Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

December 30, 2011

1st ANC: 3rd Little Mujahid @ 9W

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah atas nikmat yang tidak terhingga.   Secara rasminya Dr. Khairiah telah mengesahkan bahwa kandungan Ummi telah berusia 9 minggu.  Ummi Ayah berpandangan kerana sangat terkejut.  Masakan tidak, 2 bulan yang berlalu permata hati yang ke-3 ini duduk senyap  dan utuh dalam rahim Ummi.  2 bulan yang lalu juga Ummi melalui hari-hari yang penuh cabaran menguruskan perniagaan.  Ummi juga ada beberapa kali pergi bersenam dan jogging.  Sewaktu di Guangzhou, setiap hari tanpa rehat.  Berjalan lebih 10km setiap hari rasanya.  Mengangkat kotak-kotak besar yang berat untuk dihantar melalui kapal.  Bila kontena sampai, Ummi mengangkat pula kotak-kotak tersebut untuk di susun dalam stor.  Subhanallah dan alhamdulillah sentiasa meniti di bibir ini.  Bersyukur dan sangat kagum dengan kebesaran Allah.  

**********************************************************************************
Waktu nak pergi appointment pertama dengan Dr. Khairiah, Ummi cakap dengan Opah dan Ayah, "Rasa segan pula nak jumpa Dr. Khairiah.  Setiap tahun, mesti muka angah muncul depan Dr.".  Bila patient lain keluar dari bilik Dr. , Ummi palingkan muka kat tempat lain.  Waduh, segannya, sedangkan sebentar lagi memang giliran Ummi.  Tiba giliran Ummi, berdebar macam nak pengsan dah.  Macam-macam perasaan ada.  

Demi menghilangkan debaran, Ummi berterus terang je dengan Dr. "Dr. saya segan sebenarnya ni", tapi jawapan Dr. membuatkan Ummi hilang rasa yang pelbagai tu, "Buat apa nak malu.  Gembiralah patutnya.  Tahniah!!!" .  Ini yang Ummi suka dengan Dr. Khairiah ni, tak pernah lekang dengan senyuman dan sangat sporting.  Sebab itu, Ummi suka bersalin dan follow-up dengan Dr. Khairiah.  Dari abang `Ukasyah, along Uwais sampai lah ke adik `U`.  Dr. Khairiah pun dah faham dengan Ummi.  Bila ummi sakit, sejuk je pandang senyuman manis Dr.  Tutur kata sangat tertib dan sopan. ^__^

**********************************************************************************Perihal permata hati yang ke-3 pula.  Bila Dr. Khairiah nak scan, Ummi expect nampak sac je, tapi terkejut Ummi tengok tangan dan kaki adik semua bergerak serta ada denyutan jantung yang berdegup.  Adik gerak sopan je.  Sudah besar rupanya anak Ummi.  Along Uwais, asyik dok pandang screen persis faham sangat dengan apa yang dilihatnya.  

Waktu dalam kereta Ummi tanya Uwais,"Along, macam mana gaya adik tadi?" . Dia pun buatlah gaya adik kononnya.  Berkali-kali Ummi Ayah tanya sebab nak tengok Along Uwais demo, sekali entah kali ke berapa dia menangis sedih dan sayu.  Rupa-rupanya Along Uwais sedih sebab dia dah faham adik dah ada.  Ummi Ayah asyik ingat dia kecil lagi.  Ummi pula rasa nak nangis dan tiba-tiba teringat abang `Ukasyah, lagi lah sedih rasanya.

InsyaAllah, Ummi sedang menikmati saat-saat indah bersama puteri yang ketiga (hehe, belum tahu lagi.  Kata-kata ibu itu kan satu doa, moga ianya dimakbulkan..^__^) .  Sedihnya, tinggal kurang dari 7 bulan untuk Ummi meraikan kehadiran puteri ke-3 dalam rahim Ummi.  Trimester pertama bakal berakhir tak lama lagi.  InsyaAllah, EDD 2/8/2012 bersamaan 13 Ramadhan.  Tapi kebiasaanya Ummi bersalin awal dari EDD, iaitu 38 atau 39 minggu.  Mungkin dalam hujung bulan Julai.  Alhamdulillah, dapat beraya dengan baby baru nanti.

Semoga Allah permudahkan segalanya, ameen. ^__^

10 comments:

  1. Tumpang gembira.. Semoga Allah memberi kesihatan dan dipermudahkan sepanjang kehamilan.

    ReplyDelete
  2. subhanallah...alhamdulillah...along uwais dah nk dapat adik puteri rupenyee...semoga dipermudahkan dgn limpahan perniagaan dalam keberkatan insyaAllah! tumpang gembire ;)

    ReplyDelete
  3. p/s: mawaddah rasenye 2/8/12 tu 15 ramadhan..tarikh muhammad putus susu.. ;)

    ReplyDelete
  4. Tahniah buat Kak Mawaddah, Abg Hafiz dan si comel Uwais bakal mendapat ahli keluarga yang baru :) me tumpang happy :)

    ReplyDelete
  5. kak mawaddah..suka sgt2..semoga sihat selalu yea.. =)

    ReplyDelete
  6. aiseey...mawaddah tiap kali raya ada bb baru ni..jeles..jeles...

    ReplyDelete
  7. wahh ummi, tersangat sukalah mama baca entry ni..mai naklaga perut boleh?ambik berkat hehehee

    ReplyDelete
  8. Tahniah kak..take care.suka bc blog ni..kalo dapat baby girl nk letak name pe ye?..umairah pn lawa,hehe.

    ReplyDelete
  9. assalamualakum dik :)

    tahniah...akak pula rasa nak preggy balik :)

    ReplyDelete