Assalamualaikum,
Hari ini Mawaddah menghadiri kelas dari pukul 8 pagi- 3.30 petang…Alhamdulillah abang setia menemani Mawaddah di sana…Pagi tadi sebelum ke kelas, Mawaddah dan abang tak sempat nak breakfast sebab kami agak lewat keluar dari umah…Cuma abang sempat beli air milo untuk Mawaddah di Restoran Taj…Lepas habis 1st session, baru Mawaddah dan abang dapat breakfast roti canai di Kuantan Parade…itu pun dalam pukul 10 pagi…Hendak dijadikan cerita, kul 10.20 pagi baru roti canai yang di order tu sampai…Alamak, lagi 10 minit je kelas dah nak mula…Habis je makan, Mawaddah dan abang berlari menyeberang jalan…bergegas-gegas naik tangga…masuk je kelas, tengok kawan-kawan Mawaddah yang makan sama-sama tadi baru je duduk…Cik Naddy pun bertanya, “Mawaddah lari ke td?”…Mawaddah pun angguk, tanda kepenatan…Kalo tak lari, malulah Mawaddah dengan guest lecturer tu…Alhamdulillah, baru sampai slide no 2…Penat sangat, penat mak buyung ni tau…
Sebelum gi lunch, dapat call dari courier company yang diorang dah ada depan rumah nak hantar barang yang Mawaddah dan abang beli dari Littlewhiz (online store)…Tapi bukan depan rumah kami di Indera Mahkota, tapi di rumah Ummi di KL… Mawaddah pun terus call Ummi tanya Ummi kat mana sekarang? Ummi kata lagi 15 minit baru nak sampai…Mawaddah pun terus cakap dengan courier company tu, suruh tinggalkan dalam rumah, tapi letak kat tempat yang safe skit…Orang tu cam risau je, tapi Mawaddah yakinkan dia yang parents Mawaddah akan sampai tak lama lagi, jadi takpe kalo benda tu dia tinggalkan camtu je…
Bila ummi Mawaddah dah sampai rumah, ummi pun call abang tanya nak buka ke bungkusan tu…Abang suruh ummi buka…Lepas dah buka tu ummi, abah dan adik Mawaddah excited sangat…Ummi kata bestlah…Waktu ummi call tu riuhlah rumah kat KL tu sebab depa dok membelek breastpump yang baru sampai tu… Mawaddah tak dapat nak bayangkan keadaannnya bila `lil mujahid` lahir nanti…Pastilah mereka lebih gembira menerima kehadiran `lil mujahid` kan…Mawaddah dan abang turut gembira kerana inilah pengalaman pertama kami beri barang dengan online store…Kami pun tak sangka, within 3 days je barang tu dah sampai depan pintu umah…inilah breastpump yang pernah Mawaddah ceritakan dalam entry yang terdahulu…Medela:Mini Electric Plus Breastpump, RM 599…Harganya yang biasa adalah RM 729…Breastpump ni hadiah dari abang untuk `lil mujahid`…Abang mahu yang terbaik buat heronya ini…Sesungguhnya, Mawaddah, abang, ummi, abah dan adik sangat gembira hariini…
Waktu lunch, Mawaddah dan abang gi Kuantan Parade lagi sebab nak beli diaper bag ‘ lil mujahid’…Kami memang dah aim nak beli diaper bag Tenderly yang berwarna dark blue…Tapi Allah uji plak Mawaddah dan abang kali ini…Terpaksa beratur panjang hanya kerana nak bayar satu benda je…geram geram…tapi nak buat camne kan….anak punya pasal, Mawaddah dan abang sabar je sampai tak sempat nak lunch…Sabar jelah kami….
Beginilah ujian Allah terhadap kami pada hari ini…Pabila Allah timpakan ujian, maka kenikmatannya akan dirasai jua…Allah berikan kegembiraan, tapi Allah jua beri Mawaddah dan abang rasai kepenatan yang mendidik kami supaya bersifat sabar… Walaupun sibuk dengan tugasan sebagai pelajar, tapi kami tetap mencuri masa memperlengkapkan barang-barang `lil mujahid`…`lil mujahid` adalah amanah buat Mawaddah dan abang….Ummi dan ayah sayang sangat pada baby…tak sabar rasanya ingin mendakap dirimu sayang…
No comments:
Post a Comment