Assalamualaikum,
Uwais dan adik, ini kisah Ummi dan Ayah tau. Ummi catatkan untuk kenangan kita anak-beranak.
Seperti yang Uwais maklum, Ummi seorang ibu yang bekerja dari rumah. Ya, bukan mudah untuk Ummi, tapi sangat menggembirakan hati Ayah. Dalam bisnes, Ayah la `big bos` Ummi sebab Ayah CEO. hehe. Ummi manager. Setiap hari, CEO mesti tanya, "Sayang, banyak tak sales ari ni" ataupun Ayah terus je check database. Kadang-kadang, pening juga Manager bila kena soal dengan CEO pasal akaun. Jadi manager pun bukan senang, nak cuti kena minta dengan CEO. hehe.
Al-kisahnya, kata-kata Ayah baru-baru ini membuatkan Ummi geli hati dan gelak besar. Kelakar la Ayah. Sekali tu Ayah kata nak tidur, Ummi pun keluar bilik sebab nak melayan Uwais. Sekali bila Ummi masuk balik, rupanya Ayah tak tidur lagi, termenung je persisnya. Ummi pun tanya, "Aik, abang kata nak tidur". Ayah pun jawab, "Kaya ye sayang sekarang, gaji sama dengan abang yang Pharmacist ni". Ummi speechless, terus tergelak besar. Boleh pula fikir gitu. "Yelah, kalau sayang pergi kerja, lagi banyak kos yang keluar. Sayang kan suka shopping. hehe. Anak-anak lagi kena fikir siapa nak jaga. Abang kan suka sayang duduk rumah". Ayah pun jawab, "aah, kalau macam ni, lagi elok sayang duduk rumah, tarbiyyah anak-anak sendiri, dapat gaji juga".
Semoga Allah redha dengan pengorbanan Ummi untuk bekerja dari rumah. Ya, bukan mudah. Ramai yang berkata-kata, rugi belajar tinggi tapi tak kerja. Tapi Ummi tak mahu fikirkan kata-kata orang, sebab ini permintaan Ayah walaupun tanpa paksaan. Opah dan Aki pun tak bagi Ummi kerja dan Opah juga yang suka anak-anak perempuannya mentarbiyyah sendiri cucu-cucu dia. Sebab satu masa dahulu, Opah juga alami apa yang Ummi alami sekarang. Yang paling utama, redha Allah.
Tapi tak salah pun kalau ingin bekerja, opah juga keluar bekerja bila ada tuntutan dan keperluan setelah anak-anak dah bersekolah. Ummi pun mungkin begitu, setelah anak-anak besar nanti. Bak kata Ayah, "Tak kisahlah kerja atau tidak, pokoknya wanita harus sedar tanggungjawab utama mereka sebagai Isteri dan Ibu."
Dari Blog Ke Telegram
2 years ago
teringin nak jadi mcm mawaddah tapi tak mampu buat masa ini..doakan jue pun boleh jadi mawaddah -selama ni baca je tapi hari ini teringin nak komen...hehehehe salam perkenalan
ReplyDeletetahniah...teringin juga mnjdi bisneswoman berjaya mcm akak.. :) insyaallah..
ReplyDeletecik Jue:
ReplyDeleteSalam taaruf dari Mawaddah...takpe cik jue, kl ada keperluan tak salah pun cik jue kerja...cik jue pasti lebih hebat sbb mampu bekerja dan manage keluarga...saya doakan cik jue juga....^__^
-Mawar-:
akak biasa2 je...sgt biasa..awak pn apa kurangnya..semakin maju...insyaAllah, kuatkan semangat dik..moga Allah permudahkn niat baik kita ye..^__^