Assalamualaikum,
Semenjak Along Uwais nak dapat adik ni, Along Uwais selalu meragam. Menguji sungguh kesabaran Ummi dan Ayah, sedangkan Along Uwais ini jenis yang mudah dijaga. Biasanya, kalau nak meragam, mesti waktu ada Ayah. Waktu siang, bila dengan Ummi, pandai Along Uwais berdikari. Senang je Ummi jaga dia. Kemuncaknya, malam semalam waktu nak tidur puas Ayah dukung, pujuk macam-macam. Ummi minta izin Ayah tidur dulu sebab Ummi pun dah tak larat dan kurang sihat. Bila Along Uwais tak makan dek pujukan Ayah, Ummi pun bangun susukan dia dan dalam tangis sendu dia tu, Along Uwais pun tertidur. Ummi pun bersyukur berjaya tidurkan Along Uwais.
Pukul 2 pagi, Along Uwais bangun sekali lagi. Mungkin sebab nangis dan tertidur, jadi mood kurang baik. Along Uwais siap nangis sambil bergolek-golek. Ayah dukung dia tak mahu. Ayah letak dia nangis. Ummi dukung, habis perut Ummi kena tendangan dia, perut Ummi dah besar. Bila Ummi tak tahan, Ummi serah balik pada Ayah. Bagi air, tak mahu. Bagi biskut ikan kegemaran dia pun tak mahu. Akhirnya, Ummi buka seluar dia, buka Cloth Diaper (CD) dia sekali. Ummi pun kononya garu lah peha dia, kaki dia semua dan letak lotion. Terus Along Uwais SENYAP dan TERMENUNG. CD dia kering lagi, tapi Ayah tukar juga sebab nak pujuk Along Uwais. Bila tengok mood dia dah baik, Ummi susukan dan teruslah Along Uwais lena hingga ke pagi.
Sepanjang hari ini, Ummi jaga mood dia. Petang tadi, Ayah balik dari kerja, terus bawa Ummi dan Along Uwais pergi playground. Along Uwais bukan nak main pun mainan kat situ, dia nak berjalan sambil Ummi Ayah pimpin tangan dia. Jauh juga kami bertiga berjalan, sampai penat Ummi. Along Uwais pun berpeluh-peluh.
Sampai kat rumah, Ayah rai Along Uwais dengar IKIM dekat Ipad. Selepas itu, Ayah mandikan dia. Gembira sangat Along. Selepas Ummi Ayah solat Maghrib, Along pun tertidur. Alhamdulillah,nampaknya dia lena.
Kesimpulannya, Along Uwais inginkan lebih perhatian dari Ummi Ayah. Memandangkan Ummi berbadan dua, mungkin Along Uwais rasa Ayah yang dapat beri perhatian lebih pada dia sebab itu semua nak Ayah yang buatkan untuk dia. Ini juga training untuk Ummi Ayah tingkatkan kesabaran. Along Uwais bukan jenis yang meragam malam, sejak lahir lagi. Kiranya semalam tu memang paling dahsyat pernah terjadi selama ini. Alhamdulillah, semalam Ummi langsung tak marah dia. Mungkin kerana kasihan melihat Along Uwais.
Along kan anak Ummi Ayah yang soleh. Ummi dan Ayah sayang sangat dekat Along. Ummi Ayah tahu Along tak sengaja malam semalam. Tidak mengapa, Ummi Ayah faham. Lain kali Along jangan buat lagi ye.
Dari Blog Ke Telegram
2 years ago
ya allah kak...yana sangat suka dgn blog akk...yana sangat suka cara akk menafsi fikiran budak2 tidak terlalu berfikiran negatif...tidak cepat melatah..akk bersabat dengan dugaan yang telah dilimpahkan buat akk...akk sntiasa berfikiran positif walau apa pon yg berlaku kt diri akk....yana sangat suka dgn cara akk..lagi2 yana suka cara akk mendidik anak akk....insyallah sekiranya yana dh kawin nnt n dah ada anak..yana akan cuba utk mengikut cara akk berfikir, dan tidak melatah dlm sesuatu perkara dan yg pnting sntiasa sabar...apa2 pon yana nk ucapkan tahniah utk akk...yana follow blog akk since akk sblm kawn smpai la skng... :)
ReplyDeleteyana doakan smga akk sntiasa sabar dan berfikiran positif dalam apa2 pon...akk jgn tingglkn blog ni tau..mngkin akan dtg nnt yana blh ikut cara or tips utk mnjaga anak :)
AsSalam,
ReplyDeletetell me about it! 1 time Eiman main boxing kat my tummy. end up berbekas belakang betis dia dengan remote tv. dah tegur elok-elok jangan tumbuk perut, lagi dibuat. 3 kali cakap tak jalan, cakap dengan tangan la. meraung. tapi 4-5 minit lepas tu, gelak-gelak balik. makin besar perut, makin mencabar perangai Eiman ni. letih seh. sabo jer la.
jaga diri sis!