(entri yang lambat diterbitkan atas faktor kekangan masa)
Sanah Helwa ya Uwais al-Qarni…
Ummi ayah sentiasa dan tak akan pernah jemu mendoakan agar Uwais al-Qarni menjadi anak ummi ayah yang soleh lagi musleh. Punya akhlak dan budi pekerti yang baik. Hatta, ummi ayah telah menjadikannya sebahagian dari percakapan seharian. Setiap hari, setiap kali bercakap dengan Uwais al-Qarni, pasti saja perkataan ‘soleh’ meniti dibibir ini, biar ia menjadi do`a buat anakanda kedua ini.
Setiap kali memanggil, “Uwais al-Qarni anak yang soleh”.
Bila memujuk, “Uwais al-Qarni kan anak ummi ayah yang soleh”
Bila geram manja pun, ““Uwais al-Qarni ni solehhhh sangat”
Bila mainan bersepah, “Anak yang soleh, mari sama-sama tolong ummi kemaskan ye”.
Apa lagi harta yang paling berharga untuk dimiliki, melainkan memiliki anak yang soleh.
Alhamdulillah, syukur atas rahmat dan nikmat Allah yang infiniti. Dikurniakan Uwais al-Qarni sebagai pengubat hati. hadirnya mengubat duka, tawanya penghilang lara Hadirnya selepas 8 bulan 28 hari pemergian `Ukasyah. Jarak kelahirannya, setahun 2 minggu dari mujahid sulung. Kehadirannya suatu keajaiban , tanpa ummi ayah sedari. Kewujudannya membuatkan ummi ayah melihat dengan mata hati betapa besarnya keagungan dan kekuasaan Allah. Sungguhpun perit melalui hari-hari tanpa `Ukasyah, namun tak sampai sebulan pemergiannya, Allah hadirkan Uwais al-Qarni dalam rahim ummi. Saat ketahuan, ummi menggigil dan menangis kegembiraan. Ummi ayah bersyukur, Allah beri nikmat yang tidak terhingga. Beri peluang untuk ummi ayah menjadi ibu bapa sekali lagi. Alhamdulillah.
Anak-anak ummi ayah harus punya jiwa yang kuat, sekuat yang mungkin supaya dapat berjihad di jalan Allah. Supaya betah untuk hidup susah.
Selamat Hari Lahir yang pertama anakanda Uwais al-Qarni. Semoga membesar menjadi seorang dai`e ilallah. Tak lupa juga, semoga Uwais al-Qarni thabat dan qawi di atas jalan ini...
Ummi ayah sayang Uwais al-Qarni kerana Allah…^__^
Love you…
p/s: ada banyak gambar waktu sambutan hari kelahirannya.insyaAllah, nnti ummi upload ye...
aww uwais yg comel. birthday kite nk dekat sama la. birthday akak next week. happy birthday uwais! jdi anak yg soleh tau.
ReplyDeletekak zatul.
sELAMAT HARILAHIR UWAIS.....SEMOGA PANJANG UMUR MURAH REZEKI DAN MENJADI ANAK YANG MEMBAHAGIAKAN UMMI DAN ABI.....AMIN
ReplyDeleteteringat cerita mkcik asiah pasal persiapan mawaddah sambut b'day uwais!!hehe
ReplyDelete