Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.
Showing posts with label Anak Susuan. Show all posts
Showing posts with label Anak Susuan. Show all posts

March 26, 2012

Sahabat Dunia Akhirat, Mus`ab & Tholhah

Assalamualaikum,

Uwais ada 2 orang sahabat karib, namanya Mus`ab dan Tholhah.  Mus`ab & Tholhah bukan sahaja sahabat Uwais, tapi juga sepupu serta abang dan adik susuan Uwais.  Adik Tholhah, sampai sekarang pun minta kat Ummi lagi.  Uwais sayang Mus`ab & Tholhah.  Walaupun kadang-kadang tu berperang, tapi sekejap je.  Selepas itu pasti berbaik semula.  Kami kan sahabat baik dunia dan akhirat, berkasih sayang kerana Allah.   Doakan kami bertiga jadi hamba Allah yang taat ye.   Kami murabbi kecil. ^__^


August 11, 2010

Selamat Pulang Mus`ab


Asssalamualaikum,

Ummi sedang menantikan kepulangan anak susuan ummi, Mus`ab…Sungguh tidak sabar untuk bertemu dengannya…InsyaAllah, kami sekeluarga akan menjemputnya di KLIA pukul 9.30 malam ini…Masihkah Mus`ab ingat pada ummu lagi???  Ye, gelaran ummi buat Mus`ab adalah Ummu, manakala anak-anak ummi pula memanggil  Balqis (adik perempuan ummi & ibu kepada Mus`ab) sebagai Khaulah…Mus`ab sangat kuat menyusu dengan Ummu…Boleh kata macam terlebih-lebih syaratnya hendak jadikan anak susu Ummu…Masih Ummu ingat lagi tika Ummi kamu masih dalam pantang, beliau kena `mastitis`…Mus`ab pula agak `fussy` dan Balqis macam kekok lagi, ibu muda lah katakan…hihi..Jadi Ummu menyusukan kamu serentak dengan abang `Ukasyah…Memang tidak menang tangan dibuatnya…Yelah, dua-dua sedang kuat menyusu…Mus`ab baru sahaja berusia beberapa hari, manakala abang `Ukasyah pula sudah 3 bulan umurnya…Gembira Ummu melihat Mus`ab membesar dengan sihat, cerdik dan cerdas…Ummi Mus`ab kata Mus`ab sudah pandai merajuk…Tidak sabar untuk bertemu denganmu…Love you Mus`ab…


Gambar Mus`ab dengan Ummu...Waktu ini Mus`ab tidak sampai sebulan lagi...