Abu `Ukasyah

Abu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Ummu `Ukasyah

Abang, Happy Anniversary

Abang, Happy Anniversary


Kedai Mawaddah & Hafiz

Ummi ayah sentiasa merinduimu sayang..

Powered by Blogger.

October 17, 2012

Ummi Susah Hati

Abang, Uwais dan Haniyya, Ummi sangat susah hati sekarang ni. Ummi susah hati tentang Haniyya yang 'underweight'. Setiap masa Ummi asyik fikir tentang Haniyya. Bermula dari dirujuk ke HUKM hari ini, bertemu pakar dan kaunselor laktasi dan untuk temujanji minggu hadapan. Dr pakar suruh Ummi bagi susu ibu melalui botol 100%. Ummi rasa kurang puas hati sebab menyusukan anak lebih dari itu. 'bonding' sangat penting dan Ummi tahu sangat anak Ummi nak EBM bila dengan Ayah je. Ummi rasa down. Selepas dirujuk kepada kaunselor laktasi, dia sependapat dengan Ummi, direct feeding is the best. So, i opt for direct feeding and alternate witm EBM. Another finding from the physical examination, might be Haniyya is a premature baby. That's why her weight gain is poor.

Ummi sedih, rasa gagal sebagai seorang ibu. Rasa nak menangis sejak semalam lagi, tapi Ummi dok tahan air mata. Sampai lah malam tadi Ummi dok ngadu dengan Ayah tentang perasaan Ummi. Akhirnya, Ummi cakap dengan Ayah , Ummi nak nangis supaya Ummi rasa lebih tenang. Belum sempat Ayah cakap apa-apa , hujan turun dengan lebatnya, membawa pergi segala perasaan yang negatif dalam diri ini. Moga ada pelangi selepas hujan. Sahabat-sahabatku, mohon doakan untuk haniyya ya dan untuk diriku jua...terima kasih..




- Posted using BlogPress from my iPad (www.ukidsmart.com)

6 comments:

  1. hmmm, dear, dunno what to say. I had the the same experience with my son. he was born at 38 weeks, 3 kg, so he is not actually premature baby. The first six months of him, he gain weight between 300 gram-800 gram per month. There was one or two time, he gain zero gram :(. My mother, who was a nurse, said that maybe my milk was lack of certain nutrient like fat or something like that, dunno for sure. at that time, the milk quantity was also just so so, i need to top up with formula :(. However, now my son is a very active 2 year and 11 months toddler. If u r so worried, keep asking around, maybe people surrounding u can suggest u something. See pediatrician who has experiences handling underweight baby...

    ReplyDelete
  2. asslamualaikum mawaddah..

    faham sangat bila diminta oleh doktor untuk berhentikan penyusuan secara direct dan anak diberikan fully bottle.

    akak lebih bersetuju jika mawaddah kerapkan bf baby,pastikan baby betul2 menyusu dengan baik dan menerima keseluruhan hindmilk dan formilk dari mawaddah. mawaddah kena pastikan anak lacthing dengan baik,dan mungkin mawaddah boleh tambah diet mawaddah kepada diet yang lebih kepada lemak dan karbo serta protein..pendek kata, makanlah secara sihat supaya anak yang menyusu boleh mendapat khasiat secukupnya.

    pada akak, ada sesetengah bayi yang menyusu susu ibu tidak semestinya paras beratnya itu sama dgn bayi yg menyusu fm, kalau baby mawaddah sihat,aktif should be ok...rajin2 berdoa,kerapkan penyusuan ya dik!

    usah risau..:)

    salam sayang,
    kak izzah

    ReplyDelete
  3. salam...
    saya doakan semuanya akan berjalan lancar dengan izin Allah...semoga ulya akan mencapai berat sepatutnya tak lama lagi InsyaAllah..

    ReplyDelete
  4. Salam. Mawaddah.. sy pun lahirkn prem baby, born at 34weeks. Berat dia msa tu lglah kcil dr Ulya...1.69kg je.. Just keep bf tp smpai sekarang underweight. Tp satu je yg kami suami istri xrisau sgt sbb dia jarang sakit or demam. Itu lbh baik... Dia active mcm biasa & mind development dia melebihi org yg sebayanya. Utk makluman mawaddah, berat ank sy sekarang adalah 7kg & umurnya 1thn 11bulan. Very small right. Tp Alhamdulillah...paed dia ckp mind development dia bagus wlupun weight development dia underweight. Tengok mak n ayah dia jugak, kecil je.. InsyaALLAH..bg sy selagi diorang sihat & perkembangan diorang ok, it's no problem at all.. Ramai jugak kawan2 sy yang ank2 diorang bam2,tp selalu cuti sebab ank x sihat.. Walaupun ank kita comey kcik je...tapi sentiasa sihat, itupun dah sgt2 bersyukur..:)
    Mawaddah jgnlah sedih2 ye..nt effect plak susu. Keep bf je k..:)

    ReplyDelete
  5. salam mawaddah,

    pertama kali sy komen di sini. jgn risau k, bb gurl mmg gitu. sy pun ada pengalaman mcm awk. 1st Aqil Khalish, mmg kuat nyusu & berat pun sentiasa naik. bila dpt Amni Khalisha, lain plak. nak nyusu pun berkejut, then berat pun sentiasa underweight, wpun dah hmpr 2thn msh begitu. tp sy teruskan direct feeding, EBM ms kerja. sbb sy tau, dia ikt gen sy yg berbdn kecil & mmg mkn ikt keperluan shj. so jgn risau ya. truskan BF Ulya Haniyya ya. ;)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Kak Mawaddah,

    Saya hanya silent reader kak. Saya cuma nak berkongsi pengalaman kakak ipar saya. Anak dia lahir premature. memang kecil je. Tapi dia sealu bf anak dia dan dia dan suami dia selalu sangat buat skin-to-skin antara baby dgn ibu atau ayah. Lepas tu, tak sampai brapa bulan, memang 'semangat' sungguh anak dia! Boooolat sangat! :) Dari sebesar tapak tangan, dah sebesar bantal peluk dah dia. Kak Mawaddah mungkin boleh cuba. :) InsyaAllah..

    ReplyDelete