ingin mengucapkan takziah..Semoga tabah..ingatlah La yu kallifullahunafsan illawus a'ha..InsyaAllah syurga bakal menanti kalian berdua..ameen

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum...

    hari nie disahkan berita yang abg dapat sebelum nie... rupenye benar Allah telah memanggil anak kalian untuk bersamaNya... sampai terbawa2 dalam mimpi bertemu dengan hafiz... dalam mimpi tu abg ade tanye betolke ape yang abg dengar tapi hafiz hanya tersenyum...

    papepun yakinlah Allah pasti menyembunyikan hikmah disebalik ujiannya...

    abg daus - stj02

    ReplyDelete
  19. asm..
    apa yg ada bukan milik kita...semua yg ada Allah yg punya...salam takziah

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum..

    Semoga kak Mawaddah dan Hafiz tabah. Innallaha ma'as sobirin..

    ReplyDelete