Assalamualaikum baby Ummi. Alhamdulillah, sekarang baby dah 18 minggu, tapi Ummi baru nak update antenatal check-up yang ke-3 minggu lepas.
Alhamdulillah, apa lagi yang Ummi perlu rasai melainkan rasa yang syukur sebab baby Ummi sihat dan sempurna membesar dalam rahim Ummi. Ummi gembira tengok dia, tapi dia suka tidur ye walaupun Ummi tak kuat tidur mengandungkan dia. Lain sungguh baby berbanding abang dan along. Bertenang je dia duduk dalam tu sambil tangan letak atas dahi.
Sehari sebelum dan sewaktu dalam perjalanan, Ummi Ayah asyik pesan je kat baby supaya tunjuk `tut tut` dia sebab si baby ini suka membelakangkan kami sewaktu sesi scan. Jarang dapat lihat baby dari arah depan. Tapi dia soleh/solehah, dia dengar pesan Ummi Ayah, suruh bagi clear view nak tengok gender. hehe. Elok je dia `facing` kami semua. Terima kaish ye. Kaki pun tak silang, memang bagi peluang nak tengok. Walau excited sekali pun Ummi dan Ayah, tapi Allah tak izin lagi nak tahu dan CONFIRM gender baby. Waktu abang dan along dulu memang nampak jelas `bird` nya waktu scan 16 weeks lagi, tapi baby tak nampak bird. Jadi tak berani lagi nak declare gender adik. Tunggu adik besar sikit lagi ye. Boy atau girl, Ummi Ayah bersyukur dan sayang sangat dekat adik tau.
Salam sayang untuk adik baby yang Ummi Ayah sayangi. ^__^
Dari Blog Ke Telegram
2 years ago
No comments:
Post a Comment